Thursday, March 30, 2017

CARA UNTUK MENGAWAL PERASAAN MARAH

Cara untuk mengawal perasaan marah

Assalamualaikum dan Hi!

Manusia dikurniakan dengan pelbagai emosi atau perasaan seperti sayang, marah, benci, putus asa, sedih, kecewa, gembira, teruja dan sebagainya baik dari segi yang negatif ataupun yang positif. Dengan adanya perasaan inilah yang menjadikan manusia ni bagi aku satu ciptaan yang unik dan sempurna. Cuba bayangkan macam mana hidup kita tanpa semua perasaan ini? sudah pasti hidup kita seolah-olah tidak bermakna. Namun begitu, emosi yang ada pada kita semua haruslah dikendalikan dengan baik. Maksudnya, jangan terikut-ikut sangat dengan perasaan kita terutamanya yang negatif.

Entry pada kali ini aku ingin menulis tentang cara untuk kita mengawal diri kita ketika marah. Ia juga merupakan satu nasihat seorang Syed kepada dirinya senduri. Lain orang lain dia punya tahap kesabaran. Ada yang memang panas baran tetapi ada orang pula yang memang jenis tahap kesabaran dia tinggi. Orang buat macam mana pun dia senyum sahaja, jarang nak tengok dia marah. Aku bersyukur kerana aku merupakan salah seorang yang dikurniakan sifat sabar yang tinggi. Tapi ada pepatah mengatakan "jaga-jaga marah orang yang sabar". Maknanya orang yang sabar ni, bila dia meletup kau memang tak boleh imagine macam mana.

Aku paling tak suka tengok orang yang suka marah-marah. Kalau setakat marah macamtu sahaja takpalah aku boleh terima ni habis semua carutan keluar. Kadang-kadang marah untuk benda yang kecil saja pun. Aku tak suka betul dengar orang mencarut. Benda boleh settle kot, tapi kalau kau mencarut macam mana pun bukannya benda yang berlaku boleh jadi lebih baik. So, jangan diikut sangat perasaan marah tu. Berikut merupakan beberapa perkara yang aku akan buat bila aku tengah marah.
#1 Think before you speak
Think before you speak

Kadang-kadang tak dinafikan la, bila tengah marah semua benda kita nak sembur je depan muka orang yang buat kita marah tu. Tapi, sebelum kau buat macam tu, sila fikir consequences apa yang bakal kau hadapi. Memang lah kalau ikut hati kau akan rasa puas lepas kau cakap apa yang kau nak, tapi percayalah you'll regret it later. Marah ni sifat syaitan, bila kita marah berjoget lah dia tengok kita berjaya termakan hasutan dia (tiba-tiba teringat cerita syaitan gemuk dan kurus dalam majalah ASUH yang aku selalu layan waktu kecil dulu). Sebelum cakap sesuatu tu, fikir balik apa punca dan di mana silapnya sampai perkara yang jadi tu boleh buat kau marah. Mungkin bila kau fikir balik, punca dia sebenarnya datang dari diri kau sendiri juga.
#2 Jauhkan diri daripada orang yang buat kau marah
Kalau aku marah, memang aku akan jauhkan diri aku daripada orang instead of confront orang tu. Bukannya pengecut ke apa tapi bagi aku, orang yang buat aku marah tu kena tahu apa yang dia cakap atau buat tu dah mengguris perasaan orang lain. Kalau nak marah dan serang orang yang buat kau marah pun tak guna juga bukannya kau dapat apa pun. Lepastu nanti aku akan buat silent treatment la (tak bercakap dengan orang tu untuk beberapa tempoh, atau sampai dia yang tegur aku dulu haha). Aku ni sejenis yang pemaaf dan cepat reda bila marah, kadang-kadang tertegur juga sebab lupa tengah marah sebelum tu kahkah.
#3 Jauhkan diri dari media sosial
Bila marah, tolonglah jangan buka akaun social media kau. Nanti kau akan cenderung untuk melampiaskan segala kemarahan kau dekat situ. I've been there and done all that. Dulu zaman aku ada blog lama, aku siap tulis satu entry khas lagi untuk orang yang buat aku marah. Sangat childish perangai aku . Lepastu bila ada tak puas hati ke apa, terus keluar status dekat facebook. Entahlah apa aku fikir dulu, rasa macam aku perlu update dekat media sosial aku supaya orang yang buat aku marah tu dia akan baca dan dia pun akan sedar kesalahan dia, Itu je niat aku sebenarnya. Takdalah sampai aku nak satu dunia tahu perangai buruk dia dan apa yang dia dah buat kat aku. Sekarang ni aku makin matang dah la kot dah takda buat benda macamtu dah hehe.

Jangan contohi perangai buruk ini
Ni contoh post aku dulu. Time ni memang aku tengah marah tahap tak boleh nak describe but no one was there to calm me down hahahah! Time ni budak-budak lagi. 18 tahun kot. Aku dah dikira buka aib sendiri ke macam mana ni? 
#4 Berkongsi cerita
Bagi aku, kalau aku tengah marah ke apa, aku perlukan seseorang untuk mendengar cerita aku. Aku akan cerita lah dekat dia siapa dan apa yang membuatkan aku marah dan takda mood. Orang yang mendengar tu pulak kenalah respond dekat aku punya cerita tu and help me to rationalize my thoughts. Bila aku dah cerita, dan orang yang dengar tu pun berpihak kepada aku, aku terus rasa macam aku power ah. Rasa macam aku dipihak yang benar! hahaha okay. Trust me, it works! kau akan rasa lega bila dah cerita masalah kau dan automatik perasaan marah tu slow-slow beransur hilang hehe.

Marah itu sifat Syaitan

Marah adalah satu antara panah panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindari marah supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Dipetik dari 30 wasiat imam syafii (sumber gambar daripada Google)

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Marah

Here's a dua for us to control our anger found in Google. I hope it helps us to become a better person. *Kenapa tetiba speaking ni. Kesimpulannya, jangan ikutkan perasaan. Cuba didik diri supaya jadi orang yang sabar. Bukan senang nak menahan marah ni especially bila kau tahu kau tak bersalah kan. Tapi teruskan mencuba. May Allah ease 😍🙏

84 comments :

  1. selalunya mcam tu...bila dah marah ni,macam-macam perkataan boleh keluar..

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa, sebab itu kena fikir dulu sebelum cakap apa2 hehe.

      Delete
  2. nasib liez bukan jenis yang klau marah kluar perkataan lucah ke apa kan... klau marah selalu dalam hati... tapi mmg lama la nak reda marah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macamtu takpa lah kak. Kalau keluar perkataan lucah lagi2 perempuan tak sedap sangat dengar hehe.

      Delete
  3. pernah marah dan sampai pukul orang sebab dah sabar byk tahun dah. hahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhhh serius sampai pukul orang? haha ganas juga ya.

      Delete
  4. Akk dh makin beranjak usia ni in shaa Allah dah makin bijak mengawal emosi. Dulu2 pemarah juga tapi tkdelah smp keluar perkataan yg mencarut2 tu, kadang tk berani pun nk marah depan2, tapi marah belakang2 je, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah. selalu marah belakang2 ja. bila makin banyak pengalaman hidup, makin matanglah kita. Sebab itulah makin bijak mengawal emosi hehe betuk tak konklusi saya ni kak.

      Delete
  5. Bila marah, I tend to keep quiet and jauhkan diri. Biar marah tu reda sendiri. Takut kalau bertikam lidah, lagi buruk jadinya. 🙊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, betul. Syed pun jenis yang malas nak cakap banyak. Especially kalau orang yang rasa dia je betul haih.

      Delete
  6. perasaan marah ni mmg datang tanpa diundang tp sebaiknya kalau tengah marah perbanyakkan doa dan istigfar..InsyaaAllah akan terasa sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Doa dan istigfar sambil urut dada. fuhhhh.

      Delete
  7. aku pernah marah dengan someone ni and aku main lepas cakap jak apa yang aku nak cakap tapi lepas tu bila aku dah tenang timbul pula rasa menyesal and last-last aku pulak yang pi minta maaf dekat orang tu..huhuhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalunya kita akan menyesali apa yang kita cakap ketika kita marah. Kadang bila kita marah tak sedar pun apa yang kita cakap tu melampau sebenarnya.

      Delete
  8. yg bab media sosial tu kadang2 lela pun rasa nak tulis kat situ. tapi pikir balik, tak elok kot nak cerita kat satu dunia. terus batalkan niat. kalau dah marah sngt tu biasa lela cerita kat kawan atau senyum ja. kadang senyum pon boleh hilang rasa marrah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu zaman tak matang syed selalu juga la tulis kat media sosial haha. Sekarang ni better diamkan diri ja. Biarlah orang nak buat apa, cerita dekat kawan memang sangat membantu. Senyum tu, kalau ada benda nak disenyum ok la haha.

      Delete
  9. Setuju dengan semua cara tu :) Kalau sy, kalau betul hati kepanasan tengah marah, pegi ambik wuduk pastu tidur. T_T Memang tak elok sgt tidur dalam keadaan marah, tapi sebelum tidur tuu cuba tenangkan fikiran, bagitahu diri sendiri yg nanti2 kita fikir nak buat apa.

    Think before you speak tu... hm memang faham sangat. Bila marah, semua benda nak keluar, pastu nyesal sendiri sbb terlepas cakap. Kadang2 isu tak berat mana terus jadi serious hanya sebab kata-kata kita. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa setuju juga dengan cara hanis tu sebab saya pun pernah buat macamtu. Lepas bangun tidur tu terus rasa takda masalah dah hehe.

      Betul, kata-kata kan lebih tajam dari mata pedang. Jadi, sebelum kita nak berkata sesuatu tu kena make sure tak melampau especially bila tengah marah kan?

      Delete
  10. Macam akak..anak-anak lah yang macam selalu nak kena marah. Haishh...kurang kesabaran betul. Bab jauhkan diri dari orang yg buat kita marah tuh setuju! macam ngan budak-budak ni, kalau derang tgh tantru, memang akak tinggalkan dulu. Sebab takut nanti kita tengah marah buat benda yang tak sepatutnya. Macam mencarut, melepuk dan sebagainya. HAHAHAH! owh yer..Marah tuh kawan syaitan. Syaitan pula dibuat dari api..maka lawannya adalah air..sesuatu yang boleh cooling down kan kita. Maka, selepas berdoa ..ambillah wudhu'. Istighfar...InshaALLAH..tenang semula. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa betul tu akak. jangan bagi anak-anak tengok perangai buruk kita kan. Nanti jadi ikutan dia pulak and nanti dia kata "mak buat boleh kenapa kitorang tak boleh? haaa. Setuju sangat yang tu kak, ambil wuduk dan istighfar sangat membantu untuk hilangkan rasa marah :')

      Delete
  11. Hmm.. Baru berkerut tengok video budak penang nama farah tu duk mencarut, sekali syed up entry ni.. Inspired dari dia ke macam mana? haha.. Tapi betul la, anis pun pernah gak up status memarah, update blog bagai but now dah malas nak update2.. Benda tak perlu dihebohkan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haihhhhh budak penang tu attention seeker la menyampah la tengok video dia tolong la sesiapa nasihatkan dia haha. Itu tandanya anis dah semakin matang. tahniahh.

      Delete
  12. Terasa diamuk marah ambil wuduk sejuk hati

    ReplyDelete
  13. Akak jenis cepat marah / susah nak mengawal kemarahan & lambat sejuk. So untuk mengelakkan akak marah, akak x berkawan dengan orang yg tak jaga bahasa @ sejenis manusia yang suka menimbulkan kemarahan.

    Dulu2 terluah jugak kat Media sosial & lepas tu rasa lega, Lepas tu delete balik pastu rasa sia2 jer. Sekarang, bila time marah.. elakkan dari jumpa orang @ bukak FB dll tu... nanti lagi sakit ati,.

    Abis2 marah, nangis jer la lepas rasa. Pastu lega,,.,.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya walaupun bukan jenis pemarah tapi memang elakkan daripada kawan dengan orang yang tak reti jaga bahasa haha. Betul tu kak, bila baca balik post2 yang marah2 tu rasa sia-sia je and tak matang sangat rasanya. Saya pula akan cerita dekat orang lepastu nanti lega sikit haha.

      Delete
  14. Susah juga Mai memang jenis cepat naik angin, tapi nasib baik cepat reda dan sejuk. Thanks tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpalah kalau jenis cepat sejuk hehee. Sesama.

      Delete
  15. Org tgh marah then update dekat media sosial kemarahan dia tu rasa mcm menunjukkan kelemahan sendiri. Lg2 bila guna perkataan yg tak sedap di baca. Come on lah, be matured. Pikir sepoloh kali dulu before nak posting tu. Kalau tak nak pikir pun buat something else dulu. InsyaAllah hlg sikit rasa marah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, especially bila perkataan mencarut sampai berbakul-bakul. Serius macam budak-budak padahal umur dah 20 lebih dah. Kalau sibukkan diri kita dengan benda lain pun boleh hilang juga rasa marah tu kan hehe.

      Delete
  16. thanks for sharing syed. elsa kalau tengah marah, elsa pergi carik media sosial. sangat tak matang. tapi tu dulu. sekarang lantak laa orang nak buat kita marah pun huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita elsa. Syed pun akan diam ja malas nak kata apa and pada masa yang sama cerita dekat kawan bagi rasa lega sikit haha.

      Delete
  17. hurmm tu la.. bila dh nak marah macam2 boleh keluarkan.. kene kawal diri.. paling penting kawal mulut.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beutl tu kak, bila tengah marah dah tak sedar dah benda yang keluar dari mulut ni haha.

      Delete
  18. Pengalaman yang pelbagai akan mengajar kita mengawal kemarahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman mematangkan kita dan cara kita berfikir hehe.

      Delete
  19. bila dah jadi cikgu nanti, hari2 rasa macam nak meletup je dengan perangai budak2..huhu..sabo je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa itulah. budak2 sekarang ni hebat2 belaka perangainya hahah nervous pula nak masuk sekolah.

      Delete
  20. Betul tak gemar betul dgn yg suka marah2 sampai carut2. btw nice tips Syed. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, benda boleh settle kot kalau cakap elok2 pun. thanks :)

      Delete
  21. Kalau masa marah tu tgh diri, duduklah....kalau tgh baring, bawak bawaklah tidur hihi....Insyaallah bangun dah hilang marah tu.

    Hakak pun kalau tgh marah, suka diam Syed. Tunggu kena pujuk haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi setuju kak, saya kalau geram sangat saya tidur juga kadang2 lepastu bangun nanti elok la haha.

      Amboiii nak dipujuk2 hihihi.

      Delete
  22. Marah pun biar bertempat dan jaga juga adab kita tu. Ni marah sampai carut marut nanti dengar dek pelancong asing buat malu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kalau diorang faham la buat malu ja. Mana pergi adab ketimuran kita tu hehe.

      Delete
  23. "When you are angry, be silent."

    Akak pantang betul bila dengar org maki hamun atau melucah bila marah.. Rasa geram dan secara x langsung orang itu menunjukkan betapa sempitnya pemikiran. Bila marah elok kawal emosi dan cerita dgn kawan2 yg memahami.. Setuju dengan entry Cikgu, terbaik! 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, diam itu ialah yang sebaiknya. Kalau bercakap nanti lagi banyak konflik akan datang. Betul tu kak, macam tak boleh cakap elok elok ja kan. Thanks kak :)

      Delete
    2. betul diam lebih baik dari marah-marah

      Delete
  24. Mek antara yg jenis tk bleh control anger. Mek jenis berterus terang klau mek tk suka. Hihi. Contohnya klau pegi mall, cashier letak barang dlm plastik tp dgn campak campak gitu, ak sound direct je. Tk nk keje berhenti je la. Tk yh paksa diri. Entah la, kadang elok pulak mek ckp tp klau mood hr tu pun dh swing, harap paham lerr :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihhhh serius lah akak jenis yang macam tu? takutnya haha. lepastu orang yang kena sound tu dia respond macam mana kak? memang sentap la kalau kena kahkah. Saya selalu kata belakang2 je kat cashier macamtu.

      Delete
    2. Kak Mek sebijik macam abang ipar Mai. Dia pun sound setepek tambah kalau muka ketat lagi cepat dia sound. sebab dia pun kerja layan customers juga, hotel pula tu, kalau tak senyum mampus kena report. Dia tak suka orang layan customer cincai2 je. Kami yang tengok ni mampu terkebil2 jela, takut sekali,haha.

      Delete
    3. Lebih kuranglaa kita. Kalau tgk cashier muka masam ke, saya akan cakap kat dia senyuum sikit. Sambil buat muka comel dan bagi senyuman paling manis kat cashier tuh. Hahaha

      Delete
  25. apa yg sy perasan... zaman2 x matang dulu kalau nak marah main lps je... tp bila dah berakal sikit.... kita jd 'bijak' nak kawal... hahahahaha bijak laa sgt kannnn


    tp serius laa sy x suka org yg marah smpi mencarut2 dan keluar perkataan yg x senonoh... dah serupa kena rasuk setan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu haha sebab dah banyak pengalaman hidup kan, indirectly kita akan jadi lebih matang dan bijak mengawal emosi hehe.

      Tahu takpa, macam tak perlu kot kalau sampai nak mencarut semua tu.

      Delete
  26. Boleh tahan panas jugak topik yang Syed kupaskan ni hahahaha baca pada komen gerun kita dibuatnya 😂 ira pun ada barannya tapi masih ditahap terkawal. Kalau luar kawal tu haaa orang tu betul2 cari pasal la dengan ira hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah haha macam-macam pula comment yang diterima. Setiap manusia tu ada limit dia kan. Kalau orang dah lebih daripada limit yang kita tetapkan memang nahas la. hehehe.

      Delete
  27. serious saya membaca entry ni dari atas sampai habis.. good tips syed..

    ReplyDelete
  28. Nice tips Syed. Akak memang jenis kuat marah, lepas tu kalau dah marah, segala carutan terkeluar tanpa sengaja. Opsss. DULU laa. Sekarang akak boleh2 kurangkan marah, kalau rasa marah, akak bukak Youtube, tengok channel makan. Takpun, akak duduk diam2 lepastu istighfar.
    .
    Semoga berganda pahala Syed kongsi tips yang baik ni. Ilmiah sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Tahniah di atas perubahan akak tu hehe. Aminnn terima kasih kak.

      Delete
  29. Replies
    1. Betul tu, sebab itu kita kena berjaga-jaga dengan apa yang bakal kita tuturkan.

      Delete
  30. busyra kalau time marah. diam ja. haha.. lepas tu story dkt org terdekat.. lama2 okay la..

    ReplyDelete
  31. Setuju dengan apa yang Syed tulis tu.

    Itulah sebenarnya faktor usia pun memainkan peranan jugak tahap kemarahan dan panas baran orang tu macam mana.

    Contohnya Mrs. A sendiri dulu zaman muda remaja suka aje balas balik kalau orang marah kat Mrs. A tapi sekarang cool aje sebab bila difikirkan balik diam adalah lebih baik dari berkata-kata. Tak payahlah layan orang mentaliti jamban cenggitu.

    Mujurlah Mrs.A bukan jenis suka up status kat media sosial. Kalau dah teruk sangat luah rasa kat blog aje itu pasal yang ada 'label luah rasa' tu ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, sebab saya rasa pengalaman hidup dah makin lama makin banyak and ia menjadikan kita lebih matang dalam mengawal perasaan kita.

      hahahaha saya dulu suka sangatlah up status kat media sosial, sekarang dah insaf dah.

      Delete
  32. no #3 tu terkena batang hidung I hahaha. Pernah satu masa tu kutuk member dekat twitter sebab tak puas hati sampai bergaduh tak bertegur almost 3 years. memang sejak tu jadi pengajaran, kena kawal emosi marah dan jauhkan diri dari media sosial bila tengah marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa serius ke lya. apasal lama sangat tu sampai nak dekat 3 tahun. hebat betul. kalau syed memang tak boleh macamtu hahahaa. kalau gaduh tu kejap je dah hilang dah nak marah tu. tapi memang penting untuk jauhkan diri dari media sosial bila marah hehe.

      Delete
  33. Marah nie memang kawan syaitan... Kalau memuda dulu memang cepat naik angin.. pantang terusik je, mulalah.. tapi skrg dah berusia, malas nak layan.. selalunya akan jauhkan diri dari org yang boleh mendatangkan marah nie.. malas nak layan sebab kalau terlalu marah nanti akak yg nangis.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya lah kan kak, saya rasa pengalaman ni mematangkan kita. lebih berpengalaman atau lebih lama kita hidup kat dunia ni makin bijak kita membuat keputusan untuk diri kita hehe.

      Delete
  34. Kadang2 bila kita dah sampai satu tahap berapi bagai mmg tersembur laaa jugak api kemarahan..setiap orang ada tahap sabar masing2..selagi blh sabar kena sabar tapi bila selalu sangat terkena kita nak jugak fire fire fire..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa kan kak. tengok keadaan la. manusia ni ada limit, kalau dah lama sangat sabar tak boleh juga kadang2 haha.

      Delete
  35. Saya kalau rasa nak marah sangat-sangat, pergi mandi terus. Sejukkan badan. haha. Reda la sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhh cara yang bagus tu hehehe sebab lawan api dengan air kan :)

      Delete
  36. Aku bukan jenis yg suka marah. Tapi bila enjin dah panas dan terbakar mmg meletop kuat. Selalunya bila ada org cuba buat aku marah, aku pekakkan telinga dan cuba tarik nafas sedalam yg boleh. Sabar selagi boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa aku pun sama macam ko la bro hha. selagi boleh sabar, sabar ja kan. kalau tak boleh memang terpaksa lepas kat situ la.

      Delete
  37. pernah marah yg betul2 marah, pastu post di fb. aduhhh, malu plak lepas post tu, cecepat padam padahal dah ramai yg baca. jd skrg ni, kalau dah marah cecepat gi amik wudhu then makan atau jalan2. x pun melalak dengan suara yg sumbang :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kebanyakannya ramai yang pernah buat perkara macamni dan bila baca balik akan menyesal. Melalak dengan suara sumbang pun membantu eh haha.

      Delete
  38. Thanks for sharing this syed...
    Mrs pip kalau marah, senang cerita pi tidur... tu kalau kat rumah lah...
    Dulu time still kerja, kalau marah dgn subcon (subcon selalu taici buat mrs pip hangin), masuk pantry buat minuman layan hati sendiri...
    Hope kita semua mampu kawal perasaan marah, risau kalau terlalu ikutkan hati marah, boleh buat benda tak elok nnt...
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure kak. tidur memang membantu juga haha sebab bila bangun tu terus dah hilang masalah. Orang kata, ikut rasa binasa. so, janganlah diikut sangat perasaan tu hehe.

      Delete
  39. sabar... sabar... sabar... istighfar. gi minum air.
    lupakan kemarahan tadi tu :)

    ReplyDelete
  40. Kalau bab jauhkan diri daripada media sosial memang paling setuju lah. Tambah lagi twitter. Haha. Medium yang kita boleh tweet every seconds. Bahaya gak tu kalau marah dan sembur semua kat situ. Boleh malukan diri juga nanye. Huhu.

    Kalau Siqah, suka sembur dalam diari. Ada aplikasi diary dalam phone. Marah kat situ jela. Kita je boleh baca.. dan yes, app diari pun ada lock password juga :D

    ReplyDelete