Assalamualaikum dan selamat petang,
Adakah anda seorang peniaga? Jika anda seorang peniaga, ya sila teruskan bacaan ini. Kalau anda bukan seorang peniaga? Anda juga diminta untuk terus membaca kerana mungkin anda mempunyai pendapat yang sama dengan saya. Dewasa ini, ramai yang memilih untuk memulakan bisnes untuk mencari sumber pendapatan atau duit poket lebih. Namun begitu, sebelum anda memulakan perniagaan, pernahkah anda terfikir perkara-perkara penting yang perlu anda teliti terlebih dahulu?
Saya ni bukan sesiapa pun. Nak kata businessman tak langsung. Selok belok nak berniaga mungkin anda lagi hebat kot. Tapi mak saya memang cari duit tanggung kami sekeluarga dengan berniaga. Dari kecil lagi memang nak beli itu ini, semua guna duit berniaga. Senang cerita, Alhamdulillah kami sekeluarga cukup makan dan pakai. Untuk entry kali ni saya berniat nak sentuh sikit tentang beberapa perkara yang perlu peniaga ambil berat untuk berniaga. Sayanglah kalau anda jual produk yang bagus, tapi beberapa perkara yang ada pada diri anda membuatkan orang tak nak beli produk anda dan bisnes pun tak maju.
Entry kali ini akan membincangkan beberapa perkara yang anda sebagai peniaga kena semat dalam diri tu untuk jadi peniaga yang berjaya.
Senyum
Senyum itu sedekah. Sambil berniaga pun anda boleh bersedekah. Pada pendapat saya, sebagai seorang pelanggan dan pengguna saya lebih gemar untuk berkunjung ke gerai yang mesra peniaganya dan sering melemparkan senyuman. Bila kita senyum ni kita ada aura positif tau tak? kalau anda berniaga tapi muka ketat macam baru lepas gaduh dengan laki, orang nak datang dekat kedai awak pun takut cik kak. Saya bukan judge rupa paras peniaga ke apa, tapi impression dari pelanggan tu penting. Pelanggan tu bukan kenal pun siapa anda dan dia tak tahu pun masalah anda. Kalau anda dah tunjuk aura yang negatif, macam mana nak tarik ramai pelanggan?
Saya ada satu pengalaman beli roti. Roti dia jual macam Roti Boy. Sedap jugalah bila dimakan panas-panas. Tapi saya stress sebab setiap kali beli roti dekat akak tu, muka dia ketat betul rasa macam nak tegur pun takut. Takda pun menyapa pelanggan selamat datang ke apa. Bila pelanggan datang, dia just letak roti tu dalam paper bag dan minta duit. Saya ni takdalah nak bersembang dengan dia sampai esok pagi pun dekat situ. At least senyumlah sikit, ni jangan kata nak greet pelanggan. Senyum pun tak nak :( . So, saya malas dah nak pergi kedai dia unless kalau rasa mengidam sangat barulah saya beli.
Kebersihan
Kebersihan premis tu tolonglah ambil berat ya peniaga-peniaga sekalian. Kita ni nak jual bagi makan orang, kalau kebersihan premis pun dah kelaut, macam mana pula dengan kebersihan sewaktu penyediaan makanan tu? I doubt that. Terutamanya anda yang berniaga bawa anak-anak kecil sekali lepastu biar anak-anak main lari-lari dekat barang jualan dan ada yang siap naik atas meja berjual lagi. Haritu ada budak kecil ni dia baling selipar dia masuk dalam lauk jualan and makcik kantin tu just ambil selipar tu keluar dari dalam lauk tu and buat macam biasa. Bila dengar cerita tu terus tak nak dah makan dekat situ.
Bukan sahaja premis makanan, premis yang jual baju, minyak wangi, perabut pun sama juga. Pastikan barang-barang dalam premis tu tersusun rapi. Janganlah kalau buka kedai baju tapi baju berterabur sana sini. Imej tu kenalah jaga, bila susun atur barang-barang dalam kedai tu menarik, confirm pelanggan lebih selesa dan akan cari kedai anda. Contohnya macam saya, walaupun ada satu kedai ni yang jual barangnya agak mahal, tapi sebab kedai dia teratur dan bersih, saya still akan singgah kedai dia dulu sebelum ke kedai yang lain. Pendek kata, anda perlu tahu untuk jaga kebersihan.
Rezeki
Sebagai seorang peniaga, anda perlu tahu bahawa rezeki tu ada dimana-mana. Setiap orang tu Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Mungkin harini anda rugi banyak sebab jualan tak habis. Tapi hari esok mungkin jualan anda licin. Kita tak tahu perkara macamni. Oleh itu, jangan berdengki dengan orang lain. Cabaran yang ada pada orang yang berniaga ni ialah hasad dengki. Saya tak faham macam mana orang boleh berdengki sampai sanggup menjatuhkan peniaga lain dengan menggunakan cara yang salah seperti contoh sihir dan ilmu hitam. Orang macam ni bagi saya dia tak percaya yang rezeki tu Allah dah tetapkan.
Kita ni nak sesuatu tu kenalah berusaha. Orang lain tu dia dapat bahagian dia mungkin sebab usaha dia yang berterusan. Dengan cara jatuhkan dia, anda ingat anda boleh pergi lagi jauh? Tidak juga kalau tiada izin Allah. Sesetengah orang yang tak pernah mengalami benda ni memang cakap sihir semua ni merepek tapi bagi yang dah alami, bukan mudah untuk dilupakan. Kalau anda baru mula nak berniaga, kena bersedialah untuk hadapi benda-benda macamni.
Bahasa
Sekarang ni dah ramai yang mula berniaga online dengan adanya instagram, facebook dan juga twitter. Pada pendapat saya, anda merupakan seorang yang bijak kerana berjaya memanfaatkan media sosial untuk mencari pendapatan. Tetapi, ada banyak kes-kes dimana seller sangat kurang ajar dalam menjalankan urusan jual beli. Pelanggan tidak patut dilayan sedemikian rupa. Kenalah faham yang anda tu seorang peniaga online dan sepatutnya dah expect bahawa customer anda terdiri dari pelbagai golongan umur. Ada yang baru belajar nak beli barang secara online dan tiada online banking untuk memudahkan urusan. Bahasa tu sila jaga sikit, tak perlu nak maki customer sampai macamtu sekali (rujuk gambar di atas). Padahal customer tu minta masukkan baki dia dalam sampul surat saja pun. Benda simple, tapi balasan dia angkuh betul.
Bagi saya, cabaran peniaga online ni memang banyak. Anda kena deal dengan orang yang tak faham bahasa (walaupun dah tulis details tapi still tanya benda yang sama). Tetapi itu tidak menjadi satu asbab untuk anda hilang pertimbangan dalam membalas pertanyaan pelanggan. Kena sabarlah untuk cari rezeki, orang tu tanya pasal barang kita pun sepatutnya dah kena bersyukur sebab mungkin dia akan jadi regular customer kita. Saya suka beli barang dengan seller yang bagi respon cepat, dan bahasa yang digunakan juga sopan. Kalau macam berlagak sangat tu mungkin saya beli sekali sahaja rasanya dekat situ.
Sebenarnya nak sentuh pasal isu peniaga tak reti nak senyum saja, tapi tak tahu macam mana boleh melencong sejauh ini hahahaa harap anda membaca dengan tekun dan sabar. (lama pulak tak taip pakai "aku" dengan "kau" ni haih. Terima kasih kerana sudi membaca.
Apakah pengalaman jual beli anda yang menyakitkan hati?
Alhamdulillah...perlu ambil tahu aspek-aspek sebegini...nampak kecil tapi besar impaknyakan Cikgu...personaliti penjual itu 80% menjadi daya tarikkan pelanggan...bagi kak PC tidak perlu berhias pun yang wanita...tak perlu kacak pun yang lelaki tapi berbudi bahasa dan bertimbang rasa..peniaga bukan sahaja menjual barang tapi mesti pandai membeli hati pelanggan.
ReplyDeleteBetul tu kak, memang benda kecil je tapi kesan yang dia tinggalkan tu besar jugaklah. Hati pelanggan tu yang penting untuk dibeli, dengan jaga kita punya peribadi inshaAllah pelanggan akan tertarik kan kak.
DeleteYang part senyum tu memang totally setuju. Ramai aje yang menjual tapi muka tak senyum langsung even kita senyum dekat dia. Situasi macam ni bukan masa jual beli aje yang berlaku tapi dekat kaunter kaunter pertanyaan atau pun bank (yang mostly dealing with customer) pun banyak yang macam ni. Tak susah pun kan nak lemparkan senyuman. Heheh.
ReplyDeleteKan nani, itulah masalahnya. orang beli barang dia kot at least senyum la sikit. Bukannya payah pun nak senyum. Tapi saya jarang lagi la jumpa yang dekat kaunter pertanyaan macamtu. Mungkin ada segelintir kot yang berperangai macamtu.
DeleteUitt, panas pulak rasa baca screenshot wasap tuh. Grrr
ReplyDeleteTapi sebenarnya memang geram jgak tgk orang duk tanya benda yg dah ada tertulis, padahal kita tukang baca je bukan peniaga pun.
Tapi, jadi peniaga memanglaa kena banyak2 bersabar dgn customer. Kihkih
Panas sebab dia dah la berniaga lepastu suka hati dia sembur customer dia macamtu.
DeleteYang tu tak dinafikan la. geram juga bila ada customer macamtu. apa salahnya sebelum beli tu baca dulu kan haha. sebab tu syed cakap jadi peniaga memang kena sabar.
Seruju dengan point syed senarai kan .. senyum tue penting .. kalau tidak customer anggap sombong .senyum biar manis sikit muka .. kebersihan tue tetap penting ..jangan awal-awal je buka kedai kebersihan terjaga ..dah 2 3 minggu lantai pun tak bersihkan .. ada jugak sesetengah kedai macam tu
ReplyDeleteThanks kerana bersetuju hehe. Nak berniaga ni memang aspek-aspek macamni perlu diambil berat walaupun nampak macam ringan je kan?
Deletepastu, kena amanah & jujur dlm berniaga. moga sy & emua dijauhkan dari menggunakan bahasa yg boleh menyinggung perasaan customers & org lain, ameeen.
ReplyDeleteAmanah dengan jujur tu memang benda yang sangat penting la. Nak berniaga tapi dengan cara menipu orang lain pun tak guna juga (contoh karipap oksigen hehe). Aminnn, moga dijauhkan.
Deletex berkat hasil jualan tu kan. dalam banyak2 contoh, karipap oksigen yang terpilih. ada pengalaman ke terbeli karipap oksigen?
DeleteSuka baca post Cikgu Syed, jelas satu persatu 👍. Senyum tu penting, kadang-kadang pelik dgn sesetengah peniaga, susah senyum terasa pembeli ni terhegeh-hegeh pula. Kebersihan dan persekitaran menjadi keutamaan akak.
ReplyDeleteTak faham dgn peniaga dalam screenshot WhatsApp tu. Tergamak berniaga dengan cara begitu. Budi bahasa langsung out! Semoga kita dijauhkan dari berperangai sebegitu.
Thanks kak. memang rasa sakit hati bila kita dah cuba nak jadi friendly bukan main tapi dia senyum pun tak haha. Kebersihan memang penting kan kak.
DeleteItu yang business dia dah maju sangat kot sampai berlagak macamtu sekali. Saya pun tak faham apa masalah dia kak. Semoga dijauhkan la.
betul lah, memang kena sabar dengan kerenah customer hehe setakat ni tahap kesabaran masih tinggi 😅
ReplyDeleteAlhamdulillah, kalau tak sabar mesti boleh berniaga sekejap ja nampaknya sebab dah give up awal2.
DeleteApa yang dinyatakan di atas, mrs pip setuju..
ReplyDeleteSenyum tu kena ada...dulu mrs pip pun tolong mak menjual juga, mrs pip jenis tak suka senyum, haha, pelanggan cakap mrs pip sombong...kikiki...lepas tu baru belajar nak senyum... mrs pip dulu2 rasa eh eh, malu la mau senyum2 ni,risau org salah faham ...kuang kuang kuang...
Dan bahasa tu kena jaga, perlu ada adab...
Dan bab kebersihan tu, mmg setuju lah sangat...tak nak masuk kedai makan yang kotor, eeeiiii, risau kita makan benda tak bersih...
Cheers.
hahahaha betul tu kak, saya dulu pun bila tolong mak saya rasa malu nak senum hahahaa. lama-lama tu tak kisah dah nak senyum dekat customer yang datang. Orang dah beli barang kita, kena lah berbudi dan berbahasa (betul ke ayat saya ni haha). Siapa je nak masuk kedai yang kotor kan kak.
DeleteRindu pulak nak berniaga balik. Tp pening juga nak layan pelanggan yg mcm2 ragam. Adat lah semua tu kan. Tp kak ana selalu pegang yang rezeki kita telah di tetapkan. Rugi hari ni esok Allah ganti lebih lagi. Besyukur dengan setiap yg ada. ��
ReplyDeletehaaaa kalau rindu mula lah balik kak haha. akak jual apa dulu kak? customer ni memang banyak ragam yang kita tak boleh jangka kan. memang lumrah berniaga la tu orang cakap. Betul, bersyukur atas rezeki yang ada.
Deletesetuju dengan semua point tu. memang benda tu jugak yg BV selalu tengok kalau nak beli sesuatu. :)
ReplyDeleteThanks BV samalah kita hehehe.
DeleteSis kalau di layan dengan teruk memang sis tak kan ke situ lagi. Sekali je ku singgah servis teruk kim salam walau harganya murah. Tapi kalau layanan baik ya sis akan singgah lagi lagi dan lagi walau harga nya sedikit lebih mahal.
ReplyDeleteSetuju dengan akak. Samalah dengan saya. kalau servis tah apa-apa memang taklah nak datang buat kali kedua. unless kalau memang takda pilihan lain kan.
Deletenak bisnes memang kena berguru juga, dan pastikan mentor anda ikhlas bersama anda
ReplyDeleteYes kak, that's another point. kena tahu strategi bisnes semua tu baru ada hala tuju.
DeleteYes saya setuju dengan soal bahasa tu, nak jadi peniaga tapi tak nak layancustomer elok2.. apa punragam customer layan je la sebab itu kaedah mencari rezeki yang dipilih. Kalau tak bolehdeal ngancustomer, lebih elok orang tersebut tak berniaga, keje je mkn gaji...
ReplyDeleteBtw, entri ni sgt bagus utk mereka yang baru nak mulakan bisness
Betul tu kak. Kalau rasa tak boleh tahan dengan ragam customer maybe boleh cari kerjaya lain lah kot hehe.
Deletethanks kak :)
Setuju sangat, paling penting bahasa kena jaga bila berniaga. Kerana bahasa juga mencerminkan keperibadian kita, kalau tak suka pun gunalah cara beradab. ;)
ReplyDeleteBetul tu, jangan ikut sangat emosi nak marah semua tu. Kena faham customer ni memang banyak songeh kan.
DeleteSOkong sangat perkara di atas. Budi bahasa budaya kita. Kalau nak tengok negara yang 100% penjualnya seperti yang SYed tulis tuh. Silalah ke JEPUN. Lepas tuh balik MALAYSIA..ko meroyan. HAHAHAH! rasa macam..aku kat planet mane ni. HUwawawaawa!
ReplyDeleteYe ke kak jepun macamtu? kalau macamtu saya nak pindah jepun lah. Boleh berkawan dengan doraemon nobita semua hahahaha my childhood! Mesti mula2 akak balik Malaysia akak meroyan kannn.
DeleteYe, senyum dan bahasa tu memang wajib rasanya kalau nak meniaga ni. Fairuz pernah ada pengalaman pergi kedai RM2 dengan Mama, cashier tu muda sangat lagi. Fairuz syak dia bengkek dengan kawan dia yang patut ganti dia tu lambat sikit. So, dia hempas hempas laci, muka memang dah kelat habis dah sampai Fairuz rasa nak bagi penampar je. Dah tau awak tu kerja letih macam tu, dah tu pulak sentiasa berhadapan dengan orang, cubalah untuk kawal sikit emosi tu. Depan ramai customers kot. Yang lebih dewasa lagi tu. Beragak lah kot ye pun. Adoiiiii dik... Akak faham, bebudak masih lagi jiwa memberontak, darah panas, akak dah lalui fasa tu. Tapi at peast, dah jalan itu yang awak pilih, awak jangan lah 'buat akai' pulak. I is allergic. 😓
ReplyDeleteSorry, ingat nak komen je. Tapi terrrrrsambung entry Syed pulak. Bhahahaha soghieee 😅😅😅
Haiihhhh kalau syed jadi fairuz la syed hempas balik tepung ke apa yg syed beli tu kat kepala dia baru dia faham erti dihempas hahaha. Memang panjang comment ni dah boleh buat satu post baru dekat blog fairuz tu kah2.
DeleteBhahahahahahaha... Tapi malaslah nak buat gitu, karang jadi adegan lain pulak. 😅
DeleteErkkk... Kwanghasam! 😝
Adoi bahasa.. bukan semua orang pandai guna online banking.. Mana boleh cakap macam tu dengan customer..
ReplyDeleteAkak dulu ada gaklah buat jualan online.. baju bundle dengan buku preloved..
Tapi sebab perlukan comitment tinggi stop dah..
buku je masih ada tapi tak rancak sangatlah..
Tahu takpa kak. Nasib baik zaman saya tak pandai guna online banking dulu takda deal dengan seller yang macamni. Itulah kan kak, nak bisnes ni banyak sangat komitmen saya tak ready lagi haha.
Deletebila dah on9 bisnes ni,yang paling penting sekali nak jaga ialah bahasa..
ReplyDeletebetul tu. dari bahasa tu la yang buat orang tertarik nak beli produk kita. Kalau bahasa pun kelaut memang orang tak nak la beli dari kita.
DeleteSaya pun tak faham dengan para penjual yang susah nak senyum. Memang pelanggan tak seronok la nak membeli. Part guna ilmu sihir tu memang manusia yang tak berhati perut. Abang saya pun berniaga dan terkena buatan orang setahun lebih. Bayangkan berapa banyak duit habis sebab nak ubatkan abang.
ReplyDeleteKannn, kalau ada masalah macam mana sekalipun jangan la sampai layan customer pun nak tak nak. Kena tahu la yang sumber pendapatan kita dari mereka. Samalah, mak saya pun berniaga dan kena buatan orang. Kalau nak kira duit yang habis untuk berubat tu banyak sangat dah.
DeleteTerima kasih, itulah pentingnya kita jaga peribadi kita sebagai peniaga kan hehe :)
ReplyDeleteSetuju sangat2. Lagi satu kalau masuk kedai pastu dia dok ikut belakang kita. rapat betul mcm kita ni nak mencuri. terus tak jadi beli apa2 dari kedai tu.
ReplyDeleteaah betul tu, tak suka betul bila diekor macamtu. kita nak pilih barang yang kita nak beli pun rasa tak selesa kan? insecure betul haih. pasang cctv la senang.
DeleteBagi saya dia tak senyum pun tak apa. Tapi mesti respond jika pelanggan bertanya. Mesti jujur . Barang tak elok jangan di sorok dibawah barang yang elok misal nya buah, bawang, ikan bilis dll. Tak percaya lihatlah di pasar mlm di kedai runcit even di supermarket. Kalau terkena beli barang busuk sangat hangat hati. Tetapi kita pembeli tidak bertindak dan cepat lupa dan ini tidak membantu keadaan.
ReplyDeleteMasalahnya kan, nak senyum pun susah inikan pula nak bercakap dengan elok haha. Itu saya setuju, mementingkan keuntungan sangat sampai sanggup jual barang yang dah tak elok kepada customer kan. Sepatutnya kena report dekat pengguna la kan kalau jadi macamni?
Deletesetuju sangat...senyum tu penting dan senyum tu la punca rezeki begitu juga dengan kebersihan. Sy kalau peniaga tu tak senyum atau sesiapa saje la memang taubat tak pergi..hehe
ReplyDeleteSenyum tu selain adalah sedekah dan senyum itu juga menunjukkan diri kita jugak..wallahuallam
Betul tu kak. Nak senyum je pun kan bukannya susah sangat pun hehehe.
DeleteSyed berniaga on line ke ?
ReplyDeleteEh takla. Mak saya niaga biasa2 ja.
DeleteEh, sakit pulak hati kita baca screenshot tu.. Mintak pulang baki cara elok kot, tu pun nak biadap.. -.-
ReplyDeleteBut I agree with all of your points.. Be kind to your customers and Insya-Allah murah rezeki tu.. XD
Kannn. Geram betul rasa. Orang tu minta punyalah sopan. Bisnes maju sangat kot agaknya sampai jd macamtu huhu
DeleteAkk ada pengalaman bisnes tadika/ taska sendiri. Yg peliknya ramai org cakao tak nampak tadika akk tu, padahal dh cat kaler2 lagi, ada ustaz bgtau itu mcm sihirlah supaya org tk datang tadika akk tu, bisnes pun tak maju. Adalah akk bertahan dlm 10 tahun juga, pastu jual. Skeg keje dgn org je, malas dah nk pening2 kepala.
ReplyDeleteLama juga kak 10 tahun bertahan tu. itulah masalahnya orang kita ni suka sangat main sihir. Macam tak percaya pula pada rezeki masing-masing. Takpelah kak kerja dengan orang pun okay juga kan mana tahu boleh buka balik nanti.
DeleteApa yang penting akhlak, jaga adab. Dah buat salah tapi ada akhlak dan beradab orang tak jadi nak marah. Sekarang ni macam macam kes antara seller dan customer (T_T)
ReplyDeleteTERIMA KASIH SYED untuk ingatan ini
tahu takpa, kalau seller tu beradab dia silap sikit and minta maaf orang nak marah pun tak jadi kan. memang kebanyakan kes jual beli online la. itu belum termasuk scam lagi, sama-sama.
Deletepaling menyakitkan hati bila kena tipu atau scam hahaha
ReplyDeleteAda pengalaman kena tipu atau scam ke? hehe
DeleteHa.. betul! Setuju sangat.Senyuman n layanan tu penting kowt. Takleh judge customer kita based on appearance. huhue
ReplyDeleteHaah, mentang2 kita pakai selekeh dia ingat kita takda duit ke apa. hahaha (ni selalu jadi kalau pergi mall la) kahkah.
Deleteairah dulu aktif jugak niaga on9. sekarng je dh slow sikit.klau wsep dgn cust memang kena rajin bg emoji smiley hehe
ReplyDeletehaha kenapa slow sikit? tak boleh bagi komitmen ke? memang penting emoji tu sebagai tanda friendly kot.
DeleteDengan ini saya mengumumkan, saya setuju dengan semua point kat atas.
ReplyDeleteBetul tu, senyum tu bukan payah pun, mana tahu customer tgh bad mood,tengok pula senyuman manis kita, terus dia happy pastu beli berbakul-bakul,hahaha. Sejenis random kindness yang sangat mudah.
Mai pun tak ada online banking, asyik kena pi bank je cash deposit. Nasib baik lazada tak maki siap ada choice lagi nak bayar kat mana, kekekeke.
Tanya banyak kali tu kadang2 nak confirm je.. "20 ringgit kan kak?", padahal dah ada harga, mana tau dia nak bagi diskaun ke tetiba.
hahahaha ala Mai dah macam MC majlis pulak kahkah.
DeleteSyed ada tapi selalu lupa password and malas nak call bank untuk reset kahkah. So, seller kena chill ja lah kan. jawab ja apa orang tanya tu elok-elok hehe.
betul tu syed.. nak jadi peniaga ni kan kena banyak benda belajar. customer bukan calang2 makhluk tau. customer ni bnyk kerenah kekadang tu. kita as peniaga kenalah bersabar layan itu ini.. busyra time study slalu buat partime bisnes online. dan pernah kena dgn satu customer ni tanya itu ini. last tak beli pun. tp tak pela kan. itu hak dia untuk bertnya. :) nak beli tak beli belakang cerita. hehe
ReplyDeleteKalau ikutkan hati banyak sangat tanya memang geram juga hahaha tapi nak buat macam mana. Kita kan peniaga, kenalah layan customer elok2.
DeleteSetuju. Ni tidak pernah kena Ira masuk kedai dia boleh pulak tengok atas bawah macam tak puas hati dan macam kita masuk nak mencuri. Lagi satu perangai yang jenis jawab nak taknak. Kalau orang macam gini Ira memang takkan beli kat kedai dia walaupun murah hahahaha err customer always right !
ReplyDeletehahaha betul ira! menyampah betul kalau kita tanya dia macam nak tak nak ja melayan. nak meniaga ke tak nak tak tahu lah tu.
Deletesaya suka kalau kita diduga,kerugian
ReplyDeletesebab rugi sikit kita dpt beringat-ingat...
dan lebih berhati-hati di dlm dunia perniagaan
setuju, berniaga ni tu la cabaran dia kan. Tak boleh rasa terlampau selesa . Kadang-kadang ada juga hujan ribut yang melanda.
Deletepengalaman menyakitkan hati takde. menggelikan hati je ada.
ReplyDeletehahahaha...btw anda di tag --->>> http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2017/03/1st-contest-shazyanas-tupperware-2017.html
haha apa dia pengalaman yang menggelikan hati tu? hehehe jap lagi saya check ya.
DeleteJu pun seorang pembeli dan pjual online. setakat ni brurusan kalo dengan seller, alhamdulillah xda mcm ni yg kurg bahasa huhu. teruk ny kena cm tu. Dan alhamdulillah tips ni ju akan amalkn sbg penjual yg bru bjinak2 dalam lama sosial =)
ReplyDeleteAlhamdulillah la kalau takda kena macam ni. Kalau kena tu mesti sakit hati kan. Semoga berjaya saya ucapkan ya ju :)
Delete