Assalamualaikum dan hello! :)
Okay, harini akulah orang yang paling bahagia sekali dekat dunia ni. Siapa tak happy kan bila dapat hadiah? lagi-lagi bila hadiah yang kita dapat tu merupakan hadiah yang kita nak. Bukannya senang orang nak bagi hadiah dekat kita. Biasanya kita akan dapat hadiah daripada orang-orang yang rapat dengan kita sahaja. Mana ada total random strangers yang akan bagi kau hadiah (unless kau Siti Nurhaliza tak hairanlah). Kalau kau nobody macam aku, memang harapan la nak orang bagi kau hadiah. Kena ada partner lah dulu kot. Mana tahu pakwe/makwe kau nak buat surprise birthday naik limousine. So, bila dapat hadiah daripada Lazada ni pun aku dah cukup bersyukur :')
Actually Lazada bukannya bagi hadiah randomly dekat aku pun hahaha padan muka kena tipu. Sebenarnya "hadiah" yang aku maksudkan ialah hasil daripada baucer shopping yang aku menang dekat lazada waktu Lazada Birthday Bloger Contest dulu. Sebenarnya dah lama dah dapat baucer RM150 tu. Tetapi disebabkan aku tiada online banking, aku terpaksa peram lama-lama baucer tu. Kebetulan pula waktu Minggu Amanah Saham dekat Temerloh baru-baru ni, Maybank ada buka booth. Aku terus buka akaun dan daftar Maybank2u dekat situ! Lepas ni memang kencang lah aku beli barang online.
Disebabkan aku bakal masuk ke sekolah pada 2 Mei ni, so sebelum bekerja better aku persiapkan apa yang patut. Bila fikir balik barang-barang yang aku takda, memang banyaklah. Antaranya ialah jam tangan. Dah lama sangat sebenarnya nak beli jam tangan tapi takda duit lagi nak beli (sobs). Kebetulan pula ada baucer Lazada ni, memang senang lah kerja aku. Semalam aku mula survey jam-jam tangan yang menarik untuk dibeli di Lazada. Memang banyak sangat sampai aku tak tahu nak pilih mana satu. Baru aku sedar yang aku ni tak boleh la shopping online. I NEED TO FEEL AND TOUCH THE THING barulah boleh tahu jam tu kualiti dia macam mana kan?
Lepas penat aku study website lazada tu yang setiap page dia tu habis aku teroka, I've decided to buy this watch! hahaha aku tak tahu la cantik ke tidak di mata korang. Tapi bagi aku okay sahaja kot sebab dia simple sahaja designnya and mungkin kalau ada warna biru ke dekat ring (cermin) dia tu lagi okay kot. Mana-mana pun okay lah sebab tengok gambar macam cantik kan?
Lagi satu, aku beli jam ni sebab dia punya reviews semua elok-elok. hahaha aku terpengaruh weh dengan apa yang orang tulis dekat situ. Sebab semua cakap cantik, so aku pun lebih berkeyakinan untuk beli jam ni. Dasar takda pendirian diri betul syed! lemah betul sebab boleh terpengaruh dengan kata-kata manusia macamni! huh. So, tanpa berfikir panjang aku pun order lah jam tersebut.
Order hari semalam harini dah sampai!
Apa yang best dengan Lazada ni ialah, shipping dia cepat gila. Aku order semalam dan harini dah sampai dah! (except for another thing yang aku order sebab barang tu dari China so impossible lah). I'm so excited bila nampak van Pos Laju depan pintu rumah aku tadi haha. Rasa macam bagi hadiah dekat diri sendiri pula, tapi seronok! *iyalah takda orang nak bagi hadiah dekat kita kan :(
Tadaaa! inilah dia rupa jam yang aku dah dapat tu. Memang puas hati la dengan barang ni. Apa yang aku tengok dalam gambar tu, sebijik la dengan apa yang aku dapat. Jam pun di bungkus dengan kemas, takda calar-balar semua siap ada bubble wrap lagi. So, memang puas hati habis.
Ni nak bagi gambaran yang lebih jelas lagi
SESI PHOTOSHOOT
Ingat manusia sahaja yang nak photoshoot? Jam aku pun kena lah juga photoshoot. Sexy betul jam ni dengan sentuhan seorang syed ni fuhh.
Cantik pula gambar aku tangkap ni. Dah macam advertisement jam dah ni. Tiba-tiba rasa macam nak jual jam bila tengok gambar ni hahaha okay puji diri sendiri lagi.
Perghhh tu sebenarnya tangan ke atau arang? Macam kayu pun ada juga. Kayu yang orang dah buat unggun api tu ha. hahahaha tolong bagitahu aku guys.
Thanks Lazada for the voucher! :')
and
Thanks everyone who reads this super lengthy post
(tak percaya aku taip sepanjang ni pasal jam hahaha!)
Siapa tak kenal Syed yang memang suka taip panjang2. Tapi seronok jeeee baca walaupun tarik penat jugak lah Nadia baca . =p
ReplyDeleteNway , congratzzzz sebab dapat hadiah dari Lazada. Best tue jam Casio . =)
hahaha dah cuba nak tulis pendek ja tadi sebenarnya tapi terjadi panjang juga. Nak buat macam mana kan. sobs.
DeleteThanks nadiah! hehehe.
Untunglaaaa dapat hadiah hahaha,by the way jam tu memangg cantik dan seksi hehehe
ReplyDeletehehehe guna voucher time menang contest Lazada dulu ja. yeahh nasib baik akak cakap cantik hihi.
Deletewuuuuu... lawa wooo...
ReplyDeletetu gmbr tangkap guna apa. Iphone ke?? cantik gilaππ
hahaha, tak pakai iPhone pun. Pakai camera Nexus 5X sahaja :)
DeletePhotoshop melebih dari tuan jam nih. hahahhaha
ReplyDeleteMana ada photoshop la. VSCO ja. Preset banyak sangat tak tahu nak guna yang mana sebab gambar ni tak payah filter pun dah cantik dah sbenarnya. Tapi gatal tangan haha.
Deletecantik jugak jam tu.. rega not bad lah
ReplyDeleteCantik kan kak!? heheh dah check harga dekat dekat kedai RM160++
Deleteamboi cantiknya jam! untung betul menang ritu. Seronok kan dapat baucer ni. hihi
ReplyDeletehehehe itulah Alhamdulillah, seronok sangat! haha.
DeleteBarang orang laki macam tak reti nak cakap cantik ke tak. Sebab semua nampak simple and kemas je. Haha tak sempat nak rambang mata pun. :p
ReplyDelete*pehal perenggan last tu sampai macamtu sekali? hahaha
hahaha tapi kalau sendiri yang pilih rambang mata la jugak hahaha.
Delete*saja exaggerate perenggan last tu :P
wahhh wahh , tahniah sebab dah berjaya gunakan voucher . hehee . nice ahhh jam tu . hehe
ReplyDeletehehehee kejap je kan dia delivered. padahal baru semalam kot. thanks! :D
DeleteLawa je nampak jam tu..
ReplyDeleteHahaaha arang terus π
hahahaha over kan syed ni alahai
DeleteLawa laa jam tu and gambar pun lawa !! Hahaha.
ReplyDeleteyeayyy thanks! :D
DeleteTak pernah tak gelak baca entry dia ni. HAHAHA CikMai disebelah duk update entry dia pun rasa tak tenang sebab yana duk mengilai sebelah dia hahahahahaha. Btw cantik jam, pinjam sat :'P HAHAHAHA
ReplyDeletehahah Yana ni mudah terhibur sangat ni kesian cik mai dekat sebelah tu hahahhaha. Sewa lah! Sejam RM10 apa macam?
DeleteHahahaha, lawak eh. Tapi cantik la design tu! Prefer jam besi dari G-shock :P opps..
ReplyDeletePakai phone apa gambaq lawa-lawa ni?
Atas komen adik, bawah pula komen akaknya hahahaha. Samalah mai syed pun lebih suka jam besi. G-Shock tu macam budak2 sangat kot. Phone Nexus 5X je bukan iphone pun.
DeleteArang2 pun jam tu tetap cantik. Yg penting tahu menghargai masa gitu. Tahniah sekali lagi.
ReplyDeletehehehehe thanks kak! Semoga syed lebih punctual lepasni hihihi.
DeleteJam cantikkkkkkk, gambar ponnn cantikkkkk~
ReplyDeletejuallah jam...huhuu
hahaha itulah. ada orang nak beli tak kalau jual jam nanti ni hihi.
DeleteLawo dah jam tu. Mmg puas hti sgt2 la dgn lazada, hari ni order esk smpai π
ReplyDeleteThanks tomo hehehe. Puas hati sangat, tak payah tunggu lama-lama pun.
DeleteMemang seksi habis jam tu.. hehehe...
ReplyDeleteElegant and maskulin..
hahaha siap dengan elegant dan maskulin tu kahkah.
Deletecantik...tahniah Syed..bijak nau memilih tu..
ReplyDeleteThanks kak! hihihi tak reti sangat pilih online ni.
DeleteAsal nampak cantik beli jelah haha.
This watch is really nice! Lucky for you they didn't messed up your order sbb for me, dua kali beli barang dekat Lazada, dua kali dorang messed up my order so jadi serik nak beli.
ReplyDeleteKelakar baca yg your entry, at least tulis panjang2 takdelah bosan org baca unlike my posts. Hahaha
Thanks! (how to pronounce your name btw? hahaha). Maybe I just got lucky haha but it's sooo easy for me. They're humans as well so couldn't really blame them, right? idk.
DeleteThanks again for reading my entry. Eh, don't say that. I'm sure your blog readers enjoy reading yours as well :)
Wahh tebus jam ekk.. pasni leh la tepati masa kan.. ekekeke
ReplyDeletehahahahahah amboi kak apasal rasa macam deep sangat ni.
DeleteCantik jam tu.
ReplyDeleteGambar jam yang macam2 style tu pun cantik.
Thanks hehehe.
DeleteItu ja yang mampu beli hihi.
haha.
ReplyDeleteserius cantik gambar tu. ambil guna kamera apa ek?
hehehhe
hehehe thanks Mr. ejoy. Ambil gambar pakai Nexus 5X ja. Google phone.
Deletecantik jam ni syed.. pasti akan ingat sampai bila2 jam tu dapat hasil duit menang contest lazada kan.. ni la rezeki dari menulis blog kan syed.. akak menang voucher lazada rm500 aritu pun belum redeem lagi.. nasib baik valid sampai hujung tahun.. hehe
ReplyDeleteItu lah kak. At least dapat lah buat kenangan kan kak. Nampak la hasil kita berblogging tu hehe. Wahhhh banyak tu kak, lagi syok nak shopping hihi.
Deletesyok la dpt voucher...iskh...bl nk dpt voucher byk2 cmtu ni
ReplyDeletehihihi kena tunggu lazada buat contest lain la nampak gayanya.
Deletewahh, beli jam rupanya, IQ da lama habiskan baucer rm150 tu syed, tapi tak terbuat entrynya haaaa, hahaha! barang pun tak ada la best sgt IQ pilih, rasa nak jual balik...kui2...
ReplyDeletepandai pilih jam, ok la utk seorang guru...heee
Aah IQ beli jam dengan ada satu benda lain haha. Barang apa tu IQ beli sampai rasa nak jual balik hahahaha.
DeleteItulah, senang nak masuk kelas boleh tengok jam dah pukul berapa. hehe.
beli camera stabilizer, macam tak pakai la plak, mungkin akan jual balik sbb xguna pun,...huhu
DeleteOic, mahal juga benda tu sampai ratus-ratus eh. Kalau tak guna baiklah jual balik IQ heheh.
DeleteHahaha. Akak pun pernah terbeli henfon Blackberry Bold online. Tp bukan lazada. Sebab terpengaruh tgok visual cntik je dlm portal. Lepas dah beli, alamak... keciknye... tak puas pegang. Sempat la guna setahun. Sekarang pun ada lagi. Elok lagi. Tapi tu la, tak jumpe lak shooping bag utk download apps dlm hp tu. Sebab tu dah tak guna blackberry huhu..
ReplyDeleteJam penting syed Terutama cikgu sebab kena tgok time nak msuk kelas. Tahniah dpt baucer lazada. π
wahhhh beli phone online? lagi dasyat tu hahaha. Okay la at least sempat guna setahun kan kak. Memang kenangan betul la blackberry tu sebab dulu kan zaman kegemilangan dia kan waktu 2010 - 2011.
DeleteYeahhh betul tu kak, sebab itu saya beli tu hihi. Thanks kak :)
Ni baru Baucer rm150 kalau dapat rm1500 lagi ada episod nanti πππ
ReplyDeletehahaahahhaha aah kak! silap-silap boleh jadi macam cerita indon bawang merah bawang putih tu dah.
Deletesaya pun jenis jarang beli online. i need to feel it and touch it baru boleh beli. hahaha
ReplyDeletekannnn barulah puas sikit. Tapi kadang-kadang beli online ni jauh lebih murah dari harga dekat kedai.
Deletemak sarah guna voucher tu beli cadar agagagaga T_T
ReplyDeletehahahah ala yeke Sarah? takpa la asalkan cadar cantik! :D
Deletecasio memang pilihan hati... best la dpt voucher..rezeki2. Allahmdulilah
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang puas hati la dengan jam ni.
DeleteNampak la hasil berblogging hehe.
Tersebutlah kisaaahhhh.... (thoiyib)
ReplyDeleteKisah seorang syed bersama jam tangan analog casio silver hadiah untuk dirinya sendiri.... (thoiyib)
Bhahahahahaha okbai!
hahahahahahaha apa benda fairuz ni. Bukan hadiah untuk diri sendiri k. Hadiah dari lazada lah! kahkah.
DeleteTengok tu, nak jugakkk. Kfine, hadiah dari lazada... Dah ada online banking ni pasni hmm... Memang makin rancak lah sindrom mak mak syed tuuu! π
Deletewow! caniknya jam tangan tu. gambar pun cantik
ReplyDeletehehehehe thanks kak! :)
Deletesurprise birthday naik limousine... huwahuwahuwaa.. pastu, bila dah naik limosin, jangan lupa upload gambar kat instagram dengan caption - birthday surprise from my girlfriend.., pastu viral 1 malaysia.. khikhikhikhi
ReplyDeletehahahhahaha macam familiar pula. sapa eh pernah buat macamtu? kahkah.
Deletetahniah syed dapat hadiah yang disukai...begitu excited ya sampai berselfie2 jam tu.
ReplyDeleteOklah tangan anak lelaki kayu ke apa ,janji jam tu menawan.
hahaha excited kak sebab dah lama tak pakai jam.
Deleteyeahhh nasib baik jam lawa so orang tak nampak dah tangan heheh.
alhamdulillah...tahniah syed, memang seronoklah dapat hadiah untuk diri sendiri macam tu, cantik jam tu sesuai dengan tangan syed walaupun tak tahulah itu tangan atau arang..opsss hehehe jangan marah naaa. tapi betul cantik jam tu
ReplyDeleteThanks kak! hahahahaha itulah. arang-arang pun takpalah kak kan. janji jamnya cantik! hihi.
DeleteAwesome ... serius cantik jam tgn tu....
ReplyDeleteLaaaaaa, tipah tertipu .....
Beriya2 nak tengok gift dari lazada ...
Tapi entry tetap mcm selalu, seronok utk dibaca ....
hahaha sorry kak, main-main ja tu hahaha.
DeleteTerima kasih kak :')
Mrs. A pun suka jam macam tu simple but nice and look curlass gitew.
ReplyDeleteLazada bestkan lepas nih! jaga-jaga ya dah ler... aa maybank2u pastu ada pulak gaji masyuk.
Hurm... boleh buat post 'haul of the month' nanti
Kannnn, simple ja tak semak sangat hehehe.
DeleteItulah risau betul ni kalau ada maybank2u ni.
Rasanya takda sampai macamtu kot :P
Ingat buat haul tapi satu jam je but tahniah sbb aku baca dari mula sampai habis sbb terikut excited. That watch mmg cantik!
ReplyDeletehahahaha. Acah-acah haul la ni kiranya. Yeayyyy thanks afifah! :)
Deletecantik jam...
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deletewaaahh..pandainya tangkap gambar..terpesona tgk gmbr tu je
ReplyDeleteamboi sampai terpesona eh hahaha. sy sendiri pun terpesona juga.
Deletecantik pulak gambar tu eh hahahaha anyway tahniah! murah rezeki :)
ReplyDeleteItulah, tak sangka pula hasil dia cantik macamtu bila tangkap tu haha.
Deletefuyooo jam baruuuuu. tahniahhh ~(^◇^)/
ReplyDeleteYeahhh bau kedai lagi tu hehehe. Thanks! :)
DeleteTahniah syed . Bijak memilih dan menggunakan voucher yang lazada hadiahkan ..
ReplyDeleteThanks CCL. hehehe itu pun dah tak tahu nak beli apa dah.
DeleteKeren nih hadiahnya, aku sendiri suka banget pake jam tangan, kalau gak pake serasa ada yang kurang ditangan..hehe
ReplyDeleteiya. betul banget hehe.
DeleteWuu jam baruuuu..~~~
ReplyDelete"Perghhh tu sebenarnya tangan ke atau arang?" hahahahhahhaha.. Jom la Syed masuk maharaja lawak sekali.. hahahahahhaa
hahahahaha tak nak lah. tak cukup lawak. anis paling lawak sekali. tak payah buat lawak pun orang dah gelak nanti :P
Deletecantik weyyy jam tu..
ReplyDeletedah jadik cikgu nanti mane tahu dapat hadiah special dari anak murid.. ehemmmmmm
Cantik kan!? hehehe.
DeleteItulah kan, hari guru dah nak dekat ni huahuahua! nanti boleh update dekat blog.
Salam singgah sini dik Syed...wahh...cantiknya jam baru tu....
ReplyDeleteThanks singgah kak. hehehe cantik kan!? :)
Deletelawa laa jam baruuuuuu!
ReplyDeleteLawa kan? hehehe mekaseh! :D
DeleteHAHAH! jam punya pasal kan, harusla Syed type panjang-panjang. Lagipun sebab itu usaha menulis untuk masuk contest dan menang pula tuh. Tahniah Syed! Semoga dengan jam baru itu membantu Syed dalam menguruskan waktu sebagai seorang guru nanti.
ReplyDeletehahaha tahu takpa kak. so tak kisah la kan panjang-panjang pun kehkeh. Thanks kak! Aminnn hehe.
Deletewah dia dpt hadiah la.dapat jam baru.cantik and simple
ReplyDeletedulu was-was nak shopping kat lazada.. after dapat tips cara nak shop kat lazada, i wanna give a try.
ReplyDeleteCantik jam tu Cikgu Syed.. Berbaloi-baloi..
ReplyDeletePilihan yang tepat.
Kenangan dari Lazada bukan selalu dapat free voucher kannn..
Cantik nyer jam tu Cikgu Syed.
ReplyDeleteAkak dah la tgh survey2 jam kaler silver ni
tahniah syed lawa jam.. syok sangat kalau dapat voucher ni.. hahahhaha
ReplyDeletetahniah syed.
ReplyDeletehadiah dari lazada la tu kira nyer.
memang sesuai dgn syed. nice...
neeza tak minat jam, tengok jam phone je, haha
ReplyDeletewww.neezalife.com
cantik la jam tu. berpatutan la dengan harga. tahniah2 ada jam baru. kira hadiah untuk diri sendiri tu kan :)
ReplyDeletePernah membeli dengan Lazada and tak dinafikan memang berbaloi membeli dengan diorang ni. Good quality products and cepat sampai!
ReplyDeleteSmart la Cikgu Syed pakai jam tu pergi mengajar nanti hihi. Goodluck!
Smart jam tu Sir Syed π±π
ReplyDeletecantiknya jam tu syed! pemandangan tu pun cantik!
ReplyDeletewahhh tahniahhh kena rajin tepati masa pasniiii no more janji melayu or 'OTW' ;-)
ReplyDelete