Assalamualaikum dan Hai!
Okay cerita dia macam ni, semalam aku blogwalking secara random dan tak tahulah aku baca dekat blog siapa pasal benefit of having your own domain and why you should have your own domain. Actually, sebelum ni pun dah banyak aku baca blog yang menyarankan untuk bloggers mempunyai domain sendiri. Cuma tak tahu kenapa, aku punya kesedaran tiba-tiba tinggi semalam untuk tukar domain. It only took me not even a day kot! Dalam pukul 2 pagi semalam aku terfikir nak tukar domain, pagi tadi aku fikir lagi lepastu tengah hari tadi aku terus bank in duit. Set up domain sendiri ni takda leceh mana tapi aku berjaya buat sendiri! *achievement unlocked
Kalau nak ikutkan memang sayang juga nak tukar domain, sebab aku punya Alexa ranking dah agak tinggi jugalah untuk blog baru macam aku ni (at least aku rasa tinggi bagi aku cukuplah kan). Bila aku fikir balik, better aku tukar sekarang since aku pun baru 4 bulan berblogging. Tak banyak sangat pun yang rugi kan, kalau setahun dua dah berblogging baru nak tukar itu merupakan satu kerugian yang besar jugalah.
Faktor yang mempengaruhi aku untuk tukar domain
(dah macam subjek sains punya soalan dah)
1- Kepuasan diri
Kalau nak ikutkan, aku pun tak tahu aku akan blogging sampai bila (harap tak berhenti di tengah jalan). Bukan apa, takut juga kalau aku masuk sekolah nanti tiba-tiba hidup aku busy kalah perdana menteri, lepastu blog aku terabai. Aku cuba untuk ketepikan semua tu untuk kepuasan diri sendiri. Aku rasa lebih puas bila aku ada satu space yang memang 100% milik aku. Mungkin sesetengah orang tak dapat relate kot, tapi entahlah aku rasa puas la bila ada domain sendiri sebab guna nama kau sendiri kot. Bila ada "dot com" tu dia rasa macam eksklusif sikit lah bagi aku.
2- Identiti
Pada pendapat aku, bloggers ni kena ada identiti mereka sendiri. Not to say that those who are using "blogspot" takda identiti. Malah banyak sahaja contoh blogger-blogger yang terkenal dan tidak mempunyai domain sendiri tetapi masih boleh survive dalam dunia blog. Cuma bagi aku, kalau kau ada domain sendiri it indicates that you're a professional. Orang akan tahu yang kau blogging secara serius. Kalau kau target untuk buat duit melalui blog pula (review barang, perkhidmatan dan sebagainya), at least kau akan meyakinkan client sebab kau ada domain sendiri. Bila client minta blog URL, takdalah malu-malu kau nak bagi since kau dah ada domain sendiri kan. Tapi ni pendapat aku sahaja, pendapat orang lain-lain. Depends lah kau punya views terhadap ni macam mana.
3- Duit
Faktor seterusnya ialah sebab aku ada duit. Kalau aku takda duit memang taklah aku nak tukar domain. Aku beli domain ni dekat Netkl dengan harga RM45 setiap tahun. Disebabkan duit gaji aku kerja baru ni tak guna banyak mana, apa salahnya untuk aku laburkan sedikit untuk kegunaan blog. Lagipun Alhamdulillah setakat ni ada sahaja rezeki aku dalam dunia blog ni. Tak salah aku rasa untuk laburkan sedikit wang untuk kegunaan akan datang. Mana tahu lepas aku tukar domain ni rezeki aku lebih murah? Aminnnn :)
Harapan
Jadi, atas sebab-sebab di atas, aku mengambil keputusan yang agak drastik sekali untuk menukar domain daripada http://anothersyed.blogspot.my kepada www.seorangsyed.com. Harapan aku ialah supaya aku selalu update blog lepasni. Takkanlah dah invest untuk tukar domain lepastu nak update blog pun malas kan? tak boleh jadi juga kalau macamtu haha. InshaAllah I'll not take my blog for granted anymore. Bila dah bertukar status dot com tu kira macam aku dah ada komitmen baru yang aku kena laksanakan. Pray for me guys! :)
Thanks for reading
wahhh, tahniah sebab dah ada domain sendiri! IQ pun terasa nak ada domain sendiri tapi tak tahu lah, tak ada keyakinan lagi nak ada domain sendiri...macam best plak..haha!
ReplyDeletelink lama masih boleh guna kan? ke cemane?
Thanks IQ! jomlah tukar domain juga haha. best kot.
Deleteboleh guna lagi, dia akan redirect ke domain baru lah.
nak tukar tapi risau jadi macam komen di bawah ni, tapi IQ dapat je info syed yang terkini...pelik2
DeleteTakda apa la IQ. Syed rasa memang dia automatic tukar, sebab dah tengok dah dekat blog yang letak syed as blog list. ada ja update dekat situ.
DeleteOhh patut la entry baru tak masuk kat reading list saya
ReplyDeleteOhhh yeke farhanah? bukan dia tukar automatik ke? huaaa sorry.
Deleteehh dah keluar pulak petang tadi tak ada
DeleteHmmm agaknya petang tadi dia tengah pening2 lagi kot haha sebab baru tukar kan.
DeleteWah... seronoklah bro. Teringin jugak nak tukar. baru best ada domain sendiri.
ReplyDeleteapa2 pun harap2 lah syed terus kekal dlm dunia blog ni. 😉😉😉😊😊
Betul tu Qbal, jom lah tukar domain juga! hehehe.
DeleteItulah, harap terus rajin la nak berblogging.
Tahniah syed! aku pon beli domain dengan Netkl..hehe! welcome to the club. haha.
ReplyDeletethanks bro haha. beli dengan netkl macam mudah sikit kan? hehe.
DeleteAlhamdulillah..seiring tugas di penempatan mengajar..Cikgu tukar domain..kira hadiah untuk diri sendiri merai langkah menjadi guru...good..terbaik...moga terus success baik dalam kerjaya pendidikan mahupun dunia blogger..
ReplyDeleteBetul tu kak, hehehe kira reward untuk diri sendiri la domain ni. nak beli benda lain tak mampu lagi. Terima kasih kak aminnnn.
Deletetahniah
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteBestnyaaa, macam cool je ada domain sendiri! Rasa nak tukar jugak, tapi tapi duk asyik berbelah bagi jer. Hmmm.
ReplyDeleteCool la fatihah! ala tukar ja, tak payah berbelah bagi haha. kalau fikir fikir tak jadi la nanti.
DeleteTahniah syed tukaq domain baru...lokman pon teringin gak nk tukaq domain..netkl mmng mudah!
ReplyDeletehehe tukaq ja lokman, tak payah fikir banyak-banyak. kejap ja urusan nak tukar domain ni dengan netkl.
DeleteJM tak pandai bab domain nie...
ReplyDeletetakpa JM, boleh baca tutorial and blog banyak2 hehe
Deletetahniah dah ada domain baru!
ReplyDeleteTerima kasih :D
DeleteYeayyy! Tahniah Syed. Bagus Syed tukar awal. Akak dah bertahun-tahun baru tukar tau. Yerla, dulu ada carrier dengan family lagi. Jadi, tak consistent sangat update blog. Sekarang ni baru nak buat betul2 blogging ni. Semoga nanti istiqamah dalam mengupdate blog yer.
ReplyDeleteThanks kak! Itulah, alang-alang awal lagi kan sebab tu syed tukar ja dulu. Ni pun tak tahu lah kak boleh consistent ataupun tak. Harap2 istiqamah lah haha.
DeleteAll the best!
ReplyDeleteLepas ni dah ada reason kenapa blog seorangsyed sentiasa updated, hehe.
Thanks kak! InshaAllah akan selalu diupdate! hehe.
DeleteMak aiii ,baru cakap terus tukar. Tahniah Syed, memang pilihan yang bijak tukar masa awal-awal blogging ni..Mai nk kena tunggu dapat kerja la nak tukar pun, takkan nk minta kat mak pula kan, ada yang kena tanam hidup2 sekali laptop nanti,hahahaha.
ReplyDeletehahahaha kan. baru sangat bincang pasal domain tup tup dah tukar terus kah2. Takpa mai, traffic mai dah stable. syed ni nak dapat organic search susah lagi pasal post tak banyak sangat. hahahaha janganlah kena tanam hidup2, tak sempat mai nak kawen nanti.
DeleteWah wah wah. Bukan main lagi ye. Hebat!! 👍
ReplyDeletehehehehe alah kak, saja tukar awal-awal ni senang sikit.
DeleteBuatlah apa yg kita fikir terbaik utk kita, bukan dengar org cakap baik ke hape ke..anyway..good luck
ReplyDeleteYeah betul tu kak hehehe, terima kasih :)
Deletetahniah syed ! lepas ni job blog mesti masyuk punya lah .. hehe lepas ni boleh start branding nama baru pulak . :)
ReplyDeleteThanks ubai hehe. InshaAllah aminnn.
DeleteAlhamdulillah, tahniah syed.. All the best ya
ReplyDeleteThanks Cik Tie :)
Deleteirda sampai sekarang tak faham sangat pasal domain sendiri dan blogspot ni,tapi pernah terdengar domain ni kena renew setiap tahun,sebab tu macam tak jadi tukar,salah satu sebabnya,irda terfikir kalau mati tetiba siapa nak renew blog irda...sudahnya tu kekal je blogspot.Tapi teringin juga nak tahu apa kelebihan lagi dengan domain sendiri ni..hopefully nanti buat entry apa perubahan ya..dari segi rating n so on..thank you
ReplyDeleteDomain sendiri ni dia 100% milik kita. kalau blogspot tu, kemungkinan untuk blog kita dipadam tu ada irda. Ohhhh betul juga kan, tapi kalau dah expired pun still boleh akses pakai url lama kita. Kelebihan dia banyak juga, dari segi SEO contohnya. nanti sy cuba buat :)
DeletePerghhhh... Baru petang tadi nampak status fb cakap rasa nak beli domain ni tengok dah beli domain.. Apeni..! Nak jugakkkkkkk...!!!hahaha..
ReplyDeletehahahaha cukup express tak??? jomlah tukar jugak anis! RM45 ja setahun.
DeleteWahhh, tahniah kepada seorang syed kerana berjaya meningkatkan lagi mutu diri ��
ReplyDeleteGoodluck! Macam bestt je ada domain sendiri ni
hehehe thanks! Best la sebab rasa macam kita punya website sendiri. jom lah tukar domain juga.
DeleteTahniah.
ReplyDeleteKeputusan yang bijak.
Thanks WP :)
DeletePergh pergh PERGHHHHH!!!
ReplyDeleteInsyaAllah,ameen ameen...
Tahniah, seorang syed! Wa caya sama lu... Hahahahahaha... Tetibe bertambah kagum, pastu rasa macam weiiiii iolls 'kawan' dengan blogger famous ahhhh... 💪💪💪👏👏👏
FAIRUZZZZ!!! HAHAHHA exaggerate sangat comment ni, tukar domain ja pun bukannya famous hahahahahaha lawak lah.
DeleteDetik permulaan menjadi seorang yang famous, syed! Memang sekarang pun famous dah. Dah tukar domain dia akan jadi lagi famous. InsyaAllah, ameen! Kata-kata tu satu doa. 😁
DeleteAlamatnya, pasni kalau ada rezeki lebih bolehlaa bodek. Pastu jangan lupakan kite pulak! 😝
hahahaha yelah yelah, kita aminkan jelah. Aminnnn.
DeleteBoleh ja. nak bodek apa lah? iphone 7 nak? kahkah. Tak lupa dekat syedlicious (nama fan club) hahahahahaa!
Naaakkkkk ipong 7! Nak bagi gambaq saja pun buleh, buat inspirasi. Euww, tukaq nama fanclub bagi sedap sikit please! Geli pulak aih. Bhahahhaha :p
Deletehahahahahaa kalau geli cadangkanlah nama yang best-best sikit! banyak complain pulak ekelehhhh.
DeleteTak pernah menghampakan idola ku ini :')
ReplyDeleteAmer lah idola seorang syed! amerzingggg haha.
Deleteterbaikk Syed...Umi yg dh masih dok contemplating lama dah...keberanian tak de lagi sbb takut what if something happen..then .com akan terkubur tp dok tgh tengok kot2 anak2 nk warisi puak..apa pun tahniah Syed
ReplyDeleteThanks Umi. syed takda fikir jauh sangat haha. tapi .com kalau tak renew pun still dapat guna kita punya url blogspot yang lama kak. hehe cepat cari pelapisss.
DeleteThanks for the follow..Done followback
ReplyDeleteThank you :)
Deleteuntung nya seorang syed. mek pon nak jugaa.
ReplyDeletebtw, semoga makin bersemangat utk menulis slpas ni yee.
hehehe cepatlah mek tukar domain, senang ja.
DeleteInshaAllah, harap semangat tu makin berkobar-kobar haha.
tahniah.. :)
ReplyDeleteThanks! :D
DeleteBetulll. sangat bagus untuk ada domain sendiri. Tak mahal mana pun. hehe
ReplyDeleteKannn Farah. RM45 for a year okay lah kot hehe.
DeleteinsyaALLAH akak pun nak tukar jugak lah, nak tiru miru en.syed la la la
ReplyDeletehehehe jom tukar sekali kak! :)
DeleteTahniah syed,
ReplyDeletesis pun baru tukar domain awal bulan 3 aritu. alhamdulillah, lepas tukar domain tu ada je rezeki masuk..
Thanks sis. Alhamdulillah murah rezeki akak kan :)
Deletetahniah syed ! domain baru ni moga membawa lebih kejayaan buat syed :D
ReplyDeleteAminnn. Thanks Mellya! :)
Deletetahniah syed dah berdomain akhirnya. semoga terus sukses dalam dunia bloging
ReplyDeleteHehehe Alhamdulillah. Thanks aswaleyla! :)
Deletetahniah u, melangkah lebih maju
ReplyDeleteThanks kak! :)
Deletetahniah @Seorang Syed ada domain sendiri
ReplyDeletehehehe thanks Rabia :)
DeleteAda domain sendiri baru rasa yakin sikit nak blogging kan.. terbaikk.. tahniah ye..
ReplyDeleteBetul tu kak. dia punya semangat tu lain macam sikit haha. Thanks kak! :D
DeleteFuyooooo Cikgu Syed sudah maju lagi setapak dalam dunia blogging..
ReplyDeleteSemangat macam ni laa yang perlu ada untuk serious berblogging..
Tapi sis belum bercadang untuk ada domain sendiri, masih tercari-cari arah tuju.. Blogging pun tak konsisten.
Mungkin semangat Cikgu Syed ini boleh dijadikan contoh untuk sis lebih bersemangat dalam dunia blog.. Keep it up!
hehehe Alhamdulillah kak, rezeki. Boleh la beli domain.
DeleteTakpa sis, slow-slow and bila dah ready nanti bolehla sis beli pula.
haha kalau nak ambil yang elok tu boleh lah. Yang tak elok tu ada juga kadang-kadang tak update blog kahkah.
Yeayy! Semakin maju nampaknya Syed dengan membeli domain sendiri :) Siqah setuju dengan semua faktor Syed beli domain. Rasa macam blog ni kita yang punya, haha.
ReplyDeleteSemoga Syed selalu update blog pasni, siqah rasa kalau bab update blog, takde masalah buat Syed kan :)
Keep blogging :D
hehehe saja tukar domain awal-awal ni Siqah sebelum terlambat. Nanti kalau dah lama lagi rugi kan. Tak tahu lagi Siqah sebab belum kerja so tak dapat nak conclude macam mana perjalanan lepasni haha thanks! :D
Deletetahniah dah ada domain sendiri..macam akak ni memang taklah kot nak membelinya buat masa sekarang ni
ReplyDeleteTakpa kak, nanti kalau akak dah sedia bolehla tukar domain sendiri kan hehe.
DeleteTahniah syed da ade domain sendiri.
ReplyDeleteTerima kasih CR! :D
DeleteTahniah syed... Tengah berfikir nak tukar domain sendiri jugak... tapi kena rajin update la nnt..
ReplyDeleteThanks, takpa tukar ja dulu nanti semangat nak update tu dia datang la kot hehehe.
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah syed..
ReplyDeleteThanks kak! :)
Deleterasa nak tukar jugakla. hihi
ReplyDeletejom lah join the team! hehehe
Deletesy teringat kata2 seorg kawan blogger. dia cakap lps dah tkr domain ni kena rajin berblog. rugi kalau dah ada domain (bayar) tak update2... laa ni sy rasa dah lbh 3 bulan dia x update2 ntah ke mana dah dia campak blog dia tu hahahahahah
ReplyDeleteKan... siapa tu Anies? (kepoci tau Mrs. A ni)
DeleteHarap Syed tak macam gitew ya...
adoyaii..kuat jugak justification tuh..rasa terpengaruh la pulak...ishh..
ReplyDeleteRasa macacam tak kuat je nak baca. Takut terjebak. Dah bertahun fikir nak tukar tapi dalam otak fikir rugi je.Blog aku bukan ada orang nak baca.
ReplyDeleteSampai ke sudah blogspot je la kita.Hew hew hew
patutlah cari blog syed haritu takjumpa hahaha ><
ReplyDelete