Wednesday, November 13, 2019

DAPUR BUJANG : RESIPI LAKSA LEMAK TERSEDAP DI DUNIA


Assalamualaikum and Hello guys! 

Actually sekolah aku ada buat potluck sikit harini sempena jamuan akhir tahun bagi meraikan guru-guru dan murid-murid. Aku pun kemain ligat la duk berfikir nak bawa apa untuk potluck harini. Disebabkan aku actually memang dah berniat nak bawa laksa ni since last few weeks (tapi tak berhasil kerana kekangan masa). So, aku pun mengambil kesempatan ini untuk bawa laksa kuah lemak ni sebagai juadah potluck. 

Kebiasaannya, aku akan bawa makanan yang mak aku masak la, tapi kali ini aku macam terlebih rajin tetiba, I decided to cook my own laksa! Aku tak tahu mana datang semangat rajin aku untuk cuba sendiri masak laksa ni. To be honest, aku tahu la bahan-bahan semua untuk buat laksa ni tapi aku tak pernah tahu step-step macam mana nak buat. Sebelum buat tu, aku pun tanya mak aku langkah-langkah dia and after that terhasil lah laksa lemak yang sedap gila tersedap di dunia okay! *hahaha sumpah perasan*

Disebabkan aku menerima beberapa pertanyaan daripada peminat-peminat setia aku (okay Syed, please) tentang resipi laksa lemak ni, aku pun mengambil keputusan untuk berkongsi ramuan-ramuan serta segala benda yang aku letak untuk menghasilkan laksa yang paling sedap di dunia bahkan di alam semesta

Pada pandangan aku nak masak laksa ni senang ja, bahan dia semua simple cuma dia agak renyah (faham ke?) sebab banyak benda yang kau kena buat. Aku akan tulis bahan-bahan yang diperlukan berdasarkan saiz hidangan aku untuk potluck tu ya! Kalau korang nak buat sikit ja, korang boleh la kurangkan mana yang patut.
BAHAN-BAHAN
 1. LAKSA (4 BUNGKUS)

Nak buat laksa, kenalah ada laksa! haha. Kalau takda laksa dia tak jadi laksa la. Tapi yang penting make sure sebelum mula apa-apa rendam la dulu laksa tu dalam air untuk menjimatkan masa.
2. SANTAN (1 KILO SETENGAH)

(Sumber: Google)

Nak buat laksa lemak ni make sure santan yang korang beli tu ialah santan segar. Santan kotak tu rasa dia tak sama dengan santan yang segar. Kalau boleh beli santan tu banyaklah sikit kalau untuk makan sendiri. Jangan kedekut santan gais nanti rasa dia tak cukup creamy.
3. IKAN SELAYANG (1 KILO SETENGAH)


Okay, Ikan Selayang ni kalau kau nak kenal bentuk dia senang ja. Ikan ni bentuk dia macam kurus and tajam sikit haha (betul ke description aku ni?) Kalau korang tak tahu pun ala tengok jelah label dekat pasaraya tu. Mak aku ajar, kalau nak pilih ikan yang segar kena tengok mata dia. Kalau kau tengok mata dia and turun ke hati kau, maksudnya tu ikan yang segar lah. Kalau tengok mata ja dah rasa menyampah, itu kena elakkan! Sebenarnya korang boleh juga guna ikan lain selain Ikan Selayang ni tapi aku tak tahu nama ikan tu.
4. REMPAH-REMPAH



- bawang Holland (4 ulas)
- lada hitam (dalam segenggam kecil)
- serai 3 batang
- halia (1-2 inci)
- lengkuas (1-2 inci)
- bawang putih (5-7 ulas)
- asam keping (3 keping)

Bahan-bahan yang aku nyatakan di atas ni actually ikut korang punya "instinct" sebenarnya. Tapi make sure jangan terlebih. Kalau kau terlebih lada hitam tak sedap juga. Terlebih bawang pun tak sedap. Tak boleh ke guna bawang selain bawang holland? Jawapannya boleh. Tapi kalau korang guna bawang besar yang merah tu, dia punya kuah warna gelap sikit nanti. Tak cantik. Presentation tu penting okay! hehe
5. LADA 
(Sumber : Google)

Aku tak tahu nak explain macam mana. For your information kan, rasa lada hijau and lada merah tak sama tau. Untuk resipi aku kali ini, aku campurkan kedua-dua jenis lada. Nak guna lada kampung yang kecil tu pun boleh takda masalah. Cuma jangan lada besar la sebab tak pedas langsung nanti haha.
LANGKAH-LANGKAH BUAT KUAH LAKSA


1) Masukkan ikan selayang ke dalam periuk dan rebuskan

2) Asingkan isi ikan selayang dengan tulangnya

3) Setelah selesai, masukkan bawang holland, bawang putih, lada hitam, halia dan kisarkan sehingga lumat (selumat hatiku huhu)

4) Seterusnya, kisarkan isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang ikan sebentar tadi dengan menggunakan air rebusan ikan (boleh juga tambah air biasa jika tidak mencukupi). Kisar sehingga lumat dan halus 

5) Kemudian kisar pula tulang ikan dan tambah sedikit air. Pastikan tulang ikan yang dikisar betul-betul lumat dan hancur

6) Masukkan isi ikan dan juga tulang ikan yang telah dikisar secara halus ke dalam periuk. (pastikan korang tak guna tapis sebab nanti korang akan tertapis sekali isi ikan tu. lepas blend tu, biar dulu dalam 1 minit macamtu supaya tulang ikan akan jatuh ke bahagian bawah pengisar. lepastu boleh tuangkan slow-slow ke dalam periuk)

7) Ketukkan 3 batang serai tadi ke dalam periuk yang sama seperti gambar di atas

8) Masukkan 1 kilo santan ke dalam periuk 

9) Letakkan penambah perisa seperti garam dan gula ke dalam periuk (kalau nak guna ajinamoto pun boleh tapi bergantung kepada tekak masing-masing)

10) Oh sebelum terlupa! letakkan 3 keping asam keping (untuk bagi rasa masam-masam macamtu)

11) Letakkan ke atas dapur dan kacau sehingga mendidih

12) Bila dah mendidih sikit tu rasa la okay ke tidak. Kalau rasa macam tak okay, baiki la apa yang patut. Lepastu  aku tambah lagi setengah kilo santan ke dalam kuah laksa tadi untuk lebih lemak

13) Kacau, kacau dan teruskan mengacau. Bila kau masak laksa lemak ni kena kacau sentiasa. Kalau tak kacau nanti kuah tu jadi berketul2 sebab santan tu naik atas (faham tak?)

14) Dah siap kuah laksa yang tersedap di dunia! 
MEREBUS LAKSA
 Okay lepas dah masak kuah laksa tu, aku terus ambik laksa yang aku dah rendam awal-awal tadi dan rebuskan selama beberapa minit. Korang jangan terpedaya dengan laksa tau. Kadang-kadang korang tengok macam dah lembut tapi bila dia dah sejuk, keras ja lagi. So, untuk mengelakkan kekerasan kepada laksa tu berlaku, korang bolehlah rebus dalam jangka masa 15 - 20 minit dengan api yang besar.
MEMOTONG ULAM

Memotong ulam dan kisar lada ni perkara terakhir la yang aku akan buat. Ulam yang digunakan dalam laksa lemak ni senang ja. Korang cuma beli timun, kacang panjang dan juga daun kesum. Hiris ja semua halus-halus atau ikut korang punya kreativiti. Nak potong jadi bentuk helikopter pun boleh kalau nak hahaha. Kalau yang lada tu pula korang kisarkan sekali dengan garam lepastu memang rasa dia meletup habis makan dengan kuah laksa tu! PERCAYALAH!
KESIMPULAN

Kesimpulannya, buat laksa ni memang bahan dia mudah ja cuma pada aku dia jadi renyah sikit sebab kau kena buat banyak benda dalam satu masa. Kena rendam laksa, rebus ikan, potong ulam, kupas bawang, asingkan isi ikan, kisar isi dan tulang ikan, kisar pula lada. BANYAK WEH. Itu yang sedikit sebanyak buat aku annoyed haha. TAPI SUMPAH BILA DAPAT SUAP DALAM MULUT HASIL MASAKAN KAU SENDIRI, MEMANG PUAS. This is actually my first try. Aku jarang sangat memasak sendiri, tapi bila aku rajin tu memang tetiba lah nak masak haha. Mana yang nak try resipi ni, cuba lah. Memang mudah dan sedap! 

InshaAllah lepasni kalau rajin lagi Seorang Syed akan share tentang menu lain pulak ya! Stay tuned :)


34 comments :

  1. gee tak pandai makan laksa ni.. hehe
    dah follow syed tadi, salam kenal juga ya :)

    ReplyDelete
  2. wow syed! perform nihhh. saya pun suka buat laksa ni sebab dia senang je tapi tak suka part asingkan isi ikan tu -_-

    bye the way, ni first time saya datang sini and terus follow sini

    ReplyDelete
  3. Kau punya “tersedap di dunia malah di alam semesta” tu memang tak boleh bawak bincang la syed! Rasa nak mintak masakkan, baru rasa air tangan syed. Hehehe.. Walaupun ni first time dengar laksa kuah lemak, serius. Tolongla masakkan laksa ni jap, special request (sambil hulur mangkuk ngan tupperware untuk tapau) 😂👏🏻

    ReplyDelete
  4. Laksa... Cikbunga memang sukaaa🤭🤭🌹🌹

    ReplyDelete
  5. Saya tak pandai masak laksa, tapi dah tengok cara syed buat ni, nanti nak cuba...
    Laksa lemak ni sama dengan laksam kan?
    Kegemaran my Putri ni.
    Salam kenal ya Cikgu......

    ReplyDelete
  6. malu sy sebagai seorang pompuan sbb xpndai msk laksa.. ahahaha

    ReplyDelete
  7. Hi Syed.. akak singgah sini.
    memang terbaik lah Syed. buat laksa tu.. hebat..

    ReplyDelete
  8. sedapnya, kegemaran saya ni laksa lemak ni, dah lama tak buat laksa sendiri laksa beras yang beli masa balik kerteh pun dah lama abis. Nak buat laksa lemak ni senang cuma paling malas nak ngerjakan ikan tu lah hehehe...

    salam kunjung semula

    ReplyDelete
  9. hyee follow back..hadoi tak tahan part klo tgk mata ikan tu da menyampah kne elakkan..hahah..fav nih laksa

    ReplyDelete
  10. Laksa Johor ni...sedap weh suka sangat makan tapi memang tak suka guna spaghetti better guna mee laksa jek.

    ReplyDelete
  11. Laksa memang feberet kak shima. Cuma tang lemak tu yang tak biasa. Nanti boleh terei versi lemak pulak ahaks :)

    ReplyDelete
  12. PANDAI CIKGU BUATLAKSA LEMAK MAVELES

    ReplyDelete
  13. Kalau Mrs. A suka guna ikan kembong.
    Setuju tu nak buat laksa bahan-bahan dia mudah nak dapat cuma macam-macam nak kena buat. #renyah

    ReplyDelete
  14. Ya Allah budak ni, akhirnya menulis juga Syed ni. Dan masih juga dgn trademark lama menulis panjang berjela penuh isi menarik. Keep on blogging. Ramai yang rindu baca seorang syed membebel kat blog.

    Cuti sekolah kan. Well, selamat bercuti.

    ReplyDelete
  15. Wahh jadi Chef masak laksa ye. Sedap tu. Ala ala laksam ye.

    ReplyDelete
  16. penah buat dulu utk mkn ramai2 tp diorg kata pelik sbb selalu laksam je mcm ni

    ReplyDelete
  17. x reti masak laksa..cuma reti tolong bini sediakan bahan2 nak buat laksa je.

    ReplyDelete
  18. looks so good. rindu nak buat laksa dgn my sibs lagi.

    ReplyDelete
  19. buat laksa utara rasanya tak banyak bahan mcm laksa lemak ni. tapi memang betul la nak buat laksa ni senang je tapi renyah bab nak perisi ikan tu..

    ReplyDelete
  20. perghhhhh terliuq kami tengok ni. nasib baik lah bukan jadi jiran kami. hahahaha

    ReplyDelete
  21. Bagus jadi lelaki pandai masak.

    ReplyDelete
  22. sy x minat laksa.. tp bila syed share resepi nie rasa mcm mau mkan laksa lah pula hahaha

    ReplyDelete
  23. Salam cikgu syed:) first time dtg sini.. untunglah pandai masak laksa,laksa lemak ni sama ke dengan laksam tu ? akk curious nak tahu..hihi..

    ReplyDelete
  24. Tak pernah & tak reti masak laksa.
    Tapi suka makan laksa. Huhuhu.
    Sampai masa nanti, kita cuba.

    ReplyDelete
  25. dulu minat sangat dengan laksa tapi skrg dah kurang

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Wrmbth Tuan Syed. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  27. Alahaiii teringin lah pula. Tapi kalau nak masak macam tak berbaloi la sebAb sorang² je yang makan

    ReplyDelete
  28. Ah rasa nak makan laksa dah sekarang

    ReplyDelete
  29. Rajinnya Syed memasak..
    Akak tak pandai masak laksa lemak ini.. Tapi suka makan..

    ReplyDelete