Assalamualaikum and Hi!
Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis tentang KENAPA KORANG KENA STAY DI ANCASA RESIDENCES (especially untuk bulan Ramadan)
Basically AnCasa Residences memang terletak betul-betul dekat Port Dickson and tepi Pantai Teluk Kemang. Location wise jugak lah kalau korang stay dekat sini. Nak ke pantai pun memang ada gate khas untuk visitor AnCasa DAN YANG PENTING WALKING DISTANCE SAHAJA KE PANTAI
By the name AnCasa Residences, korang mesti dah tahu yang property ni bukan hotel ya but more like an apartment or resort macamtu. Kalau korang stay dekat sini, ada unit yang ada 1 bilik tidur, 2 bilik tidur dan 3 bilik tidur. For me, experience dekat sini MEMANG BEST and i'd say SESUAI SANGAT untuk korang staycation bersama keluarga.
Okay meh sini aku list kan kenapa korang kena stay di AnCasa Residences
UNIT YANG SPACIOUS
Korang tengok lah! untuk one bedroom apartment, unit ni sangat spacious ya. Dia punya living hall tu sangat selesa untuk family kecil. Untuk one bedroom apartment ni korang akan dapat satu katil queen. Cukup lah untuk 2 orang.
As you can see from the photos kan, for 3 bedroom punya apartment, dia punya living hall sangatlah luas. Korang satu family siap boleh main kejar-kejar lagi kat situ! haha. Keluasan dia berganda lah berbanding unit with 1 and 2 bedroom. Dari segi layout semua more or less sama sahaja. Perabot pun semua sama. yang berbeza hanya keluasan bilik yang ada dekat unit tu. Untuk keluarga yang besar memang recommended lah untuk book bilik ni.
SEA VIEW
Kalau korang stay dekat sini, korang boleh hayati dia punya view yang cantik dan tenang. Kalau nak healing tu memang sesuai la request untuk FULL SEA VIEW atau PARTIAL SEA VIEW. View ni yang aku enjoy from the balcony. Semua type bilik pun ada tau view ni tapi based on availability la. Kalau dah full memang tak dapek la nak tolong hehe.
ENTERTAINMENT
BALINESE SPA
Untuk kaum Ibu, bila dah penat berjalan boleh la manjakan diri di Balinese Spa ni. Memang tenang betul dengar bunyi air pancut dari kolam tu ditemani kicauan burung. I can spend the whole day there like seriously! Aku ni pulak memang spesis suka kehijauan so tempat ni memang sesuai la nak lepak-lepak. Depan Spa ni terus pantai. Bila dah bosan lepak kat sini, terus ke pantai lah hehe.
PAKEJ BREAKFAST SEDAP
Aku memang puas hati betul ya dengan menu breakfast dia sebab memang sedap! (i'm not paid to say this) MEMANG SEDAPPPP. Of course ada banyak lagi menu dia but these are among my favs lah. Buah-buahan, air, bubur semua ada. Aku tak tercover semua menu sebab MEMANG BANYAK CHOICE haha.
RAMADAN ROOM PROMO
Mana korang nak dapat harga yang sangat affordable macamni? Aku suka experience aku dekat sini and aku harap korang yang baca ni pun berminat.
Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh hubungi;
06 662 7288