Umum mengetahui bahawa harini merupakan tarikh keramat bagi pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2016. Kenapa tarikh keramat? Haaaa kalau masih ada yang tidak tahu, harini merupakan hari untuk pelajar lepasan SPM 2016 mengambil keputusan peperiksaan SPM masing-masing. Aku yakin, mesti budak-budak ni tak tidur malam sebab fikir pasal result punya pasal haha. Apa-apa pun, aku harap korang yang ambil result pada harini mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. Orang tua tua kabor "with flying colours".
Memang bila dah berakhirnya SPM, pelajar-pelajar ni akan ingat bahawa mereka telah merdeka (sebab dah tamat sesi persekolahan kan). Tapi tolonglah don't be too happy. Kenapa? Sebabnya kau memang dah mengakhiri zaman persekolah kau, tapi pada masa yang sama kau akan menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ni. It's a beginning to a new life. Satu titik permulaan untuk hidup yang baru. Kau yang akan menentukan kemana hala tuju hidup kau selepas ni.
Untuk topik kali ini, aku akan menulis tentang hala tuju selepas SPM dan apa yang patut kau buat once dah dapat keputusan SPM. Aku tertarik untuk mengupas isu ni sebab mostly students ni dia tak begitu cakna dan tak berapa nampak jalan hidup dia lepas SPM (sesetengah). Kalau ada yang concern tu baguslah, tapi bagi certain orang dia memang tak tahu langsung course apa dia nak ambil lepas SPM dan universiti mana dia nak pergi. Aku ni bukanlah pelajar SPM yang straight A ke apa, tapi melalui pengalaman aku, aku yakin benda yang aku akan tulis ni berguna untuk SPM leavers yang still tak tahu nak sambung pelajaran mereka dalam bidang apa di universiti kelak.
KENA ADA TARGET DAN MATLAMAT
Sebenarnya dekat dunia ni kau buatlah kerja apa sekalipun mesti nak kena ada target dan matlamat. Sama juga bila kau nak mulakan suatu hidup dan perjalanan yang baru. Kau kena kenalpasti matlamat kau, apa yang kau nak jadi lepas ni. Kenapa pentingnya untuk kita ada target dan juga matlamat? Bagi aku, bila kau dah set kan kau punya target dan matlamat kau sendiri, kau sendiri akan berusaha untuk mencapai matlamat yang kau dah set kan. Kau sendiri pun dah tahu apa yang perlu kau lakukan untuk capai matlamat tersebut.
Nak setkan kau punya target dan matlamat tu bukannya pakai set sahaja. kau kena make sure matlamat kau tu sesuai dengan keputusan SPM yang kau perolehi. Tak bolehlah kau target nak ambil course Bahasa Inggeris, tapi keputusan BI kau dapat C-. Itu namanya matlamat yang tak realistik. Tengok dan hadam keputusan SPM kau tu elok-elok dan come up with a target yang attainable.
Selain itu, minat juga yang akan menentukan kerjaya kau nanti. Bukan waktu belajar sahaja yang penting, tapi bila kau kerja nanti mesti kau akan kerja bidang yang kau belajar tu kan? Nak ke kau habiskan seumur hidup kau untuk buat kerja yang kau tak minat dan takda jiwa langsung? tepuk dada tanya selera.
Maklumat sekarang ni semua dihujung jari. Rajinkan diri untuk cari informasi tentang course-course yang kau minat diinternet. Banyak info dan perkongsian pengalaman daripada orang ramai tentang course-course yang ada di universiti. Bila nak apply UPU tu, buatlah research sikit apa qualification dia untuk kau ambil course tu. Sesuai atau tidak dengan keputusan yang kau ada. Banyakkan membaca, dan benda ni akan membantu kau untuk kau capai matlamat dan target yang telah kau tetapkan tadi.
Jangan lupa pula orang yang banyak berkorban dan memberi ilmu kepada kau, siapa lagi kalau bukan guru-guru kau. Guru merupakan orang yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan ni. Cubalah minta pendapat daripada guru-guru kau dekat sekolah tu, aku percaya banyak yang diorang boleh bantu. Lagipun guru-guru jugalah yang ajar kau, dia tahu kebolehan kau dan pencapaian kau dalam kelas macam mana.
MINATKebanyakan pelajar bila ditanya apa minat diorang, memang ramai yang terkandas sebab tak tahu minat dia apa. Aku bukan buat kesimpulan sendiri, aku aktif jadi fasilitator untuk salah satu program under Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Berdasarkan pemerhatian, sesetengah pelajar masih tak tahu apa minat dia. Minat ni antara salah satu benda yang penting untuk kau ambil kira bila nak lanjutkan pelajaran ke universiti. Kalau kau terperangkap dalam course yang kau memang tak minat, bersedialah untuk melalui 3 tahun (untuk diploma) yang menyeksakan.
Selain itu, minat juga yang akan menentukan kerjaya kau nanti. Bukan waktu belajar sahaja yang penting, tapi bila kau kerja nanti mesti kau akan kerja bidang yang kau belajar tu kan? Nak ke kau habiskan seumur hidup kau untuk buat kerja yang kau tak minat dan takda jiwa langsung? tepuk dada tanya selera.
RESEARCHBila kau dah dapat result SPM ni, percayalah cakap aku bahawa peti surat kau akan dipenuhi dengan tawaran dari pelbagai universiti swasta! haha. Kalau kau rasa berminat dan mampu untuk cuba menuntut ilmu di IPTS, mungkin kau boleh pergi. Tapi make sure before kau pergi, kau buat research dulu tentang course yang ditawarkan itu. For your information, sesetengah IPTS dia punya course yang ditawarkan takda pengiktirafan daripada MQA. Bila kau ambik course yang tak diiktiraf MQA, kau punya program tu kira sia-sia tahu tak? Nak pergi minta kerja pun bila company tengok takda pengiktirafan MQA, terus dia reject nanti. Maka, membazir sahaja usaha kau belajar selama ni.
Maklumat sekarang ni semua dihujung jari. Rajinkan diri untuk cari informasi tentang course-course yang kau minat diinternet. Banyak info dan perkongsian pengalaman daripada orang ramai tentang course-course yang ada di universiti. Bila nak apply UPU tu, buatlah research sikit apa qualification dia untuk kau ambil course tu. Sesuai atau tidak dengan keputusan yang kau ada. Banyakkan membaca, dan benda ni akan membantu kau untuk kau capai matlamat dan target yang telah kau tetapkan tadi.
TANYA PENDAPATKalau kau sendiri pun rasa confuse dengan hidup kau dan pilihan yang kau nak buat, jangan malu untuk minta pendapat orang yang lebih berpengalaman. Bagi aku firstly kau kena tanya ahli keluarga kau dulu sebab apa-apa keputusan pun, kenalah dapat restu ibu bapa dulu kan? hehe. Kadang-kadang ahli keluarga kita lebih kenal diri kita daripada kita sendiri. So, mungkin bila kau tanya pendapat diorang, sedikit sebanyak boleh membantu kau dalam membuat keputusan. Elakkan membuat keputusan sebab kau nak ikut kawan kau. No, jangan macamtu. Bab-bab belajar ni aku minta janganlah ikut kawan. Lain orang lain dia punya kemampuan. Nanti kalau kau ikut kawan kau, bila dah masuk universiti nanti dia ada kawan baru juga. Baik kau cari kawan baru terus! hahaha.
Jangan lupa pula orang yang banyak berkorban dan memberi ilmu kepada kau, siapa lagi kalau bukan guru-guru kau. Guru merupakan orang yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan ni. Cubalah minta pendapat daripada guru-guru kau dekat sekolah tu, aku percaya banyak yang diorang boleh bantu. Lagipun guru-guru jugalah yang ajar kau, dia tahu kebolehan kau dan pencapaian kau dalam kelas macam mana.
KESIMPULANKesimpulannya, kalau nak tulis pasal ni sampai esok pun tak habis. Buatlah keputusan yang betul sebab benda ni melibatkan kau punya masa depan. Kalau kau tahu matlamat dan minat kau, bagi aku itu dah cukup dah untuk membantu kau nak ambil course apa di universiti. Jangan menyesal dikemudian hari sudahlah. Selamat maju jaya saya ucapkan! :)
belajar selagi boleh belajar...untuk masa depan kita jugak
ReplyDeleteBetul tu kak. Sekarang ni pendidikan sangatlah penting kan?
DeleteSetujuuuu :)
ReplyDeleteThanks :)
DeleteSPM hanya tiket untuk melangkah ke satu fasa yang lain. Ikut minat dan pilihan, kemudian fokus pada minat tu. InsyaAllah akan berjaya. Based on experience. #hakakhakaksangat
ReplyDeleteYayasan peneraju tu macam familiar lah. 😅
Betul tu kak, apa-apa pun kena ikut minat kan. hehe #makcikmakciksangat Ehhhh.
DeleteFamiliar? akak kerja situ ke apa haha.
Pilih betul betul ikut kemampuan result dengan minat
ReplyDeleteYa betul tu tomodachi. Kalau kita pilih course yang kita tak mampu, sakit sikit lah jawabnya.
Deletesetuju sangat cikgu..
ReplyDelete- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -
Terima kasih kak :)
DeleteKalalulah masa tu mampu diundurkan semula... 😭
ReplyDeletePilihlah leklok dikkkk... Masa depan engkorang ni! 💪
hahaha kenapa fairuz? nak tukar course ke hehe.
DeleteBetul tu, kalau salah pilih memang tak dapat buat apa dah.
melain dia redha sahaja dan tiba2 dah jatuh cinta dengan course tu.
Fairuz duduk dalam kategori 'redha' tu. Huhu.. Takpelah, amik positif je aturan Allah ni. Tak sabar nak konvo tak lama lagi. 😁👏💪
Deletegood sharing! bagi saya minat tu yang penting sekali. kena fikir jugak kalau minat hanya sekadar minat/hobi ataupun memang nak kerja tu bila dah habis study.
ReplyDeleteAah betul tu. sebab tu saya cakap kena ada matlamat dan minat. Minat tu mendorong untuk dia tetapkan matlamat.
Deletebetul tu. kena fikir elok2 tanya pndapat org yg dh prnh lalui.
ReplyDeletelepastu inshaAllah akan buat pilihan dengan baik hehe.
DeleteBab peti surat penuh tue memang betul...sampaikan tak sempat nak ambil ha..hehe
ReplyDeletehaha tahu takpa. saja nak buat orang pening nak pilih mana kah2.
DeleteKena tetapkan matlamat dari awal dan fokus.
ReplyDeleteBiar gagal setiap kali mencuba tapi jangan pernah putus asa. Sebab orang lebih banyak belajar dari kegagalan.
Siapa la saya kan nak bagi nasihat cuma fikir kan dalam beberapa tahun ni macam-macam boleh jadi.
Eseh
yeahhh betul tu dedaun comel. semua orang boleh bagi nasihat tak kisah lah dia sapa pun, yang penting apa yang dinasihatkan itu berguna hehe :)
DeleteNice sharing syed! harapnya entry nih dapat dimanfaatkan betul2 oleh student lepasan SPM
ReplyDeleteThanks Luqman. harapnya berguna lah kan :)
DeleteMinat dan target tu tersangatlah penting ye adik adik. Heheh. Janganlah ikut kawan bila nak pilih course untung apply UPU nanti. Apa pun banyakkan bertanya senior dan cikgu cikgu, inshaAllah akan nampak jalannya :)
ReplyDeleteYupppp, bertanya orang sekeliling especially cikgu sangat membantu kan? :)
Delete"Nak ke kau habiskan seumur hidup kau untuk buat kerja yang kau tak minat dan takda jiwa langsung? " - this is totally what I'm fighting for when I realized accountancy ain't my soul.. The best entry from you..
ReplyDeleteSeriously anis? so how is it now? can you cope with that already? kesiannyaaaa.
Deletesangat gembira bila ada tips2 yang membantu macam blog syed ni..
ReplyDeleteThanks ya! hehehe harap membantu la sedikit sebanyak.
DeleteDulu masa fae dpt A level result (kat Malaysia korg pgl STPM kot), fae memang berbelah bahagi nak further study kat mana. Tp since andang (memang) minat sgt tentang bisnes so fae apply biz management kat local uni disini. Alhamdulillah dpt.
ReplyDeleteWell seems like apa yg fae belajar bertahun2 kat uni dulu tu just a piece of sijil ja. Susah nak dpt good job utk budak manja (uwekkkk) macam fae ne. Bos pun tak ingin nak ambil budak mudah sentap. Hahahha. So masa ne jadi parttime tuition teacher je..tapi fae andang ada plan nak buat biz sendiri. Apa guna ambil kursus biz mgt dulu.
haha budak manja macam mana tu fae. mungkin belum tiba masanya lagi kot untuk fae kerja. tapi fae dah belajar biz management kan? Banyak dah tu ilmu-ilmu untuk buat bisnes yang dah dipelajari. Jangan sia-siakan ilmu tu. InshaAllah fae boleh berjaya dengan buka biz sendiri. :)
Deletebagus tips2 syed nih.. nanti kakak print lepas tu bagi kat adik kakak.. dia baru dapat result tu.. hahaha~ tengah frust habis sebab tak score..
ReplyDeletehahaha okay kak print la kasi dia. Memang frust lah jawabnya kalau tak score kan
DeleteSetuju.
ReplyDeleteMasa zaman dulu, nak daftar upu pun pergi CC sebab takda internet kat rumah. Dengan bebudak memekak counter strike la dota la, kita ni pulun research satu satu kos yang kita minat, pastu analisis pula kesesuaian dengan result.
balik rumah terang kat parents apa yang kita pilih, kena bangkang, pi balik cc, tukar result.
Kekekeke, masalahnya ada hati isi asasi perubatan la apa, result macam cekodok.
hahahahaa samalah kita mai! serius nak daftar upu kena pergi cc. lepastu banyak kali pergi just to check twice course2 yang dipilih. lepastu rasa nak tukar lagi tu.
Deletetapi dalam banyak2 pilihan tu memang ada satu pilihan yang saja nak pilih, walaupun tak layak tapi minat kah2.
This was actually very informative. I hope students who just recently finished SPM would take your advice :)
ReplyDeleteThanks for the comment. I hope so too :)
DeleteGood job Syed! share pasal benda ni. Akak ko ni dah lama meninggalkan zaman SPM dan belajar and lagipun sekarang mesti dah jauh beza dari segi kredit and qualification nak masuk universiti or apa2 kolej. Kesimpulan SYed buat tuh memang tepat. Nak cerita pasal benda ni memang takkan habis. Terlalu jauh perjalanan ( kalau umur panjang ). Nak masuk Uni, dah kluar Uni, keje pulak. Eh..pelbagai lah kan ? Hehehe..
ReplyDeletehaha sekarang dia punya kredit and qualification untuk masuk U makin sukar kak. soalan-soalan untuk budak2 pun level makin tinggi. jauh beza dengan dulu. Sebab itu kalau nak cakap pasal hala tuju ni sampai bila tak habis sebab banyak sangat hehehe.
DeleteBetul betul betul.
ReplyDeleteLepas SPM trus blur, sbb keputusan sgtlah tak sama dgn course yg bermain dkpla utk further study.
It happen to be another several years to finally realize apa yang nak dikecapi and now I think I found my soul mate job. Hehe. Entrepreneurs ^^
Itulah, kadang2 dalam kepala kita fikir course yang lain, tapi sedar diri tak layak pula haha.
DeleteIt takes time to discover what you really want and congrats for you! I hope you would success with the career of your choice.
Selamat menempuh alam baru ya adik adik
ReplyDelete.
Masa ni lah akan tentukan jatuh bangun kita di kemudian hari
.
Pilih betul betul
Betul tu,
Deletekalau salah pilih memang rasa tak berbaloi and takda semangat nak belajar. Based on other people's experience la not me haha.
Thanks :)
ReplyDeleteanak2 lepasan SPM ni kena ada matlamat dan ibu bapa kena luangkan masa untuk turut sama membantu mereka utk membuat pemilihan selepas SPM selain guru kerana selepas SPM org yang paling dekat adalah keluarga..semoga anak2 lepasan SPM 2016 terus maju dan berjaya
ReplyDeleteSaya setuju dgn akak. Parents kena galakkan anak sekali untuk sambung belajar. Sebab kadang2 saya tengok ada parents yg tak kisah pun bila anak taknak belajar dah. Which saddens me (really). Good luck untuk anak akak juga.
Deletepd sy x kira apa jua matlamat, seharusnya sblm SPM lg da ada target. sy kesian kat sesetgh pelajar, lps dpt result SPM, apply msk IPTA/ IPTS. tp bila da terima dia drop trs dr IPTA/ IPTS tersebut dgn alasan tak boleh bw course tersebut dan plg menyedihkn ada yg trs x nk bljr lg... so, sblm spm lg tetapkn niat, nk belajar ke nk keje lps spm n beritau mak ayah. kalau nk belajar, belajarlah betul2 kalau nk keje, kejelah betul2... yg penting berhentilah susahkan mak ayah...
ReplyDeleteSetuju sangat sangat dengan anies. Memang sepatutnya terget tu kena mula even before SPM lagi kan? Itulah masalahnya bila tak pilih betul2 end up mak bapak yang susah nanti. Dah bayar yuran semua tapi taknak belajar. Sebelum buat apa2 keputusan consider kita punya parents dulu.
DeleteMinat tu sangat penting sebab kalau tak minat memang belajar/ kerja tu akan jadi satu bebanan. Tapi, kalau dah terlanjur masuk ke kos yang tak minat kenalah berusaha untuk minatkan diri. Jangan cepat putus asa..
ReplyDeleteBetul tu Fatihah. Kalau kita minat, kita tak rasa pun benda tu satu bebanan. Rasa seronok je belajar kan. Walau apa pun, kalau kita dah pilih sesuatu jalan tu, berusahalah untuk teruskan.
Deletelepas SPM, sambung form 6. bahagia jadi student STPM 😁 belanja pon jimat 😉 result gempak ataupun tak, yang penting kena ingat; perjalanan kita masih jauh
ReplyDeleteyesss memang jimat belanja sebab duduk rumah kan hehe. tapi tu la dengar cerita STPM susah sangat haha.
Deletenonono, start umo 13-24 sy duk jauh dari family 😊 dulu2, susah jugalah STPM ni. skrg, ikut format U. senang sikit 😉
DeleteWaaaaaa ambik STPM pun duduk jauh eh? hebat la. tabik2. Aah sekarang dah ada pointer kan..
Delete