Friday, June 30, 2017

PERCUTIAN DENGAN BAJET TERMURAH KE KRABI THAILAND

Percutian bajet murah ke Krabi Thailand

Salam and Hi guys!

Aku ni actually seorang yang suka travel (aku rasa aku dah banyak kali mention pasal ni haha). Banyak juga aku baca tips-tips tentang travel dan juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Entry kali ini aku nak share dengan korang semua salah satu tempat yang WAJIB untuk korang semua pergi dan tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang ada dalam list aku lah. Tempat yang aku nak share ni sebenarnya ada dekat Thailand. Kalau dengar sahaja Thailand korang terbayang apa? Kalau aku sudah semestinya terbayang Krabi! Gila lah kan siapa tak tahu Krabi ni dekat mana. Tempat ni memang terkenal dengan keindahan pantainya.

Untuk pengetahuan semua, pantai dekat Krabi ni merupakan salah satu daripada tarikan pelancong. Aku kalau setiap kali tengok gambar-gambar dekat Krabi ni rasa macam geram je nak pergi. Takpa, buat masa ni aku survey dulu macam mana nak merancang percutian bajet untuk ke sana (haruslah percutian bajet sahaja asalkan dapat jejak negara orang kan?). Bagi aku kalau korang travel, tak perlu berhabis banyak kalau setakat nak tengok negara orang especially kalau bab penginapan. Biarlah kita cari backpackers hostel ataupun cari hotel yang murah. Tak perlu berhabis untuk cari hotel 5 bintang. Bukannya nak buat event apa pun dekat situ. Nak tidur sahaja kan?

Disebabkan penginapan merupakan aspek yang terpenting kita kena ambil kira dalam bajet kita, so aku nak senaraikan beberapa hotel atau resort yang korang boleh book kalau korang nak pergi sana. Bab harga korang tak perlu risau sebab memang rate harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan lokasi hotel tersebut! Anda sudah bersedia? Jom kita lihat!
City Hotel Krabi
City Hotel Krabi

Hotel pertama yang aku nak kongsikan ialah City Hotel Krabi. Krabi ni mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita lawati maka pemilihan hotel juga amat penting untuk dititikberatkan. Kalau hotel yang korang pilih jauh dari tempat yang menarik, susah sikit la korang nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Tapi, kalau korang menginap di City Hotel Krabi ni memang sangat sesuai sebab hotel ni dekat sangat dengan tempat-tempat menarik. Korang dapatlah save masa perjalanan untuk bergerak. Tambahan pula, hotel ni terletak di pusat Bandar Krabi dimana ia bertentangan dengan Pasar Malam.

City Hotel Krabi

Kalau korang nak pergi ke Pantai Ao Nang daripada hotel ni, masa yang diambil ialah selama 30 minit. Hotel ni juga berhampiran dengan Pantai Nopparat dan Pantai Klong Muang, serta kawasan tempat makan dan membeli-belah di Krabi. Terdapat lima pilihan bilik yang boleh korang pilih mengikut bajet korang, and yang penting setiap bilik yang terdapat di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri tau. Tak kurang hebatnya dengan fasiliti dan servis yang terdapat di sini seperti wifi percuma, khidmat menyeterika, mendobi dan sebagainya.
Riverside Hotel
Riverside Hotel, Krabi


Hotel seterusnya ialah Riverside Hotel dimana hotel ni terletak dalam jarak 10 minit dengan pemanduan dari pusat bandar Krabi. Yang bestnya guys, kalau nak pergi ke Krabi River hanya mengambil masa selama lima minit jer dengan berjalan kaki. dekat kan? kira macam tak sempat nak bakar lemak-lemak dekat badan lagi tapi korang dah sampai dulu haha. Manakala Tara Public Park dan Pasar Malam terletak kira-kira dalam jarak lima belas minit pemanduan dari hotel ni. For those yang naik flight ke sini, masa yang diambil kalau korang nak ke hotel ni ialah selama dua puluh lima minit pemanduan

Riverside Hotel, Krabi

Bilik-bilik yang ditawarkan di Riverside dilengkapi dengan TV satelit, peti sejuk, telefon dan meja kerja. Bilik mandi peribadi pula dilengkapi dengan air panas dan sejuk serta ruang yang selesa! Yang penting, harga yang ditawarkan memang murah dan sangat berbaloi, kira macam tak rugilah korang nak belanjakan duit korang untuk hotel ni. Haih aku tengok gambar bilik-bilik dekat hotel ni pun dah mula terbayang dah percutian aku ke Krabi nanti macam mana hehe (angan-angan Mat Jenin ja Syed ni).
Aree Tara Resort
Aree Tara Resort

Haaaa! hotel yang last ni memang sesuai sangat bagi korang yang sukakan konsep elegant dan moden macamtu. Aree Tara Resort terletak kira-kira empat minit kalau korang berjalan kaki dari Pantai Krabi dan lebih kurang sepuluh minit kalau korang berjalan kaki dari Pantao Ao Nang. Hotel ni menawarkan penginapan yang luas dan bertemakan konsep kontemporari moden. Bilik-bilik yang ada dekat hotel ni semuanya dilengkapi dengan balkoni (boleh la nak dating dekat balkoni tu sambil bincang pasal masa depan lol). Selain itu, hotel ni juga turut dilengkapi dengan outdoor swimming pool yang luas! (kau nak berenang seharian dekat situ pun boleh takda masalah).

Aree Tara Resort

Setiap bilik dekat sini mempunyai TV skrin-rata, perabot kayu gelap yang mewah, alat penyaman udara dan alat untuk membuat teh/kopi. Bukan tu jer guys, di sini juga mempunyai bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut. Kalau dah penat seharian pusing-pusing Krabi, korang boleh lah makan di restoran hotel ni yang menyediakan pelbagai masakan yang mampu mencairkan hati korang! (ceh ayat kemain lagi kan?). Since Thailand ni terkenal dengan urutan, korang juga boleh mendapatkan khidmat urutan tradisional daripada orang Thailand sendiri. Menarik tak!? Bila tengok balik gambar-gambar dekat hotel ni, aku rasa hotel ni sangat sesuai for newly weds untuk honeymoon. Setting bilik dia dan hiasan semua bersesuaian sangat untuk buat tempat honeymoon kot! Memang romantik habislah korang dengan pasangan nanti hehe.

Aku rasa itu sahaja antara hotel yang aku nak kongsi dengan korang semua. Aku harap sedikit perkongsian daripada hasil 'research' aku ni membantu korang semua untuk memilih hotel yang sesuai untuk percutian korang nanti. Kalau korang nak tahu lebih banyak senarai hotel yang terdapat di Krabi Thailand, korang boleh la layari https://www.traveloka.com/en-my/ untuk mendapatkan hotel idaman korang pada harga yang terendah! Jangan buang masa okay!

40 comments :

  1. Krabi adalah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi.. Termasuk saya

    ReplyDelete
  2. Lama tak update blog ...
    Anyway, selamat hari raya cikgu syed ....
    And may your dreams to visit krabi will come true.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, tak settle lagi masalah phone semua ni.
      haihhh, aminn kak. terima kasih :)

      Delete
  3. Weeee!!! Krabi yang katanya BEST! thanks for sharing Syed. Boleh refer sini kalau nak gi KRABI nanti. Bila ntah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best lah kak! tengok gambar orang tangkap lawa-lawa ja geram pulak. Okay jangan lupa ajak saya sekali! hahaha.

      Delete
  4. bestnya , CCL tringin jugak nak gi holiday krabi ni .. masa tak mngizinkan lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita CCL. Takpa, slow-slow kumpul duit kot and nanti ada la masa yang sesuai kan hehe.

      Delete
  5. krabi dekat negara jiran je, tapi sampai sekarang tak pernah jejak kaki kat situ lagi. dahla cantikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang tempat yang dekat dengan kita tu la yang susah nak pergi kan haha. inshaAllah nanti sampai la tu.

      Delete
  6. My sis dulu honeymoon dekat krabi and yup, based from her pictures, memang cantik..! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn? tengok my friends yg pergi sana pun nampak macam cantik ja Krabi haih.

      Delete
  7. Wow bestnya.. cantik Sgt Kan Krabi. Teringin Pula nak pergi

    ReplyDelete
  8. Krabi best. Rinduu pancake, makanan sana unik dan sedapp. Senang jugak cari makanan halal 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa haritu ada baca dekat blog. bestnya! cik epal punya blog pun ada cerita pasal keindahan krabi ni haih.

      Delete
  9. Jom traveloka.. Selamat hari raya syed

    ReplyDelete
  10. Salam Aidilfitri Cikgu Syed..
    Cantik Krabi.. Kalau budget mengizinkan boleh pi Krabi. Pekena makanan Thai & Thai traditional massage memang syok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri kak! itulah, kalau ada budget and masa memang nak pergi pun. makanan dia la yang paling saya minat tu sis hehe.

      Delete
  11. Itulah tapi tak tahulah tahun bila nak honeymoon tu haha.

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya cikgu. hujung tahun ni saya gi krabi insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak! bestnyaaa. nak ikut sekali haha.

      Delete
  13. selamat hari raya! nak pergi krabi jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga! jommmm pergi krabi. cantik kott.

      Delete
  14. Selamat hari raya Syed...
    Krabi memang tempat terbaik utk di lawati tapi makcik ni angan dlm mimpi je lah nak pi ke sana :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak.
      Jangan kata macamtu. Mana tahu ada rezeki nanti dapat pergi sana hehehe :)

      Delete
  15. Selalu gak tengok kengkawan share pasal Krabi ini..tapi akak belum lagi berkesempatan nak kesana.. huhuhu.. gilalah nak sampai..
    Salam Aidilfitri Syed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak satu hari nanti sampai juga tu. Mana tahu kalau Allah nak bagi rezeki ke kan hehe. Salam Eid! :)

      Delete
  16. Wahhh semua hotel kat sana cantik2 dan menarik.,. Teringin jugak nak pergi tapi apakan daya, jodohhh tiadaaaaaaa... hahahaa... Tak berkesempatan lagi nak travel bagai.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha jodoh belum sampai tu kak. tak lama lagi adalah jodoh tu hehehehe

      Delete
  17. Krabi salah satu wishlist kak ana. InsyaAllah kalau ada rezeki ke sana, pasti sampai. Hotel2 dia pun cantik2 juga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah boleh tahan la hotel2 dia. boleh book dengan traveloka lepas ni hehehe. Semoga impian kita tercapai lah kan.

      Delete
  18. Fuhhhhh teringin nak ke krabiii teringinnn teringinnnn. Tapi sekarang tak boleh nak travel. Banyak benda nak kena langsaikan dulu.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa samalah kita! dari dulu lagi dah pasang angan-angan nak pergi Krabi haha.

      Delete
  19. salam singah..

    SubhanAllah..cntik tmpat..beshnyerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kalau nak pergi Krabi nanti boleh la berkunjung ke salah satu hotel tu hehe.

      Delete
  20. Krabi nie best. Banyak tempat wisatanya. Btw, salam perkenalan dari blogger Indonesia ^^

    www.theamazingjasmi.com ^^

    ReplyDelete
  21. hi syed. saya nak tanye sikit dan mintak pendapat macam mne nak plan dengan bajet dan murah nk pergi ke krabi. transportation dan perjalanan ke sana macam mne ye kalau saya menaiki tren?

    ReplyDelete