Salam dan Hi! buat semua pengunjung setia blog Seorang Syed (feeling ada pengunjung setia yang tak tahan tu hahaha)
Okay sebelum aku mulakan entry aku pada hari ini, aku nak tanya korang "Apa perkara yang dititikberatkan oleh korang sebelum pergi travel?". Kalau tanya aku, mesti aku lebih risaukan tentang harga tiket kapal terbang dan juga harga hotel. Dua benda ni sahaja yang memerlukan kita untuk memilih dengan bijak. Pada pendapat aku, kalau kita dapat cari harga tiket kapal terbang dan juga harga hotel yang murah dan berpatutan, at least dapat jimat duit kita untuk berbelanja beli souvenir nak bagi dekat rakan-rakan dan family. Sebab itu sebelum kita pergi travel, kita kena rancang perjalanan kita dengan baik dan survey hotel-hotel yang terbaik dan berpatutan ditempat yang kita nak pergi tu. Kalau nak naik flight pula, make sure korang book awal-awal dan survey tiket flight yang termurah.
Sekarang ni kalau korang nak travel mana-mana pun dah mudah, semuanya ada di hujung jari. Nak booking hotel? flight? semuanya senang. Kita hanya perlu buka laptop/phone kemudian klik sahaja mana yang kita nak. Banyak pilihan pula tu untuk kita survey yang terbaik. Sebagai pengguna, kita kena bijak buat pilihan. Harini aku ada berita baik untuk korang yang gemar travel dan teringin nak travel dengan murah. serius aku excited nak ceritakan tentang benda ni. so, tolong baca dengan penuh fokus dan perhatian kerana setiap bait kata-kata seorang Syed amat bermakna. kahkah.
Entry kali ni aku akan cerita tentang Traveloka. Aku percaya ramai yang tahu tentang kewujudan traveloka ni kan? Aku sendiri pun tahu walaupun bukan seorang yang selalu sangat pergi travel sana sini sebab traveloka ni bagi aku memang satu website yang famous untuk kau buka bila nak cari flight dan juga hotel. Buat yang masih tak tahu Traveloka ni apa, meh sini aku nak cerita sikit.
ABOUT TRAVELOKA
Traveloka ni actually satu platform yang disediakan untuk korang menempah flight ataupun hotel sebelum korang pergi travel sama ada destinasi di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan adanya traveloka ni, korang tak perlu gelabah lagi dah nak book satu-satu. Semuanya korang boleh settlekan dengan hanya menggunakan satu platform sahaja. Selain itu, traveloka ni sangat memudahkan pengguna sebab selain dari website, korang juga boleh download application traveloka ni di peranti mudah alih korang!
Kalau nak cakap pasal harga pula, memang harga yang ditawarkan agak murah sebab traveloka selalu buat promotion yang kaw-kaw punya. Lagi satu, bila korang search mana-mana hotel, harga yang dipaparkan itu ialah harga yang korang kena bayar. NO HIDDEN CHARGES. Sesetengah website hanya tunjukkan harga yang belum ditambah dengan pelbagai charges. Tapi dengan traveloka, "what you see is what you get". Kalau korang tengok harga hotel tu RM1, RM1 lah korang kena bayar (ada ke hotel RM1? parking pun ada yang berpuluh ringgit hahahaha).
THE TRAVELOKA SALE-ABRATION
KLIK GAMBAR UNTUK KE PAGE PROMOSI |
Untuk pengetahuan semua, bulan Mac ni, pihak Traveloka telah melancarkan sale besar-besaran untuk menunaikan hajat-hajat orang ramai yang nak pergi bercuti untuk book tiket flight murah ke pelbagai destinasi dan juga tawaran hotel-hotel yang terbaik! Tarikh untuk korang book hotel dan flight bermula dari 10 Mac sehingga 31 Mac 2017. Banyak lagi masa ni untuk plan perjalanan anda. Ada dua tawaran yang menarik untuk SALE-ABRATION (fancy spelling of celebration lol) yang dilancarkan oleh Traveloka. Pertama sekali ialah tawaran flight dan yang kedua pula tawaran hotel.
FLIGHT DEALS
Deals so fly, you'll be on Cloud Nine!
Untuk flight deals, harga yang ditawarkan oleh pihak Traveloka ialah serendah RM39 termasuk flight domestik mahupun international. Bagi aku, personally memang tawaran ni sangat berbaloi. Kenapa? kalau korang naik bas pun, silap haribulan harga tiket bas lagi mahal dari harga tiket flight yang ditawarkan. Dengan harga serendah RM39 di Traveloka, korang berpeluang untuk ke Ho Chi Minh City, Jakarta, Bangkok, Shanghai dan pelbagai destinasi lagi. Bukan itu sahaja, korang juga boleh pilih mengikut airlines mana yang korang nak. Bila dah boleh pilih tu, maknanya kena pandailah korang pilih mengikut budget yang korang ada. Kalau destinasi yang korang nak pergi masih tiada dalam list, korang sabar lah kejap nanti Traveloka akan update destinasi lain.
Kalau korang masih belum puas hati dengan tawaran yang diberikan, korang boleh dapat 8% discount bila korang gunakan code DEALFLY di halaman pembayaran (semasa korang nak bayar tiket tu lah). Kalau aku ada duit ni dah lama dah aku beli tiket flight pergi Sabah atau Sarawak! menggugat keimanan betul bila aku tengok harga-harga flight tu tadi hehe.
Macam mana? berminat tak dengan tawaran yang diberikan oleh Traveloka? Kalau berminat dan ingin rancang percutian anda sekarang, boleh berkunjung ke website https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration/deals-so-fly ataupun install sahaja application Traveloka secara PERCUMA. Booking period untuk promosi ini hanyalah dari 10 Mac sehingga 31 Mac sahaja. Manakala, waktu untuk travel tu pula mengikut flight yang telah ditetapkan dan yang korang pilih. Jangan lambat-lambat nanti terlepas flight pulak!
HOTEL DEALS
Sale Away to a Great Hotel Stay!
Bagi aku, kalau nak pergi travel ni memang hotel la paling susah nak dicari haha. Kita ni kadang-kadang nak yang murah dan selesa. Tapi yang mahal pun kadang-kadang tak selesa mana pun, selalu tertipu lagi-lagi kalau cari hotel on-the-spot. Dengan adanya Traveloka, korang tak payah pening kepala nak pusing bandar cari hotel sendiri. Cari sahaja di website Traveloka dan book secara online. Sekarang ni 10-31 Mac 2017 memang ada diskaun sehingga 79% untuk hotel!. Cakap sahaja nak hotel dekat mana, Kuala Lumpur? Melaka? Johor? Singapore? Jakarta? Bangkok? semua ada.
Banyak senarai hotel-hotel yang ada di Traveloka ni dan korang kena bijak lah memilih nak yang mana satu. Kalau rasa tak yakin dengan hotel tu, tekan dulu book tu dan boleh baca review pengunjung di Trip Advisor. Kalau banyak review yang positif, maknanya hotel tu bagus lah. Sekarang dah mudah dah. Semua benda korang boleh refer dekat internet. Lagi satu, nampak tak ada rate bintang dekat situ? Kalau ada satu bintang tu, bagi aku bukannya teruk servis dia. Cuma mungkin hotel tu masih baru dan tak ramai lagi yang review. So, apa-apa hal pun korang kena tengok budget korang dan jangan lupa buat research sikit tentang kedudukan hotel semua. Itu penting juga untuk mengelakkan korang berjalan jauh semasa travel ke sesuatu tempat kan? Lebih menarik lagi, pihak hotel yang dipilih oleh Traveloka juga memang berdasarkan keperluan travel kita. Sebagai contoh, untuk mengenal tradisi dan budaya, untuk melihat pemandangan indah, untuk melawat bandar dan sebagainya. Lain hotel lain konsep dia. Ada juga hotel yang untuk bagpackers. Faham tak?
Korang rasa tak cukup jimat lagi ke? Kalau macamtu, korang juga boleh gunakan code DEALSTAY (sah sehingga 19 Mac sahaja) dan nikmati 15% tambahan diskaun sewaktu anda membuat pembayaran. Cool kan? Harga hotel dah murah lepastu dapat guna kupon lagi untuk tambah potongan. Senang cerita memang rugilah kalau siapa yang tak gunakan Traveloka ni untuk book hotel.
Untuk booking hotel pula, korang boleh berkunjung ke website https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration/hot-deals dan bersedia untuk nikmati diskaun yang menarik oleh pihak Traveloka! Ingin saya ingatkan bahawa tarikh tempahan hotel hanyalah bermula pada 10 Mac sehingga 31 Mach 2017 sahaja. Manakala, tarikh untuk anda tinggal di hotel bergantung kepada hotel tersebut. Different hotel has different stay period, so korang kena tengok elok-elok ya dekat bawah tu. Jangan silap tarikh pula!
HOW TO CONTACT TRAVELOKA
Customer Service
+60-15-4840-9469
ok sangat lah tu..musim cuti sekolah ni kena cepat2 book
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
betul tu kak, dapat murah sikit kan hehee.
DeleteANDA DI TAG ! HAHA =D
ReplyDeletehttp://www.jun-zie.com/2017/03/the-sunshine-blogger-award-mrs-shikin.html
Wahhh thanks, nanti kalau ada idea syed nak jawab hehe.
Deletewahhh menarik nih...klu dpt tiket murah, penginapan murah..dah blh bajet lebih sikit tang shopping..
ReplyDeleteehhhhh :p
Betul tu. kalau boleh taknak spend banyak sangat untuk hotel kan?
Deletewahh bestnya!
ReplyDeletehaaaa boleh la book kalau macamtu hehe.
Deletekontot sgt jangka ms yg diberi tu... x dan nk memikir nk pegi mn ;-)
ReplyDeletehaha boleh ja anies. sempat lagi ni rasanya. kena fikir cepat2 la hehe.
DeleteBestnyaa pi travel. Saya pun kalau nak ke mana-mana and nak cari penginapan memang akan pakai traveloka je. Sebab dia dah bandingkan hotel2 yang wujud kan.
ReplyDeleteLepastu sort from lower price to higher price. Nampak tak fokus nak cari hotel murah kat situ~
hahahaha yeahhh bagus kan? boleh survey dengan mudah la macamtu bila dah di sort out kan.
Deletesis pun ada tulis juga tentang traveloka.. tahniah sahabat :D
ReplyDeletehttp://sishawa.blogspot.my/2017/03/sale-abration-kempen-terbaru-traveloka.html
Yeah tahniahhh sis! :)
Deletenak try la, ni nak cuti sekolah dah
ReplyDeleteTry lah kak, boleh bawa anak-anak pergi jalan sekali :)
Deletewah !!! bestnye !!! dah boleh plan nak g bercuti nih..
ReplyDeletehaaaa menarik kan promosi dia? boleh plan dah nak bawa satu family travel! hehe.
Deletemenarik ni
ReplyDeleteMemang sangat menarik! :)
Deleteyeahhh.. sy pngguna traveloka. hehe
ReplyDeleteRamai juga pengguna traveloka ni! bolehlah book tiket sementara murah ni hehe.
DeleteBolehlah mula merancang percutian ni
ReplyDeleteBetul sangat tu kak :)
Deletemurah tu murah dah. tpi skrg bizi dgn projek. tak dapet la cek nak travel.
ReplyDeleteTakpelah, kalau macamtu fokus dekat mana yang lebih penting dulu la kan? hehe next time la maybe.
DeleteAdoiiii bestnyaaa pergi travel. Jalan jalan cari makan. Lepas ni boleh refer traveloka je, takyah susah susah. Yang penting, kumpul duit dulu! Haha..
ReplyDeleteYeahhhh! bila ada duit semua pun jalan kan? guna traveloka ni memang mudah! :)
DeleteI always love this kind of website, it helps a lot to compare and some even give reduced price after spending or booking a lot via them. :)
ReplyDeleteTak mampu nak plan awal2, huhu banyak trip saya last minute. Tapi kalau saya sendiri, transportation antara yg diutamakan harganya. Selalunya mmg akan ada penginapan yang okay.. kalau kat luar negara, hostel is still okay to be considered. Kualiti diberi boleh nak compare dgn hotel 2 bintang camtu :D
hanisamanina.com
Right? and it's even cheaper from the actual price we get in the hotel official website.
DeleteSebab awak memang dah duduk dekat sana kot, so memang takda masalah dah nak naik flight kan? kalau dekat sana guna train banyak kan? (memandai ja haha). Hostel tu kalau boleh cukup untuk tidur jadilah, tak perlu nak fancy2 sangat melainkan nak honeymoon ke apa ok lah. eh.
Jangan lepaskan peluang.
ReplyDeleteYeah. pakcik tak nak pergi ke?
DeleteTempoh dia pendek so I'll have to say goodbye to this.. Q_Q
ReplyDeleteSyed dah book tiket flight ke? XD
hahahaha syed nak book pakai apa la anis?
DeleteI have to say goodbye too. sobs.
Setuju bab nak cari hotel tuh. Ya amppunn! bergigih kan cari. Kadang tuh akak amik masa berhari-hari tau. Tak campur iklan lain kat rumah ni. Lepas tuh akak kena cari bilik yang boleh muat dengan kanak-kanak syomel kat rumah ni. Sadisnya kadang tuh bila dah check in, tak seperti yang dibaca dan diimaginasikan. Selalunya, mindset dah siap2 cakap...jangan high expectation sangat. Hehehe..tade la frust menonggeng.
ReplyDeletewaaaaa struggle juga kan nak cari hotel ni hehehe. Itulah pasal, kadang2 tengok macma menarik so kita pun expect tinggi la. tapi bila pergi indah khabar dari rupa ja kan. kena baca review dari tripadvisor dulu la before booking.
DeleteMasih lagi survey hotel..
ReplyDeleteinsyaAllah akan gunakan traveloka...
hehehe ok Nieyl. Traveloka ni memang memudahkan :)
DeleteAlaaa baru balik tioman ni, tgk seorang syed buat review rasa nak pegi sekali lagi hahahaaa
ReplyDeleteFuyohhhh balik Tioman! hehehe. Pergi la lagi sekali.
DeleteMasih lagi survey hotel..
ReplyDeleteinsyaAllah akan gunakan traveloka...
Meh join...
http://seindahcerita.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-seindahcerita-by-nieyl.html
Thanks for the invitation! :')
Deletekalau pi bercuti, harga tempat penginapan & pengangkutan yang merisaukan. cuti skola ni duk uma ja. jiran sebelah buat kenduri kawen 😉
ReplyDeletebetul tu hahaha. kalau macamtu pergi tolong merewang je la kan hehe.
Deletex, tolong makan ja. wkwkwkwkwkwkwk
DeleteBelum pernah guna traveloka ni. Selalu guna agoda je. Kena cuba lah sekali.
ReplyDeleteKena cuba kak. Saya dah tengok dah memang murah hehe
Deleteairah dh booking hotel sbb promo ni hahaha terpengaruh
ReplyDeleteHaha yeke airah? Waaaa booking pergi mana tu?
DeleteLps ni kalo nk bercuti mana2 nk try guna traveloka. Member pernah guna ckap ok traveloka ni.
ReplyDeleteMemang ok sangat2 dan murah! Hehehe guna la nanti kalau nak travel kemana2.
DeleteJom bercuti dengan Traveloka! cewah iklan kat sini pula. :P
ReplyDeleteHahaha nak bercuti gak mai tapi duit takdak sobs
DeleteBestnya! Rambang mata tengok promo :)
ReplyDeletehaaaa boleh la book cepat. Sempat lagi ni hehee.
Deletebusyra punya voucher yg dpt dri traveloka hritu tak guna lg. boleh p usha ni website ni.. hehe. tq syed untuk info ni!
ReplyDeletehaaaa usha la dulu lepastu plan la nak pergi mana hehehe. You're welcome busyra.
DeleteTeruja lak nak guna voucher yg ada.. tapi tu la.. masih berfikir nak ke mana.. hehehe..
ReplyDeleteTak silap saya voucher tak boleh guna dengan promo ni rasanya huhu entahlah haha. Pergi jauh sikit kak, london ke?
Deleteso far belum pernah lg guna khidmat traveloka ni... sekadar jengah2 gitu kt website dia...
ReplyDeleteSaya pun tak pernah guna lagi tapi tengok macam mudah dan murah juga kan.
Delete