ASSALAMUALAIKUM AND HELLO GUYS!
Alhamdulillah harini aku nak berkongsi satu resipi yang simple nak mampus untuk korang semua try. Aku rasa resipi ni bukan hanya untuk golongan orang yang "expert" memasak sahaja bahkan orang bujang macam aku ni pun boleh buat. Bahan-bahan yang diperlukan and steps semua memang sangat mudah. It's either kau malas atau rajin sahaja. Okay resipi kali ini diberi nama Jejari Kentang atau Potato Fingers bak kata orang kampung aku. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan!
BAHAN-BAHAN
Kentang (3 biji)
Tepung Jagung (5 sudu)
Tepung Beras (1 sudu) *tak letak pun okay*
Ayam Cincang (kalau nak ganti dengan daging cincang pun ok)
Daun Sup (dihiris halus)
Lobak (dipotong halus)
Lada (kalau sejenis yang tak boleh kalau tak pedas)
Garam (secukup rasa, jangan terlebih!)
Perasa (Maggi cukup rasa tu pun boleh)
CARA-CARA1) Rebuskan kentang sehingga empuk. Kentang ni actually kalau kau nak buat banyak, banyakkan la kentang tu. 3 Biji tu kalau untuk makan sorang dua lepas la haha. Buat dalam 10 biji kentang lepastu rebus la selama 10-20 minit. Lagi empuk lagi senang nak lenyek.
2) Lenyekkan kentang yang telah empuk tersebut. Make sure lenyek betul-betul sampai takda ketul-ketul. Baru sedap nak makan nanti.
3) Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Actually kalau takda tepung beras pun okay sebab aku pun tak letak tepung beras ni. Tapi kalau ada tepung beras mungkin kau punya jejari tu lebih crunchy camtu.
4) Kemudian masukkan garam dan perasa terlebih dahulu (senang masuk awal-awal sebab nanti bila dah campur semua bahan takut tak rata pula garam semua tu) dan gaul sehingga semuanya sebati.
5) Masukkan lobak, daun sup dan ayam yang telah dicincang. Macam aku cakap tadi, nak masuk daging cincang pun boleh. Lagi sedap aku rasa!
6) Gaul semuanya sehingga sebati dan mesra. Adunan tu akan jadi kalau tepung tu tak melekat dekat tangan. Kalau melekat dengan tangan lagi maknanya kau kena tambah tepung jagung la. Lepas semuanya dah nampak perfect and sedap, rasa la dulu sikit kot-kot kena tambah garam or perasa lagi.
7) Bila dah selesai menggaul semua bahan, bentukkan adunan tadi kepada bentuk di atas. Kalau kau rasa nak buat bentuk kapal terbang ke, helikopter ke boleh ja. Tapi taklah nama dia jejari kentang haha. Mungkin nama dia akan bertukar jadi helikopter kentang? KAHKAH OKAY HAMBAR.
8) Selepas dah selesai menggentel semua kentang seperti gambar diatas, goreng dengan api yg marak semarak cintamu padaku.
9) SEDIA UNTUK DIMAKAN! Senang ja kan? ikut ja semua langkah-langkah di atas inshaAllah jadi punya.
Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba! :)
Wah!..tahniah..lelaki pandai masak kena hati2 ya, sebabnya ramai wanita minat lelaki pandai masak ni..hehehe
ReplyDeletehahaha macamtu eh?
Deletebuat sendirik, lebih puas hati. good job!
ReplyDeletebetul tu! hehe alang2 ada masa lapang ni kan
Deletehebat naa laki masak selalunya sedap
ReplyDeletehaha boleh la. Cuba2 ja ni.
DeleteSedap ni. Bahan-bahannya pun mudah dicari.
ReplyDeleteAah bahan yang mudah ja. Guna apa yang ada dalam peti ais ja.
DeleteCuma leceh part nak lenyek kentang tu la.
balas kunjungan! wahh nampak sedap jejari kentang tu, nak try lah nanti :D
ReplyDeletetenkiuuu hihi cubalah nanti!
Deletesedapnya! eh, sya dah follow blog ni dah rupanya..
ReplyDeletelawanya template blog!
haha template lama ja. Tak reti la nak design template canggih2.
DeleteChef terkenal biasanya memang lelaki.
ReplyDeleteLamanya tuan Syed mengeram.
haha ni chef kadang2 ja. Tetiba rajin pulak nak cuba masak itu ini.
DeleteMengeram cari ilham la WP.
wahh sedap ni , hebat dapur bujang syed.. kak ana singgah dan follow sini 413 :)
ReplyDeletehehe memang sedap kak! boleh cuba nanti. thanks Kak Ana :)
Deletesedapnyaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteSedapppppp, cubalah hehe.
Deleteitu la. i'd love to try this nnt. nak cari bahan dulu then bru boleh buat. hehe
Deletesedap nih ada mcm2 perisa...#done follow back, tq
ReplyDeletesedap dan menyihatkan! hehe most welcome
DeleteSedap ni..nak try buat jgk nanti..saya follow sini :)
ReplyDeleteSedap! cubalah nanti hehe thanks. Done balas kunjungan.
Deletesekata je bentuknya. well done~~
ReplyDeletehahaha itu pun tak berapa cantik bentuknya sebab nak cepat siap. Thanks btw.
DeleteInsyaAllah nanti cikbunga nak cuba🌹🌹
ReplyDeleteOkay cikbunga kena try tau! hihi
DeleteMudah sungguh haih nak membuatnya. rajin tak rajin je ni. Nak try jugaklah buat nanti. Tq chef share resepi :)
ReplyDeleteBetul tuuuu. memang mudah sangat! hehe, most welcome.
DeleteMenarik dan dan sedap.. boleh cuba buat nie..
ReplyDeleteTry la akak. Memang sedap! Hehe
Deleterajin parakzzz ni.. kalah akak camni.. haha.. semua sedap2 resepinye.. haisss x leh jadi ni.. nak kene menuntut jugak ni.. hahaha
ReplyDeleteTime PKP ni tetiba pulak la nak jadi rajin hahaha try la kak
Deleteokeh resepi ni bole cuba ni..tak renyah sangat..heheh
ReplyDeleteYang ni renyah part nak melenyek kentang tu ja haha.
Deleterajinnya masak..tengok step macam senang.. boleh cuba ni..cuma 1 bahan je tak ada..kena pi cari dulu la...
ReplyDeleteTime PKP ni tetiba lah nak jadi rajin. Aah ni memang senang ja nak dibuat.
DeleteSenangnya bahan pun mostly ada dkt rumah.
ReplyDeleteAah senang ja, campur ja semua bahan. Cuma renyah part nak melenyek kentang ja.
DeleteRajinnya masak sendiri.
ReplyDeleteRajin ni ada masanya tetiba ja dia datang haha.
Delete