Assalamualaikum dan Hai!
Pejam celik, pejam celik dah tak lama dah kita nak menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Semoga kita masih diberi peluang untuk menikmati keberkatan bulan Ramadhan pada tahun ini InshaAllah. Banyak persediaan yang boleh dilakukan untuk kita sebelum menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Antaranya ialah aktiviti beriftar atau berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat handai. Kebiasaannya, bulan puasa ni memang penuh jadual sentiasa ada orang book untuk ajak buka puasa bersama kan? (tapi aku tak lah sebab aku forever alone sobs). Memang banyak tempat-tempat yang kita boleh survey untuk mencari tempat berbuka yang berbaloi dan memuaskan hati. Taknaklah bila bayar untuk makan lepastu tiba-tiba lauk pula tak cukup kan?
Entry kali ini aku akan berkongsi satu tempat menarik yang menyediakan Ramadhan Buffet yang bertempat di Pekan, Pahang. Pada 19 April 2017, aku berkesempatan untuk hadir ke event "Kembara Iftar di Pekan Pahang" yang dianjurkan oleh Ancasa Royale Hotel. Aku dari Temerloh gigih pula drive ke Pekan semata-mata nak join event yang dianjurkan ini dan Alhamdulillah memang berbaloi sangat makanan-makanan yang disediakan serta servis yang diberikan oleh hotel ni. Time aku tengah tulis ni pun aku masih terbayang juadah-juadah yang lazatnya sehingga menjilat ibu jari tu ha.
APA YANG ISTIMEWA DI ANCASA?
Konsep yang diketengahkan oleh hotel ini untuk Ramadhan buffet mereka ialah, Selera Desa. Bila aku dengar sahaja selera desa, aku dah terbayang lauk-lauk masakan kampung yang disajikan depan mata aku. Memang terus tak sabar nak makan rasanya. Disebabkan aku ni memang seorang yang gemar masakan kampung, memang ini merupakan satu peluang keemasan untuk aku merasai sendiri makanan yang disediakan oleh Chef di hotel ini.
Antara sajian kembara iftar yang dihadangkan ialah makanan tradisi Pahang iaitu Opor Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal Hitam. Kalau dekat Pahang takda lauk-lauk ni memang tak sah la kan? Masakan Opor Daging merupakan resipi di Raja Pahang yang sangat popular di Bandar Diraja Pekan, Pahang. Resipi ini dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus asli yang telah dipanggang terlebih dahulu serta dicampurkan beberapa bahan lain yang membangkitkan rasa yang sangat enak dan menyelerakan. Manakala, Ikan Patin Masak Tempoyak pula sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat di sini. Sambal Hitam pula merupakan sajian yang hanya boleh didapati di sekitar daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Ia merupakan makanan tradisi yang masih diingati sehingga ke hari ini.
Antara sajian kembara iftar yang dihadangkan ialah makanan tradisi Pahang iaitu Opor Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal Hitam. Kalau dekat Pahang takda lauk-lauk ni memang tak sah la kan? Masakan Opor Daging merupakan resipi di Raja Pahang yang sangat popular di Bandar Diraja Pekan, Pahang. Resipi ini dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus asli yang telah dipanggang terlebih dahulu serta dicampurkan beberapa bahan lain yang membangkitkan rasa yang sangat enak dan menyelerakan. Manakala, Ikan Patin Masak Tempoyak pula sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat di sini. Sambal Hitam pula merupakan sajian yang hanya boleh didapati di sekitar daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Ia merupakan makanan tradisi yang masih diingati sehingga ke hari ini.
Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan juga pencuci mulut. Sudah pasti, menu-menu yang menarik di hotel ini diilhamkan oleh chef-chef yang berpengalaman iaitu gabungan Chef Hazlan Hamzah, Chef Syed Badrul Hisham dan Chef Mohd Zamri serta pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.
Mula-mula aku melangkah masuk ke hotel ni, dah cukup buat aku teruja dengan hiasan tempat makan dia. Tempat makan yang disediakan sangat selesa dan luas. Siap ada lampu lip lap lagi. Lepastu mata aku melilau sekeliling kawasan makan tu sebab aku tak tahu nak mula makan dari mana. Serius banyak sangat lauk yang disajikan depan mata sampai kau tak tahu nak makan apa dulu haha. So, I ended up touring the whole place first and cari akak Azleeya sebab aku awkward first time join event macam ni kan?
KERABU DAN ULAM-ULAMAN
When it comes to masakan kampung, of course kau tidak akan terlepas dari dijamukan dengan juadah-judah yang berasaskan ulam-ulaman. Ancasa menyediakan pelbagai jenis kerabu yang anda boleh nikmati di sini. Tengok sahaja dah cukup menyelerakan, bila makan tu terasa macam berada di awang-awangan. Apa yang aku kagum sangat dengan juadah-juadah yang disajikan di sini ialah dia punya plating. Walaupun juadah yang disediakan merupakan makanan tradisional sahaja. tetapi plating dia menampakkan makanan tu eksklusif! sayang rasa nak makan. Kira okay lah, makanan sedap lepastu hiasan pun terbaik!
Mula-mula tengok aku ingatkan ni macam sushi (sebab letak dalam bekas macam bento dekat sushi king tu) haha. Rupanya ikan masin guys! Aku memang penggemar ikan masin, bila ikan masin dihidangkan sekali bersama bawang goreng dan lada goreng campur dengan asam limau tu memang menaikkan lagi rasa ikan masin tu.
Ini pula antara pilihan sambal yang ada untuk anda makan dengan nasi. Memang telan air liur lah bila tengok sambal-sambal ni waktu macamni. Dah la aku ni memang suka sambal, kalau dapat makan sambal dengan nasi kosong pun boleh tambah 2 pinggan! hehe.
NASI MANDY
Selain dari masakan kampung, juadah seperti Nasi Mandy juga ada disediakan. Antara lauk yang disajikan ialah ayam berempah. Aku sempat rasa ayam berempah sahaja sebab rasa macam dah banyak sangat dah makan. Tak sempat nak rasa lauk yang lain-lain. Tapi yang penting dia punya lauk tu memang panas sebab dia letak atas dapur arang. Kira still fresh dan takdalah kau makan lauk yang dah sejuk. Nasi dia pada pendapat aku, sangat sedap! dengan lauk ayam berempah dia yang kita boleh rasa la dia punya spices.
KAMBING BAKAR
Kalau nak mencari buffet Ramadhan, bagi aku mesti kena ada kambing bakar. Kiranya kalau takda kambing ni macam tak lengkap la buffet tu haha. Aku sempat makan kambing ni banyak round juga semalam. Seriously rasa dia memang sedap dan daging dia sangat lembut. Sos black paper dia pun cukup rasa dan sesuai digandingkan dengan kambing bakar. Selain kambing bakar, dekat meja tu juga ada roasted chicken. Sambil-sambil tengah beratur untuk ambil kambing bakar, try la dia punya roasted chicken juga. Kambing ni memang antara makanan yang laris la waktu aku pergi haritu.
STEAMBOAT
Untuk penggemar makanan steamboat, Ancasa juga ada menyediakan pelbagai pilihan steamboat yang anda boleh nikmati. Kalau nak berbuka dengan makanan yang light-light sahaja, mungkin boleh try makan steamboat ni.
ANEKA ROTI DAN SUP
Menariknya tentang roti ini ialah, ia dibuat sendiri oleh chef di Ancasa! bukannya roti beli dekat kedai. Bila chef terlatih yang buat sendiri roti ni, tak payah nak pertikaikan rasa dia, memang tengok rupa sahaja dah tahu sedap. Ada banyak sup yang disediakan untuk dimakan bersama roti-roti ni. Antaranya ialah sup cendawan (lupa nak tangkap gambar sup-sup).
SHELLOUT & SATAY
Antara menu yang terbaik dekat Ancasa ni bagi aku sudah pasti Shell Out dia! SERIOUS WEH SEDAP SANGAT. Sebelum ni kalau pergi mana-mana restoran yang buat shell out, susah sangat nak jumpa yang betul-betul sedap. Tapi shell out dekat Ancasa, memang terbaik! Kuah dia memang best!. Aku meratah macam tu sahaja dah tak payah makan dengan nasi dah. Tengok la, sampai gambar yang dah masak pun aku lupa nak ambil! huaaaa sorry, kalau tak, dapatlah berkongsi kelazatan bersama korang sekali. Dekat sini pun ada satay disajikan. Memang berbaloi habis lah.
JERUK
Sebelah roti tu ada jeruk, chicken loaf dan macam-macam lagi makanan yang ringan-ringan. Sesuai untuk dibuat kunyah-kunyah (kalau kau dah kenyang, tapi rasa nak makan lagi bolehlah ambil yang tu)
Banyak pilihan sayur dan buah-buahan yang disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah buah kurma yang terbahagi kepada beberapa jenis. Anda boleh pilih sendiri sama ada anda mahukan yang bertangkai ataupun tidak. Selain itu, juga terdapat beberapa buah-buah tempatan lain seperti tembikai, pisang dan nenas. Buah yang disediakan merupakan buah-buahan yang sangat segar.
SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Banyak pilihan sayur dan buah-buahan yang disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah buah kurma yang terbahagi kepada beberapa jenis. Anda boleh pilih sendiri sama ada anda mahukan yang bertangkai ataupun tidak. Selain itu, juga terdapat beberapa buah-buah tempatan lain seperti tembikai, pisang dan nenas. Buah yang disediakan merupakan buah-buahan yang sangat segar.
MEE UDANG DAN AIS KACANG
Kalau ada diantara anda yang gemarkan Mee Udang, Ancasa juga turut menyediakannya. Yang penting dia akan buat bila ada request dari customer. Tak payah susah-susah nak ambil sendiri. Dapat makan panas-panas tu memang sedap la. Sebelah "gerai" Mee Udang, ada Ais Kacang. Tengok bahan-bahan untuk ais kacang tu memang banyak sangat! Puas hati la kalau nak makan tu.
NASI AYAM ROYALE
Nasi Ayam juga merupakan salah satu hidangan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu kita, oleh itu Ancasa juga turut menyediakan Nasi Ayam Royale untuk santapan para tetamu.
MINUMAN
Terdapat beberapa jenis pilihan minuman yang disediakan. Antaranya ialah Jus Mangga, Air Kelapa, Sarsi, Skyjuice dan Sirap. Pada pendapat aku, air yang disediakan memang agak sesuai dengan tema masakan melayu yang diperkenalkan. Minuman yang disediakan oleh Ancasa sangat menepati citarasa aku. Airnya tidak terlalu manis dan tidak tawar. Just nice! Jus mangga dan air kelapa dia memang rasa original, don't worry bukan cordial ya kawan-kawan. Jangan tanya berapa gelas air aku habiskan haritu hahaha.
KUIH MUIH DAN MANISAN
Untuk penggemar manisan pula. Ancasa ada menyajikan Puding Raja. Pada asalnya, Puding Raja merupakan hidangan istimewa santapan di raja, namun pada harini semua lapisan masyarat boleh menikmatinya di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, malahan ada kuih-muih melayu yang turut disediakan seperti Lepat Pisang, Bingka Ubi, Kuih Talam dan sebagainya. Memang kalau pergi Pekan tak cuba Puding Raja merupakan satu kerugian besar lah. Susah juga nak dapat kalau luar kawasan Pekan.
Ini merupakan favorite spot aku waktu tu! Aku ni memang pantang sikit bila nampak manisan ni haha (patutlah aku manis orangnya, okay takda kaitan). Rasa macam nak habiskan semua kalau boleh (tapi memang mustahil la sebab banyak kot lepastu dia memang akan refill frequently bila nampak kosong). Kalau macam dalam gambar di atas ni ada kek coklat, kek gulung dan dalam cawan kecil tu merupakan puding. Puding dia memang sedap! ada rasa buah-buahan dan yang pasti flavor honeydew tu sangat sedap :')
Cheese Tarts dan Assorted Cakes semua sedap! Aku repeat banyak kali dekat tempat manisan. Rasa malu dah nak lalu depan chef hahaha. Tak boleh bawa pergi majlis betul aku ni.
Mak aku pun suka sangat dengan manisan yang disediakan especially puding tu. Aku ambil beberapa cawan untuk mak aku sekejap sahaja habis. Katanya memang sedap dan puas hati.
WESTERN CORNER
Selain masakan Melayu, Ancasa juga ada menyediakan beberapa hidangan barat. Antaranya ialah Lasagna. Lasagna yang disediakan sangat sedap dan cheesy! (sebab aku kan hantu cheese so memang sedap sangatlah rasanya). Selain itu, ada juga beberapa hidangan barat lain yang disediakan. Kalau dah kenyang makan makanan melayu, beralih arah la pulak sekejap untuk merasai makanan barat kan? hehe.
Sambil menikmati makanan dan juadah berbuka puasa, anda juga akan ditemani dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh artis jemputan Ancasa Royale. Terasa kemeriahannya bila dengar nyanyian dari kumpulan yang diundang :)
KEMUDAHAN
Kemudahan surau yang ada di Ancasa ini sangat memuaskan. Ruang solat yang luas dan bersih membuatkan pengunjung senang untuk menunaikan kewajiban setelah berbuka puasa. Aku sempat berkunjung ke tandas hotel ni, memang sangat cantik, bersih dan tidak berbau. Ruang menunggu di hadapan surau pulau sangat luas dan selesa untuk anda sekeluarga bersantai seketika di situ sementara menunggu ahli keluarga yang lain.
Seorang Syed juga berpeluang untuk bersua muka sendiri dengan sis Azleeya ketika majlis tersebut berlangsung. Sebelum ni jumpa dekat blog sahaja. Tak sangka boleh jumpa in real life haha. Thanks kak! (yakin betul aku dengan kasut hijau tu)
Overall, bagi aku Ancasa Royale, Pekan Pahang sangat menitikberatkan soal kebersihan, penyediaan makanan yang teliti dan servis yang baik kepada pengunjung. I don't mind paying my money to eat as much as I want! Seriously memang it worth every penny you spend. Masuk sahaja pintu hotel tu semua staff sangat friendly. Chef-chef pun terbaik, siap explain lagi masakan yang ada di situ. Terima Kasih kepada pihak Ancasa Royale, Pekan Pahang kerana sudi menjemput saya bersama keluarga untuk merasai sendiri juadah yang bakal disediakan waktu bulan Ramadhan nanti. Saya bagi 5 bintang!
BERITA BAIK UNTUK ANDA!
Dengan lebih 100 juadah berbuka puasa yang disediakan, anda hanya perlu membayar sebanyak RM68 seorang untuk dewasa manakala RM40 seorang untuk kanak-kanak. Tawaran harga istimewa juga turut diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58 SAHAJA!
Tawaran istimewa ini sah sehingga 15 Mei 2017Sekiranya anda berminat untuk berbuka puasa di Ancasa Royale, Pekan Pahang. Ataupun inginkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh rujuk maklumat di bawah,
Alamat:
No. 2670, Jalan Pekan - Kuantan, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
No. Telefon:
+6094246600 (Saffron Brasserie)
+6094246700 (Faks)
Website:
www.ancasaroyale.com
pantang betul unni tgk makanan sedap ni..trsa nk masuk dalam skrin.... nasib la jauh, kat sabah pun sllu ada mcm ni... penah skli je mejejak kaki ke pahang tu pun masih darjah 3 (2000)
ReplyDeleteingt syed ni org utara rupanya pantai timur, entah kat mana la unni TER sangaka utara..maafkan hamba..hhihihihihi
hehe syed haritu tengok depan mata lagilah, rasa tak tahu nak makan yang mana satu dah. Lama juga tu kalau tahun 2000. fuhhh.
DeleteItulah, pelik juga macam mana boleh ingat syed orang utara ni haha.
besttnyaa..dpt makanan sedap ni....alhamdulilah..rezeki kan syed...tp kalau dekat..memang nak pergi tau
ReplyDeleteMemang untung sangat kak makan sini sebab masakan kampung dia memang terbaik hehe. Nasib baik jauh kan.
DeleteJeles kemain tengok ramai blogger pakat up cerita pergi ramadan buffet tak aci betolll haaa.. ya Allah hai tengok makanan .harap2 tak membazir... lah.. semua makan habisss.. :D
ReplyDeletehehehe tahu takpa, memang musim update pasal Ramadhan buffet kot. Yelah nak bulan puasa dah ni kan :D
DeleteBestnya...yg lain boleh tolak tepi, tapi bab puding dan kek, boleh duduk berjam2 layan tekak...
ReplyDeleteYa Allah kak, syed pun haritu duk ambil kek dan puding banyak kot haha.
DeleteMenyelerakan sekali semua hidangannya perut nk diisi kecik jer.
ReplyDeleteTakpa kak, kalau yang berselera besar tu mungkin sesuai haha.
DeleteBerpinar mata akak tengok gambar-gambar makanan semua tuh Syed oi! Memang masuk dengan tema sungguh la. Tak rugi Syed pegi iftar tuh. Kreatif betul kan derang berkuliari. Cara hidangan pun mantap. Siap letak atas dapur arang tuh ha.Tapikan, akak kalau time pose gi buffet memang rugi. Sebab makan seciput ajer.Lepas tuh semput ..tak boleh masuk dah. HAHAH! :) ps : akak baru buat segmen pasal bloglist Syed tuh. Hehehe...
ReplyDeleteHaah kak memang seriously amazed dengan diorang punya seni kulinari. Kalau tengok hiasan lauk semua rasa sayang nak makan haha. Ala kalau macamtu akak pergi bawa suami dan anak-anak jelah, akak tak payah makan just tengok ja kahkah gurau. Terima kasih kak for joining :)
DeleteWow semua nampak menyelerakan. Ada ikan patin masak tempoyak, nasi mandy, steambot. Memang terbaik
ReplyDeleteMemang sedap kak, tak tipu ni hehehe.
DeleteWuihhh, stress pulak datang sini tengok banyaaaaknye makanan!! Kejam betul Syed, anda berjaya menyeksa jiwa ragaku ini. Hahaha
ReplyDeletehahaha sorry fatihah. Tak berniat pun macamtu :P
DeleteApeni penuh gamba makanan nie..?! Apeni makan tak ajak ni..?!
ReplyDeleteEh, pernah dengar tak orang cakap, kalau kita post gamba makanan pastu orang tu teringin, kita kena bagi makanan kat orang tu, kalau tak kita dosa.. So syed kena bagi makanan kat Anis..😈
hahahahaha nak bagi makanan sebijik tak dapat lah. Tapi belanja gambar makanan ja syed mampu :P nak tak?
Deletewow! seronoknya Syed! paling tak tahan tgk desert2 tu. adoii
ReplyDeleteDessert dia memang best lah nadhie serius haha. Syed duduk punya lama menjamah dessert tu hihi.
DeleteDah meleleh air liur menikmati kemeriahan GAMBAR makanan terutama lauk-pauk selera kampung tu alahaaiiii... Pastu bapak jauh gilaaaa pahang nun pulak tu. Haisy! Saja kan? THIS IS TORTURE, seorang syed!!! 😭💔
ReplyDelete58 banyak tu punya sajian boleh makan?? Hmm.. Kalau buka puasa gini, alamatnya terdampar kekenyangan lah. Tepuk-tepuk perut pergi sembahyang terawih weiiii 😅
hahaha amboi fairuz, menikmati kemeriahan gambar pun sampai meleleh air liur kan. Sorry for torturing you kahkah. Serius sajian dia memang banyak fairuz, syed pun dah terdampar kekenyangan dah haritu hihi.
DeleteSedapnya macam macam ada tuu.. Husni pun suka sangat makan selera kampung macam nii 😍
ReplyDeleteMemang kalau dapat makan semua nak rasa lah ceritanya
Memang sedap husniey, lepastu dia punya hiasan tempat dia macam cantik sangat. Selesa ja rasa nak makan. Rasa sikit-sikit ja lah, nak makan semua tak larat haha.
DeleteHuissh....kerabu..,sedapnya..lagi satu dessert dia tu..amboi..
ReplyDeleteMemang sedap kak PC dia punya kerabu tu. Tapi dessert memang paling win la. hehe.
Deletekenapa choice makanan dia banyak sangat?! sedap2 pulak tu :(
ReplyDeleteshell out, lasagna, steamboat, kambing bakar, jus mangga, dessert2 cantik...semua tu favourite
Itulah, time pergi haritu pun rasa macam tak tahu nak makan mana satu dulu sebab banyak sangat hehe. Memang berbaloi lah dengan harga yang dibayar. memang favorite syed juga semua tuuu! :)
DeleteYA ALLAH YA ALLAH!! KUATKAN IMAN KUU YA ALLAHH!! masha allah makanan diaaaa, banyaaknyaaaaa!! macam macam ada! WHY WHY!!! menangissss tengokk huhuhu
ReplyDeletehahaha alamakkk sorry jieha, boleh pula kan tengok gambar makanan pagi-pagi ni. memang mengucap jelah jawabnya.
DeleteMy father orang Temerloh so kalau balik Pahang sambal hitam dengan ikan patin tempoyak memang benda wajib! Lapar pulak scroll gambar makanan pukul 3 pagi haha. Btw, I have tagged you in my latest post. I hope you won't mind answering my questions :)
ReplyDeletehttp://nfarahinz.blogspot.my/2017/04/blue-sky-tag.html
hahaha sy both of them are my favourite food kot! Haaa siapa suruh scroll pukul 3 pagi kahkah. Thanks for tagging me. Will be reading it soon :)
Deletebanyak hotel hotel dah mula promo buffet ramadhan
ReplyDeleteYupppp, nak mula bulan puasa dah ni kan :)
Deletewahhh, banyak betul sajian untuk buka puasa. tapi bagi IQ buffet utk buka puasa is not a right choice, sebab perut belum tentu boleh terima banyak even kita puasa sepanjang hari.
ReplyDeleteMemang banyak IQ. It depends on the individual kot IQ. Ada tu yang pergi buffet ni atas sebab nak gather ramai-ramai and buka puasa sama. Tak boleh la pergi hari-hari kan, cuma kalau once dalam bulan Ramadhan pun cukup la. haha.
DeleteAllah.. terliur... zizie pun suka dengan masakan kampung.. Opor daging tu tak pernah dengar.. teringin nak rasa.. sambal hitam kalau makan ngan nasi panas pn dh cukup.. hehehe..
ReplyDeletehehe memang sedap kan masakan kampung. Opor daging tu memang agak femes la kalau dekat sini, nanti kalau pergi kenduri belah jerantut, pekan mesti ada masakan tu. Tahu takpa, tak payah lauk lain pun dah ok kan.
DeleteUishhhh sedap2 makanannyaaaa.. rugii tak g.huhu.
ReplyDeleteMmg knyang btul tu. Deserttt dia alahai menggoda.
hehehe memang sedap la.
Deletetakpa next time ada lagi inshaAllah.
ramadan akan menjelma tiba..
ReplyDeletedebaran sudah terasa..
p/s :domain sendiri..com terbaiklah
Yeahhh, tak sabar rasanya nak berpuasa hehe.
Deletehaha perasan juga eh dah tukar.
Alahai.. nampak je dah sedap ni
ReplyDeleteMemang sedap, tak rugi la kalau makan sini hehe
Deletehahahaa... ramainya soh encik syed kite ni belanja berbuka.. ekekeke.. terbaikk gituu.. oh mai.. akak nampak gemok.. hahhaa..
ReplyDeletehahahah itulah, tak mampu la syed nak belanja. Of course la gemok, lupa ka akak tu preggy? kahkahkah.
Deletebestnya ada banyak menu. cm tergoda tengok puding raja tu...
ReplyDeleteAah tapi malangnya lupa nak makan puding raja huaaaaaa.
Deletefuhh banyaknya juadah, tak tahu mana satu nak rembat haaa..tapi semuanya nampak sangat sedapp
ReplyDeleteHaha betul tu kak. Saya haritu rambang mata nak makan mana satu dulu.
Deletebelum iftar lg dah terliur... cm ne ni? hahahahah.... tp wpn mcm mn byk sekali pun org ramai ttp cari kambing bakar kan? kan? hahahaha
ReplyDeletehahahaha kena buka puasa awal la kalau macamtu. Aah! memang wajib pergi beratur ambil kambing bakar dulu kahkah.
Deleteterbaikk! mewahnya dengan makanan yg lazat2.
ReplyDeleteMenu-menu macam ni lah buatkan saya tak sabar menanti kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni... Hehe
ReplyDeletesemua makanan dia mcm menarik sangattt. pandai syed ambik gambar
ReplyDelete