Sunday, February 3, 2019

BERSERONOK DI LOTTE WORLD DENGAN HARGA TIKET TERMURAH


Assalamualaikum and Hi!

Apa khabar buat semua pembaca blog Seorang Syed? Aku harap korang semua dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera. Since kita sekarang ni dah berada di tahun 2019, aku harap masing-masing dah tetapkan dan renew azam tahun baru. Korang nak tahu tak azam tahun baru aku tahun ni apa? (okay kalau korang tak nak tahu pun aku still insist nak bercerita haha). Selain dari nak kuruskan badan aku yang macam peti ais ini, aku juga berhasrat untuk travel ke luar negara pada tahun ini. Fuhhhh kemain tinggi lagi angan-angan Seorang Syed kan? Tapi since berangan itu percuma, apa salahnya kan? Mana tahu kot-kot ada rezeki lebih boleh merasa jejak kaki ke negara orang :)

Korang perasan tak, lately ni kan, kita macam dah terikut-ikut sangat dengan style Korea (especially budak-budak zaman sekarang ah). Antaranya ialah seperti makan makanan Korea, dengar lagu Korea, sampaikan pakai baju pun nak ikut gaya Korea juga kan? Aku tak kata benda-benda ni menjadi satu kesalahan pun. It's ok ja if you know how to balance yourselves. Aku pun minat juga makan spicy chicken wings dekat Kyochon, Kfry, 4Fingers dan sebagainya tu haha. Haaaaaa tapi entry aku ni bukan nak cerita pasal makanan Korea ok! Cuba korang teka harini aku tulis pasal apa? (padahal tengok title dah boleh tahu, enough Syed). 

Tajuk artikel aku pada harini tak lain tak bukan lagi ialah tentang
















Untuk pengetahuan semua, Lotte World merupakan Theme Park yang terletak di Seoul, South Korea. Kalau nak tahu, dia punya indoor theme park merupakan yang paling terbesar di DUNIA. Di dunia okay? Bukan di negara dia sahaja. Selain itu, ada banyak lagi benda yang menarik dekat sini. Antaranya ialah korang juga boleh main ice skating, pergi melawat muzium, boleh belajar budaya dan lagu-lagu Korea dekat Lotte World Star Avenue dan banyak lagi tempat yang menarik! Tambahan pula, theme park ni bukan sesuai untuk budak-budak ja tahu? tapi sangat sesuai untuk kita seisi keluarga. Okay kejap lagi aku senaraikan beberapa rides yang best dekat sini.
THE CONQUISTADOR

Antara ride yang korang kena cuba kalau ke Lotte World ialah The Conquistador, kapal yang bergerak dalam 90 darjah (cuak tak?). Bagi aku, korang sesuai naik benda ni sebagai permulaan (sebab biasanya kita mulakan dengan benda yang tak scary sangat kan? hihi). Ride ni agak fun dan walaupun nampak macam tak menakutkan, aku yakin mesti ada juga yang duk terjerit-jerit waktu kapal tu bergerak haha.
CAMELOT CAROUSEL


Untuk ride Camelot Carousel ni pulak, korang WAJIB bawa anak-anak korang untuk naik permainan ini. Takkanlah kita ja nak bersoronok kan? Anak-anak kita pun mesti teringin juga nak cuba benda-benda macamni hehe. Untuk anak-anak yang masih kecil, this ride is very much recommended.
JUNGLE ADVENTURE 


Selain itu, korang juga berpeluang untuk mencuba Jungle Adventure di Lotte World. Kalau korang teringin nak mencuba sesuatu yang mencabar sikit, ha boleh la try sebab nanti korang akan rasa arus yang agak laju


Dioperasikan oleh Lotte Group, Lotte World adalah tempat yang perfect untuk hiburan dan berjalan jalan untuk pelancong Korea dan pelancong luar. Ia adalah taman tema yang penuh dengan ride yang mendebarkan, gelanggang ais dan pelbagai jenis parade, serta muzium rakyat, tasik, penginapan, gedung membeli-belah dan banyak lagi. Lotte World dibahagikan kepada Lotte World Adventure, sebuah kawasan dalaman bertemakan dunia, dan tema Magic Island di luar, bersebelahan dengan Tasik Seokchonhosu.


Lotte World Adventure mempunyai daerah-daerah yang mewakili negara-negara yang berbeza dengan pelbagai jenis facilities dan kedai-kedai Gift shop. Korang boleh menikmati menonton parade, pelbagai filem, rancangan laser, dan merasai pelbagai masakan antarabangsa sepanjang tahun. Lotte World Adventure adalah Indoor Theme Park yang terbesar di dunia. Muzium Rakyat juga merupakan salah satu muzium yang paling popular di kalangan pengunjung antarabangsa. Barang kebudayaan rakyat pada tarikh paparan kembali 5,000 tahun dalam sejarah Korea. Muzium ini juga mempunyai kampung kecil dan taman permainan. Di samping itu, alat audio-visual disediakan untuk membuat lawatan seseorang lebih menyeronokkan. Lotte World Garden Stage membawakan pelbagai pertunjukan bertema untuk perlawanan setiap musim dan Lotte World Star Avenue adalah tempat yang best untuk orang yang sukakan Korean star.


Oleh kerana Lotte World mempunyai saiz yang sangat besar, kalau korang tak plan dengan betul, ia dapat menyebabkan perjalanan kurang efektif. Kalau tidak nanti korang akan membuang masa untuk beratur ja, lepastu akan ketinggalan untuk main permaianan yang utama. Oleh kerana Lotte World juga merupakan tarikan pelancong untuk Korea, masa untuk beratur sebelum dapat naik ride ialah antara 30 minit hingga 1 jam. Nah, perkara terbaik yang boleh korang lakukan ialah menggunakan Magicpass! Magicpass adalah tiket ekspress yang boleh digunakan untuk pemegang tiket harian dan pemegang keahlian tahunan, tiket ini membolehkan ahli membuat tempahan lanjut untuk perjalanan tertentu.

Tempahan boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi Lotte World Magic Pass Mobile (tersedia dalam Bahasa Korea, Inggeris, Jepun, Cina) maka korang boleh memilih slot kosong yang tersedia. Walau bagaimanapun, tempahan melalui Magic Pass hanya tersedia 3 kali sehari bagi setiap individu. Sekiranya korang ingin membuat lebih banyak pesanan, korang boleh membeli Magic Pass Premium. Magicpass Premium menawarkan dua jenis pesanan, lima item pas, di mana korang boleh memesan 5 kali sehari dan pas percuma, yang membolehkan korang memesan dari semua kenderaan yang tersedia. Untuk membeli Magicpass premium, korang perlu membeli tiket harian.


To conclude, before anything kan, it's better for you to prepare yourselves earlier sebelum korang pergi travel ke sana. One of Traveloka Malaysia Attractions adalah korang boleh book tiket, tempat tinggal sebelum korang nak ke sana dengan harga yang agak murah. Seriously, nak travel ni kita kena think smart sikit. Sesetengah benda kita boleh dapatkan dengan harga yang lagi murah daripada harga asal. Apa yang penting, kita dapat enjoy masa yang ada bersama dengan family dan orang yang tersayang. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk membuat simpanan yang cukup! Ini penting ok untuk kita travel dengan selesa dan yang paling penting sekali kena banyakkan membaca and study tentang tempat yang kita nak pergi tu. Banyak tips-tips yang kita boleh gunakan from Google. Itu sahaja daripada Seorang Syed pada kali ini, Selamat melancong! :)

19 comments :

  1. Bestnya, tapi rasanya tak kesampaian kesana...
    #jmbelog

    ReplyDelete
  2. Best jugak lotte world ni..jommmm gi korea!

    ReplyDelete
  3. TEMPAT MENARIK UNTUK BERCUTI TU

    ReplyDelete
  4. halamak syoknya! tapi emmm emm entahlah bila ana boleh nak jejak ke sana T____T



    TQ sudi singgah blog sy,
    Blog Anamizu :)

    ReplyDelete
  5. best juga lotte woeld ni, tp time cuti, mmg crowded.

    ReplyDelete
  6. tak sempat nak ke sini haritu. tp kwn cakap dekat sini mmg ramai org. masa tunggu lagi lama dari masa bermain. huhu.

    ReplyDelete
  7. Best tempatnya..tapi kita pegi dlm mimpi jelah..mwehehe..

    ReplyDelete
  8. Wow, bestnya tapi jauh.. Kalo tak nak try macam-macam. hehehe

    ReplyDelete
  9. wishlist nak masuk ke lotte world ni. dulu masa ke sana tak berkesempatan.

    ReplyDelete
  10. Dulu masa ke Korea tak sempat singgah ke sini walaupun masa tu dah ada dekat mall tu.

    ReplyDelete
  11. dah lama pasang angan2 nk ke sini since tgk drma stairway to heaven ;-)

    ReplyDelete
  12. cantiknya... semoga tercapai hajat untuk kesana..

    ReplyDelete
  13. Syed!!! lamanya akak tak baca blog Syed ni. Anyway, tempat2 macam ni mmg kena plan bebetul timing tuh baru rasa berbaloi pegi. Akak dulu masa gi Korea kena pilih nak pi Lotte World or Everland. Ended up pegi Everland..ntah bila nak pi Lotte World pulak..hahah!

    ReplyDelete
  14. When I іnitialⅼy commented I seem to have clicked on the -Nߋtify me when new
    coments aree adԀed- ⅽheckbox and from now on whenever
    a comment is aԀded I ɡet four emaiⅼs with the
    same comment. There has to be а way yyou cann remove mе from that service?
    Many thаnks!

    ReplyDelete
  15. Every weekend i used to visit this website, because i want enjoyment, as this this web page
    conations genuinely pleasant funny data too.

    ReplyDelete
  16. kalau dapat pergi korea je pun aku dah bersyukur apatah lagi kalau dapat pergi lotte world ni. ermm..

    ReplyDelete
  17. jauhhh huhuhu inshaAllah one fine day hehe

    ReplyDelete
  18. Bestnya theme park dia.. Syok kalau guna travelok, tambah sekarang apps dia makin ohsem..

    ReplyDelete