Monday, May 29, 2017

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum dan Hai!

Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar dah tiba bulan Ramadhan. Bersyukur masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Puasa tahun ni rasa lain sikit sebab disambut dengan cuti pertengahan tahun selama 2 minggu. Dah la kerja baru sebulan, lepastu cuti pula 2 minggu hehe. At least, jimat lah sikit duit bila duduk rumah ni sementara tunggu gaji yang tak kunjung tiba tu. Aku seriously takda point sangat pun nak update entry harini. Tapi sengaja push diri sendiri untuk at least ada lah pengisian untuk blog aku ni walaupun agak boring, tapi korang hadap sahaja lah okay?

Sebelum ni selama 5 tahun setengah sambut Ramadhan dekat KL, cuma tahun ni everything is different. Sambut Ramadhan kali ni memang dekat kampung sendiri dan tak dapat bayangkan macam mana kehidupan aku after habis cuti pertengahan tahun ni. Aku dah la duduk rumah sewa dan setakat ni tak mula masak apa-apa pun lagi haha! dapur semua ada, tapi yang takda ialah bahan-bahan nak masak. So, selama sebulan aku duduk rumah sewa ni, aku just panaskan lauk untuk makan sahaja. Tak pernah lagi dapur tu berasap (Oh ya, pernah sekali aku nak masak maggi, lepastu lupa ada letak periuk atas dapur sampai kering air dia dan itulah kali pertama dapur tu betul2 berasap kahkah). Tak dapat bayangkan macam mana puasa dekat rumah sewa tu nanti. Mungkinkah aku akan memasak? Bersama kita nantikan.

Okay aku kena akui yang aku rindu sebenarnya nak berpuasa dengan kawan-kawan waktu dekat IPG dulu. Waktu dekat IPG dulu banyak sangat program yang dibuat waktu bulan puasa ni. Program berbuka puasa sahaja dah tak boleh nak kira dah. Berbuka puasa dengan housemates, classmates, ahli jawatankuasa apa benda lagi semua nak buat majlis berbuka puasa haha. Bagi aku kenangan buka puasa ramai-ramai tu yang best sebenarnya. Kadang-kadang buat potluck sahaja pun, tapi bila makan ramai-ramai berbuka tu jadi seronok. Berikut aku senaraikan perkara-perkara yang aku rindu sepanjang Ramadhan di perantauan
MOMENTS THAT I MISS
1) Iftar with classmates 


Setiap kali bulan puasa mesti kena ada iftar bersama classmates (just because everyone else did) haha. Tapi serious ah mencabar kot nak arrange untuk iftar ramai-ramai. Nak cari tempat pun kemain susah lagi. Aku tak ingat tahun bila, aku suggest tempat berbuka puasa dekat Cheras and it turned out tempat tu mengecewakan gila. Bayar harga punya mahal tapi makanan yang disajikan sikit gila! tak sama macam yang diiklankan dekat twitter. Aku rasa bersalah juga time tu sebab ramai yang tak puas hati. Kalau ikut menu yang dia listkan, ada yang takda pun depan mata. Tapi yang tahun lepas punya memang best, classmate aku cari dekat Groupon and ada discount. Worth the price and rindu nak berbuka dengan korang weh!

2) Gotong royong memasak


Ini antara aktiviti yang aku suka lah waktu bulan Ramadhan. Pihak JPP (perwakilan pelajar) ada keluarkan jadual untuk setiap kelas bagi menyediakan juadah iftar dan moreh. Rindu nak bergotong-royong memasak bagi menyiadakan juadah berbuka puasa. Walaupun aku tak pasti orang lain suka ke tidak buat benda ni, but as long as I enjoyed myself it's good enough kan? Aku suka memasak ramai-ramai ni sebab rasa macam kenduri dan meriah kot. Rindu juga nak makan dalam talam waktu berbuka puasa tu. Biasanya kalau takda duit memang selalu la buka puasa dekat surau. Kalau ada duit sikit, sehari dua tu pergi la berbuka dekat luar. Tapi walau apa pun, budak-budak IPG ni memang pandai memasak bukan hanya pandai mengajar sahaja! Berbuka puasa pun dah rasa macam lauk yang beli dekat restoran dah. Selesai berbuka, terus sambung maghrib berjemaah dekat situ (kena mention ke? haha)

3) Keluar lewat malam


Dekat IPG kalau kau keluar kena balik before 11 malam. Kalau lebih daripada waktu tu, gate dah tutup dan kau kena tulis nama and macam-macamlah. Tetapi, yang bestnya waktu bulan puasa ni ialah waktu curfew dipanjangkan kepada 3 pagi. Maksudnya kau boleh balik ke asrama kau sebelum pukul 3 pagi. Memang heaven la buat semua penghuni asrama waktu tu! Kebanyakannya ramai yang mengambil kesempatan untuk bersahur sama-sama diluar bersama classmates, soulmates dan sebagainya. Kalau macam aku, tahun lepas setiap hari aku pergi lepak Danau Kota. Aku tak tahu pun apa yang aku buat dekat situ tapi serious ah memang seronok pergi Danau Kota sebab aku suka tengok ragam orang. Lepastu beli la apa-apa makanan dekat situ sambil duduk dekat meja makan.

Bila ingat balik memang best lah waktu tu. Ada juga yang ambil kesempatan untuk tengok midnight movie (teruknya orang bulan puasa buat ibadah tapi kita tengok movie haha). Benda ni buat sekali sekala ja. Bukannya tiap hari keluar and tengok movie kan? tapi yang pergi Danau Kota tu memang hampir setiap hari aku pergi kot. Dalam seminggu tu ada 2 3 kali aku pergi. Pergi sana after terawih semua la. Takdalah lepas siap berbuka terus pergi sana. Takda kerja tu namanya hehe.

(waktu ni tengok movie TED dekat Times Square, kalau malam pun kita puasa, aku confirm takda pahala puasa pun aku dapat sebab movie tu penuh dengan carutan yang tak bermanfaat langsung untuk ditonton! haha menyesal)


Zaman-zaman belajar semua dah habis, apa yang tinggal untuk kita hanyalah sekadar kenangan untuk diingati. Terima kasih kawan-kawan kerana hadir di dalam hidup Seorang Syed! Dulu waktu belajar rasa macam tak sabar nak habis, sekarang ni bila dah kerja rasa nak putar kembali masa. Itulah dia manusia, bila benda dah lepas dan berlalu barulah nak ditangisi kahkah. Apa pun, masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam dan juga pembaca blog Seorang Syed. Semoga Ramadahan kali ini membawa 1001 makna dan keberkatan buat kita semua, inshaAllah :)

Thanks for reading! 

75 comments :

  1. Salam raamdhan al mubarak untuk syed .. moga dapur berasap bujang akan terus berasap bukan hanya masak maggie je tpi masakan lain ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga CCL. Harapnya mampu la nak berasapkan dapur tu bulan puasa nanti haha.

      Delete
  2. Salam ramadhan Syed, ha..kan betul telahan ahkak ni, sedang lepak kt umh bersama keluarga terchenta, tggu mak masak sedap2 utk berbuka kan.
    Apapun zaman belaj mmg best, zaman blm Ada tggjwb yg besar, tggjwb pada diri sendiri je, betui tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tahu takpa kak, heaven la cuti lama sangat ni. Betul tu, dah kerja ni macam2 fikir jauh betul beza dengan dulu kak adoi.

      Delete
  3. salam ramadhan syed... seronoknya bla gotong-royong masak juadah berbuka kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa, dah rasa macam dekat kenduri macamtu haha.

      Delete
  4. salam ramadhan syed...seronok dapat berpuasa bersama keluarga, buka sekolah nanti masak sendirilah ya, tapi jangan biar sampai dapur berasap macam masak meggi tu ya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan kak. Memamng seronok hihi. buka sekolah nanti kot2 makan tapau je setiap hari haha. InshaAllah tak berulang dah peristiwa tu.

      Delete
  5. Ok lagi sebulan kerja baru cuti.. Anis ni baru 5 hari practicum, dah cuti.. Lagi sadis.. 🤣🤣
    Apa-apa pun, Salam Ramadhan Syed..! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sadis! budak-budak baru happy dapat guru praktikal tetiba dah cuti dah. tak sempat nak naik kepala lagi kah2. Salam Ramadhan too! :D

      Delete
  6. Salam Mubarak Syed..Wahh meriah sungguh ..iftar ramai-ramai mcm tue, sy nie slalu berbuka sorang2 hahaha,, sbb tempat rumah sewa jauh dr hostel.. berbuka dlm bilik ja.. bertemankan movie drp laptop..

    Betul tue, sy pun dah nak tahun akhir,, rasa cepat sgat masa berlalu.. tak byak kenangan pun dgn kwn, haha sbb jarang berjalan & join program. Rasa mcm x nak habis belajar lgi haha..

    Apapun smoga Ramadan kali ini diterima ibadah puasa kita utk bekalan akhirat :D Insya'Allah. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang happening sebab tempat belajar dulu konsep dia macam asrama so memang apa-apa pun keluar ramai-ramai hehe.

      Takpa, ada masa lagi ni nak berjalan dan join program-program yang ada hehe. kalau boleh rasa taknak habis waktu belajar. InshaAllah, amin. Salam Ramadhan ya! :)

      Delete
  7. salam ramadhan cikguu, haha! meraiahnya puasa yg lepas dgn kawan ipg, siap masak ramai2 lagi tu. saya tahun lepas berpuasa kat kolej, tahun ni alhamdulillah puasa kat rumah :D time kat kolej berbuka mcm orang miskin je, beli makanan kat kafe pastu makan kat bilik xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah habis la. part pergi bazar lagi tak include pula dalam entry ni haha. Tahu takpa!! Berbuka macam orang miskin tapi makan ramai-ramai tu yang best. Tapi bila dapat berbuka dengan family memang best la.

      Delete
  8. selamat berpuasa cikgu! ha baru nampak harinie hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga elsa! itulah, baru nak menjelma haha tu pun bakal hilang balik sobs.

      Delete
  9. Yang lepas tinggal kenangan.
    yang akan datang kena fikirkan.
    Selamat berpuasa dan selamat bercuti 2 minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pak cik hehe. Selamat berpuasa jua buat WP.
      Terima kasih :)

      Delete
  10. Selamat berpuasa syed :) bestnya dapat berbuka dengan classmates. Saya tak pernah lagi iftar sekali dengan classmates. Semua busy memanjang. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, selamat berpuasa juga. Takpa, cari masa yang semua orang free lepastu plan la nak berbuka mana hehe.

      Delete
  11. Heaven kot dpp masuk before pukul 3 tu. Haha.

    Lama giler tak pergi danau. Dulu sebelum kawin selalu juga pergi dengan adik2 walaupun takde mende nak beli pun. Huhu.

    By the way, selamat menjalani ibadah puasa syed. Semoga sihat dan ceria selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang heaven sangat la kak. Merata alam dah kami pergi waktu bulan puasa tu hahaha. Ohh bolehla pergi balik nanti, try kambing bakar dekat situ sedap. Selamat menjalani ibadah puasa juga kak. Aminnn, terima kasih.

      Delete
  12. Sure syed rindu zaman IPG dik...akak ni dah almost 9 years bekerja pegang duit sendiri masakan tidak rindu suasana di university dulu...meriah dan aktif ye syed dulu2...hahah rumah sewa sekarang akak suggest beli je periuk multicooker yg guna elektrik tu syed...senang tak renyah nak masak mcm nasi goreng ke...mudah2 je kan...x payah beli tong gas sebab orang bujang ni make it simple...ini cadangan sis lah dik.

    Selamat berpuasa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, memang rindu habis walaupun baru sebulan bekerja dan tak pegang duit sendiri lagi hahaha. Aktif juga la sebab ipg tu kecik ja so apa-apa program kalau kita tak join siapa lagi nak join hehe. Rumah sewa saya dah ada tong gas dengan dapur dah kak. cuma barang2 mentah tu la takda lagi. Thanks atas cadangan! terfikir juga nak masak apa nanti haha. Selamat berpuasa juga kak :)

      Delete
  13. Zaman belajar best. Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan Syed.. 👍😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu husniey hehehe. Trima kasih, selamat menjalani ibadah puasa juga! :)

      Delete
  14. Aiyoo TED kotttttt. Hahaha. Bagusnya korang buat gotong royong moreh tu and serius lah curfew 11 malam? Tapi kami pon curfew 12 malam takdala beza sangat kan.

    Btw, totally paham susahnya nak plan iftar ramai2 tu and mohon gunakan daour tu please. Maybe try my unexpected rendang recipe tu lol.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awkward kot tengok benda tu sebab dengan perempuan sekali ada hahaha. Bagus jugalah sebab memang setiap bulan puasa ada hehe. Ala lebih sejam ja. tapi best juga sejam pun kah2.

      Nak tunggu orang semua free tu yang mencabar haha. Nantilah nak guna next week ala tak suka sangat rendang kalau makan dengan nasi. Kalau dengan lemang okay la hehe.

      Delete
  15. Salam Ramadhan Syed! Pastinya, Ramadhan kali ini tidak sama dengantahun yang lepas. Baca entry ni pun dah boleh tau camne life Syed before and after bergelar students. Pesanan penaja; next time masak sila jadi tunggul depan periuk tuh yer. Kalau tak nanti takut dapur meletop sebab lupa air dalam periuk dah nak kering. BHAHAHAHAH! Pesanan lain ; Semoga dapat perbanyakkan amalan baik di bulan Ramadhan ini. Akak suka tengok gambar Syed dengan budak2 kat belakang tuh. Semuanya muka yang ikhlas. Suci Murni. Macam minyak masak seri Murni. eh! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga kak! Memang lain sangat 360 darjah ni hahaha rasa macam hambar sikit tak dapat lepak-lepak and buka puasa dengan kawan2 semua .Tapi Alhamdulillah la dapat bersama keluarga hihi. Nak jadi tunggu ltu yang malas tu kahkah. InshaAllah la, bersama-sama kita tambah amalan kita di bulan mulia ini. Darjah 1 memang innocent lagi mukanya kan, kita la kena corakkannya hehe.

      Delete
  16. IQ pun rindu berbuka puasa zaman belajar tapi tak sepenuhnya rindu sebab dah ada anak kan? sebab bila da ada komitmen, lain plak yang dirindunya...hihi

    comel je nasi ayam tu, ayam ketul kecik2 je...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu IQ, kalau ada komitmen lain memang automatik la berubah hehehe. Sebab nak letak dalam talam kena letak kecik-kecik so senang nak bahagi haha.

      Delete
  17. Selamat berpuasa Syed..
    Kiranya ini kali pertama berpuasa setelah bergelar guru ya.
    Kalau dah tinggal sorang akak rasa lebih baik membeli je.Kalau nk masak baik2 ya syed,takut berasap lagi dapur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak. haah kali pertama la ni hehe.
      Saya ni rasa tak puas sikit kalau beli. kalau kena yang tak berapa kena di tekak tu tak best la haha. Takpa, nanti kalau nak masak saya akan lebih berhati-hati.

      Delete
  18. Aku tak tahu pun apa yang aku buat dekat situ tapi serious ah memang seronok pergi Danau Kota sebab aku suka tengok ragam orang - haha. ok im laughing out loud for this.

    Selamat berpuasa syed. have a blessed Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha Eyqa ni mudah terhibur sangat ni nampaknya hihihi.
      Selamat berpuasa juga! :)

      Delete
  19. Selamat Menyambut Ramadhan Syed..
    kenangan akan sentiasa kekal di ingatan.. Teruskan mencipta memori yang akan menjadi kenangan.. Setiap hari adalah sangat bermakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Selamat menyambut Ramadhan juga.
      InshaAllah :)

      Delete
  20. Amboii kemaheeenn lagi dia.. Pape pun selamat berpuasa ye syed..

    ReplyDelete
  21. InsyaAllah, ameen... Selamat bercuti, selamat berpuasa! Fairuz pulak rindu nak berbuka sesama geng zaman diploma. Masing-masing dah jauh sekarang dengan life memasing, entah bila pulak nak jumpa apatah lagi berbuka puasa sama-sama. Huhu sedih pulak. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sementara ada masa nikmatilah zaman belajar tu puas-puas kan hehehe. Thannks fairuz selamat berpuasa juga! nanti bila dah free semua plan la untuk keluar and jumpa hehe.

      Delete
  22. Tgk syed throwback zaman IPG syed , Nadia pulak jadi teringat masa zaman belajar . Best je nengoknya .

    Tapi part nak arrange tue mmg agree bukan senang nak kena set date and tempat semua orang boleh join untuk berbuka sekali.

    Nway, walaupun dah 5 ramadhan. Nak wish jugak , salam ramadan Syed . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tahu takpa, nak tunggu sorang-sorang free payah betul, banyak sangat dugaannya haha. Belum lagi nak pilih tempat semua hehe. Selamat berpuasa juga nadia :)

      Delete
  23. Tahun lepas tahun pertama saya berpuasa dengan kawan-kawan dekat u, pertama kali beli juadah berbuka guna duit sendiri sepenuhnya. Betul2 rasa macam dah besar hahaha. Selamat berpuasa Cikgu Syed! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bila berjauhan dengan family and beli semua benda sendiri memang rasa macam berdikari sangat dan dewasa kan? haha. Selamat berpuasa juga! :)

      Delete
  24. Kannn buka puasa dnegan family & kawan kawan memang yang paling best! Lepas tu berborak sampai pagi pun tak ada hal! Anyway, selamat menyambut bulan Ramadhan jugak Syed :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul sangat tu! hehehe berborak sampai sahur lepastu tengahari melepek penat hahaha. Selamat menyambut ramadhan juga nani! :)

      Delete
  25. selamat berpuasa dan salam ramadhan kareem cikgu syed

    ReplyDelete
  26. Salam cikgu syed... eh eh, cikgu syed jangan malas2 nak update entry, ramai 'students' kat luar nak tahu perkembangan cikgu .. hehe... gurau jer...
    Apapun, all the best dgn rumah sewa tu... akak pun pernah buat rumah sewa berasap, terbakar ja tidak...kuang kuang kuang, pelupa tahap gaban time tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam kak hahaha itulah, penyakit malas ni menyerang pulak waktu cuti sekolah. Langsung tak berupdate hahaha teruk betul la. Kalau terbakat lagi haru la. Penat nak menjawabnya haha.

      Delete
  27. Lama pula rasa tak jenguk sini. Rindu nak berbuka di perantauan,tapi best pula berbuka puasa ngan family ni.ekekekeke, menikmati masa menganggur jelah. Moga ada la sinar nak dapat kerja lepas raya ni:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa mai, tak payah jenguk dah pun takpa sebab dah macam chipsmore habis ni hahahaha. best berbuka dengan family sebab makanan sedap-sedap. boleh gemuk la nampaknya. InshaAllah soon mai, all the best. Don't give up.

      Delete
  28. As salam. Memanglah pada setiap kitaran hidup kita akan berlaku pengalaman berbuka puasa n bersahur yg akan dikenang sepanjang masa. Contohnya zaman kanak2, zaman belajar di SBP, zaman di UM, zaman first posting di Sabah, zaman berumahtangga dsb. Abang telah melalui semua itu...

    http://www.zukidin.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam. Betul tu abam, setiap memori tu berbeza-beza kan? oleh tu kita enjoy jalah moment sekarang ni hehehe. Selamat berpuasa abam kie :)

      Delete
  29. Selamat berpuasa syed. Lama tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa :)
      takpa, dah lama tak berupdate juga haha.

      Delete
  30. ramadan kareem syed. lama saya tak singgah sini. happening la puasa tahun ni sejak bergelar guru kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama ja kak. cuma puasa dengan family la tahun ni sebab cuti sekolah lama hehhee. Selamat berpuasa juga kak :)

      Delete
  31. selamat berpuasa. bestnya berbuka ramai2, beraktiviti ramai2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, best sangat. rindu pula zaman dulu-dulu hehe.
      Selamat berpuasa juga kak :)

      Delete
  32. Thanks cik epal! selamat berpuasa juga! :)

    ReplyDelete