Assalamualaikum dan Hi!
Alhamdulillah, tanpa kita sedar bulan Mac telah pergi meninggalkan kita. Aku rasa macam bulan ni pantas sangat berlalu. Pejam celik, pejam celik dah bulan April. Untuk entry kali ini aku nak review sedikit tentang kehidupan dan blog aku sepanjang bulan Mac yang lalu. Bulan Mac bagi aku merupakan bulan yang penuh dengan rezeki yang melimpah ruah dariNya. Izinkan aku mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara-perkara menarik yang berlaku kepada aku sepanjang bulan Mac yang lalu :)
Dapat kerja sementara
Sebenarnya aku tak expect pun nak kerja dekat Kuantan ni. Aku saja jalan-jalan rumah tok dekat sini lepastu tak sangka dia bawa pergi intverview kerja terus dan kerja itu ialah sebagai cashier di salah sebuah fast food restaurant. Fast food yang aku kerja ni bukannya fast food macam McD atau KFC okay! tapi yang ayam organic punya, kira keluaran bumiputera lah. Aku nak cerita pasal kerja aku ni tapi maybe di entry yang lain lah. Aku interview harini esoknya terus dapat masuk kerja, rezeki sangat. It's a good experience lah even gaji kerja dekat sini murah sahaja. Alhamdulillah, esok cukuplah sebulan aku kerja sebagai cashier tapi aku dah hantar surat resign sebab nak prepare document untuk posting. Duit yang aku dapat dari kerja ni aku nak guna bila dah dapat posting nanti. Haraplah cukup walaupun tak banyak mana haha.
Keputusan temuduga dah keluar
Antara penyebab aku yakin nak berhenti kerja awal ialah sebab dah keluar keputusan temuduga dan sekarang ni hanya menunggu penempatan sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat aku lulus temuduga tu walaupun aku rasa macam aku goreng habis-habisan waktu tu hahaha. Aku harap rezeki untuk posting awal bulan April ni. Tak sabar nak masuk sekolah balik! (walaupun takdalah bersedia sangat untuk menempuh cabaran dan alam pekerjaan) :)
Boleh baca entry aku excited sangat lulus temuduga di SINI
Peluang untuk collaborate dengan Traveloka
Sebagai seorang blogger baru dan picisan, dapat collaborate dengan company yang dah terkenal merupakan satu peluang keemasan bagi aku. Siapa sahaja yang tak tahu Traveloka ni kan? Kalau kau nak tempat hotel ke apa, dengan menggunakan Traveloka ni memang mudah. Dah la banyak discount. Rasa macam terharu bila blog macam aku diberi kepercayaan untuk review produk mereka dan urusan dengan mereka pun semua berjalan dengan lancar. Kalau ada yang nak collaborate boleh email di syedhakimalyahya@gmail.com ya. (sempat lagi promote)
Dapat hadiah daripada blogger
Aku ada review pasal dapat hadiah daripada seorang blogger iaitu Kak LZ. Best sangat okay bagpack yang akak ni bagi dah jadi beg favorite aku dah hahaha. Kalau pergi mana-mana setakat ni memang angkut beg ni sahaja kalau tak banyak barang.
Boleh baca sebab apa aku dapat beg ni di entry Terima Kejutan Daripada Blogger
Pageviews dah 100K!
Sepanjang dua bulan aku buat blog ni, Alhamdulillah pageviews blog ni dah mencecah angka 100K! Tak sangka pula boleh capai angka 100K pageviews! bila aku punya angka pageviews dah mencecah ke 100 ribu ni aku memanglah happy tapi aku tak yakin pula dengan apa yang aku tulis. Maksud aku, betul ke apa yang aku tulis memang betul-betul bagus dan berguna? Kadang-kadang aku tengok bahasa aku tunggang langgang bila baca balik. Selalunya bila baca balik semula aku akan edit apa yang perlu hahaha.
Antara entry aku yang paling meletup dekat blog ni ialah entry pasal 5 Sebab Kenapa IPG Menjadi Pilihan yang ditulis pada bulan Mac juga. Terima kasih buat yang sudi membaca dan meninggalkan komen di entry tersebut. Entry tu mendapat sambutan sebanyak 23518 pageviews sehingga ke hari ini.
Menang Lazada birthday blogger contest
Alhamdulillah, yang ni aku masuk sekadar nak cuba-cuba nasib sahaja. Tak tahu pula ada rezeki untuk aku. Menang jugalah walaupun hanya tempat ketiga. Tetapi tetap merasa RM150. Aku plan duit tu nak beli jam tangan kot dekat lazada hadiah untuk birthday aku bulan April ni! yeayyyy syoknya beli hadiah sendiri bagi dekat diri sendiri kahkah okay.
Kesimpulannya, bulan Mac aku dipenuhi dengan rezeki-rezeki yang Allah berikan. Terima kasih Ya Allah. Harapan aku untuk bulan April ni ialah supaya dapat posting cepat-cepat. Aku berharap sangat posting akan dapat bulan April ni. Kalau betul Alhamdulillah, itu merupakan hadiah hari lahir paling bermakna untuk seorang Syed! Selain itu, aku harap semoga aku sentiasa diberi inspirasi dan kekuatan untuk terus merepek di dalam blog aku ni. Bulan lepas terkandas pula. Tak mampu nak update tiap hari. 7 hari tak update sebab busy asyik over-time sahaja kerjanya hehe.
Terima kasih kerana membaca! :)
Hebat nya. 100k dh PV tu. Tahniah syed.
ReplyDeletehehehe biasa-biasa jelah kak. Terima kasih :)
DeleteKipidad dongibab..feel free visit my blog www.kickstory.net
ReplyDeleteYeah thanks bro. will visit you soon.
Deletetahniah..tahniah Syed...seronok kan kalau pageview dah 100k ni...ni yg buat makin seronok berblogging...keep it up!
ReplyDeletehaah kak seronok sangat kot hehehe. Thanks! :)
DeleteTAHNIAH SYED BARU SAJA BLOGGING PV SUDAH 100K...HEBAT TU XMUDAH JUGA NK CAPAI ANGKA TU BAGI BLOGGER BARU.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak hehehe. Terima kasih! :)
DeleteAlhamdulillah . Murah rezeki syed
ReplyDeleteBetul tu, syukur sangat :)
DeleteAlhamdulillah.. murah rezeki Syed bulan Mac ini..
ReplyDeleteSemoga hajat Syed nak potong bulan April ini akan dipermudahkan Allah..
Alhamdulillah kak. Aminnnn. Terima kasih :)
DeleteMacam salah je ayat akak tu.. tapi tak ingat lagi type apa.. stress betul bila keyboard nie auto type.. lain nak taip, lain yg keluar..
DeleteTahniah. JM dah 9 bulan 50k pv pun susah
ReplyDeleteTerima kasih, rezeki ni hehehe.
Deletewuuu abam femessss... haha.. Ok ade a few entries yg anis miss nak comment this months but rasanya 1-2 je kot..
ReplyDeletep/s: part beli jam sendiri tu kan, macam sedih je kena beli sendiri.. 😂
hahaha femes la sangat. Ohhh yeke? kenapa syed rasa macam semua entry anis dah komen kah2. Sedih la kena beli sendiri! :(
DeleteAlhamdulillah, tahniah.
ReplyDeleteMoga bulan april nanti rezeki bulan mac berterusan gak ;)
Terima kasih! Aminnnn :)
DeleteWahh! Tahniah Syed! 100K tuh!!! Hebat tuh! 😄
ReplyDeleteTahniah juga menang Lazada tu :) Rezeki syed bulan March kan :)
Anyway, selamat maju jaya :) Bakal cikgu hebat ni :)
Thanks Fatina! Takdelah hebat pun. ada orang yang lagi hebat ni haha.
DeleteRezeki je tu menang. InshaAllah, aminnn.
Tahniah...semoga terus berjaya
ReplyDeleteTerima kasih bro :)
Deletenampaknya bulan mac ni bulan bertuah buat syed ye. kipidap, semoga april lebih baik :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, betul tu. bulan yang penuh dengan kejutan hehe. Aminnn terima kasih.
DeleteAlhamdulillah murah rezeki bakal cikgu kita ni. Moga terus success ye :-)
ReplyDeleteItulah hehe syukur. Terima kasih! :)
DeleteSelamat Maju Jaya Syed ^^ Tahniah untuk kesemua perkara diatas ~
ReplyDeleteYeah Terima kasih husniey! :)
DeleteAlhamdulillah, happy baca kisah Mac yang bertuah untuk seorang Syed. Haha. Tahniah & selamat maju jaya!
ReplyDeleteMai pun bertuah juga apa! hehehe. Terima kasih mai, harap bulan April ni lebih baik :)
DeleteBravo Cikgu Syed, hard work deserves reward 👏👏👏.. Never stop doing your best!
ReplyDeleteKeep it up, don't stop blogging.. Syukur alhamdulillah atas rezekiNya 👍..
hehehehe thanks kak for the words! :')
Deletecongrats! I see you posts almost every day and you have proved that with hard works will pay off. I wish I could get some of your dedication lol
ReplyDeleteThanks rasya for reading my posts! hehe. We need to work hard if we want something, I believe you can do it! :)
Deletetahniah bro..tumpang gembira sangat-sangat.
ReplyDeletesangat seronok mendengar kawan-kawan blogger beroleh kejayaan..
selepas ini..terusakan menulis blog..
Thanks for the support bro :)
DeleteBeeha ni bnyak bg penyumbang, everyday dua tiga blogwlking sini :D
ReplyDeleteWahhhh yeke Beeha!? terharunya syed hehehe. Thanks menyumbang traffic dekat blog syed! :)
DeleteAlhamdulillah...rezeki ALLAH SWT itu datang pelbagai bentuk kan Syed?. Akak pun kadang lepas tulis blog tuh rasa macam caca merba jugak menulis. HAHAH! tapi ok lah kot, lama-lama kita akan improve. InshaALLAH..semoga Syed terus diberi kesihatan yang baik untuk menemupuh hari2 yang bakal mendatang! :) dah posting nanti jangan lupa share ok.
ReplyDeleteBetul tu kak, Alhamdulillah syukur. Nak improve tulah yang take time tu kan kak. hehehe. Aminnn, inshaAllah nanti saya share.
DeleteAlhamdulillah tahniah syed..perghh laju pv blog menaik dan terus menaik tggi..Semoga berjaya sebagai pendidik ya Syed..Semoga terus maju dan dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteHehehe Alhamdulillah kak rezeki. Terima kasih sangat kak! Aminnn.
Deletetahniah and kipidappp! :D
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteAlhamdulillah syed ! Bnyk rezeki dpt :) Tu smua atas usaha awk jugak :) smoga berterusan dpt mcm ni :)
ReplyDeleteDapat gambar dari mek lagi tu syoknyaaa haha. Aminn terima kasih kak.
DeleteWahhhh tahniah Syed. Hope your April more live a colourful life :D
ReplyDeleteAminnnnn. I hope so :')
DeleteThanks ira.
Alhamdulilah murah rezeki syed tu.. tahniah untuk jawatan tu..
ReplyDeleteTerima kasih Cik Ash! :)
DeleteTahniah tahniah. Terbaik lah. Moga murah rezeki ye. (Y)
ReplyDeleteTerima kasih Fatihah! Aminnn.
Deletewahhh tahniah!
ReplyDeletethanks :)
Deletewah. banyaknyaaa rezeki bulan lepas, tahniah buat smua. :)
ReplyDeleteThanks Cik Nadyya. :)
Deleteperghhhhhhhh..... jeles laaaaaaa :')
ReplyDeleteAlah tak payah jeles la neeza punya blog lebih dari ni lagi achievement nya hehe.
DeleteWah nmpknya besday kita dlm bln yg samala syed, bulan april juga. Murah rezeki tu, byk betul kemeriahan di bln mac ye, semoga rezeki posting bln april pun kira hadiah jugalah buat syed kan.
ReplyDeleteItulah, banyak betul April babies yang saya kenal hehe. Alhamdulillah banyak rezeki. Itulah, mampu berharap yang terbaik sahaja kak.
Deletetahniah ! cepat buat giveaway haha
ReplyDeleteThanks! hehehe takut orang tak join laaa.
DeleteTahniah syed...semoga terus sukses selalu.
ReplyDeleteTerima kasih bro! inshaAllah, Aminnn.
Deletewow wow wow, dah cecah 100k tu 😱 tahniah, semoga rezeki semakin murah mencurah-curah ameeen 😉
ReplyDeleteAminnnn. Terima kasih! :)
Deletesama-sama :)
Deletememang meletup2 la entry pasal ipg tu kan. lepas nie boleh share lagi pasal ipg, sebab jarang jumpa blog yg share pasal ipg nie :)
ReplyDeletewahhh, tahniaaahh ya, murah rezeki bulan march nie. harap bulan april pun begitu :D
hehehe itulah tapi bosan pula asyik cerita pasal ipg je kah2.
DeleteThanjs BV! aminnnn, haraplah macamtu juga.
Hebat ah. Rezeki pun byk dapat bulan mac
ReplyDeletehehehe Alhamdulillah rezeki kan.
Deletetahniah bro! minta posting ke mana. mana tahu kat johor jugak ke. kih3
ReplyDeleteThanks muja. minta dekat selangor dengan pahang. takpelah taknak la johor hahaha.
DeletewaaaaH!!! Tahniah cikgu syed dah dapat kerja tetap.. tahniah. tahniah.. rezeki datang bergolek lepas jadi blogger kan..
ReplyDeleteThanks kak! Aah kak Alhamdulillah la :)
Deletetahniah, bagi blog baru ini pencapaian yang membanggakan
ReplyDeleteBetul tu kak happy sangat saya rasa haha.
Deletetahniah tuan blog
ReplyDeleteJemput Join Segmen Blogwalking Janji Kita
Terima kasih Mar for the invitation.
DeleteNanti kalau free boleh la saya join.
Tahniah syed... semoga terus sukses berblogging..
ReplyDeleteRasanya, blog syed ni byk pengisian...
Suka terjah sini..
And congrats dgn kerja baru, semoga terus sukses dlm segala bidang...
Thanks kak! Aminnnn, harap ada la pengisian tu hahaha.
DeleteTerima kasih lagi sekali! :)
0oooo0o0oo kije kat kuantan tak kaboo.. Kije kat Indera mahkota ke? Pape pown tahniah ye buat syed.. Tak lama lagi dah bergelar guru.. hehe
ReplyDeletehehehehe aah kak kije dekat Indera Mahkota je. akak duk sini ke hahahaha. Thanks kak! tak sabar nak bergelar guru ni.
Deletehehehe akak memang oram kuantammmm.. hehe.. Tp dok pandan la.. kije kat jalan gambang.. hiks.. Kalau fastfood tu akak penah pergi sekali makan kat sana...
Deletebefday bulan april jugak ke? wahhh, sama!!
ReplyDeletetahniah! dah nak masuk alam pekerjaan, moga terus sukses!
Haah la IQ! ramai la blogger April babies ni haha.
DeleteThanks IQ. Aminnnn :)
Perghhh banyak sungguh pencapaian! Tahniah, seorang Syed, dah sampai sini... InsyaAllah, kita harapkan semuanya akan baik-baik je saaaammmpaaaiiiiii akan akan datang. Ameen ameen! 💪
ReplyDeleteTeruskan berkarya merapu pun takpe. Pembaca setia beratoq weiiiii... 😂
Alhamdulillah, rezeki seorang syed kot haha. Thanks fairuz, Ameeennn! ada ke pembaca setia? siap beratoq lagi tu hahaha ye ye jelah kan.
DeleteWow! tahniah.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki itulah namanya rezeki yang tidaj=k disangka-sangka kan...
hehehe betul tu Mrs. A, Terima kasih! :)
DeleteWahhh macam macam dapat bulan lepas. Hehe. Moga makin dimurahkan rezeki :)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki syed la nani. Aminnn. Thanks :)
DeleteThanks bro, takpelah kalau rezeki ke sana, redha jelah kan hehehe.
ReplyDeleteLah asal TJ ke syed. Nti boleh la akk mtk belanja gaji 1st nanti. Hehehe
ReplyDeleteSmga bulan2 seterusnya akan dimurahkan rezeki jgk.
hahahah aah asal TJ. akak tahu ke? hehehe.
DeleteBoleh je kalau ktia berjumpa. InshaAllah, aminn.
HI Syed ... suka syed punya header and gmbr part yang thank for the visit . Cantik !!!!
ReplyDeleteCongratz , murah rezeki syed dalam bulan mac . Paling best baca tadi baru 2 bulan syed dlm dunia blog viewers dah 100k , followers dah 200++ bestnya. Dah bukan picisan dah syed if mcm tue. Hihi
Nadia lagi lah blogger picisan . Dah bertahun blogging followers and viewers pun tak byk tau. Sedih sikit part tue tapi kena bersyukur jugak atleast ada jugak orang baca apa yg nadia tulis. Nway salam perkenalan =)
Hi Nadiah, thanks for the compliment! hehehehe
DeleteAlhamdulillah rezeki bulan Mac. Picisan la juga tu kiranya hehe. inshaAllah nanti ramai la readers nadiah tu. mungkin diorang tak jumpa jalan kot haha nanti syed baca sana. Salam perkenalan :)
tue lah kan .. mungkin betul la kot tak jumpa lagi jalan ke blog Nadia. Insyaallah nnt nadia permudahkan jalan supaya senang blog nadia dijumpai. kikiki .
DeleteThank you if syed sudi singgah dan baca blog picisan Nadia. =)
keep on blogging Syed.
alhamdulillah...
ReplyDeletemac yg ohsem la ye.
tahniah.
moga jadik pendidik yg bertanggungjawab & berwibawa, in shaa Allah.
cikgu muda yg ensem :)
Memang ohsem sangat! hehehe.
DeleteAminnnn, terima kasih.
Tang hensem tu (hensem la sangat kahkah).
Wahhhhh tahniah Syed! Dalam masa 2 bulan PV mencecah 100k++. Congrats Syed dan keep blogging ye. Awesome! 👍😊
ReplyDeleteTahniah, semoga dapat terus konsisten dan kekalkan momentum seperti bulan-bulan yang lepas. Kalau boleh jadi lebih baik!
ReplyDeletetahniah...semoga april juga akan jd bulan yg ohsem ;-)
ReplyDelete