Salam and Hi guys!
Aku ni actually seorang yang suka travel (aku rasa aku dah banyak kali mention pasal ni haha). Banyak juga aku
baca tips-tips tentang travel dan juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.
Entry kali ini aku nak share dengan korang semua salah satu tempat yang WAJIB
untuk korang semua pergi dan tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang
ada dalam list aku lah. Tempat yang aku nak share ni sebenarnya ada dekat
Thailand. Kalau dengar sahaja Thailand korang terbayang apa? Kalau aku sudah
semestinya terbayang Krabi! Gila lah kan siapa tak tahu Krabi ni dekat mana.
Tempat ni memang terkenal dengan keindahan pantainya.
Untuk pengetahuan semua, pantai dekat Krabi ni merupakan
salah satu daripada tarikan pelancong. Aku kalau setiap kali tengok
gambar-gambar dekat Krabi ni rasa macam geram je nak pergi. Takpa, buat masa ni
aku survey dulu macam mana nak merancang percutian bajet untuk ke sana
(haruslah percutian bajet sahaja asalkan dapat jejak negara orang kan?). Bagi aku kalau korang travel, tak perlu berhabis banyak kalau setakat nak tengok negara orang especially kalau bab penginapan. Biarlah kita cari backpackers hostel ataupun cari hotel yang murah. Tak perlu berhabis untuk cari hotel 5 bintang. Bukannya nak buat event apa pun dekat situ. Nak tidur sahaja kan?
Disebabkan penginapan merupakan aspek yang terpenting kita kena ambil kira dalam bajet kita, so aku nak senaraikan beberapa hotel atau resort yang korang boleh book kalau korang nak pergi sana. Bab harga korang tak perlu risau sebab memang rate harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan lokasi hotel tersebut! Anda sudah bersedia? Jom kita lihat!
City Hotel Krabi
Hotel pertama yang aku nak kongsikan ialah City Hotel Krabi. Krabi ni mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita lawati maka pemilihan hotel juga amat penting untuk dititikberatkan. Kalau hotel yang korang pilih jauh dari tempat yang menarik, susah sikit la korang nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Tapi, kalau korang menginap di City Hotel Krabi ni memang sangat sesuai sebab hotel ni dekat sangat dengan tempat-tempat menarik. Korang dapatlah save masa perjalanan untuk bergerak. Tambahan pula, hotel ni terletak di pusat Bandar Krabi dimana ia bertentangan dengan Pasar Malam.
Kalau korang nak pergi
ke Pantai Ao Nang daripada hotel ni, masa yang diambil ialah selama 30 minit. Hotel ni juga
berhampiran dengan Pantai Nopparat dan Pantai Klong Muang, serta kawasan tempat
makan dan membeli-belah di Krabi. Terdapat lima pilihan bilik yang boleh korang
pilih mengikut bajet korang, and yang penting setiap bilik yang terdapat di
sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri tau. Tak kurang hebatnya dengan
fasiliti dan servis yang terdapat di sini seperti wifi percuma, khidmat
menyeterika, mendobi dan sebagainya.
Riverside Hotel
Hotel
seterusnya ialah Riverside Hotel dimana hotel ni terletak dalam jarak 10 minit
dengan pemanduan dari pusat bandar Krabi. Yang bestnya guys, kalau nak pergi
ke Krabi River hanya mengambil masa selama lima minit jer dengan berjalan
kaki. dekat kan? kira macam tak sempat nak bakar lemak-lemak dekat badan lagi tapi korang dah sampai dulu haha. Manakala Tara Public Park dan Pasar Malam terletak
kira-kira dalam jarak lima belas minit pemanduan dari hotel ni. For those yang
naik flight ke sini, masa yang diambil kalau korang nak ke hotel ni ialah
selama dua puluh lima minit pemanduan.
Bilik-bilik yang ditawarkan di Riverside dilengkapi dengan TV satelit, peti
sejuk, telefon dan meja kerja. Bilik mandi peribadi pula dilengkapi dengan air panas dan sejuk serta ruang yang selesa! Yang penting, harga yang ditawarkan memang murah dan sangat berbaloi, kira macam tak rugilah korang nak belanjakan duit korang untuk hotel ni. Haih aku tengok gambar bilik-bilik dekat hotel ni pun dah mula terbayang dah percutian aku ke Krabi nanti macam mana hehe (angan-angan Mat Jenin ja Syed ni).
Aree Tara Resort
Haaaa! hotel yang last ni memang sesuai sangat bagi korang yang sukakan konsep elegant dan moden macamtu. Aree Tara Resort terletak kira-kira empat minit kalau korang berjalan kaki dari Pantai Krabi dan lebih kurang sepuluh minit kalau korang berjalan kaki dari Pantao Ao Nang. Hotel ni menawarkan penginapan yang luas dan bertemakan konsep kontemporari moden. Bilik-bilik yang ada dekat hotel ni semuanya dilengkapi dengan balkoni (boleh la nak dating dekat balkoni tu sambil bincang pasal masa depan lol). Selain itu, hotel ni juga turut dilengkapi dengan outdoor swimming pool yang luas! (kau nak berenang seharian dekat situ pun boleh takda masalah).
Setiap bilik dekat sini
mempunyai TV skrin-rata, perabot kayu gelap yang mewah, alat
penyaman udara dan alat untuk membuat teh/kopi. Bukan tu jer guys, di sini
juga mempunyai bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut. Kalau dah penat seharian pusing-pusing Krabi, korang boleh lah makan di restoran hotel ni yang menyediakan pelbagai masakan yang mampu mencairkan
hati korang! (ceh ayat kemain lagi kan?). Since Thailand ni terkenal dengan urutan, korang juga boleh mendapatkan khidmat urutan tradisional daripada orang Thailand sendiri. Menarik tak!? Bila tengok balik gambar-gambar dekat hotel ni, aku rasa hotel ni sangat sesuai for newly weds untuk honeymoon. Setting bilik dia dan hiasan semua bersesuaian sangat untuk buat tempat honeymoon kot! Memang romantik habislah korang dengan pasangan nanti hehe.
Aku rasa itu sahaja antara hotel yang aku nak kongsi dengan korang semua. Aku harap sedikit perkongsian daripada hasil 'research' aku ni membantu korang semua untuk memilih hotel yang sesuai untuk percutian korang nanti. Kalau korang nak tahu lebih banyak senarai hotel yang terdapat di Krabi Thailand, korang boleh la layari https://www.traveloka.com/en-my/ untuk mendapatkan hotel idaman korang pada
harga yang terendah! Jangan buang masa okay!