Monday, March 27, 2017

ZAMAN DAH BERUBAH, EMBRACE YOURSELF!

Perbezaan Zaman Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Waktu dan masa itu sentiasa berubah-ubah. Aku rasa macam baru semalam aku meninggalkan alam persekolahan, tapi hari ini aku dah masuk ke alam pekerjaan. Tak sangka juga kadang-kadang boleh survive dan pergi sejauh ini Alhamdulillah. Kalau nak dibandingkan kehidupan kita dulu dan sekarang, sudah pasti banyak bezanya. Zaman waktu aku kecil sudah pasti berbeza dengan zaman aku dah bekerja. Contoh yang paling nyata sekali ialah penggunaan teknologi dimasa kini. Kalau nak ikutkan dulu masa aku kecil nak dapat internet tu mahal dan susah. Rumah aku dulu bukan sahaja tiada internet, malah komputer pun tiada. Nak beli komputer pun agak mahal dah la zaman dulu tu komputer tebal, boleh main game pinball sahaja haha. Tapi zaman sekarang? Segalanya boleh dicapai dengan mudah.

Entry kali ini aku akan membincangkan tentang perubahan zamanBukannya tujuan aku untuk mencari zaman siapa yang lagi baik, bahkan untuk kita sama-sama ambil iktibar apa yang baik dan apa yang buruk. Sejujurnya, aku rasa meluat bila baca dekat media sosial ada sesetengah individu menghentam budak-budak zaman sekarang dan ada yang memperkecilkan kejayaan mereka lagi. Lepastu tak habis-habis duk dengki dengan pencapaian budak zaman sekarang sebab zaman dia kecil dulu dia tak berpeluang nak buat benda yang budak zaman sekarang ni buat. Lepastu semangat lagi perjuangkan zaman tahun 70,80,90 an dia tu. Lame.


Sebagai seorang guru, antara perbezaan yang paling ketara sekali pada zaman dulu dengan sekarang yang aku nampak ialah,
Cabaran seorang insan yang bergelar guru

Perbezaan Guru Dulu dan Guru Sekarang

Zaman aku bersekolah dulu, kami murid-murid sangat hormat kepada guru. Apa sahaja yang cikgu cakap tiada siapa yang berani persoalkan dan melawan. Tetapi budak sekarang? Cikgu dengan budak-budak dah macam kawan-kawan. Ada sahaja yang menjawab bila cikgu suruh buat sesuatu. Cabaran nak handle perangai budak-budak sekarang ni hanya cikgu sahaja yang faham. Bukan nak mengeluh, tapi hanya bercerita tentang realiti sekarang ni. Itu baru pasal murid-murid. Belum lagi aku sentuh bab ibu bapa dengan guru.

Perbezaan Ibu Bapa Dulu dan Sekarang

Zaman dulu ibu bapa semua meletakkan seratus peratus kepercayaan mereka terhadap guru. Kalau kata pergi sekolah tu siap ada ibu bapa yang hadiahkan cikgu rotan khas lagi untuk merotan anak dia. Tapi sekarang? Cikgu tidak lagi diberi kuasa merotan. Bukan setakat merotan sahaja, membebel pun turut tidak dibenarkan. Penderaan emosi untuk kanak-kanak katanya. Well, we get it tapi kalau anak yang tak pandai, jangan salahkan cikgu.

Cikgu ni bukannya orang gila nak marah atau hukum budak tanpa sebab yang kuat. Bagi aku kalau cikgu marah, bebel semua tu tandanya cikgu ni kisah dekat anak murid dia. They want their students to learn something. Tetapi, senario di sekolah sekarang dah lain. Bila cikgu marah sikit, murid-murid bagitahu ibu bapa. Lepastu ibu bapa datang sekolah untuk serang cikgu. Padahal perkara sebenar yang terjadi takda besar mana pun, tapi cerita dia tu dibesar-besarkan macam semuanya salah cikgu. Ibu bapa pula bukan nak dengar dari dua belah pihak, apa yang anak cakap semua betul dan ikut sahaja.

Kalau nak ikutkan banyak lagi benda-benda remeh yang parents jadikan isu tapi kalau tulis kat sini nanti orang kata mengeluh pula kan hehe. Dah kau yang pilih nak jadi cikgu kan? So sila galas tanggungjawab dan tempuhi segala cabaran dengan sabar.
Gadget
Perbezaan Budak-Budak Zaman Dulu dan Sekarang

Kalau zaman dulu, kau nak bergayut ke apa semua guna public phone kot. Aku pernah teman sepupu aku bergayut dua tiga jam dengan pakwe dekat public phone. Zaman tu memang menggamit memori betul. Sanggup menjelajah beberapa buah kedai semata-mata nak tukar duit syiling. Lepastu yang tak boleh blah tu siap ada trick lagi macam mana nak bagi duit tu tahan lama. Kena tekan button itu ini dekat public phone tu untuk penjimatan yang maksima. Lawak pula bila ingat balik. Tapi sekarang ni boleh kira dengan jari berapa orang yang masih menggunakan public phone. Itu pun orang hanya gunakan bila emergency dan bila tiada kredit. Kalau tidak? Mereput lah situ public phone tu sampai rosak dan menjadi mangsa vandalism

Zaman sekarang ni macam dah dikira sebagai satu kewajiban untuk setiap orang ada smartphone. Even budak-budak dekat sekolah pun dah pakai smartphone yang kemungkinan lagi canggih dari kau. Jangan terkejut pula kalau ada budak-budak yang siap pakai iPhone lagi dan bawa pergi sekolah (kalau ada event lah). Aku siap buat survey lagi masa praktikal dekat sekolah. Kebanyakan murid-murid ramai juga yang ada smartphone mahal-mahal weh! Aku punya self-esteem macam merudum jatuh depan diorang kot! Kalau boleh nak buka phone pun kena sorok-sorok phone aku hahaha. 

Aku personally tak kisah pun kalau budak-budak nak ada handphone mahal-mahal sekalipun. As long as parents kau mampu,  kau nak pakai iPhone ke, Oppo ke, go for it! banyak juga kelebihan yang mereka ada kalau memiliki handphone sendiri di umur yang masih mentah ni. Walaubagaimanapun, benda ni semua kena ada pantauan daripada parents. Parents kena check handphone anak-anak frequently, make sure nothing unhealthy is there in their phone. Budak-budak senang terpengaruh dengan benda-benda tak elok especially benda yang mereka baca dan jumpa di internet. In simple words, prevention is better than cure. Jangan biar dah terlambat baru nak menyesal.
Budak sekolah dan Make Up
Kids and Make up? What do you think?

Budak Sekolah Pakai Make Up Pergi Sekolah
Kalau kau ada Twitter, search sahaja "budak sekolah make up" ramai sangat yang tweet pasal ni especially perempuan lah. Tak habis-habis compare diri dia dulu dengan budak-budak zaman sekarang. Seriously memang kau tak boleh buat perbandingan antara dulu dengan sekarang. Dulu perempuan-perempuan pergi sekolah semua muka macam cekodok tudung selebet sana sini dengan comot lagi tu (even the boys pun sama tapi aku tak lah kahkah taknak kalah). Tapi budak-budak zaman sekarang ni pergi sekolah pun dah cantik-cantik. Bagi aku itu satu perkara yang bagus lah sebab mereka tahu penampilan dan kebersihan diri tu penting. Apa yang teruk sangat? As long as dia still pakai appropriate make up untuk pergi ke sekolah aku rasa ia bukan satu yang pelik pun (boleh ke pakai make up pergi sekolah? I dont really know guys haha).

Macam yang aku cakap, zaman dulu mungkin ada certain girls yang dah mula bermake up dekat sekolah tapi dulu-dulu mana ada tutorial make up bagai. Nak rujuk dekat internet pun susah kan? Jadi, tak ramai lah yang terjebak dengan make up ni. Zaman sekarang ni benda semua dah ada di hujung jari kot. Budak-budak semua duk layan make up tutorial, reviews dan sebagainya so tak mustahil hasilnya menjadikan budak-budak ni berminat untuk aplikasikan dekat diri mereka sendiri. Nak salahkan mereka pun tak boleh juga sebab memang peredaran zaman dah berubah. Kesedaran untuk jaga penampilan diri mereka datang lebih awal daripada korang masa zaman sekolah dulu. Personally bagi aku budak sekolah sekarang ni memang nampak lebih matang dan tua dari usia dengan make up, but if that makes them happy, let them be. Childhood experience mereka mungkin berbeza daripada kita, tapi nak buat macam mana. Zaman dah berubah kan?

Zakirah Zainal - Beauty Youtuber

Ingat tak Zakirah Zainal yang pernah viral sebab gambar dia makeup katanya tak nampak macam budak berusia 16 tahun? (well, time ni umur dia 16 tahun lagi, tapi sekarang dah 17). Zakirah Zainal ni antara youtuber yang aku suka tengok vlog dia hahahaha. Walaupun most of her videos semua tentang tutorial shawl and make ups, tapi aku suka dengar dia cakap English. I really admire people who can speak English confidently even though dia bukan duduk oversea ke apa haha. Aku kalau masa tingkatan 5 pun tak yakin lagi nak cakap English dengan confident macam dia ni (salah grammar sikit-sikit tu adat la kan). Kalau kau tak kenal dia ni, you should subscribe to her channel and watch her videos. 

Walaupun budak ni masih bersekolah, tapi dia menggunakan channel youtube dia untuk buat duit. Banyak juga produk-produk yang dia dah review. Selain itu, dia juga merupakan seorang entrepreneur. Shawl yang dia pakai dalam video tu shawl keluaran dia lah tu. Tengah sekolah lagi pun dah pandai cari duit. Itu yang kita namakan sebagai opportunist! Aku yakin budak ni boleh pergi jauh nanti kalau dia fokus dengan benda yang dia buat sekarang.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita berada di masa, zaman dan waktu yang berbeza-beza dan sentiasa berubah. Tak perlu kau nak bandingkan zaman kau membesar dengan orang lain dan nak rasa superior sangat. Embrace yourself! Memang kadang-kadang kita rasa macam "peliknya budak zaman sekarang ni umur baru 10 tahun dah bla bla bla aku dulu umur macamtu main congkak je kot dengan kawan-kawan". Tetapi pada masa yang sama tak adil untuk kita salahkan mereka for what they have became sebab mereka jadi macamtu atas faktor-faktor peredaran zaman. Get yourself ready for the changes in the future. We never know what might happen mungkin ada cabaran yang lagi mencabar? Thanks for reading

79 comments :

  1. Murid2 zaman dulu jena rotan dgn cikgu balik ngadu dekat parents kena tambah rotan lagi. Murid zaman skrg, suruh cuci longkang sebagai denda pun guru dan kena warning. Huhu.

    Ingatagi first komputer kak ana beli guna duit ptptn. Laptop beli bila dah 3 tahun kerja. Tu pun company subsidi 30%. Susahnya hidup dulu tapi bahagia je. Hehe.

    Bab make up tu kak ana tabik spring lah pada budak2 ni. Hebat betul. Boleh buatbside income dah nampaknya tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, itulah beza zaman dulu dengan sekarang. kadang-kadang kita ni tak tahu nak denda apa yang appropriate dekat budak2, nak2 bila saya cikgu praktikal dulu haha dahla praktikal je.

      Laptop dulu zaman awal2 keluar pun boleh tahan mahal juga kan kak. Nasib baik ada company punya subsidi 30% hehe. Betul, bahagia sebab tak banyak fikir benda lain.

      Memang ramai dah pun budak2 sekolah buat income daripada social media diorang. Sebab ramai antara diorang dah ada followers puluh ribu dekat IG semua.

      Delete
  2. Jauh beza budak zaman dulu dengan sekarang kan.
    Bab public phone tu memang akak ingat lagi, ada yang sanggup tekan butang tu lama-lama nak free call punya pasal, tak lengguh agaknya jari diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpa. itulah, masalahnya benda tu memang berfungsi ke atau tidak? rasa macam takda beza ja tekan butang ataupun tak hahaha.

      Delete
  3. Saya akui zaman sekarang jauh beza.. Budak-budak sekarang semakin bijak apatah lagi mereka yg melayari internet utk dapatkan informasi tentang sesuatu yg mereka minati. Contoh : Rakan anak akak berumur 9 tahun masing-masing nak jd pilot, jadi sesama diaorg share info, how to become a pilot, cerita ttg Airbus etc. Tak kurang juga info tentang footballer kegemaran mereka..

    Lagi satu akak mmg salute dgn cikgu sbb tanggungjawab mereka skrg sangat mencabar. Tahniah Cikgu Syed sanggup menggalas tanggungjawab sebagai pendidik. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, itu ialah good side dia untuk bagi budak-budak pakai smartphone. Kalau nak mengajar dalam kelas pun senang. Suruh diorang cari informasi siap2 bila balik dekat rumah. At least banyak maklumat yang boleh diorang cari kan?

      Thanks kak! saya harap saya mampu la menggalas tanggungjawab tu tanpa merungut hahaha.

      Delete
  4. One would definitely need to embrace change as it comes along. Well written article in the meantime- really enjoyed the read :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, we need to embrace it no matter what happen. Thanks for reading, I hope it won't give u a hard time to understand the language haha.

      Delete
  5. Betul Syed! sebab akak snedrik menyampah bila ada orang yang lebih lebih super duper senior cakap..."dulu kitaorg tade pun macam ni...bla,bla, bla..." zaman dah berubah. Sebab tuh kena terima kenyataan. Bila dah rasa sendrik jangan cakap macam tuh kat young generation. I mean, takat nak bercerita sket2 tu ok la...sekadar untuk mengimbau kenangan silam. Tapi janganlah smpi kecam mengecam. Anyways, teknik untuk menggunakan public phone semaksima yang mampu tuh akak pun pernah buat gak. Tetttt!!! hahaha..lawaks weh. Kalau diingat balik memang senyum sorang2 la dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly tu lah apa yang saya nak cakap kak. Kita kena terima kenyataan la bahawa zaman dah berubah. Yessss, kalau sikit2 takpa la ni tak habis nak compare lepastu nak kecam-kecam pulak haih. Serius akak pernah buat? hahahaha berjaya tak kaedah tu sebenarnya?

      Delete
  6. sy bdk nakal yg teramat nakal time skola dulu. muka wanted yg sentiasa dperhati warden. selalu didenda, tapi denda tu mjadi kenangan terindah. skola kami x blh make up, perfume pon dirampas 😂 sy ok ja bab budak2 bwh umo bermake up. cuma 1 ja, budak2 yg bermake up ni nmpk matang dr usianya. dah x nmpk mcm budak2. yg golongan 25 ke atas plak kalau bermake up x nampak tua, tp nampak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe denda-denda yang kita kena dekat sekolah tu semuanya jadi kenangan terindah bila dah tua ni kan? hehehe. Setuju dengan statement tu. memang mereka nampak tua dari usia, tapi kalau dah itu minat dia biarlah kan tak payah la nak kecam.

      Delete
  7. So far that I know, students tak boleh pergi sekolah with make up unless kalau ada special event.. Tapi tak tau la if dah boleh.. To me, it's their life so yang dah tua2 ni *including me ehh* tak perlu nak amik port sangat kot.. But isu marah student tu, mampu senyum je... Parents wanted it that way kan so let's just watch what would happen to the future generations..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tak boleh kot haha. Betul, tak perlu nak ambil port sangat biar je diorang membesar ikut zaman diorang. Pfft that really pissed me off bila tengok parents sekarang.

      Delete
  8. masa merubah segalanya. abam kie bagi homework kat budak2 form 5 tu buat sebelum cuti. bagi masa 3 minggu tp 75% x siapkan. Apa lagi abam kie sebat semua yg degil tu. x ada sikit pun sifat hormat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihnya kalau macamtu abam Kie. orang bagi kerja nak suruh diorang pandai. tapi kalau diorang sendiri takda rasa hormat dan malas nak tolong diri dia sendiri, kita sebagai cikgu pun tak boleh buat apa la.

      Delete
  9. true. Jahat budak2 dulu still ada rasa hormat pada guru dan terutama Ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sekarang ni nak rasa dihormati tu macam hmmmm susah sikit.

      Delete
  10. im happy to see how people change how world change. so kita bleh get better and better.

    and more importantly, semua kna be better human, be more ethical terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu bro. We would love to see changes in our world but please jangan sampai terhakis kita punya adab tu.

      Delete
  11. Well, it's their life so I don't think we have the right to step in and say 'you shouldn't do this or that'.

    and 'my generation is better than yours' is stupid and cliche since every gen thinks the same. we always think that our gen is better than the younger gens. it's the same repetitive cycle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah I do agree with you, we don't have any rights to step in people's life and tell them how to live.

      It's the same repetitive cycle and instead of comparing your generation with others, why don't you do something to embrace the future? bragging about how good your generation is doesn't contribute to any of the country's development.

      Delete
  12. Kann.. Zaman dah berubah.. Rindu nak call mak guna public phone kat sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhh haritu masa first time duduk asrama waktu form 1 selalu guna public phone nak call. tapi kena beratur la hehee.

      Delete
  13. Pernah apply UPSI dulu konon nak jadi cikgu, tapi bila fikir balik tak mampu rasanya nak jadi tenaga pengajar zaman sekarang. Nak didik kanak-kanak zaman moden. My cousin cikgu disiplin dekat sekolah menengah, minggu lepas dia potong rambut budak sebab panjang sangat (fesyen kononnya), then membebel sebab budak tu pakai seluar ketat and baju tak tuck in. Esoknya parents datang sekolah bagi warning, maki depan cikgu-cikgu lain. I don't know why some parents act like that. Dorang tak pernah pergi sekolah ke dulu? Bukan kena pukul pun budak tu -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu macam mana nasib lagi ni sebab belum jadi cikgu betul2 lagi. Harap mampu mengharungi segala cabaran tu. Bila fikir balik pelik juga dengan parents zaman sekarang. Macam tak pernah sekolah pula waktu dulu. Semua benda pun tak betul dekat mata diorang. Dah obviously anak kau langgar peraturan sekolah. Takkan nak pergi serang cikgu pulak? Jaga anak tu elok-elok dulu haih. Kalau cikgu terlebih pukul, it's a different story la kan.

      Delete
  14. hai cikgu english.. what you say is indeed true, all we need to do just simply adjust yourself and embrance yourself with the era :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai neeza! yeah and stop feeling superior towards other generations. We are all humans.

      Delete
  15. mencabar. my wife cikgu pun penuh liku. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liku-liku kehidupan yang harus ditempuhi. fuhhh risau pula nak masuk sekolah hehe.

      Delete
  16. syed. awak menang hadiah tempat ke-3 Lazada's Blogger Contest kan? Tahniah ya dik.. kipidap tulis entry (thumbs up)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak! hehehehe terima kasih sangat-sangat :')

      Delete
  17. betul tu..

    ibu bapa skrg nie ramai yang mengade-ngade.. tak boleh cuit anak dorang sikit.. padahal dulu-dulu pun dorang rasa benda yang same..

    pasal make up tu pun betul.. mungkin dulu ramai je yang dah pandai make up cume teknologi tak secanggih sekarang.. bile dah viral, terus nak mencemuh..

    mentaliti orang malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padahal bukannya saja-saja nak cuit pun. Dah memang tugas cikgu untuk betulkan murid-murid. Kalau tak boleh nak cuit sikit kena ajar sendiri la anak tu.

      Aah E'in. Sekarang ni sebab ada internet, so budak-budak semua boleh tengok tutorial makeup bila-bila masa. Lama-lama terikut la kan.

      Delete
  18. zaman dah berubah sesangat..even my daughter yg 18 yrs old dgn adik dia yg 10 yrs old pun perubahan tu ketara..at 10yrs old skrg ni si applepie suka dgn makeup..dgn pakaian up to date..huhu tapi kita kena la jugak awasi diaorg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. kena sentiasa awasi budak-budak zaman sekarang ni sebab takut dengan adanya teknologi ni macam2 perkara boleh jadi dekat anak-anak.

      Delete
  19. betul.. zaman dah berubah.. dan perubahan yang baik kita boleh jadikan semangat untuk anak2, tapi perubahan yang negatif pun banyak.. dengan dunia tanpa sempadan.. hee~ risau pun ada tapi kena terima.. dunia perlukan kemajuan untuk maju.. macam tu jugak dengan manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, negara kita perlukan kemajuan untuk terus kehadapan tapi kemajuan tu datang bersama cabaran juga untuk kita. Oleh itu, kena sentiasa berwaspada. Takkanlah kita nak duduk di takuk yang sama je kan dalam hidup?

      Delete
  20. Ialah zaman dah berubah, kita kenalah berubah juga ikut kesesuaian keadaan, adat, budaya dan agama.

    Teknologi tak bersalah cuma manusia yang tak tahu nak guna dengan cara yang bijak.

    Cerita pasal ibubapa yang anaknya tak boleh dijentik, diusik dll tu kita kena tengok jugak situasinya bagaimana. Kadang-kadang yang viral tu bukan semuanya citer betul, citer sebelah pihak aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs A. Kita diberi pilihan untuk memilih yang baik atau yang buruk. So, semua tu atas diri kita.

      Kadang-kadang cerita yang kita baca dekat internet ni pun exaggerate lebih sangat nak bagi orang baca. Jangan cepat sangat menilai kalau tak tahu cerita sebenarnya.

      Delete
  21. Faham sangat perubahan zaman ni hahaha itu laa yg mak ayah kita kena hadap kat anak2 sendiri, sebab diorang pun zaman lain, kita pun zaman lain.

    I can relate this generation gap dgn medical jugak. Zaman skrg, kita ada banyak alternative nak faham satu2 penyakit, macam mana jadi, how to treat.. all that. At one point, best je sbb ada komunikasi dua hala antara doktor n patient. Dan patient lagi faham satu2 procedure tu. Tapi, kadang2 boleh affect confidence and patience medical team jugak bila kena 'attack' dengan ilmu2 yg orang baca online :D hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. That would be a lot easier kan. Sebab sekarang ni kalau apa-apa penyakit ke apa semua google dulu kalau nak tahu symptom2 dia and ubat jenis apa haha (based on my experience la). Kita sebagai doktor pun senang nak explain bila patient dah tahu procedure semua. Tapi kalau dia buat rujukan dan terbaca artikel online yang salah, lepastu pi attack doktor itu masalah juga kan. Ada pro and cons dia lah tapi saya rasa more on pros kot? hehe.

      Delete
  22. Memang sangat mencabar. Sebagai bakal guru hopefully you can do well :)

    ReplyDelete
  23. betul tuu. zaman dah berubah. nak banding2 ni mcm tak kena la kan. kalau mak nenek kita banding zaman dia pulak dengan zaman kita, selebet la kita. zaman depa lg teruk tapi elok ja tak bising. follow je zaman gen y ni yg mcm2 kerenah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan awak. Memang tak kena nak banding satu sama lain, kita hidup zaman berbeza kot. Kalau nak mengimbau balik kenangan sikit-sikit takpa lah. Ni tak habis2 nak rasa dia superior sangat.

      Delete
  24. Firstly memang tabik dengan cikgu zaman sekarang yang masih sudi berkhidmat walaupun beban digalas semakin berat. eceh sastera sangat pula komen ni.

    Pasal public phone haritu pergi ambil adik sekolah, lupa dia tunggu kat mana. Nak call tanya mak tengok2 line kena potong, pastu last2 pakai public phone la call. Nostalgia betul gayut kat situ sambil orang pandang pelik, yelah phone besaq gedabak dalam tangan tapi pakai phone,mesti orang ingat tengah buat prank call ke apa. Dan tak pernah kisah pun budak2 pakai phone apa, tengoklah tahap sporting mak bapak dorang tu.huhuhu.

    Pasal make up sangat setuju. Menyampah tau baca komen yang membanding zaman dia pakai bedak tepung gomak la, bedak apa ke,lantak la, kenapa viralkan dan kutuk orang lain. Susah kalau jenis dengki tak mengaku dengki,haha.

    Ok sekian pendapat dari Baby 93 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh thanks for that haha (banyak baca novel ni).

      haha memanglah pandang pelik. agaknya orang tu dah tahu dah tu phone takda credit. Tapi sekarang ni jarang sangat jumpa public phone yang 100% berfungsi. Selalunya kalau public phone mesti rosak, tak tahu la kenapa.

      Kan mai? kena tahu la zaman dah berubah. cuba kalau budak-budak zaman sekarang ni pakai macam orang zaman dulu. mesti kena gelak kan? depa semua kena ikut trend zaman depa lah. Takkan nak ikut zaman tok moyang depa pulak.

      Yeahhhh baby 93 lah sangat padahal dah boleh jadi makcik dah ni. Ehhhh hahaha.

      Delete
    2. Sembang kencang bebudak 90 an tak ikut trend. Depa kata pakai bedak talkum je, memanglah zaman kita dlu trend bedak silky white yang kecik ada kaler pink, hijau,biru bagai tu. (Maybe budak laki tak tau). tapi zaman tu hot giler, sapa bawa bedak tu pi sekolah hari PJ, memang rare la. Hahaha.

      Kalau betul dorang tak ikut trend, dorang pakai bedak nyonya tu. huhu.

      So ikut jelah trend selagi mampu dan trend tu tak salah.

      Delete
  25. Budak sekarang ni advance dia lain macam sangat. Berbeza gila dengan zaman kita. huhuhu. Siapa yang patut disalahkan? Sila bincangkan (10 mark) hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa memang jauh sangat beza sebab dunia sekarang makin moden. Permodenan tu bagus sebab itu merupakan satu bukti bahawa negara kita maju. Tapi bila masuk zaman permodenan ni, ada cabaran dia sendiri yang kita kena lalui. Bukan isunya salah siapa tapi tanya diri kita sendiri apa yang kita dah buat dalam menempuhi zaman permodenan ni hehe.

      Delete
  26. Budak sekarang tak sama dah cam budak dedulu.. Dulu time akak sekolah, murid2 semua hormatkan guru dan takutkan guru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan akak, itulah pasal. Sekarang ni kadang2 cikgu tinggi suara pun budak2 tak faham lagi hmm.

      Delete
  27. Zaman dah berubah.. Tak salah ikut peredaran masa cuma ada sesetngah perkara tak salah dikekalkan seperti dahulu.. Contoh terbaik adalah Guru.. Kalau guru tak diberi peluang untuk mengajar seperti mana guru dulu mengajar maka hasilnya anak2 sekarang tak macam kita sekarang.. Just 2 cents.. Satu lagi soal gadjet.. Bukan tak boleh tapi sangat tak bagus.. Kalau seawal usia 2,3 tahun dah diberi pendedahan dengan gadjet.. Kalau dah bersekolah pun rasanya tak perlu kot kecuali memang guna untuk sesi pembelajaran.. pandangan akan sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Sesetengah perkara perlu dikekalkan seperti dulu. Kalau inovasi dalam pendidikan tu memang perlu ada, cara mengajar pun bagi saya perlu lebih baik la dari zaman dahulu cuma kalau bab parents dengan guru tu perlu sangat dikekalkan macam dulu. Bagi saya, kalau nak bagi anak-anak gadget pun kena pantau habis-habis. Make sure dia guna untuk pembelajaran sahaja. Setuju dengan your opinions kak! :)

      Delete
  28. Manusia hidup bersesuaian dengan zamannya.
    Tak perlu banding membanding. Kita yang dah warga emas ni pun kena ikut arus asalkan mendatangkan kebaikan. Kena berfikiran positif.

    ReplyDelete
  29. Zaman sekarang dah jauh berbeza dengan zaman kita dulu. Dulu kalau buat salah kat sekolah, cukup takutkalau cikgu report kat parents sebab nanti parents marah kita lagi. Sekarang, cikgu yang kena marah pulak, ini tak boleh itu tak boleh. Zaman kita dulu kalau kena denda tu relax je, boleh gelak-gelak lagi. Sekarang ni, baru kena denda sikit dah jadi kes besar boleh "see you in court". Zaman dulu kita nak keluar maaaiiiinnnnn je dengan kengkawan tak ingat dunia. Main panas, kotor, mak marah pun tak heran. Asalkan dapat main. Sekarang ni, semua antisosial tunduk hadap gadget je. Nak ajak berbual pun sekadar berbasi-basi. 😓 Zaman dulu, jaga juga muka guna macam-macam nak cantik. Padahal, belemoih selebet jugak. Sunburn jangan cerita lah, hitam. Sekarang, amboiiiii cantiknyaaa laahaaiiii, dah nampak macam lagi berusia dari kite pulak. Kite pun sekarang orang asyik tanya sekolah tingkatan berapa lagi. Ehhhhh okbai! 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha comment punyalah panjang lepastu baca yang last tu nak cakap orang puji dia nampak muda je rupanya!

      Delete
  30. tp kadang2 timbul juga rasa takut dgn perubahan mendadak mcm ni... kalau perubahan ke arah positif tu boleh terima lagi tp kalau yg ke arah negatif tu... aduhhhh terfikir jg... apa kena dgn masyarakat aku skrg ni??? terlalu advance ke... atau attention seeker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anies, tak dinafikan juga perkara tu. Kita dah makin advance sampai tahap yang kalau tak dijaga elok-elok atau salah langkah boleh terjerumus pada perkara yang tak elok. sebab tu ibu bapa mempunyai cabaran yang hebat nak membesarkan anak zaman sekarang ni.

      Delete
  31. betul tu syed.. mmg lain la dlu dan skrng.. akak busyra slalu cerita hal sekolah dkt busyra.. tak boleh marah skit. marah sikit mak ayah mai sekolah.. alahaiii. macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa kita yang mendengar ni mesti rasa eeee geram je kan hahaha sebab dulu takda pun macamtu. sekarang ni ibu bapa terlampau protective sangat.

      Delete
  32. Kesimpulannya kalau kita buat apa yang berfaedah dan menjadi minat kita..insyaallah kita blh pergi jauh..

    ReplyDelete
  33. Haha, teringat pula kenangan dulu..bila kawan2 bawa make up ke sekolah, kena main sorok2 nnt cikgu disiplin kebas ...
    bg mrs pip la kan, kita ni hidup kena ikut aliran zaman... setiap zaman berbeza, jadi just enjoy every changes... anak2 sekarang ni bergadget, kita as a parents kenalah pantau...
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan akak, just enjoy every changes. zaman tu sentiasa berubah, takkan nak hidup macam dulu-dulu lagi kan?

      Delete