Assalamualaikum and Hello!
Blog aku sejak bulan Ramadan ni dah macam blog mak-mak ya. Penuh dengan pelbagai resipi random yang aku cuba sepanjang tempoh PKP haha. Aku harap korang semua hadap jelah dengan segala juadah yang aku nak buat ni. Untuk entri kali ni aku nak tulis pasal resipi donat gebu!
Actually aku ada terbaca dekat satu blog (tapi tak ingat blog siapa) pasal resipi donat ni. Aku tak save pula link blog dia. Cuma ingat dalam otak ja. Lepas baca post dia, aku jadi macam nak try la sebab ada bahan dia yang "rare" sedikit hehe.
RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI
BAHAN-BAHAN
- Yis (15 gram)
- Fresh Milk
- Susu Pekat Manis (2 sudu)
- Marjerin/Butter (2-3 sudu)
- Gula kastor
- Tepung Gandum (500gram)
- Garam (secubit)
CARA-CARA
1) Masukkan yis serbuk ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan air. Biarkan selama beberapa minit (jangan biar lama sangat okay?). Kacaukan yis sehingga ia hancur.
2) Kemudian, masukkan 500gram tepung gandum ke dalam bekas (bekas ambil yang besar sedikit supaya memudahkan proses menguli doh) diikuti marjerin, susu pekat, garam dan juga fresh milk.
3) Bila dah campurkan semua bahan yang disenaraikan, uli semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Jika adunan keras, tambahkan fresh milk ke dalam adunan.
4) Setelah selesai menguli doh, biarkan doh selama 30 minit (benda ni actually depends on yis kau. Kalau yis elok, sekejap ja doh akan kembang. Kalau tak elok, biar sejam pun doh tak nak naik)
Hasilnya apabila doh sudah kembang dan sedia untuk diacukan |
Untuk tak nak bagi doh melekat di acuan, golekkan doh ke atas tepung dan tekapkan dengan acuan |
6) Selesai diacukan, tunggu dalam 5 ke 10 minit sebelum menggoreng.
Donat yang telah selesai diacukan. Adunan ni dianggarkan boleh menghasilkan 30-40 biji donat kot? |
Donat harus digoreng dengan api yang sederhana besar. Sambil tu rajinlah balik-balik kan donat tu kalau tidak warna dia gelap la sikit hehe |
Gaulkan bersama gula kastor apabila sudah selesai! Kalau nak letak topping coklat pun boleh. Ikutlah masing-masing punya selera hehe. Tapi aku akui la resipi ni memang menjadi sebab donat ni LEMBUT SESANGAT. Aku buat ni untuk berbuka puasa, now dah pukul 2 PAGI still lembut. Aku rasa sebab kandungan fresh milk tu dia menjadikan donat ni lembut. Aku sangat berpuas hati dengan donat aku harini hehe. Sebab donat ni banyak sangat, aku dah sedekahkan kepada jiran-jiran dan juga sedara aku yang duduk satu taman perumahan dengan aku ni. Alhamdulillah.
Terima kasih kerana membaca dan Selamat mencuba!
musim PKP ramai pula jejaka hensem ambil alih aktiviti anak dara cantik untuk beraksi di dapaur..
ReplyDeleteBTW ..tahniah kerana berjaya buat donate yang empuk dan gebu
haha itulah dia, untuk mengisi masa lapang. Terima kasih ya hehe.
DeleteBahan yang luar biasa tu rupanya susu segar ya .
ReplyDeleteHaha baru nak cakap rajinnya masak. Untunglah yang jadi jiran Syed sebab dapat rasa.
Aah susu segar la bahannya haha. Tak tahu kenapa letak susu segar tu jadi lembut lain macam.
DeleteKena try ni ..
ReplyDeleteTry lah mrs pip! hehe.
DeleteSejak sejak pkp ni mauripan pon habis dkt kedai kahkah!
ReplyDeleteSemua orang pun mendonat agaknya hahah.
Deletesedapnyaa..
ReplyDeleteSedappppp hehehe.
Deletegebunya donut. boleh try resepi ni in the future sbb sblm ni x pernah try pun.
ReplyDeletehaha boleh la try ray. Donat ni paling senang la nak dibuat.
DeleteHihi.... tak perlah sesekali jadi mak mak dlm bulan pose ni. Tengok ni hakak pun jadi teringin nak buat donatlah wei, padahal hari tu dah try buat jugak.
ReplyDeletehahaha tulah kak. Rajin pulak nak try masak2 ni. Boleh la buat lagi kak, letak fresh milk pula hehe.
DeletePenuh ya entri nanti dgn resepi! 🤣😂 bAgus²... donut ni senang nak buat kan...
ReplyDeletehahaha tulah setiap hari update pasal resipi.
DeleteDonat ni memang senang nak buat. Campak2 ja bahan dia.
Makan dengan sambal ikan bilis pun nikmat ni..
ReplyDeleteBetul tu PC. Boleh la buat untuk berbuka nanti hehe.
DeleteWowww menjadi gebu diaaa...sedap ni makan panas-panas...nanti nak buat gak lagi donut...
ReplyDeleteSemalam lepas siap terus makan masa berbuka panas2 memang sedappp hehe.
DeleteTry la buat.
wah.. cantik dan kelihatan gebu kejadiannya
ReplyDeleteMemang gebu dan sedap! hehehe.
DeleteRAJINNYA MENDONAT ELOK KEJADIANNYA
ReplyDeleteAlhamdulillah jadi dengan cantikkk.
Deletesedapnyer donut!!
ReplyDeleteSedap sangatttt! hehe.
DeleteRajinnya. Nampak sedap pula tu
ReplyDeletehehe saja try memasak time PKP ni. Memang sedappp.
Deletedahsyat ek sampai ke pagi donatnya masih lembut lagi..ye la kot sebab ada susu segar tu ha...pos sini sikit ek
ReplyDeleteHaa tulah, first time try guna susu segar haha.
DeleteMeh sini alamat haha.
sedapnya.. ni dah boleh join segment mama ni. jemputlah join http://www.mamapipie.com/2020/05/calling-to-join-segment-share-resepi.html
ReplyDeletehaha yang join segment mama tu hebat2 la segan pula saya.
DeleteAnak2 akk donat gula kurang suka, tapi donat coklat ke atau yg stail donat big apple tu dorg suka plak.
ReplyDeleteTahniah syed, mcm2 resepi dah berjaya dicuba ye sempena bulan ramadhan ni kan.
Saya pun kurang jugak kak donat ni. Tapi lama dah tak makan, jadi sedap pula haha.
Deletebanyak dapat tu, puas makan..ada yg campur kentang nak bagi lembut..
ReplyDeleteAah memang puas la makan. Siap bagi jiran lagi haha.
DeleteOh yeke? memang lembut la kalau campur kentang ya?
nak pindah kejap la belakang rumah syed sementara ramadhan masih berbaki ni. hahahaha rajin gila hari2 ada makanan. banyak pulak tu.
ReplyDeletehahaha mai la pindah belakang rumah.
DeleteHari2 kita bagi makanan nanti.
kawaii sangat donat tu. kalau hias dengan krim colorful jadi corak unicorn pun best ni hihi. nice sharing as always you got here!! <3
ReplyDeletehahaha amboiii panjang betul imaginasi dia. Thanks izzati :)
DeleteAssalamualaikum. Waa.. sedapnya nampak donut dia... menjadi! Boleh buat jual ni...
ReplyDeleteWaalaikumussalam, hehe dulu mak memang jual donat.
Deleteops.. lupa pulak nak tanya, header cantik tu cikgu tempah kat mana? berkenan laa pulak... jemput laa ke blog saya utk membalas. kot2 saya tak perasan.
ReplyDeleteHeader tu saya buat sendiri ja. Buat simple2 boleh la haha.
DeleteSelamat mendonat
ReplyDeletekenapa donut mesti bentuk macam tu sejak dahulu kala lagi.
Kena buat inovasilah.
Thanks WP! Ada ja bentuk yang lain saya tengok, tapi bulat tetap jadi pilihan hati haha.
DeleteDah mendonut hari tu.. seronok dpt buat kueh sendiri.. biasa beli jerk.. haha
ReplyDeleteItulah, biasa tak rajin nak buat kuih haha
DeleteTetiba rajin pula PKP ni
rajin dia masak..thanks sharing resepi..:)
ReplyDeleteSekali sekala boleh la hehe.
DeleteMost welcome :)
Nampak lembut dan gebu. Hebat bro.
ReplyDeleteMemang lembut dan gebu sangattt hehe.
DeleteThanks bro.
geboooo nya donut dia..tkpernh lg buat sdiri donut...sblum ni pernh tgk mak buat
ReplyDeleteAah memang gebu sangat. Try lah nanti buat sendiri hehe.
Deletesteady orang bujang buat kuih sendiri
ReplyDeletemenjadi tu cikgu
ReplyDeletenaik gebu elok
brb besok beli barng nak try!
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDeleteboleh cuba nih
selamat berpuasa syed. lama awak menyepi. hehe. welcome back.
ReplyDeletebagus tu buat donut n sedekahkan kpd jiran. sambil makan dpt menderma n beramal. pasti lps ni boleh bisnes donut d sek.
ReplyDeletegebu betul niii. thanks for recipe, boleh buat moreh!
ReplyDeleteDoughnuts look amazingly fluffy. Nanti nak cuba. Bahan cam ada. Yis ada yang palsu ya. Bila beli tu tengok takde tarikh luput. Ada orang share la...kita share kat sini.
ReplyDeletePlan nak buat juga donut gebu ni. Thanks syed share resepi
ReplyDeleteAmvoiii...tajuk kemahen buat Mrs. A rasa nak cuba buat aje tapi tulah macam complicated je.
ReplyDeleteAnak Mrs. A Aryssa ada gak ajak buat donat tapi tulah tak koser nak layan. lagipun takde acuan donat. Ok tak alasan tu hiks!
Tapi tulah tengok Syed punya resepi pastu cantik gebu macam nak mencabar diri buat pula, tak jadi takpe boleh masuk dalam FB 'masak apa tak jadi hari ini' eh!
assalammuaalaikum bro. masih ingat kah lagi dikau akan daku hahaha.. blogwalking.
ReplyDeletemind to exchange bloglist bro.
btw. rajin eh hng bermasak masak semua ni huhu
gebu betul donut tu. sangat rare tau letak dalam nyiru :)
ReplyDeletesedappnyaaa
ReplyDeletesedapnyer, rsa nak buat hri ni utk berbuka, wehuu..
ReplyDeletepantang betoi aku tengok donut ni. boleh terbayang ooo kalau gigit gebu bergula macam mana.. fuhhhh
ReplyDeleteadekah seorang syed bakal menjadi another 'KhairulAming' hehe. padu arhhhhhh donut gebu gebasssssss! hehehe
ReplyDeleteBagus la menjadi. lepas ni boleh jual donat gebu tu, hehe. Saya dah lama teringin nak buat donat, tapi tak terbuat2. macam best je tengok dia mengembang sebagaimana saya mengembang
ReplyDeleteLama dah akak tak mendonut...rajin betul Syed. Boleh jual ni Syed...sempena PKP..hahah! gurau jer. Selamat mengejar malam lailatul Qadar yang berbaki lagi 2 dua hari lagi.
ReplyDeleteWahhhhh gebu donatnya cantik elok rupanya
ReplyDeleteSekali lagi singgah sini.. aduiii, lemah iman betul tengok donut tu... dah laa favourite saya.. *telan air liur.
ReplyDeleteRamainya orang rajin buat donut sekarang. Ai masih tak tergerak nak belajar buat.
ReplyDeletewehhhh puasa niii. bahan semua ada, macam boleh je kan try buat. park resipi sini, nanti senang boleh refer. terima kasih siap siap erk
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
Saya rasa lapar lah pulak.Haishhhh
ReplyDeleteMemang gebu2 sungguh..
ReplyDelete
ReplyDeleteالخدمات المنزلية بمدينة الدمام 0507738549
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة مكافحة حمام بالدمام
شركة تسليك مجاري بالدمام
SEDAPNYA ITU MANTAP #459
ReplyDeleteMemang, nampak sangat kegebuannya tu..
ReplyDeleteMana entry raya? :D
ReplyDeletedapat ilmu baru, fresh milk rupenye. sebelum ni buat x prnah cube pn fresh milk. blh try.
ReplyDeleteDone follow #459
Wahhh, tqlah.
ReplyDeleteMemang tengah cari resepi donat gebu gebas yang bertahan lembut sampai ke pagi. Selalu resepi takde letak fresh milk, rupanya itu rahsia kegebuan donat. Wohohoho.
assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
ReplyDeletedonut dengan karipap 2 bende yg AD tak reti buat smpai sekarang..ade je yang tak kena..alahai jeles nau tgk donut die..cntik gebu gebas
ReplyDeleteNice sharing. Nanti zumal nak try buat juga
ReplyDeleteSedappnyaa
ReplyDeletejadi laparlah pulaaaa
ReplyDeleteW'salam.
ReplyDeleteHebatlah Teacher Syed pandai buat donut gebu.
gemok2 si donut..heheh
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html
jarang nampak nyiru tu..
ReplyDeleteamnboi.. rajennya mendonut hehe
ReplyDeleteWah..rajin ya memasak. Bertuah wanita yang bakal jadi jodoh..hehehe
ReplyDeleteLamanya tak singgah simi. Tapiii apasal kat sini pun dah lama tak up entry baru yer
ReplyDeleteTengok donut cikgu rasa nak mendonut kejap lagi 😅. Lama gak x mendonut nih.
ReplyDeleteGood content. You write beautiful things.
ReplyDeletekorsan taksi
vbet
mrbahis
sportsbet
mrbahis
sportsbet
vbet
hacklink
taksi
Wah, boleh cuba ni. Suka donut gebu dan lembut macam Krispy Kreme. Buat utk moreh pun sedap ni.
ReplyDelete