Tuesday, November 7, 2017

"MAKE 11.11 FLY!" TAWARAN PENERBANGAN TERHEBAT DI TRAVELOKA


Assalamualaikum and Hello everyone!

Apa khabar korang semua? Harap semuanya dalam keadaan yang baik. Harini aku ada berita baik untuk dikongsi dengan korang semua. Rasa excited pulak nak share pasal benda ni hehe tapi sebelum aku share berita ni, aku nak tanya korang satu benda. Korang ada plan tak untuk melancong kemana-mana bulan 12 ni? ataupun tahun depan? Kalau ada plan untuk travel dan bercuti bersama keluarga, teruskan pembacaan anda. Tapi kalau korang takda plan nak kemana-mana pun takpa, still boleh teruskan pembacaan mana tahu tiba-tiba tergerak hati tu nak bercuti bila ada tiket murah kan (eh spoiler pulak)

Untuk pengetahuan semua, seperti biasa 11.11.2017 ni memang berebut-rebut company buat sale besar-besaran! Traveloka juga tidak ketinggalan dalam menawarkan harga istimewa untuk penerbangan anda. Bagi yang masih tidak tahu tentang kewujudan Traveloka, meh sini aku nak cerita sikit. Traveloka ni actually satu online platform yang disediakan untuk korang semua menempah hotel ataupun flight korang sebelum korang pergi travel. Kiranya kalau korang guna Traveloka sebelum pergi travel, dapatlah survey hotel-hotel dan tiket kapal terbang dengan harga yang murah dan berbaloi. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa korang dan tak perlu lagi pening nak cari hotel on-the-spot. Kadang-kadang bila tiba waktu cuti ni harga hotel pun akan turut naik. So, better korang prepare awal sebelum menyesal.
APA TAWARAN MENARIK YANG ADA?
Traveloka 11.11 Flight Campaign
Date : 11.11.2017

Traveloka bakal menawarkan harga istimewa pada 11.11.2017 di laman web mahupun di aplikasi mudah alih mereka. Kenapa aku cadangkan korang semua untuk take part dalam flight deals ni? 

1) Sebab selalunya kalau kita survey tiket kapal terbang selalu out of budget. Susah nak dapat penerbangan yang betul-betul memenuhi kita punya budget kan? So why not kalau kita ambil peluang ni. Mana tahu ada harga murah yang bersesuaian dengan budget korang?

2) Korang boleh pergi mana-mana negara yang korang nak. Okay antara benda yang paling menarik aku rasa ialah yang ni. You have all the rights to choose your own destination. Maksudnya disini, tawaran yang diberikan bukannya tertakluk kepada certain destinations only but untuk semua destinasi yang ada dekat dunia ni! MENARIK GILA WEI. Kalau aku dah sah-sah la aku nak survey tiket kapal  terbang untuk ke Indonesia. Teringin nak travel ke luar negara weh. I guess I should take my first big step kot? Mungkin ada rezeki aku untuk sale kali ini kan who knows?

3) Oh yes, untuk flight campaign ini juga flight yang ditawarkan ialah minimum untuk 2 orang sahaja termasuk tiket pergi dan balik. Maksudnya kalau sorang tak boleh la. Boleh lah korang ajak jiran tetangga, sahabat handai, classmate, roomate dan segala mate mate yang lain. Tiket dah include pergi dan balik sekali. Untung kan?
HOW TO USE TRAVELOKA
First step, apa yang korang perlu buat ialah to sign up for a new account. Bila dah daftar akaun pengguna barulah korang dapat nikmati keistimewaan yang hanya akan dinikmati oleh ahli-ahli Traveloka sahaja. Macam mana nak daftar? Layari sahaja www.traveloka.com. Dekat atas ni antara faedah-faedah yang korang akan dapat as a member.

1) Price Alerts

Dapat alert la dengan harga-harga flight yang ada di website Traveloka. Bukan itu sahaja, korang juga boleh pilih flight mana yang korang nak, seat mana korang nak dan berapa transit korang. Mudah sebab interface website Traveloka ni tersusun dan tak complicated untuk korang fahami.

2) Seamless Booking Experience

Smooth booking experience. Bila kau nak booking tu senang sahaja. Tak payah nak isi segala borang, alamat, nama dan maklumat kad korang seribu kali. Dengan Traveloka ni, korang hanya fill in kan maklumat korang sekali sahaja. So nanti kalau nak booking untuk next flight, boleh select sahaja nak bayar pakai kad mana. Tak perlu lagi nak keluarkan kad debit/kredit korang lepastu kena tulis nombor kad dan sebagainya.


Ini yang aku cakap dekat korang tadi. Dengan adanya My Cards di Traveloka, jadi lebih secure lah korang punya details tu and it saves a lot of time. Tak payah nak tulis banyak kali. Korang juga boleh tambah kad Visa atau Master Card sebanyak 3 kad. Waktu nak book flight nanti just pilih sahaja kad mana yang korang nak gunakan untuk bayar. EASY right? 

3) Manage Your Bookings

Kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan. Kadang-kadang ada emergency case yang menyebabkan korang tak dapat naik flight pada waktu yang ditetapkan. Sedih juga kalau jadi macamtu, tetapi dengan menjadi ahli Traveloka korang boleh minta refund ataupun reschedule korang punya flights DENGAN HANYA MENGGUNAKAN APP. Tak payah gelabah nak call or email semua (tapi biasanya kalau aku tetap akan call la sebab gelabah juga hahaha)

4) Utmost Account Security

Korang jangan risau dengan maklumat yang korang dah kongsikan dekat Traveloka ni sebab memang betul-betul secure. Selain dari verification code (kalau korang sign in dekat device lain) dekat Traveloka juga ada fingerprint punya authentication. Kalau tak match dengan jari kau tak dapat lah orang lain nak buka. Unless diorang potong jari korang ke apa ha so dapatlah buka (creepynya if it really happened huhu)
PILIH PENERBANGAN ANDA
Bila korang dah ada akaun Traveloka, then it's time for you to look for your flights! YEAYYY. Contoh di atas ni ialah interface yang korang akan nampak kalau korang buka laman web Traveloka. Simple sahaja layoutnya, korang hanya perlu pilih destinasi, waktu penerbangan and kalau nak include ticket balik just click sahaja box "return". Select number of passengers and choose whether you want to be in Economy class or Business class and start searching. 

Seterusnya akan keluar senarai flights yang available. Senang sahaja, korang ikut arahan yang diberikan dekat atas tu. Kalau masih keliru, ada juga live chat disediakan di ruangan bawah website tersebut. Susunan flight kat atas ni from the lowest price to higher price. Korang juga boleh tengok flight mana yang korang akan naik sama ada AirAsia, MAS, Malindo dan sebagainya. Aku rasa takda masalah kot korang semua nak faham since Traveloka memang dah provide step by step untuk memudahkan korang semua :)
BERSEDIA UNTUK BERCUTI

Selepas aku dah tulis panjang lebar penerangan pasal amazing deals from Traveloka ni, mesti korang tak sabar-sabar nak bercuti kan? HAHAHA. So, kalau rasa nak bercuti dengan tiket penerbangan yang murah, jangan lupa tunggu 11.11.2017 ini untuk Traveloka Flight Campaign. Banyak destinasi-destinasi menarik yang boleh anda kunjungi.

Jangan lupa untuk melayari https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111 pada 11.11 dan juga untuk pelbagai promosi-promosi menarik yang bakal ditawarkan! Anda juga boleh install applikasi "Traveloka" dengan hanya search "Traveloka" di Apps Store. Selamat bercuti :)

Wednesday, October 4, 2017

SENARAI TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS YANG WAJIB DILAWATI

Senarai Tempat Menarik di Cameron Highlands yang Wajib Dilawati

Assalamualaikum dan Hai!

Entry kali ini aku akan berkongsi tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang korang WAJIB lawati. Actually it was my first time going to Cameron Highlands. Dah lama teringin nak pergi sini and Alhamdulillah my dream comes true (even it takes many years until it finally happened). Sebelum aku mula menaip, I just want to remind you guys that if you guys nak pergi sini, make sure you go on WEEKDAYS. Kalau korang rasa korang dah cukup kental nak hadap traffic jam dan nak tempah hotel yang murah dengan harga yang mahal, pergilah on weekends or public holidays.

Bagi aku, Cameron Highlands ni antara tempat yang senang juga untuk korang pergi since tempat-tempat menarik dia semua berdekatan. Maksud aku, you can go there without knowing anything about the place but you indirectly know where to go or what to do bila sampai sana. Aku pergi sana tanpa buat research apa pun but we managed to go to a lot of interesting places. Another thing to expect bila korang pergi sini ialah "fee entrance". Since tempat ni kan macam banyak ladang-ladang, so kau kena expect la untuk bayar duit nak masuk. Takkan semua tempat nak free kan? Mereka pun perlukan duit untuk mantain mereka punya farm and stuff so don't complain.

1) LADANG TEH
Ladang Teh BOH Sungei Palas
Boh Tea Centre Sungei Palas

Actually banyak ladang teh yang ada dekat Cameron Highlands tapi one of the famous tea plantations ialah Boh Tea Centre Sungei Palas. Ladang dia ni terletak dekat Brinchang. Aku tahu tentang ladang ni pun bila tanya akak dekat restoran yang ada dekat Brinchang tu haha. Tempat ni seriously sangat cantik! Sepanjang jalan korang lalu untuk sampai ke ladang ni mesti tak kelip mata pun tengok kehijauan alam. Cuma, jalan nak ke ladang ni agak sempit. Kalau korang pergi time weekend boleh sesak kot dekat atas tu. Bila berselisih jadi agak sukar sebab ada certain tempat memang sangat sempit and it can only fit a car. Kena give and take lah bila berselisih lepastu sabar banyak sikit.

Cafe Ladang Teh BOH Sungei Palas

Ladang Teh BOH ni juga ada sediakan cafe untuk korang semua bersantai sambil menikmati pemandangan indah. Memang lawa dia punya view dari atas ni. Cuma pada pendapat aku makanan dia agak overpriced so aku tak makan lah dekat sini. Selain itu, korang juga boleh membeli belah dekat kedai BOH yang terletak bersebelahan dengan cafe. Ada beberapa teh yang hanya boleh didapati di Cameron Highlands sahaja dan ada juga yang harganya lebih murah berbanding di kedai-kedai biasa. Ladang ni sangat recommended untuk korang pergi sebab view memang memuaskan! Selain dari Sg. Palas, korang juga boleh pergi dekat ladang BOH di Ringlet (jalan ke Kuala Lipis) tapi lain lah sikit landskapnya.

Cameron Valley Tea House

Cameron Valley Tea

Selain dari ladang teh BOH, aku juga berkesempatan untuk singgah di ladang Cameron Valley (2 kali kot pergi sini). Kalau korang nak tahu, ladang teh ni antara yang paling dekat kalau nak dibandingkan dengan BOH tu. Korang sampai sahaja di Brinchang, ladang ni antara salah satu tempat yang kau nampak dulu. Ladang dia tak sebesar dan secantik BOH aku rasa. Ladang teh BOH jauh lagi cantik tapi disebabkan aku suka Cameron Valley ni punya teh, aku singgah lah sini! hehe. Korang kalau pergi ladang ni boleh naik kereta dia untuk round ladang. Boleh main ATV juga dekat sini (tapi kena bayar la okay? banyak cantik nak free?)

Kedua-dua ladang ni takda bayaran masuk. Korang boleh masuk banyak kali dari pagi sampai malam pun tak kisah okay? Kalau nak tidur situ pun boleh aku rasa, itupun kalau tak kena halau lah haha. Teh Cameron Valley Strawberry
Secara jujurnya aku suka teh Cameron Valley lagi berbanding Teh BOH. Kenapa? Sebab dia ada flavour Strawberry, Lemon, Blackcurrant, Mint dan Oren. Paling aku suka perisa Strawberry dengan Blackcurrant lah. Korang juga boleh minum teh dan makan dekat cafe Tea House dia. Cafe dia aku recommend sebab harga reasonable dan portion pun macam banyak! cuma aku still tak makan dekat cafe dia sebab kena beratur panjang dan aku tak cukup gigih untuk benda macamni. Lagi satu Tea House Cameron Valley ni ada dekat Ringlet juga. Tapi yang tu macam hambar sikit aku rasa entahlah haha.

Kedua-dua ladang ni takda bayaran masuk. Korang boleh masuk banyak kali dari pagi sampai malam pun tak kisah okay? Kalau nak tidur situ pun boleh aku rasa, itupun kalau tak kena halau lah haha.

2) ORCHID AND ROSE GARDEN
Orchid and Rose Garden

Bagi aku tempat ni antara tempat yang wajib dilawati untuk korang yang pertama kali singgah Cameron Highlands. Walaupun nama tempat ni kebun orkid dan bunga ros, tapi bila korang masuk dalam tu macam-macam jenis bunga ada. Bayaran yang dikenakan kalau korang nak masuk sini ialah sebanyak RM6 sahaja (if I'm not mistaken). Mula-mula ingatkan macam takda apa pun dalam tu, tapi bila melangkah masuk ke dalam, Ya Allah cantiknya bunga-bunga dekat sini! Kalau biasanya kita tengok bunga ros, susah nak jumpa yang betul-betul segar. Tapi dekat sini, semua bunga ros dia segar bugar dan bau wangi. Bau dia macam air sirap tu, kalau aku dahaga aku boleh telan terus bunga-bunga dekat sini.

Bunga-bunga segar di Cameron Highlands

Antara bunga-bunga cinta layu di pusara yang berjaya aku abadikan dalam gambar. Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar bunga yang lain, tapi macam kena main treasure hunt pula nak cari gambar dalam gallery. So, ini sahaja yang mampu aku tunjukkan! tapi serious ah bunga-bunga dekat sini memang cantik-cantik! :)

Pokok Unik di Cameron Highlands

Selain dari pokok-pokok bunga yang korang dah biasa nampak, dekat sini juga ada pokok yang agak "rare" bagi aku. Sebab apa? Sebab aku tak pernah tengok pun lagi pokok macamni seumur hidup aku haha. Pokok ni bentuk dia bulat and bila kau tekan macam kosong lepastu rasa macam ada angin dekat dalam. Sebelah kanan tu merupakan rupa pokok/buah ni apabila dia meletup. Ya Allah unik betul. Tak pernah lagi aku jumpa pokok macamni dekat tempat lain

Pokok Unik di Cameron Highlands

Okay pokok yang ni pun antara yang pelik juga bagi aku. It looks like a plastic fruit macamtu tapi bukan buah pun and IT'S REAL. Itu memang pokok tapi aku tak tahu buah apa. Bentuk dia nampak macam terung tapi bila kau picit-picit benda tu, takda isi pun dekat dalam. Ada angin je weh! aku ingatkan itu pokok hiasan mula-mula. Rupanya pokok betul. 

Cameron Highlands, Pahang

Selain itu, korang juga berpeluang untuk mendekatkan diri dengan haiwan-haiwan yang ada di sini seperti ayam belanda, itik, kambing, arnab dan ikan. Kira okaylah kan korang masuk taman bunga lepastu tiba-tiba dapat beramah mesra dengan haiwan? lepastu dekat taman bunga ni juga ada kebun sayur. Korang boleh tengok pekerja dia petik kobis secara live! Best gila bila kau pegang kobis yang baru dipotong dari pokok dia, sejuk macam kena air batu.

3) LAVENDER GARDEN
Lavender Garden, Cameron Highlands

Destinasi kita seterusnya ialah Lavender Garden. Untuk pengetahuan semua, lavender ialah sejenis bunga yang berwarna ungu dan sering kali dijadikan wangian-wangian seperti shower gel, pewangi kereta, almari dan sebagainya. Aku rasa tempat ni baru lagi dibuka dan mendapat perhatian ramai netizens (lol). Harga untuk tiket masuk kalau tak silap aku dalam RM10 seorang ataupun lebih? Disebabkan jakun tak pernah tengok lavender, so kita bayar jelah untuk masuk ke dalam. Tempat ini terletak di Brinchang. tempat parking susah sikit nak dapat yang dekat. Korang kena jalan jauh sikit la sebab taman lavender ni tepi jalan and parking space dia jauh sikit dengan tempat dia. So, exercise sikit okay?

Lavender Garden, Cameron Highlands

ini dia punya entrance, ada fountain and tempat lepak-lepak dekat situ. Sesuai untuk ambil gambar dan duduk sebentar bagi menghilangkan penat dan mengah didada selepas mendaki bukit.

Lavender Garden, Cameron Highlands

Tadaaa! inilah dia pokok lavender kalau nak tahu. Rupanya lavender ni ada banyak jenis, ada yang purple pekat dan ada yang tak berapa pekat. Ada yang berbunga lebat ada yang tak berbunga lebat. So, bila korang singgah sini you'll see different kind of lavenders. Dekat bawah ni you cannot touch la sebab berpagar but you can go upstairs ada banyak lagi lavender! :)

Aiskrim Lavender

Lavender Ice Cream merupakan salah satu tarikan di Taman Lavender ini. Ramai juga yang beratur semata-mata nak beli aiskrim ni. Harga bagi satu aiskrim ni bukan seringgit dua okay! Kalau tak silap aku dalam RM7 juga satu aiskrim. Kalau korang teringin sangat nak rasa, belilah. Bagi aku rasa aiskrim dia biasa sahaja. Sama sahaja rasa macam aiskrim biasa tu. Cuma this one rasa sabun la sebab buat daripada bunga lavender kan? Boleh tahan pekat juga rasa lavender ni. Ada sorang budak ni aku perasan dia tanya abang dia "Abang, kenapa aiskrim abang rasa sabun?" hahahaha lawak pula conversation budak-budak tu.

Bunga-Bunga di Lavender Garden

Actually ada banyak lagi tempat-tempat menarik untuk korang semua bergambar di sekitar Lavender Garden ni. Memang berbaloi korang bayar mahal-mahal sebab bunga-bunga dia semua nice wei! lepastu kalau korang nak petik bunga daisy, korang boleh petik dengan harga serendah RM2 sekuntum. Selain itu, korang juga berpeluang untuk memetik Strawberry di sini. Itupun kalau waktu tu musim dia lah. Waktu aku pergi sini haritu memang tak dapat petik Strawberry pun sebab buah tak banyak. So, dia tutup tempat Strawberry :(

4) BIG RED STRAWBERRY FARM

Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry farm antara ladang strawberry terbesar lah dekat sini. Waktu aku datang sini, it's a bit late. Dah petang, sampai sahaja dekat sini dah macam takda apa yang tinggal. Aku rasa highlight tempat ni ialah dia punya cafe kot. Aku tengok cafe dia boleh tahan menarik and bila tengok gambar-gambar orang yang datang ke Cameron Highlands, most of them akan singgah di sini. Malangnya, aku tak dapat nak bagi review pun sebab waktu aku sampai sini cafe pun dah nak tutup. Tempat petik strawberry pula tak dibuka sebab bukan musim dia. Tapi disebabkan aku rasa tempat ni best, aku senaraikan sekali dekat sini untuk rujukan korang semua.

Big Red Strawberry Farm

Dekat sini juga ada banyak bunga kaktus yang korang semua boleh beli. (okay dah tak tahu nak describe tempat ni sebab waktu aku pergi haritu tak best!) Yang penting masuk dekat sini ialah PERCUMA. Disebabkan percuma, tak payah nak complain sangat lah kahkah.

5) PASAR KEA FARM
Pasar Kea Farm, Cameron Highlands

Kea's Farm ni actually dekat Brinchang. Kalau korang book hotel area Kea's Farm ni, korang boleh pergi pasar malam dia dengan hanya berjalan kaki sahaja. Dekat situ juga ada kebun strawberry semua, kira macam lengkap lah. Kalau kau nak berjalan kaki untuk gerak ke mana-mana, aku cadangkan untuk korang book hotel dekat sini. Tetapi, perkara yang agak tidak menarik ialah tempat ni terlalu crowded. Since tempat dia kira jadi tumpuan orang ramai juga so parking space agak limited.

Pasar Kea's Farm ni sebenarnya waktu aku pergi haritu memang terlampau padat (kebetulan dalam gambar ni nampak lengang pula). Kau nak parking kereta pun susah dekat sini kecuali kalau kau bernasib baik tiba-tiba ada kereta yang nak keluar. Kebiasaannya dekat sini jalan akan sesak especially kalau waktu hujung minggu atau cuti sekolah. Aku suka singgah sini sebab barang-barang yang dia jual best. Korang boleh dapatkan cenderamata, strawberry and yang paling best ialah makanan! Aku pergi mana-mana memang tak sah kalau tak beli makanan (patutlah gemuk). Korang boleh beli cendawan goreng segar dan sweet corn in a cup kot. 

Kalau nak beli sayur pula, pastikan korang tahu la harga semasa sayur. Kadang-kadang semacam ja peniaga letak harga mahal. Murah lagi sayur kita beli dekat Giant. Kena survey banyak kedai, tapi yang bestnya sayur dekat sini segar dan memang manis je rasa. Aku yang tak berapa gemar sayur pun boleh telan apa lagi yang suka makan sayur. Tempat ni sangat recommended cuma kena bersabar sikit lah untuk cari tempat parking. Kalau salah parking nanti kena saman so kalau nak parking tepi jalan make sure ada yang tunggu dalam kereta.

Thanks for reading. Selamat bercuti! Rancanglah percutian anda dengan baik :)

Thursday, September 7, 2017

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, syukur. Akhirnya berjaya juga menghabiskan pelajaran dan menggenggam segulung ijazah (tapi dia tak bagi dalam bentuk gulung pun actually) setelah selama 5 tahun setengah berhempas pulas mempelajari segala teknik, pedagogi dalam pendidikan. Tidak terungkap kata-kata kerana diri ini sebenarnya masih lagi tidak percaya akan pencapaian yang bermakna ini. 
Flashback
I'm not a bright student to begin with. Aku bukannya budak pandai pun, dulu masa sekolah rendah pernah jadi budak target 5A UPSR but I flunked my UPSR. Aku dapat 1A sahaja and turun kelas 2 kali. Okay. Sebab apa? yes, banyak main. Dulu waktu sekolah rendah aku banyak pergi Cyber Cafe. Tempat tu dah macam rumah kedua aku. Pantang ada duit mesti dekat situ jadi tempat persinggahan and to make it worst, aku mula terjebak pergi tempat tu since I was 9 kot! Tapi aku tak buat apa pun selain dari main game. Kerja sekolah apa semua memang tak sentuh (so aku datang pagi ke sekolah and buat kerja sekolah waktu pagi tu). Itu sahaja waktu aku buat kerja sekolah aku haha.

Benda ni berlarutan sehingga aku masuk sekolah menengah. Aku merupakan lepasan pelajar sekolah agama sebenarnya. Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah merupakan tempat yang aku banyak belajar pasal kehidupan. It was an eye-opening experience bila waktu form 1 aku duduk asrama walaupun rumah dekat. Macam-macam aku belajar waktu dekat sekolah agama. And, yeah aku masih lagi "ketagih" pergi Cyber Cafe. Waktu tu aku diperkenalkan dengan online games. Segala jenis game online semua aku dah main. Paling banyak main waktu tu ialah DOTA. Bayangkan berapa banyak duit aku habis kalau main dota tu 1 game = 1 jam. 1 jam = RM2 kau kena bayar. Sanggup ikat perut nak pergi cc kot.

Hasilnya? Keputusan PMR tidak memberangsangkan. Disebabkan aku ni bukan gifted student, tak study apa memang tak dapat cemerlang lah. Tapi Alhamdulillah takdalah teruk sangat walaupun malas nak study. Waktu form 4 ada peperiksaan besar juga untuk sekolah agama, SMA (sijil agama). This one aku dapat Pangkat 2 (Jayyid Jiddan), waktu tu paling tinggi ialah Pangkat 1 (Mumtaz). Kira not bad juga result aku tapi Bahasa Arab teruk.

Waktu SPM pula, aku dah mula fikir nak sambung study dekat mana. Kebiasaannya pelajar sekolah agama akan melanjutkan pelajaran ke Kuliyyah Pekan, untuk ambil STAM (Sijil Tinggi Agama). Taraf STAM ni dah macam diploma lah tapi yang bestnya, dalam masa setahun kau dah boleh habis and terus boleh further ke degree. Waktu form 5 tu kira macam kau ada conflict juga nak decide mana satu terbaik untuk kau. Aku tak tahu aku bagus dalam bidang apa, aku memang nekad tak nak ambil STAM sebab aku tak berapa bijak menghafal dan bahasa arab aku pun teruk :( . Aku suka bidang graphic design, tapi mak aku tak bagi and susah dapat kerja (thank god mak aku tak bagi).

Dalam banyak-banyak result, result SPM aku sahajalah yang aku boleh banggakan. Walaupun result aku cukup makan je sebenarnya. Aku bersyukur. So, bila dah dapat result SPM semua tu aku dah mula fikir macam-macam. Dengan result yang tak seberapa, boleh ke aku nak masuk universiti? For your information, aku tak credit Mathematics. Mathematics aku sangat teruk sebab I don't like maths. Kesian kadang-kadang dekat cikgu yang ajar banyak kali, tapi aku masih bebal. Mula-mula aku macam nak jadi lawyer, tapi sebab bengap sangat tak kredit Maths aku tak rasa dapat jadi lawyer sebab syarat nak ambil law pun kena at least credit Maths kot?
Bidang yang aku minati

Aku dari sekolah rendah minat English! Macam mana boleh timbul minat mendalam dekat bahasa penjajah ni? Semuanya bermula bila aku pergi Cyber Cafe dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. .I started to speak in English (dalam game jelah kahkah) walaupun Grammar ke laut. Waktu tu aku rasa macam yakin sangat that my English was up to the standard and Grammar aku semua bagus. Subjek ni antara subjek yang aku target A, kalau tak dapat A memang aku frust. Biasanya kalau exam pertengahan tahun susah sangat nak dapat A, mesti score teruk dekat bahagian karangan sebab tulis panjang tapi grammar ke laut cina selatan wei! Tapi Alhamdulillah aku dapat A waktu SPM so that would be a big advantage for me to apply for TESL course.

Nak dipendekkan cerita, aku tak dapat panggilan ke universiti langsung! satu universiti pun tak nak panggil aku.Tapi bersyukur Alhamdulillah, nasib baik aku lulus temuduga IPG dan dapat bidang yang aku minati iaitu Bahasa Inggeris! dan bermulalah cerita macam mana aku boleh jadi seorang guru sekarang ni. (panjangnya cerita kau, mesti ramai skip kot Syed! haha)
Majlis Konvokesyen Kali Kelapan Institut Pendidikan Guru KPM
Aku banyak belajar benda-benda baru dekat IPG. Aku juga banyak improve English aku dekat sana. English aku teruk gila kot sebelum ni, I don't even know basic Grammar (sedih kan?). Cikgu dah ajar banyak kali dah tapi aku yang mudah confuse. Aku tak boleh ingat rules semua tu tapi bila masuk IPG agaknya kita praktikkan benda tu, and selalu tulis dalam English so lama kelamaan you'll learn and improve. Kawan-kawan dekat IPG pula dah macam family sendiri semua supportive and buat apa-apa semua sama-sama for the 5 and a half years. So seriously bila dah kerja ni rasa rindu dekat kawan-kawan and memang tak sabar nak jumpa semua masa konvokesyen tu.


Dapat jubah sahaja masing-masing terus sakan bergambar walaupun jubah aku tu macam selekeh gila haha. Please believe me nak pakai benda dekat leher tu betul-betul satu penyeksaan. Nak iron jubah and benda tu payah sangat haha. Punyalah berhati-hati gosok benda-benda ni supaya nak kemas dan jadi lelaki paling handsome waktu konvo haritu (yakin kan?)


Ini pula suasana dewan pada waktu tersebut. Berdebar juga rasanya nak konvo ni sebab yang akan menyampaikan ijazah pada pagi tersebut ialah Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Nervous bila nak sampai waktu tu sebab takut buat benda bodoh je atas pentas tu haha. Mana tahu kot tersadung lepastu jatuh depan orang ramai tu. Boleh tahan malu juga kan? Alhamdulillah nothing happened dan aku cuma berharap gambar yang diambil waku atas pentas tu lawa lah sebab rasanya macam aku pandang kamera waktu tu tapi tak tahu lah hahaha. Dia punya awkward nak pose depan orang ramai tu memang real weh. 


Alhamdulillah, B.Ed TESL (Hons)


Pada mulanya aku ingat nak hire professional photographer for my convocation day, tapi disebabkan aku rasa macam awkward sahaja nak pose depan camera (aku tak reti nak posing wei!) nanti malulah dekat orang asyik buat gaya yang sama sahaja so rasa macam tak berbaloi pula bayar mahal-mahal tapi end up 10 keping semua gambar sama kan? Lastly aku decide tangkap gambar pakai kamera iPhone jelah. Nampak la juga macam DSLR walaupun tak secantik tangkap gambar pakai DSLR. At least dapat jugalah jimat duit, mungkin ada benda lain yang lebih penting kan?

Apa yang menarik dengan MAEPS ni ialah tempat dia dekat dengan Putrajaya. So, lepas habis sesi konvokesyen tu terus bergerak ke Putrajaya untuk tangkap gambar dekat tempat-tempat yang menarik di sana. Thanks to my sister yang banyak korbankan diri sendiri untuk melayan kerenah aku nak tangkap gambar haha. Aku ni boleh tahan cerewet juga bab gambar ni. Kalau boleh composition, angle semua tu mesti nak on point. Banyak kali lah akak aku kena tangkap gambar hehehe.
Perancangan masa hadapan?
waktu nak ambil jubah sempat lagi berwefie

Bila cakap pasal masa depan, of course aku nak sambung master pula lepasni. Tak tahu kenapa but I feel like apa yang aku belajar tu tak cukup lagi. Kalau boleh nak sambung master dalam bahasa Inggeris juga. I wanna go deeper into the language. Tetapi bila dan bagaimana itu aku tak tahu. Setakat ni perancangan nak sambung tu adalah, cumanya masa, wang dan berbagai benda lagi takda. Biarlah masa yang menentukan. Merancang sangat pun kalau tak diizinkan tak boleh juga kan? :)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru saya daripada saya tadika sehingga ke sekolah menengah yang mengajar saya ABC mengeja dan membaca. Tanpa kalian mustahil saya dapat menjadi seorang guru pada hari ini. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah di IPG yang banyak membantu dan membentuk kami supaya menjadi seorang guru yang baik. Jasa dan budi baik kalian tidak terbalas. Tidak dilupakan juga sahabat seperjuangan yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang saya sepanjang pengajian. Thanks to those who stay and those who left. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian! :)

(Aku terpaksa stop di sini sebab rasa macam dah panjang sangat merapu! Thanks for reading this entry. Mesti ramai skip ni sebab panjang sangat kahkah)

Saturday, August 19, 2017

TEACHER'S DIARY: THE JOURNEY OF A NEW TEACHER

Teacher's Diary

Assalamualaikum and Hello dear readers!

Again, this post would not be written in English because I'm lazy and it's already 12.44 a.m. Aku dah sepatutnya tidur waktu sekarang ni tetapi since aku rasa macam dah lama sangat tak menaip apa-apa dekat blog ni, better aku tulis sesuatu. Rasa kekok pula sebab dah lama rasanya tak menulis, tak tahu nak mula dari mana dan tulis macam mana haha

Okay, sebelum ni kalau kau ingat aku ada cakap yang aku akan update tentang perasaan (yeke perasaan? haha macam pelik) menjadi seorang guru. Ingatkan haritu lepas sebulan posting dekat sekolah, dapatlah aku nak cerita panjang lebar dekat sini. Tetapi tangguh punya tangguh sebab banyak hal yang menimpa, finally today is the day! *mohon buat kenduri kesyukuran okay!
Posting dekat mana?
Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum

Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum, Kuala Krau Pahang. Alhamdulillah, dapat daerah kelahiran aku juga. Jarak rumah aku ke sekolah ni ialah 45 km. Aku memang lahir, membesar apa semua dekat Temerloh. Tapi tolonglah percaya aku tak tahu pun kewujudan sekolah ni haha. Gunong Senyum ni aku pernah pergi tapi bukan pergi buat aktiviti apa pun, hantar akak aku pergi kem sahaja. Itupun waktu aku tingkatan satu. Disebabkan malas nak rushing gerak pagi-pagi unuk ke sekolah, aku duduk di rumah sewa. Aku rasa bersalah sebagai anak jati Temerloh tapi tak tahu dan tak pernah lalu langsung kawasan sekolah ni! (please punish me)

Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum
Do I look like their dad? Of course not

Sekolah aku ni dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit dan juga kubur (serious ada kubur tepi kantin so kau boleh reflect siap-siap cukup atau tak amalan kau nak bawa pergi mati haha). Murid-murid pun tak ramai ada 160++ orang sahaja dan guru-guru pula ada dalam 17 orang. Bila aku masuk sekolah ni, cikgu English dekat sekolah aku tu pun dah dapat pertukaran ke sekolah lain. Akulah guru yang bertanggungjawab untuk mengajar English tahun 6 dan juga ketua panitia. Believe me, mula-mula rasa kekok lama-lama Alhamdulillah I can adapt.
Sibuk ke jadi cikgu?
Calon-calon UPSR SKGS
Aku sendiri tak tahu macam mana nak menjawab persoalan ni haha. Apa-apa pekerjaan pun semua ada sibuknya yang tersendiri lah kan? Cuma kalau kau jadi cikgu, kau rasa macam penat nak membebel. Every day rasa macam ulang benda yang sama. Kadang-kadang rasa macam aku ni membosankan and ada juga rasa macam I failed as a teacher bila budak-budak tak faham apa yang kau ajar. Then setiap hari Sabtu kena buat kelas tambahan untuk budak-budak ni belajar. Aku faham juga usia macam diorang ni kalau dekat rumah memang takda nak sentuh buku dah. Keinsafan tu hanya akan datang sehari sebelum UPSR! (macam ada pengalaman je kan? kahkah)
Best tak mengajar dekat Pahang?
Tak reti kemas ke?
Tempat Mr. Syed yang agak bersepah waktu itu  

Mula-mula rasa macam kecewa juga dapat Pahang sebab dekat sangat dengan rumah. Ingatkan dapatlah jauh dari rumah kononnya atas dasar nak berdikari etc. but nope. Allah knows best. Baru-baru ni aku ada pergi KL nak beli phone baru (ehem dah ada phone) lepastu kena hadap jalan penuh sesak sangat menginsafkan! Aku rasa macam bersyukur sangat-sangat sebab tak posting dekat Selangor atau KL. Bayangkanlah sewa rumah/bilik sahaja sekurang-kurangnya RM300 nak kena ada dah kot. Aku dekat sini sewa RM150 sahaja. Jalan pun tak sesak, tol pun takda. Cuma life lah tak berapa nak ada (sebab aku suka life kl banyak tempat makan bukan nak pergi kelab malam lol)

Tempat Makan Hipster di Kuala Krau
Tempat lepak paling hipster di Kuala Krau

Lagi satu, kawasan sini memang line internet teruk sangat. Dekat rumah sewa aku 4G boleh dapat tapi line 3G memang tak dapat (pelik kan?). Memang cepat drain lah aku punya bateri sebab 4G punya pasal. Dekat sekolah pula memang angan-angan lah kalau kau nak dapat 4G. 3G pun belum tentu boleh dapat. Kawasan-kawasan tertentu sahaja yang kau boleh dapat 3G. Kadang-kadang tu memang GPRS sahaja. Paling teruk no service. Aku tak tahu kenapa kawasan sini semua telco teruk. Celcom ni kalau nak ikutkan antara telco yang mempunyai rangkaian terluas dah tapi still line internet semput. 

Aku pun redha sahajalah guna line 4G. Memang sangat laju tapi dia punya quota pun laju macam air habis. Aku baru upgrade ke plan RM98 dapat 40GB. Kalau habis juga aku stop la main internet. Aku nak pergi main congkak ke, main guli ke. Internet pun mahal stress pula haha. Bila kita complain dekat customer service sama juga. Still takda perubahan apa-apa. 
Apakah harapan anda?
Kelas Tahun 5 SK Gunong Senyum

Sebagai seorang guru, I always want the best for my children. Aku harap depa semua ni membesar menjadi orang yang berguna, hormat ibu bapa, guru-guru dan juga orang sekeliling. Aku takda apa pun nak bagi dekat diorang selain sedikit ilmu yang aku ada. Nak bagi tanah ke, kereta honda ke memang tak mampu lagi rasanya haha. 

Aku rasa setakat ini sahaja catatan aku untuk kali ini. Rasa macam banyak benda lagi nak tulis tapi baru teringat esok aku ada kelas pukul 8.30 pagi. Sekarang dah pukul 2.00 pagi dah. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk aku berehat dan menikmati tidur yang singkat. Gigih betul aku update blog pagi-pagi buta ni. Tolong doakan Seorang Syed supaya mampu menjadi pendidik yang baik dan juga doakan kejayaan anak-anak murid Syed dalam UPSR :) 

Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, July 19, 2017

DAPUR BUJANG : IKAN LAMPAM TUMIS TEMPOYAK


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah akhirnya terbuka juga hati aku untuk membuat sedikit eksperimentasi tentang masakan. First of all aku minta maaf sebab kualiti gambar dekat atas ni betul-betul menjatuhkan kredibiliti aku sebagai seorang Syed. Biasalah, pakai phone murah sahaja kualitinya pun lari habis. Kecewa pula bila tengok gambar ni. Walaupun gambar buruk, aku still appreciate gambar ni sebab finally aku masak something yang berbeza (sebab biasanya goreng telur sahaja kahkah).


For those yang tak tahu ikan lampam tu rupa dia macam mana, nah aku belanja gambar sedikit. Actually aku pun tak tahu jenis-jenis ikan sungai ni haha. Akak dekat sekolah aku offer nak bagi ikan untuk buat masak-masak. Mula-mula aku rasa macam malas juga sebab ikan sungai kan banyak tulang. Tapi disebabkan waktu tu aku puasa and macam sedap sahaja kalau dapat makan ikan, aku pun ambil la seekor. Kalau tak ambil, berbuka goreng telur la malam tu haha.

Dah dapat ikan, akak dekat sekolah aku juga bagi tempoyak (ramainya akak-akak Syed hehe). Mula-mula ingat nak buat gulai tempoyak, tapi disebabkan ikan ni bertulang banyak aku fikir nak buat goreng sajalah. Pergi keliling sekolah petik lada (omg first time petik lada dari pokok bila dah besar ni) dan ambil kunyit hidup dekat sekolah juga. Sekolah aku ni dah boleh buka pasar malam dah kot, banyak sangat sumber tanaman ni hehe. 

Bila dah ada bahan, aku pun menuntut ilmu macam mana nak masak ikan ni. Alhamdulillah, disebabkan aku sejenis yang cepat tangkap bila bab masak-masak ni, takda masalah pun nak masak Ikan Lampam Tumis Tempoyak Cikgu Syed I Love You ni. So, entry kali ini aku akan share resipi masakan ni dengan semua pembaca blog aku. Hasil dia memang sedap, serius tak tipu. Kalau kau jenis yang suka makan kering dengan sambal memang terbaik la resipi ni untuk korang semua.
Bahan-bahan
Ikan Lampam - 1 ekor (kalau makan banyak boleh goreng 2 ekor
Kunyit hidup
Bawang putih
Serai
Bawang kecil
Cili kampung
Tempoyak

(Aku takda spesifik sukatan pun berapa bahan-bahan yang perlu disediakan. Korang pandai-pandai lah agak mengikut berapa ekor ikan yang korang nak buat) 
Cara-cara
1. Terlebih dahulu, gorengkan ikan lampam di dalam kuali dan biarkan sehingga ia garing dan rangup. Kenapa perlu goreng sampai betul-betul garing? Sebab biasanya bila kita goreng garing (deep fried) tulang ikan tu akan menjadi lembut dan takdalah susah nak makan ikan nanti. Oh, jangan lupa untuk gaulkan dengan kunyit dan garam.

2. Seterusnya, tumbuk bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, cili kampung sehingga lumat.

3. Masukkan bahan yang telah siap ditumbuk tadi ke dalam kuali dan juga tumbuk serai sebatang (tumbuk hujung tu sahaja) dan goreng bersama bahan-bahan di atas.

4. Tunggu sehingga bahan-bahan tersebut garing (waktu tu rasa macam lapar gila sebab bau dia MashaAllah semerbak masuk hidung).

5. Bila bahan-bahan yang ada tu dah naik bau dan agak-agak dah garing, masukkan tempoyak dan gorengkan bersama bahan-bahan tadi. Tambah garam dan gula sehingga cukup rasa.

6. Campurkan sedikit air ke dalam bahan-bahan tadi supaya tidak terlalu garing dan hangus. Lagi satu, pentingnya letak air ialah untuk bagi masakan kita berkuah sikit. Maksudnya takdalah kering sangat, boleh gaulkan dengan nasi banyak sikit kalau makan tu hehe.

7. Masukkan ikan goreng tadi kedalam bahan-bahan yang digoreng dan kacau bersama sehingga semua bahagian ikan disaluti dengan tempoyak.

8. Siap dan sedia dihidang!

Senang kan? Nak buat benda ni serius tak makan masa lama pun. Orang kata memang sesuai sangat untuk orang bujang yang malas memasak macam aku dan korang semua ni hahaha. Berselera lah aku makan haritu dengan resepi baru ni. Cubalah try! confirm tak menyesal. 

Terima kasih sudi membaca, jom cuba resepi ni! 


Friday, July 14, 2017

SEORANG SYED DOT COM LULUS AKAUN PENUH ADSENSE

Lulus Akaun Penuh AdSense (Hosted Account)

Assalamualaikum dan Hai!

Alhamdulillah, hari ini dalam sejarah. Blog SeorangSyed.com dah lulus akaun penuh (hosted account) untuk Google Adsense. Untuk pengetahuan semua (kalau ada yang tak tahu lagi la), blog aku ni baru tukar domain beberapa bulan yang lalu. Bila tukar domain ni, faham-faham la kan. Memang automatik kau kena apply baru untuk menggunakan AdSense dekat website baru kau. It happened to me as well. Aku baru lulus AdSense dalam satu minggu, lepastu aku terus tukar domain dan tak dapat dah guna AdSense. 

Sebenarnya bila kau buat permohanan semula untuk akaun penuh AdSense ni bukannya senang nak kena approve! Nak menunggu dia punya result tu sempat lah kau bercinta beberapa bulan dulu baru boleh dapat. Bila dah tahu result pula, kena reject. Dah la tunggu lama lepastu kena reject pula haha mana tak syahdu kan? Nak buat macam mana, kita nak cari makan ni kenalah bersabar sikit. Sabar itu kan separuh daripada iman? (Ustaz mode: ON)

Yes, aku tahu aku memang dah lama tak update blog. Silap haribulan aku dah lupa pun macam mana nak menulis blog. Tapi tiba-tiba pula AdSense baik hati nak approve permohonan aku. Actually antara sebab aku malas nak tulis blog ialah sebab dah takda AdSense ni sebenarnya haha. Aku decide, kalau permohonan dah diapprove, baru aku akan usaha juga nak update walaupun busy kalah perdana menteri kita. Hampa juga bila permohonan demi permohonan aku kena reject dengan alasan insufficient content. Hampir 3 kali juga aku apply tapi semua kena reject. Memang patut pun bila fikir balik, sebab total posts aku dekat blog ni ada 80 SAHAJA. Mungkin you should have at least 100 posts kot before applying for AdSense.
KENA REJECT DAN APPROVE DALAM HARI YANG SAMA

Kena Reject Dengan Google AdSense

E-mail yang aku dapat ni bertarikh 12 Julai 2017 pada jam 8.42 pagi. Bila dapat email dari AdSense ni aku dah dapat agak dah actually, mesti kena reject punya and yeah betul lah expectation aku. Aku move on jelah dengan hidup aku. Pergi sekolah macam biasa dan lupakan pasal blog. 

Lulus Permohonan Akaun Penuh Google AdSense

Tapi yang ajaibnya, malam tu juga pukul 11.27 waktu orang dah nak tidur tiba-tiba dapat lagi email daripada Google AdSense. Kali ni dia kata aku punya website dah diapprove untuk letakkan iklan AdSense. Apa lagi! Melompat lah Seorang Syed dengan gembiranya (okay tipu). Rasa macam tak expect pun boleh kena reject lepastu tiba-tiba nak pula dekat aku ni. 
KENA TUNGGU SAMPAI BILA?
Bila dah kena approve ni, aku expect iklan tu terus keluar lah dekat blog. Tiba-tiba bila aku check memang takda langsung keluar iklan. Aku ingatkan mungkin aku salah letak code dia atau ada kesilapan lain. So, aku biarkan sahaja dulu dalam beberapa jam sebab dia cakap "within a few hours, you will begin to see live ads". Tapi ni dah nak masuk 2 hari still tiada khabar berita dari iklan AdSense.

Berbekalkan kekalutan aku sebab iklan tak keluar dekat blog, aku pun gigih la search dekat Google untuk cari apa puncanya. Macam-macam dah aku adjust dekat dashboard AdSense tu sebab nak bagi ikan keluar. Namun, masih hampa. Sehinggalah aku terjumpa satu article daripada AdSense yang membuatkan aku rasa lega sedikit bila baca.

Sebab Kenapa Iklan Google AdSense Tidak Keluar di Blog
So, segala misteri telah pun terungkai. Konklusi dia, kalau kau punya account AdSense kena reject at the first place, server dia terus block kau punya website untuk tunjuk iklan dari AdSense. Lepastu, bila dia dah approve pula, of course kau kena tunggu pihak AdSense untuk update mereka punya server. Bila main bab server ni bukannya macam on/off computer dah settle. Kena tunggu sehingga 48 jam untuk iklan keluar dekat blog. Setakat ni tak sampai lagi 48 jam aku tunggu.

Begitulah ceritanya perjalanan blog Seorang Syed dalam mendapatkan akaun penuh AdSense haha. Banyak perkara yang aku tak tahu lagi pasal AdSense ni, nak baca tips pun tak sempat. Kalau dengan adanya AdSense ni dapat menjana pendapatan sedikit sebanyak, Alhamdulillah. Harap aku boleh manfaatkan perkara ni. Bagi yang masih tidak diapprove oleh AdSense, banyakkan bersabar. Ikut suggestion yang AdSense bagi tu untuk perbaiki kita punya blog. InshaAllah nanti okay lah tu. Terima kasih kerana sudi membaca catatan panjang berjela bak kereta api ini. 

Tuesday, July 4, 2017

DIARI AIDILFITRI SEORANG SYED


*My editing skill has turned out really bad since I haven't used it frequently these days. Sorry for that.

Assalamualaikum and Hi!

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya dapatlah kita bersama-sama menyambut bulan syawal setelah sebulan berpuasa (dah macam muqadimmah kerja kursus dah ni aku rasa). Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terlebih dahulu saya ucapkan kepada semua pembaca blog Seorang Syed dan juga buat semua rakyat Malaysia yang menyambut. Aku rasa masih belum terlambat rasanya untuk aku menulis tentang hari raya since sekarang pun masih dalam bulan Syawal lagi kan? 

I don't really know what to write about in this entry. I don't have pictures of me celebrating raya with families and that's the worst thing during hari raya that I could think of. Seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ni, phone aku rosak and masih tidak berganti. I am planning to buy an iPhone but yeah tunggu masa yang sesuai lah dulu haha. Line internet dekat sini pun masih lagi sama, kadang-kadang sahaja dapat 3G and nak blogwalking tu bapaklah susah loading dia lambat betul sampai aku dah give up.
Erti Sebenar Hari Raya

Waktu aku budak yang masih innocent dulu-dulu, aku selalu ingatkan raya ni semuanya pasal duit raya, baju baru dan makanan. Kalau duit raya sikit, baju raya pun tak cantik dan tak banyak rasa macam tak semangat nak sambut hari raya. Kadang-kadang demand nak baju raya yang mahal saja, yang murah sikit tak nak. Lepastu boleh pula minta-minta duit raya dekat orang dengan tak malunya (tapi budak-budak memang macamtulah kan?). 

Bila kau semakin membesar, kau punya perception tentang hari raya tu dah lain. Aku tak kata aku semakin dewasa atau berfikiran matang. Tapi seriously kau punya perception tentang hari raya tu sekelip mata dah berubah. Kalau dulu kau yang minta duit raya, tapi bila dah besar kau yang kena hulur duit raya. Baju raya? tak rasa macam benda tu perkara wajib pun (sebab takda gaji kot? hahaha). Walaubagaimanapun, still perasaan nak sambut raya tu masih sama. Excited macam biasa sahaja cuma priority kau tu dah berbeza. Erti hari raya tu bukan terletak pada baju baru, duit raya dan sebagainya. Pada aku, hari raya ni cukuplah dapat bersama dengan keluarga.

Raya tahun ni aku cuma ada 2 pasang baju raya sahaja. Satu baju melayu, satu lagi baju kemeja dengan jeans. Kalau ikutkan nak beli baju melayu sahaja. Tapi tak tahulah macam mana boleh terbeli jeans dengan kemeja tu. Mungkin sebab jeans aku semua dah ketat-ketat so ini sajalah peluang aku nak tambah koleksi jeans baru (memang biasanya tambah seluar baru bila raya sahaja hahaha). Hari raya aku tetap happening walaupun ada dua pasang baju raya sahaja, Alhamdulillah.
"Bila Nak Kahwin?"

Ni antara soalan "maut" yang wajib ditanya oleh sanak saudara semua termasuk mak cik sebelah rumah kan? Aku personally rasa soalan tentang perkahwinan ni biasa sahaja. Takdalah maut mana pun. Kadang-kadang tak faham kenapa orang nak triggered sangat dengan soalan ni. Pada pendapat aku, kalau orang tanya tentang kita, that shows they care about us. Mungkin kadang-kadang mak cik pak cik kita ni tak tahu nak mulakan conversation tu macam mana. So, apa yang terlintas itulah yang mereka akan tanya.

Tak perlu nak jawab soalan ni secara sarcastic sangat pun. Jawab dengan baik seperti "InshaAllah, doa-doakanlah saya dapat jodoh yang baik" ataupun jawab secara berseloroh "boleh ja kalau pak cik/mak cik nak sponsor majlis saya". Kan lebih baik tu? Tak payah nak tarik muka awkward ke apa. Benda tu benda normal, dah berusia mestilah kena kahwin. Bezanya cuma jodoh kita dah sampai ataupun tidak sahaja. Don't make things difficult.
Tak Dapat Gaji Lagi

Bulan ni dah masuk 3 bulan aku bekerja Alhamdulillah sekejap sahaja rasanya masa dah berlalu. Kawan-kawan yang sama posting dah ada yang dapat gaji 2 bulan. Aku setakat ni masih belum dapat lagi, agaknya mungkin 25.7 ni kot? Ingatkan sempatlah dapat sebelum raya. Hajatnya nak bagi duit raya dekat budak-budak, tapi takda rezeki lah nak buat macam mana. Boleh tahan juga struggle dalam kehidupan nak pergi kerja takda gaji ni. Baju raya nak beli sendiri pun tak lepas haha. Harapnya segala urusan gaji ni selesai la bulan ni.

Bila dah syok sangat menulis ni tak perasan dah entry ni jadi sebuah novel dan dah boleh dibukukan (cuma takda orang nak beli lah haha). Ingatkan takda idea nak tulis apa, sekali haaa ambik kau. Memang dasar Seorang Syed, bila menulis tak reti nak berhenti. Okaylah aku rasa setakat ini sahaja entry aku pada kali ini. Terima kasih kalau ada yang sudi membaca diari Aidilfitri Seorang Syed yang tak fun langsung ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua! :)

Friday, June 30, 2017

PERCUTIAN DENGAN BAJET TERMURAH KE KRABI THAILAND

Percutian bajet murah ke Krabi Thailand

Salam and Hi guys!

Aku ni actually seorang yang suka travel (aku rasa aku dah banyak kali mention pasal ni haha). Banyak juga aku baca tips-tips tentang travel dan juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Entry kali ini aku nak share dengan korang semua salah satu tempat yang WAJIB untuk korang semua pergi dan tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang ada dalam list aku lah. Tempat yang aku nak share ni sebenarnya ada dekat Thailand. Kalau dengar sahaja Thailand korang terbayang apa? Kalau aku sudah semestinya terbayang Krabi! Gila lah kan siapa tak tahu Krabi ni dekat mana. Tempat ni memang terkenal dengan keindahan pantainya.

Untuk pengetahuan semua, pantai dekat Krabi ni merupakan salah satu daripada tarikan pelancong. Aku kalau setiap kali tengok gambar-gambar dekat Krabi ni rasa macam geram je nak pergi. Takpa, buat masa ni aku survey dulu macam mana nak merancang percutian bajet untuk ke sana (haruslah percutian bajet sahaja asalkan dapat jejak negara orang kan?). Bagi aku kalau korang travel, tak perlu berhabis banyak kalau setakat nak tengok negara orang especially kalau bab penginapan. Biarlah kita cari backpackers hostel ataupun cari hotel yang murah. Tak perlu berhabis untuk cari hotel 5 bintang. Bukannya nak buat event apa pun dekat situ. Nak tidur sahaja kan?

Disebabkan penginapan merupakan aspek yang terpenting kita kena ambil kira dalam bajet kita, so aku nak senaraikan beberapa hotel atau resort yang korang boleh book kalau korang nak pergi sana. Bab harga korang tak perlu risau sebab memang rate harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan lokasi hotel tersebut! Anda sudah bersedia? Jom kita lihat!
City Hotel Krabi
City Hotel Krabi

Hotel pertama yang aku nak kongsikan ialah City Hotel Krabi. Krabi ni mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita lawati maka pemilihan hotel juga amat penting untuk dititikberatkan. Kalau hotel yang korang pilih jauh dari tempat yang menarik, susah sikit la korang nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Tapi, kalau korang menginap di City Hotel Krabi ni memang sangat sesuai sebab hotel ni dekat sangat dengan tempat-tempat menarik. Korang dapatlah save masa perjalanan untuk bergerak. Tambahan pula, hotel ni terletak di pusat Bandar Krabi dimana ia bertentangan dengan Pasar Malam.

City Hotel Krabi

Kalau korang nak pergi ke Pantai Ao Nang daripada hotel ni, masa yang diambil ialah selama 30 minit. Hotel ni juga berhampiran dengan Pantai Nopparat dan Pantai Klong Muang, serta kawasan tempat makan dan membeli-belah di Krabi. Terdapat lima pilihan bilik yang boleh korang pilih mengikut bajet korang, and yang penting setiap bilik yang terdapat di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri tau. Tak kurang hebatnya dengan fasiliti dan servis yang terdapat di sini seperti wifi percuma, khidmat menyeterika, mendobi dan sebagainya.
Riverside Hotel
Riverside Hotel, Krabi


Hotel seterusnya ialah Riverside Hotel dimana hotel ni terletak dalam jarak 10 minit dengan pemanduan dari pusat bandar Krabi. Yang bestnya guys, kalau nak pergi ke Krabi River hanya mengambil masa selama lima minit jer dengan berjalan kaki. dekat kan? kira macam tak sempat nak bakar lemak-lemak dekat badan lagi tapi korang dah sampai dulu haha. Manakala Tara Public Park dan Pasar Malam terletak kira-kira dalam jarak lima belas minit pemanduan dari hotel ni. For those yang naik flight ke sini, masa yang diambil kalau korang nak ke hotel ni ialah selama dua puluh lima minit pemanduan

Riverside Hotel, Krabi

Bilik-bilik yang ditawarkan di Riverside dilengkapi dengan TV satelit, peti sejuk, telefon dan meja kerja. Bilik mandi peribadi pula dilengkapi dengan air panas dan sejuk serta ruang yang selesa! Yang penting, harga yang ditawarkan memang murah dan sangat berbaloi, kira macam tak rugilah korang nak belanjakan duit korang untuk hotel ni. Haih aku tengok gambar bilik-bilik dekat hotel ni pun dah mula terbayang dah percutian aku ke Krabi nanti macam mana hehe (angan-angan Mat Jenin ja Syed ni).
Aree Tara Resort
Aree Tara Resort

Haaaa! hotel yang last ni memang sesuai sangat bagi korang yang sukakan konsep elegant dan moden macamtu. Aree Tara Resort terletak kira-kira empat minit kalau korang berjalan kaki dari Pantai Krabi dan lebih kurang sepuluh minit kalau korang berjalan kaki dari Pantao Ao Nang. Hotel ni menawarkan penginapan yang luas dan bertemakan konsep kontemporari moden. Bilik-bilik yang ada dekat hotel ni semuanya dilengkapi dengan balkoni (boleh la nak dating dekat balkoni tu sambil bincang pasal masa depan lol). Selain itu, hotel ni juga turut dilengkapi dengan outdoor swimming pool yang luas! (kau nak berenang seharian dekat situ pun boleh takda masalah).

Aree Tara Resort

Setiap bilik dekat sini mempunyai TV skrin-rata, perabot kayu gelap yang mewah, alat penyaman udara dan alat untuk membuat teh/kopi. Bukan tu jer guys, di sini juga mempunyai bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut. Kalau dah penat seharian pusing-pusing Krabi, korang boleh lah makan di restoran hotel ni yang menyediakan pelbagai masakan yang mampu mencairkan hati korang! (ceh ayat kemain lagi kan?). Since Thailand ni terkenal dengan urutan, korang juga boleh mendapatkan khidmat urutan tradisional daripada orang Thailand sendiri. Menarik tak!? Bila tengok balik gambar-gambar dekat hotel ni, aku rasa hotel ni sangat sesuai for newly weds untuk honeymoon. Setting bilik dia dan hiasan semua bersesuaian sangat untuk buat tempat honeymoon kot! Memang romantik habislah korang dengan pasangan nanti hehe.

Aku rasa itu sahaja antara hotel yang aku nak kongsi dengan korang semua. Aku harap sedikit perkongsian daripada hasil 'research' aku ni membantu korang semua untuk memilih hotel yang sesuai untuk percutian korang nanti. Kalau korang nak tahu lebih banyak senarai hotel yang terdapat di Krabi Thailand, korang boleh la layari https://www.traveloka.com/en-my/ untuk mendapatkan hotel idaman korang pada harga yang terendah! Jangan buang masa okay!