Monday, April 3, 2017

PENGALAMAN BEKERJA DI RESTORAN ATAU FAST FOOD SEBAGAI CASHIER

Assalamualaikum dan Hi!

Semalam aku kerja overtime dari pukul 10.30 pagi sampai ke pukul 11.30 malam. Ada rehat dua jam in between. Aku cuba juga untuk update blog aku semalam tapi gagal-segagal-gagalnya (hahaha ada ke eja macamni?). Harini aku overtime lagi. Waktu yang sama juga macam semalam, tapi HARINI AKU LAMBAT 30 MINIT PERGI KERJA. Kenapa? Sebab semalam balik kerja aku tidur pukul 4 pagi, aku dah bangun dah subuh tu. Tapi tidur balik. Lepastu aku sedar pun sebab ada orang call tanya "CASHIER MANA CASHIER" hahaha tengok jam dah pukul 10.45. Aku pun dengan mamai tahap cipan, terus grab towel and iron baju, seluar semua (walaupun dah lambat tetap steady kena iron baju juga!) . Sampai tempat kerja pukul 11.04 minit. Lambat setengah jam!

Hari ini aku dah bertekad dan bersemangat waja untuk menulis juga satu entry di blog ni. Walaupun pengisian yang tak berapa penting pun harini tapi korang hadap jelah dengan sepenuh jiwa dan raga ya. Hahaha terpaksa berkorban waktu rehat aku untuk tulis entry kali ini.

Actually this is my first working experience in my life. Aku takdalah tak pernah bekerja langsung tapi sebelum ni just buat part time ajar tuisyen dan juga jadi fasilitator. Kiranya ni macam first time lah aku bekerja full time selepas bergelar sebagai seorang graduan. Kalau nak ikutkan boleh saja aku minta kerja yang berlatar belakangkan pendidikan. Tetapi aku rasa macam bila aku jadi cikgu nanti aku akan habiskan sisa hidup aku dekat sekolah kot. Apa salahnya kalau kerja kali ni aku cuba untuk kerja sesuatu yang berbeza. I need to step out of my comfort zone! So that's it, aku pilih untuk menjadi seorang cashier di restoran makanan segera

Al Huda Fried Chicken, Indera Mahkota Kuantan
Al-Huda Fried Chicken, Indera Mahkota Kuantan
Aku bagi brief introduction jelah pasal restoran ni ya. Kalau kau nak tahu kena pergi sendiri lah dekat kedai ni and experience it yourself macam mana makanan dia. Restoran ni actually konsep dia sama macam McD dan juga KFC. Ayam goreng, burger, potato wedges, mashed potato, coleslaw semua ada. Cuma menu dia takda lah sebanyak KFC dengan McD. Yang bestnya pasal restoran ni ialah ayam-ayam yang disediakan semuanya ayam organik. Aku tak pasti ayam organik tu macam mana, aku rasa takda suntik-suntik la kot. Means, selamat untuk dimakan dan pastinya lebih segar dan sihat.

Setelah sebulan berkecimpung dalam bidang ni, aku rasa aku tak sesuai untuk bekerja di restoran macamni terutamanya sebagai seorang CASHIER. Korang nampak je kerja cashier ni macam senang, just ambil order dari customer and buat dia punya makanan kan? tapi sebenarnya ada banyak lagi kerja-kerja lain yang kena buat dan kau kena kejar semua benda sebab takut customer tunggu lama (I hate that the most).

Berikut merupakan beberapa sebab kenapa aku rasa aku tak sesuai nak jadi cashier.

#1 I hate numbers

Aku ni dah la maths ke laut, tengok nombor pun boleh sawan kot hahaha. Nak bagi balance dekat customer pun kira 2 3 kali takut salah mula-mula tu. Entah lah, bagi aku kalau tengok nombor banyak-banyak ni dia jadi memeningkan. Tambahan pula kalau customer tu datang bawa satu family yang order dia sahaja sampai ratus-ratus ringgit dan kau kena scroll dia punya resit tu nak check satu-satu benda yang dia dah order. Sangatlah menyeksakan aku rasa. Lagi satu, bila customer nak cancel order dia, itu lagi satu perkara yang menduga emosi aku. Bila dia nak cancel order walaupun resit dah keluar, kau kena bagi balance lepastu kena godek-godek dekat komputer tu buat resit baru dan refund resit yang lama

Kadang-kadang customer ni bukannya sorang je yang tukang order. Kalau boleh dua tiga orang sekali nak order. Orang ni sebut 2, orang tu sebut 3, orang lagi satu semput 4 so lama-lama kau sebagai seorang yang blur pun terkeliru (sebab terlampau banyak maklumat). Nanti benda yang aku key in kan dalam resit tu tak sama dengan apa yang diorder. Ahhh I hate that moment, nak pula kalau customer ramai time tu kan? Rasa nak nangis pula.

#2 Kena buat kerja laju-laju

Aku baru sebulan kot kerja dekat situ. Kalau kau expect aku untuk buat kerja laju-laju memang tak lah. Buat masa ni aku dalam fasa membiasakan diri dengan buat benda-benda tu. Bila orang order, kau terus kena letak coleslaw dalam pinggan, mashed potato sekali lepastu letak air dan ayam. Dah buat semua tu pergi depan dia balik sambung ambil order. Memang boleh pun aku buat laju-laju kalau orang tak ramai. Kalau orang ramai dan aku sorang sahaja yang jadi cashier dekat situ memang tak lah. Tapi aku rasa sekarang ni aku dah improve banyak dah lah. Nak ambil order pun takdelah tercari-cari menu yang customer nak tu dekat screen. Benda ni take time, bila kau dah makin lama kerja dekat situ barulah kau boleh buat kerja makin laju. Bukannya baru kerja terus boleh buat laju-laju. dah la tak biasa kerja kan? 

#3 Clumsy

Sebab aku ada attitude yang gelabah ataupun clumsy ni, aku rasa memang aku tak sesuai nak jadi cashier hahaha. Pernah sehari tu memang aku sorang sahaja yang jadi cashier waktu tu. Dah la orang ramai beratur sampai ke pintu masuk restoran, tempat duduk memang full house. Aku dah gelabah dah ni, order ambil banyak tapi takda orang nak letakkan makanan yang diorder dalam pinggan. Time tu ada aku dengan akak sorang tu je yang handle. Bila tengok orang ramai dan resit banyak-banyak aku dah gelabah dah tahap tak boleh berfikir. Aku fikir aku nak completekan ambil order sahaja. Biarlah orang lain yang settlekan apa yang patut. Alhamdulillah nasib baik takda pelanggan yang maki-maki time tu. Cuma ada seorang mak cik tu lah dia cakap "nak ambil order pun dah berapa minit saya duduk sini. awak cashier kan? tak payah la buat kerja lain". 

Dan di atas kegelabahan aku dan kealpaan aku sebagai seorang syed, aku pernah terlupa nak bagi customer punya makanan. Semalam ada customer take away makanan. Aku dah bungkus semua siap dah makanan dia, tapi ada satu benda tertinggal. Air dia aku lupa nak buat. Padahal makanan dia order tu sekali dengan air so aku rasa macam bersalahnya. Kesian dia makan takda air. Aku expect dia akan datang balik tapi takda pulak. Kes air terlupa nak bagi dah banyak kali dah berlaku haha. Kes terlebih bagi makanan ada sekali hahaha apalah nasib (hahaha rajin pula aku kira kesalahan aku kan)

Walaupun aku rasa aku tak sesuai jadi cashier, tetapi atas satu sebab aku rasa they need me to be a cashier
Kenapa aku perlu jadi cashier?
Selain dari makanan yang sedap, restoran yang bersih dan persekitaran yang menarik, sudah pasti pekerja juga antara faktor yang mampu menarik pelanggan kan? Terutamanya cashier. The moment orang melangkah masuk pintu restoran tu, perkara pertama yang mereka akan nampak ialah cashier. So, antara sebab kenapa mereka perlukan aku untuk jadi cashier ialah kerana aku berperwatakan yang menarik dan handsome. Bila orang tengok cashier sahaja dah handsome, mesti mereka akan terdorong untuk order banyak sikit. Bila customer order makanan banyak, means banyak lah keuntungan yang restoran tu dapat. TU JE SEBENARNYA HAHAHA tak lawak kot Syed.

Aku rasa setakat ni sahajalah aku punya penulisan sebab dah nak habis waktu rehat ni. Kalau boleh nak tulis panjang lagi tapi takpelah. Akhir kata, kalau korang nak kerja fast food, make sure lah kau get ready mentally and physically sebab kerja dia ada shift. Lepastu kadang-kadang bukannya kau jadi cashier sahaja sampai bila-bila. Kalau tak cukup orang tiba-tiba kau punya skop kerja jadi tukang sapu sampah semua tu haaa so get ready lah. Kerja dia pun agak penat sikit tapi kalau kau enjoy je kerja inshaAllah everything will be fine hehehe

Thanks for reading! :)

91 comments :

  1. Cik Ila pernah buat part time sebagai cashier di Pizza Hut dan Tesco. Sangat mencabar. Main dengan duit. Silap bagi...huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, takut tu kalau silap bagi. Kalau short ke apa susah la haha.

      Delete
  2. betul jadi cashier yang paling buat kita jadi gelabah bila customer beratur panjang, barang yang dibeli pulak penuh 1 troli..memang gigil nak kira duit baki pun, tapi itulah pengalamankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu. kita rasa serba salah sebab orang tunggu lama. Lepastu duk fikir kalau kena marah ke apa kan. Tapi pengalaman tu yang penting.

      Delete
  3. Ok.. Part cashier sebagai penarik tu akak memang sokong.. bukan saja handsome, cantik dan smart tapi senyuman dia.. mampu membuatkan akak sebagai pembeli seronok nak order.. nie jujur tau.. sebab bila cashier dia muka kelat memang nak cepat-cepat keluar.. hehehe.. tapi kerja cashier memang sangat stress dan juga penat.. kira Syed ohsem lah boleh bertahan lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, geram je tengok kalau muka cashier tu ketat kan. At least senyum lah sikit kalau ada masalah ke apa kan. Takdalah lama sangat kak, baru sebulan kot hahaha.

      Delete
    2. Sebulan tu lama tau Syed.. Banyak pengalaman yang syed dapat.. Different job, different exprience.. kan..

      Delete
    3. hehehe betul tu kak, kalau tak cuba tak tahu pun kan :)

      Delete
  4. Part yang reason why they should hire you tu, rasa macam Ya Allah tolong la anyone yang jadi customer tu buat dajal.. ok gurau2.. Well anis pernah kerja jadi cashier 7e.. And walaupun takde kena serve2 makanan, tapi bila ramai customer tu, I feel the rush.. so faham jgk la.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha betul la, syed cakap benda yang kenyataan kot please lah. Rasa macam kita ni buat kerja slow sangat kan kalau ramai2 tu.

      Delete
  5. saya pun selalu buat kerja part time tapi tak pernah jadi cashier. nak2 pulak cashier kat kedai fast food, memang gelabah habis. dahla kita tukang ambil order, kita jugak yg kena siapkan makanan on the spot jugak xD

    kagum dgn org yg kerja cashier ni, confident level dorang tinggi and tiap2 hari kenapa hadap kerenah customer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa memang gelabah habis la bila customer ramai. Tak menang tangan rasanya kadang2 haha. Kerenah customer tu yang lawaknya. Ada yang banyak cakap, ada yang nak order tapi tak tahu nak order apa haha.

      Delete
  6. I hate numbers too! Tengok nombor bebanyak je mulalah nak pening. Alahaaiii... 😭
    Takpelah, Syed. Nama pun nak cari pengalaman kan. Silap silap tu, semua orang pun ada je buat silap. Cuma consequences berbeza ikut keadaan, so sabor je lah. Makcik yang kena tunggu tu pun patut sabor, kena faham orang ramai dan pekerja pun manusia juga ada dua kaki dan tangan sahaja. Huhu.. Ada orang tu asyik masuk bakul je kan! Perati lama dah. Bhahahahahahaha 😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang sabar je tunggu masa nak resign ni haaaa. Kesilapan itu yang membantu kita untuk menjadi lebih baik kan? cewah. Itulah pasal, padahal dah jelas2 2 orang je yang ada waktu tu. tak boleh tunggu sikit. Manada masuk bakul, tak muat kot rasanya nak masuk bakul kui2.

      Delete
  7. hahahah saya paham perasaan anda. dulu masa first time jadi cashier pun cepat rasa menggelabah. then bila nak bagi baki customer rasa macam saya ni jenis slow and takut customer lama tunggu. padahal sebenarnya sekejap je. tapi skrg dah okay dah. hihihi. cool. but part paling saya tak suka bila ada customer yg jenis tak ada manner. cth bagi duit hempas atas meja, tak senyum la, buat muka menyampah la padahal kita dah bagi senyuman paling manis dkt dorang huhuhu. melayan customer ni perlukan kesabaran yg tinggi sebenarnyaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa tahu takpa, memang kita rasa macam kita ni buat kerja lambat even nak bagi change je pun hahaha. Memang ada customer jenis tak beradab macamtu. Tapi nak buat macam mana, kita cari rezeki macamtu kan? buat bodoh jelah dekat customer macamtu.

      Delete
  8. Ok lah tu ada juga experience. Hehe.

    Kak ana kagum dengan org yang amik order dan jaga cashier tau. Tak semua boleh kerja mcm dorang. Nampak mudah tp realitinya siapa yg merasa je tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe at least ada something untuk diceritakan pada masa akan datang. Memang nampak macam mudah je kan? tapi haduiiii struggle juga la.

      Delete
  9. pernah jugak jadi cashier, tapi kat supermarket.
    sama je sebab tu, BV pun taksuka nombor, clumsy dan taksuka buat kerja laju2. first kena masuk department barang2 makanan2 tu, akhirnya sebab clumsy ke ada sebab special, masuk department baju2 macam tu. lagi best sebab relak2 je. hahahhaa :D

    best kerja macam nie sebenarnya sebab banyak dapat jumpa macam2 jenis orang. syed ada jumpa customer yg pelik2 tak? hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa sama la kita BV! hahaha. Department baju memang la best sebab bukan orang ramai beli baju pun kan. kalau barang2 harian semua tu susah la sikit. Syed ada jumpa macam2 ragam customer yang pelik-pelik hahaha tapi layan jelah. itu yang seronok tu.

      Delete
  10. Saya tak berani kalau nak kerja jadi cashier sebab segan. Mesti gelabah kalau nak kena kira2 duit depan customers yang biasanya akan pandang je apa yg cashier buat. Lepastu kena buat laju2 and tak boleh clumsy. Ouh, pikir pun dah seram.

    Part kenapa aku kena jadi cashier tu macam hmmmm je~ Hahaha *tak mampu kata apa-apa*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa samalah fatihah. mula-mula saya fikir macamtu juga. lepastu bila dah cuba ni rasa macam okay lah sebab saya bukannya penyegan sangat haha.

      kenapa sampai speechless ni. bagi tahu fakta pun dah speechless haha.

      Delete
  11. kalau saya jgn haraplah nak jadi cashier hahaha ntah2 first day jadi cashier dah kena maki erghhhh at least you dah mahir sikit hehe goodluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! hahahaha saja cari pengalaman buat kerja lain. not bad lah walaupn susah sikit kan mula2.

      Delete
  12. Akak pun pernah jadi casher ni, rasa macam nak pengsan.

    ReplyDelete
  13. Walaupun akak tak ada pengalaman sebagai cashier tapi akak tahu bukan senang jadi cashier ni kan Cikgu Syed. Handle cash register machine pun akak fail.. Apatah lagi kena buat kerja laju-laju.. Uikshhh memang mencabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencabar kak hahaha kadang-kadang rasa macam dah blur sangat bila banyak ambil order sampai lupa itu ini dah kah2.

      Delete
  14. setuju. part kenaaa buat keje laju2 xbest. jadi mengelabah jaa. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, memang gelabah habis la. nak pula bila customer ramai.

      Delete
  15. pernah jadi cashier petrol station :D best jugak la sebab dulu minat numbers. bab duit ni lagi la minat walaupun bukan duit sendiri. bila dan off shift pastu nak check duit ada over/short tu perkara paling nervous utk seorang cashier. biasanya over je sbb orang tak ambik baki. tapi pernah orang nyaris lupa nak bayar masa isi pump (dia mintak nak isi penuh dari jauh) haha gelabah dibuatnya

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhhh untunglah kalau minat hehehe. tahu takpa! time manager duk kira-kira duit tu rasa macam "haraplah takda yang short ke apa" haha. Selalunya ada short sebab tempat saya tu ada barang yang kena bayar asing. tak boleh campur dalam drawer utama. Nasib baiklah dia bayar, kalau tidak potong gaji la nampaknya haha.

      Delete
  16. Sama! Pernah ada pengalaman jugak sbg cashier. Tp lama dah , 8 tahun yang lalu kalau tak silap. hihi. Apapun semua tu pengalaman yang berharga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya 8 tahun yang lalu hehe. betul tu! memang satu pengalaman yang berharga sebab first time kerja macamtu kan hehe.

      Delete
  17. betul tu Syed..muka handsome dan cantik tu yg mostly bosses cari utk jadi cashier atau kat front office tapi bila berada didepan tu diaorang kena la senyum selalu dan informative serta perlu tahu nak ambil hati pelanggan tapi ramai yg muka ketat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpa kak, ramai cashier yang muka ketat kadang-kadang tu. Tak taulah baru lepas gaduh dengan pakwe makwe ke apa kan. buat kita tak nak beli barang kat dia terus.

      Delete
  18. saya tak berani nak kerja cashier..takut tersilap kira duit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 fikir macamtu juga tapi saja nak try. sebab kalau tak try bila lagi hehehe.

      Delete
  19. seronok baca sampai last sebab IQ pun ada pengalaman yang sama macam Syed! IQ pernah jadi cashier KFC selama dua bulan dan guest what? Dua bulan tu ada termasuk bulan puasa dan hari raya tau tak? fikirkan lah berapa ramai orang nak buka puasa dan beratur panjang sampai luar KFC masa hari raya, hari raya memang tak ada makna pada IQ tahun 2012 sebab kena kerja. hahaha!!

    bab kepantasan dan clumsy pun saya, i feel you syed. seriously! sama sangat, pernah terbuat dan tak terbuat..hahaah~~

    by the way, im really interested with kedai fast food yang syed kerja ni, sebab anak IQ ada eczema dan IQ hanya try ayam organik sahaja untuk makanan dia, Al-huda fast food ni ada cawangan di mana2 tak? lama IQ tak makan ayam fast food sebab anak IQ alah dengan ayam biasa...huhuhuhu...please let me know~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. huiiish. I feel you IQ! memang time bulan puasa dengan raya orang ramai lah. syed dah boleh imagine dah macam mana havocnya time tu haha. penat kan kerja cashier dekat fast food ni? pening sebab main dengan otak banyak.

      Kalau ramai orang memang tak berbuat lepastu confused order orang sebab banyak sangat benda kita kena ingat haha.

      Ohhhh macamtu ke IQ. Kedai ni sebelum ni nama dia Radix Fried Chicken. Sekarang dia guna nama dia sendiri. IQ tahu tak Radix Fried Chicken? tak pastilah kat mana je yang ada. biasanya dekat utara banyak lah. sebab AlHuda ni memang takda cawangan lain selain di kuantan.

      Delete
    2. anyway, kalau balik kuantan, IQ nak try cari Alhuda ni, IQ pun ada darah pahang ok, Arwah ummi IQ orang pekan, hehe, tapi sanak saudara ramai duduk kuantan..heee

      Delete
  20. keja kat kenny rogers ke?

    e'in tak penah keja part time kat fast food sebab tahu mesti penat tahap gaban.. haha..

    eh..... iolsssss suke nombor.. sebab tu sekrang nie keja ade sangkut paut dengan nombor.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan dekat kenny woges la e'in. Kerja dekat Al-huda fried chicken. dia macam kfc gak ah. Cuba la sekali memang penat la haha.
      Kalau suka okay la kalau tak suka ni rasa pening nak hadap nombor banyak2 haha.

      Delete
  21. semua sebab2 di atas tu sama dengan akak..

    mmg x leh keje dengan orang....dengan nombor..

    nnt jer serabut seumur hiduppppp..haaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya boleh kerja dengan orang tapi tak boleh kerja dengan nombor.
      nanti mimpi pun pasal nombor kah2.

      Delete
  22. best jugak ada pengalaman macam ni. sye tak pernah kerja fast food. sebab mak tak bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau dah habis belajar ke apa, try la sekali kerja dekat fast food. Menarik juga pengalamannya hehe.

      Delete
  23. syed. Akak dulu masa kecik2 teringin sangat nak jadi cashier, selalu main beli2 barang,pastu tekan2 calculator pastu duit keluar bagi kat customer (andailah kalau masa tu ada kidzania kan bessst)hehe.. Pastu bila dah habis belajar buat degree dpt gakla rasa jadi cashier jap lat aeon, masa tu jadi management trailer aeon... Buat sgt rasa walaupun sekejap, at lewat angan2 masa kecil tu dah terlaksana. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang last2 tu banyak betul typo kak tak faham pula saya hahaha. tapi takpalah at least terlaksana juga angan2 akak masa kecik kan hehe.

      Delete
    2. adussss typo la pulak.. huhuhu...

      Delete
  24. Hahaha lawakla Syed.. Mai pun clumsy tapi pernah jadi cashier kedai buku dalam tesco. hahaha. Mula2 gugup gak bila ramai orang tapi tak sangka bertahan juga dlm 5 bulan. Nama je cashier, skop kerja, susun buku, terima stok, buang habuk, adjust rak, sapu sampah, mop, kekeke.

    Amboi confident tuuu penting tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak tang mana tu mai hahahah. memang gugup habis kot waktu mula2 kerja tu haha. Itulah pasal, kadang2 nama je cashier tapi kena buat semua benda yang lain. samalah dengan syed pun mai.

      hahahahahah yakin sangat ke?

      Delete
  25. lol seyes tak lawakla syed! I always nak try RFC but tak pernah jumpaaaaa. Pernah pakai that machine omg serius annoying because aku pon gelabah sgt dah jd clumsy. Org yg ajar tu psiko tak habis campur dgn gelabah dan keputusannya semua ke laut. Takdala masalah besa pon but rasa sadis sebab buat salah just because gabra amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ala saja nak hiburkan diri sendiri. RFC susah sikit nak jumpa selalunya dekat belah-belah utara tu banyak la. macam kedah penang semua. itulah yang saya rasa masa mula2 kerja tu banyak betul buat salah lepastu orang expect kita nak buat kerja cepat2 sobs.

      Delete
  26. hahahaha..seronok jadi cahsier..

    semua benda tu saya alami sehinggalah saya dinaikkan pangkat sebagai penyelia..

    tak seronok makan gaji akhirnya saya berhenti kerja untuk jadi blogger dan takaful advisor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa banyak pengalaman bro ni rupanya.
      Alhamdulillah rezeki lebih baik jadi blogger dan ejen insuran kan.

      Delete
  27. HAHAHAHAHAH! gelak dulu lah yer. Adoiiii! semua tuh akak pun pernah rasa tau Syed. Akak banyak kali gak pernah jadi cashier masa dulu-dulu. Cuma fast food ajer belum lagi. Nak bgtau, akak pernah tau short duit. Tak balance. Masa tuh keje kat supermarket mana dah lupa. Tapi sedeh la sangat sebab kena tolak gaji. Anyways, good sharing..boleh rasa Syed tulis dari jiwa dan hati. Sesuai dibaca utntuk mereka yang nak jadi cashier...ala..sementara waktu kan, apa salahnya. Menimba ilmu dan pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi gak besarnya gelak hahahahah sopan sikit please. Time saya kerja pun pernah short juga tapi saya tak tahu saya punya angkara ataupun cashier lagi sorang sebab kitorang share mesin yang sama hahaha. Tapi tak banyak pun so takde tolak gaji macam akak la. Memang dari jiwa dan hati betul la sebab tulis entry ni time kerja kahkah.

      Delete
  28. ha la kan. jadi cashier kenalah pantas. kalau tak, nanti cust marah. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Part customer marah tu paling takut.
      Kalau boleh nak jaga semua hati-hati customer haha.

      Delete
  29. perghhhh baca punya baca punya baca part akhir sekali tu rasa nak tersedak plak kekekeke. tapi saya rasa saya pun tak sesuai jadi cashier sebab eventhough saya & numbers serasi berdua, tapi saya pendek + clumsy double triple haha.

    btw, goodluck kerja baru! inshaaAllah lama-lama okay la tu ;)

    saya ada tag awak kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/04/sunshine-blogger-award-tagged-by.html :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha tolong jangan tersedak, tahan lah kejap. kalau clumsy double triple tak payah la nak cuba kalau macamtu. Tapi kalau nak try pun apa salahnya haha kena pakai high heels la.

      Waaaaa tak percaya kena tag! thanks, nanti saya jawab ya :)

      Delete
  30. hehe elsa selalu je nampak cashier dekat market kengkadang ada yang tak dapat duduk. tapi elsa suka kira duit hakhakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa. nasib baik tempat kerja syed ni boleh duduk. kalau takda orang tu duduk la. tapi bila nampak customer kena lari cepat2 pergi kaunter.

      Delete
  31. X semua suka nak jd cashier ni. Tp pglmn kan. Saya suka tgok mesin duit cashier tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka juga dulu. rupanya susah juga nak handle kahkah. tak suka tapi saja nak cari pengalaman.

      Delete
  32. Yang penting ada kerja, maknanya adalah income.
    Mudah2an cepat dapat posting.

    ReplyDelete
  33. hahahahahaha dekat Kuantan. datang lah kahkahkah.

    ReplyDelete
  34. Hahaha paling win yang cashier hansome tu.. Kelako aok ehhh.. Tapi memang betul, syed memang encem pown.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha saja mengarut tu. hensem lah sangat kui2.

      Delete
  35. amboi syed puji diri sendiri tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah puji sendiri la sebab takda orang nak puji sobs.

      Delete
  36. Remind me of my experience masa jadi cashier dekat AEON (2013) dulu. Paling tak suka bila kena jaga bahagian market atau foodcourt. Ya Allah dia punya seksa jangan cakaplah. Kena buat kerja laju-laju especially kalau dekat market. Kadang-kadang customer pun pandai, tukar tag harga/discount dekat baju/seluar. Nak harga murah/discount lebih punya pasal. Cashier pun kena alert, tengok dekat monitor betul ke tak barang yang dia beli dengan tag harga yang discan tu. Brand sama ke tak. Memang taubat taknak kerja cashier dah hahahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnn, cerewet kan! kita kena buat kerja laju-laju lepastu kena alert dengan semua benda. Kena hafal harga itu ini berapa haihhhh. Saya pun rasa ni yang last dah kot.

      Delete
  37. Kalau jadi cashier memang kena cepat2 kan. Dapat customer yg cerewet dan kekwat lagi la menyampah rase.

    Akk pernah keje setahun kat pasaraya tunas manja tp bhgn admin. Kadang2 kena cover cashier bila dieorg rehat. Sejam pun rase tak sanggup.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang kena cepat kak. Kalau customer pula yang cerewet tu menyampah juga. Nak itu ini lepastu cancel order haih. Admin memang selalu kena cover cashier kan. samalah dekat sini pun hehee.

      Delete
  38. Fiza pernah keje MCD bahagian kaunter and i love it, suka amik order dan kira duit. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? McD mesti lagi sibuk kan? huaaaa syed tak boleh la.

      Delete
  39. Jujur betul penulisan syed ni tau...bagus bangun lewat pun tetap maintain jaga style pakaian bg smart hahaha...by the way nanti kalau sis balik kg mertua kt kuantan nak singgah la tempat syed kerja...leh sis kenalkan keluarga sis sambil mkn situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah maintain smart kak hahaha. haaaa nanti akak singgah lah tempat kerja syed ni kalau syed ada lagi boleh la jumpa hehehe.

      Delete
  40. x pernah lg keja part time ni �� tapi sy suka tngk org yg keja cashier ni. bukan sebab paras rupa, tapi sebab kerja bahagian duit ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab kerja bahagian duit eh? tak suka sangat sebab nak kena kira-kira duit takut salah kira nanti shot haha.

      Delete
  41. great experience tu, syed.
    bcoz kita tau how hard it is kan?
    aida x kot nak jadi cashier sebab memang tahu tahap stress di situ amat tinggi.
    kena cepat.
    then nak layan order customer.
    and tetiba salah plak amik order hu hu hu...
    tidak. especially fast food like mcd ke, kfc ke,...
    dgn org yg ramai. hadoi !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa betul tu, it's a really great experience!
      part tersalah ambil order tu memang buat stress la kan.
      kalau dekat kfc, mcd lagi busy dan stress saya rasa.

      Delete
  42. Siqah pernah jadi cashier selama 3 bulan masa menantikan result SPM. Hii. Seronok tay walaupun yes kalau jumpa customer banyak songeh tu rasa malu dan susah jugak nak melayan. Tambh lagi yang menengking. Huhu.

    Syed.... nak bagitahu.. blog header Syed ke bawah sangat. Tak nampak tajuk entri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed setakat ni takda lagi jumpa yang meneningking Alhamdulillah la. tapi yang banyak songeh tu ada la rasa geram juga haha.

      Yeke Siqah? guna iPhone ke? memang kalau guna iphone 5 tak boleh sebab screen kecik. aalaa.

      Delete
  43. pengalaman tu laa yg plg mahal dan dpt dgn wang ringgit dan x kan ada kat mana2

    ReplyDelete