Monday, March 6, 2023

PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

 

Assalamualaikum and Hi! 

Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis tentang KENAPA KORANG KENA STAY DI ANCASA RESIDENCES (especially untuk bulan Ramadan)

Basically AnCasa Residences memang terletak betul-betul dekat Port Dickson and tepi Pantai Teluk Kemang. Location wise jugak lah kalau korang stay dekat sini. Nak ke pantai pun memang ada gate khas untuk visitor AnCasa DAN YANG PENTING WALKING DISTANCE SAHAJA KE PANTAI

By the name AnCasa Residences, korang mesti dah tahu yang property ni bukan hotel ya but more like an apartment or resort macamtu. Kalau korang stay dekat sini, ada unit yang ada 1 bilik tidur, 2 bilik tidur dan 3 bilik tidur. For me, experience dekat sini MEMANG BEST and i'd say SESUAI SANGAT untuk korang staycation bersama keluarga

Okay meh sini aku list kan kenapa korang kena stay di AnCasa Residences

UNIT YANG SPACIOUS

Korang tengok lah! untuk one bedroom apartment, unit ni sangat spacious ya. Dia punya living hall tu sangat selesa untuk family kecil. Untuk one bedroom apartment ni korang akan dapat satu katil queen. Cukup lah untuk 2 orang.


Unit ni lah yang aku duduk last week. For me personally memang worth the price and cantik sangat. Korang akan dapat dua bilik tidur. Satu bilik tidur ada katil queen with one bathroom and lagi satu bilik tidur korang akan dapat 2 katil super single. Sesuai sangat untuk satu family with 4-5 people. Siap boleh request extra mattress lagi tau!

As you can see from the photos kan, for 3 bedroom punya apartment, dia punya living hall sangatlah luas. Korang satu family siap boleh main kejar-kejar lagi kat situ! haha. Keluasan dia berganda lah berbanding unit with 1 and 2 bedroom. Dari segi layout semua more or less sama sahaja. Perabot pun semua sama. yang berbeza hanya keluasan bilik yang ada dekat unit tu. Untuk keluarga yang besar memang recommended lah untuk book bilik ni.

SEA VIEW

Kalau korang stay dekat sini, korang boleh hayati dia punya view yang cantik dan tenang. Kalau nak healing tu memang sesuai la request untuk FULL SEA VIEW atau PARTIAL SEA VIEW. View ni yang aku enjoy from the balcony. Semua type bilik pun ada tau view ni tapi based on availability la. Kalau dah full memang tak dapek la nak tolong hehe.

ENTERTAINMENT


Selain dari kolam renang, di sini juga ada disediakan bilik karaoke, ruang untuk bermain arcade dan juga gymnasium. Lokasi dia area swimming pool sahaja. Sambil-sambil duk bawa anak main swimming pool tu, boleh la try pergi dekat area permainan arcade juga. Confirm anak korang enjoy! hehe. Korang juga boleh book bilik karaoke tau untuk seisi keluarga. Harga dia affordable dalam RM30++  satu bilik (if i'm not mistaken)

BALINESE SPA

Untuk kaum Ibu, bila dah penat berjalan boleh la manjakan diri di Balinese Spa ni. Memang tenang betul dengar bunyi air pancut dari kolam tu ditemani kicauan burung. I can spend the whole day there like seriously! Aku ni pulak memang spesis suka kehijauan so tempat ni memang sesuai la nak lepak-lepak. Depan Spa ni terus pantai. Bila dah bosan lepak kat sini, terus ke pantai lah hehe.

PAKEJ BREAKFAST SEDAP

Aku memang puas hati betul ya dengan menu breakfast dia sebab memang sedap! (i'm not paid to say this) MEMANG SEDAPPPP. Of course ada banyak lagi menu dia but these are among my favs lah. Buah-buahan, air, bubur semua ada. Aku tak tercover semua menu sebab MEMANG BANYAK CHOICE haha.

RAMADAN ROOM PROMO


GOOD NEWS FOR EVERYONE!!!

Sempena bulan Ramadan yang akan tiba, AnCasa Residences menawarkan Ramadan Room Promo bermula 23 Mac hingga 20 April 2023. Pakej yang ditawarkan TERMASUK BUFFET WARISAN BONDA (untuk berbuka puasa) DAN SAHUR. 

One Bedroom Apartment
RM 250 
*inclusive of Buffet Warisan Bonda & Sahur (2 PAX)

Two Bedroom Apartment
RM450
*inclusive of Buffet Warisan Bonda & Sahur (4 PAX)

Three Bedroom Apartmen
RM 650
*inclusive of Buffet Warisan Bonda & Sahur (6 PAX)

 Mana korang nak dapat harga yang sangat affordable macamni? Aku suka experience aku dekat sini and aku harap korang yang baca ni pun berminat.

 Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh hubungi;

06 662 7288

5 comments :

  1. Nampak menarik, tempatnya.

    ReplyDelete
  2. lama tak pi PD. menarik jugak tempat ni. boleh pi nanti bwk famili

    ReplyDelete
  3. menarik jugak ni dekat dengan pantai :)

    ReplyDelete
  4. byk kemudahan yg disediakan. Bilik2 pun lawa. Boleh pi sana...

    ReplyDelete