Assalamualaikum and Hi!
(sebenarnya rutin harian seorang Syed hahaha k)
Penganggur ni sebenarnya ada dua jenis. Satu jenis tu yang ada life dan satu jenis lagi dia menganggur dan takda life haha. Aku sifatkan penganggur macam aku ni sebagai jenis yang takda life lah. Kenapa? sebab memang takda benda yang menarik pun yang berlaku tiap hari sepanjang aku menganggur ni. Hampir tiap hari ulang alik buat benda yang sama. Lainlah kalau kau menganggur tapi kau juga boleh pergi lepak cafe hipster beli itu ini semua. Itulah contoh penganggur yang ada life, ada yang siap boleh travel lagi hahaha. Tak, aku bukan macamtu sebab mak aku bukan kerja cop duit pun dan bukan juga dari keluarga orang yang "ada-ada". Tapi, Alhamdulillah bersyukur walaupun tak kaya, cukup makan dan pakai.
Mak aku seorang peniaga. Dulu ada buka warung jual makanan pagi dekat kawasan perumahan tempat aku ni. Tapi since sekarang ni makin ramai yang berniaga di segala pelusuk dan juga mak aku pun dah tak larat, mak aku stop jual dekat warung. Mak aku cuma hantar nasi-nasi berlauk dekat warung-warung orang pula. Lagipun barang dah naik dan mahal sekarang, kalau nak bayar kos sewa tapak lagi dengan untungnya yang sikit tak berbaloi untuk mak aku berniaga sendiri. Alhamdulillah, Allah bagi mak aku rezeki cara lain untuk cari duit sementara nak tunggu anak-anak semua ada pekerjaan tetap. Aku kesian tengok mak aku buat kerja bertungkus lumus cari duit ni and kalau boleh aku nak mak aku berhenti once aku dah posting ke sekolah nanti (tetiba emosi part ni).
PAGI
Waktu pagi aku akan bangun untuk tolong bungkus lauk-pauk untuk dihantar ke warung orang. Mak aku hantar nasi-nasi ni dekat dua warung. So basically tiap-tiap hari memang akan hantar dekat 100 bungkus nasi juga. Kecuali hari Sabtu dan Ahad, satu warung sahaja sebab lagi satu warung tu dia cuti. Antara menu yang mak aku masak tiap hari ialah Ayam Masak Merah, Ayam Kari, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Kicap, Nasi Minyak. Kadang-kadang mak aku tukar-tukar juga menu tu sebab tak nak kasi orang bosan. Tugas aku pagi-pagi ialah tolong packing lauk-lauk ni, lepastu nanti masuk dalam polisterin. Lepas dah masuk dalam tu, kena tulis pula dengan marker supaya senang customer nak pilih nasi kan.
Aku ingat nak buat sticker senang sikit nak tampal dekat atas polisterin tu. Tapi since nak buat sticker pun cost a lot of money better tulis sahaja pakai marker pen. Mudah sikit. Kalau ikut marketing strategy memang bagus buat sticker kan, sebab kalau orang nak order ke apa senang boleh refer dekat label makanan tu sahaja. Tapi takpalah, Alhamdulillah setakat ni habis juga jualan. Cuma kadang-kadang biasalah tak habis sikit. Berniaga ni ada naik ada turun, serius bila part tak habis banyak tu kau akan rasa down. Cuma percaya sahaja rezeki tu Allah yang bagi.
Bila dah habis bungkus semua nasi, get ready untuk hantar dekat warung. Ni gambar harini punya. Disebabkan harini hari sabtu, mak aku tak banyak sangat hantar nasi sebab orang cuti kan harini. Nanti hantar banyak tak habis pula. Kalau hari orang bekerja tu biasanya lebih sikit sebab budak-budak balik sekolah and parents balik kerja dia singgah beli nasi dulu. Lagi satu, harini hantar dekat satu warung sahaja so banyak ni jelah. Lepas dah hantar semua nasi-nasi ni dekat warung, aku pun balik rumah dan buat kerja lain.
TENGAH HARI
Waktu tengah hari ni waktu aku menghadap blog ataupun apa-apa sahaja yang aku nak buat hahaha. Sebab waktu ni memang free. Sebelum aku ada blog ni aku asyik tweet 24 jam. Lepastu aku dapat rasa macam annoyingnya kalau asyik muka aku keluar dekat timeline diorang semua 24 jam. Ingat twitter tu 7E ke!? so, aku pun dapat idea buat blog. Since then, aku dah tak layan sangat dah twitter. Cuma kadang-kadang bila rasa nak tweet, baru aku tweet. Aku dah mula leka sikit dengan dunia blog ni at least terisi masa aku dengan aktiviti yang berfaedah. Daripada aku pergi merempit ke mana kan? Baik aku duduk depan laptop! hahaha tengok belakang tu kain baju pun tak reti nak lipat lagi.
PETANG
Petang pula, macam biasa aku akan teman mak aku pergi beli barang-barang untuk niaga esok hari pula. Banyak juga la yang dibeli macam Ayam, Timun, Santan, Beras dan sebagainya (nak listkan satu satu sampai esok pun tak habis). Kedai ni takda jauh sangat dengan rumah aku dalam 10 minit macamtu ja sampailah. Barang dia murah sikit dekat sini, ramai peniaga yang beli barang dekat kedai ni termasuklah mak aku. Cuma baru-baru ni ayam dia RM8 sekilo mahal nak mampus so kena cari kedai lain.
Kalau kedai BS tu mahal sikit dia punya ayam, pasaraya Tunas Manja ni pula jadi mangsa. Kalau dekat kedai tadi dia punya ayam RM8 sekilo. Tapi dekat Tunas Manja ni baru 7.80. Walaupun beza dia sikit sahaja, tapi bila kau beli banyak-banyak terasa juga dia punya kesan tu. Banyak juga lari sebenarnya. Tapi aku pergi kedai tu semalam, harga ayam dah jadi RM7.60 dah dekat kedai biasa tu. Agaknya dia tahu pelanggan dia ramai beli dekat Tunas Manja, so dia turunkan harga balik. hehehe nampak tak permainan harga di antara mereka?
My favorite spot kalau pergi pasaraya! setakat ni hanya mampu jeling jeling je sebab takda duit nak beli! hahaha |
Waktu malam pula memang aku kembali menghadap laptop tak buat apa. Benda ni sahaja yang aku akan hadap tiap hari. Benda yang paling produktif aku buat sepanjang aku menganggur ni ialah pergi pasaraya sebab tu sahaja the only time aku keluar dari bilik. Takpelah yang penting dapat tolong mak sikit-sikit dan gunakan masa yang ada ni untuk bersama dengan keluarga. Nanti dah kerja semua dah jauh dah dengan mak huaaa. Bosan kan hidup seorang Syed? sobs.
Barang sekarang mmg dah naik. Mahal2 je, golongan keluarga sederhana pun dah rasa kesusahan apatah lagi mereka yg kurang. Ayam ikan semua dah naik. Lps balik pasar je mak mesti merepek, asal balik pasar je mcm tu, asal merepek je mesti baru balik pasar. Bertabahlah bila tertengok makanan dan minuman yg sdp2 tu. Balik rumah, minum air mata. 😂
ReplyDeletehahahaha minum air mata pun boleh kan. makin tertekan la nampaknya dengan barang semua naik, nak berniaga pun tak untung mana sangat sebab jual murah.
DeleteWaseh. Untunglah mak hang ada anak macam hang rajin ringan tulang. Mana ada penganggur lifeless nye kim, hang dok tolong mak pagi petang kira ada kerja lah tu. Hang kira jadi P.A mak hang. haha. At least hang boleh timba ilmu ber business dengan mak hang. Last2 hang pulak yang pandai memasak lauk pauk tu. Boleh lah buka restaurant di masa hadapan nanti. :D.
ReplyDeleteSemoga Akim and Family dimurahkan rezeki dan business berjalan dengan lebih maju.
asal lah kau tak sudi nak reply comment kami ni.... hurmmmmmmmm
Deletehihihihi inshaAllah amer. Maksud aku life macam orang lain la, dapat kerja sementara semua. life aku dekat rumah ja tapi stil okay la dapat luangkan masa dengan keluarga hehehe. Aminnn mekaseh amer. bukan tak sudi nak reply tapi kena fikir nak reply apa bak kata kau haha.
Deletehahah tu lah hang famous sangat dlm dunia blog ni. kalah cik epal mahupun benashari*. ok lah tu enjoy dulu hidup kat umah tu kim memang best. kalau kerja part time kat luaq tu, kalau duit2 cukup bayaq minyak keta and beli makanan lunch time kerja. rasanya eloq lagi tolong mak kat ghumah.
Deleteenjoy dulu bah life nganggur tu.. nanti dah ada rezeki kerja dtg tak dan nya nak duduk umah selalu dpt berblog.
inspiring tau cerita syed ni... apanya penganggur takde life// dapat tolong mak tu pahala banyak tau.. nanti lepas posting busy dengan urusan sekolah... mak kat rumah tu termenung sorang diri pulak..masa bonding time dgn mak ni .. kasi bagi kasih sayang puas2 .. hokey..hii kak wani berdoa.. semoga murah rezeki bisnes mak syed,, rezeki tu tak pernah salah alamat
ReplyDeletehehehe takda inspiring mana kak, biasa ja. mungkin betul apa akak cakap tu :). Tengah gunakan masa terluang ni untuk bersama-sama dengan mak hihi, terima kasih kak for the kind words and the du'a.
DeleteFav spot yang sama kalau pergi pasar raya haha! Mesti cari yogurt takpun nestle bliss strawberry tu.
ReplyDeleteyessss kita sama! boleh geng la hahaha. tapi syed suka yang farm fresh tu.
DeleteHahaha.. Takde lah bosan sangat..Still ada juga aktiviti apa.. Bagus tolong mak tu.. Masa nielah berbakti pada dia.. teman dia kemana-mana.. Nanti Syed dah kerja, masa terbatas..
ReplyDeletehihihi setuju tu kak. tapi saya rasa bosan sbb tengok kawan-kawan lain semua dah kerja so rasa macam ketinggalan pula.
DeleteIskh..iksh jangan mengeluh..
ReplyDeleteHari2 tolong Mak kira kerja jugak.. Pahala pun dapat..
Syed diberi peluang dekat dengan Mak sdgkn org lain bekerja cari duit ada yg terpaksa jumpa Mak setahun sekali tau..
Semua tu ketentuanNya.. Cuma tak tahan tgk harga brg sekarang naik menggila..
Ehhh takdalah mengeluh pun kak, cuma cara saya cerita tu agaknya nampak macam mengeluh kut haha. sebenarnya takdalah, best je duduk rumah ni. Betul apa yang akak cakap tu. peniaga macam mak saya ni lagi pening bila nak beli barang. nak jual murah tapi barang pun mahal.
Deletejadi penganggur eloklah tolong mak. Itu pun satu aktiviti yang menarik juga. dari tidur mengangkang je kat rumah, mak pun boleh naik angin dengan kita. hehe.
ReplyDeletehaha kalau macamtu dah wajar kena sebat 100 kali dah tu agaknya.
DeleteBanyak pahala tu tolong mak :D Tak offer home tuition ke sementara tunggu posting?
ReplyDeletehehe betul tu. tak pun sbb tak rasa nak buat macam tu lag. tunggu jadi qualified teacher dulu la.
Delete👍inspiring.. pape pown moge bisnes smkin maju. aminn..
ReplyDeleteThanks, Aminnn :)
Deletekeluar juga tu,,haha masa dayah jadi penganggur, tak keluar pun rumah, kadang tu 3 hari baru keluar..haha lagi tak produktif.. tapi the best part bila kita tolong mak kita, itu jer kepuasan yang dapat, kan?
ReplyDeletebetul tu dayah. syed ni jenis suka jalan-jalan so kalau tak keluar tu rasa macam bosan dah terperap. tolong mana yang boleh selagi ada masa ni kan.
DeleteKak ana dah lalui semua tu dulu. Bangun pagi tolong mak berniaga,tengahari amik adik dekat sekolah, petang pergi beli barang-barang, malam tolong ayah mengajar. 😊
ReplyDeletewaaaa banyak juga kerja akak buat ya. Alhamdulillah dah berjaya dah sekarang.
DeleteSemuga Syed cepat posting bertugas.
ReplyDeleteNi kira penaganggur terhormatlah sebab ada kelulusan.
Pakcik dulu muda2 tak pernah menganggur.
Semua kerja kampung pakcik buat.
Terima kasih pakcik. saya ni kebun pun takdak pakcik macam mana tu nak buat kerja kampung. pegang cangkul pun kekok agaknya haha.
Deletesemoga cepatlah dipanggil penempatan mengajar nanti. abe dulu pun start ngajar umo 24 di Sabah.
ReplyDeleteohhh yeke abe. dulu memang mintka sabah ke macam mana? abe dari IPG juga?
Deletehidup saya lagi lah bosan kahkahkah at least lah ada keluar kan? saya pulak jarang sungguh nak keluar dari rumah haha
ReplyDeletehahahaha saya tak boleh tak keluar rumah sebab bosan terperap lama-lama. dapat pusing2 taman 2 3 kali pun dah cukup.
DeleteSementara belum mengajar ni...bantu mak dulu...Allah dah susun...nanti dah mengajar...rindu nak toling mak berniaga...isi kesempatan ini sebaik-baiknya.
ReplyDeleteInshaAllah kak, terima kasih atas nasihat :)
DeleteAhahaha boleh pula ada dua jenis penganggur kan. Samalah kita dalam kategori tadak life tu, sudahlah tak mampu bagi duit, baik jangan menyusahkan lagi kan. Minta2 kita cepatlah dapat kerja tu.
ReplyDeleteRajin tolong mak, baguih2 husband material ni,kekekeke. Sama juga part pergi supermarket tu, mampu jeling2 je benda bukan2, nak beli takda duit, lagipun kemahuan bukan keperluan, berhuhuhu jelah sambil tolong mak tolak troli tu.
bukan Mai jadi bibik ke? hehehe... Amer dah puas jadi pembantu rumah kak long amer. siap jadi driver lagi.. nasib baik belum ada kena chop bapak kepada anak2 saudara amer tu :D. sorry kimm... nak sembang ngan Mai sat.
Deletehahaha memandai syed je bagikan kategori tu. InshaAllah tak lama lagi dapat la kot.
Deletemaiiii hahahaha mana mai tahu syed berhuhuhu sambil tolak troli? tepat sangat tekaan tu kah2.
Mai bukan baca pun amer, come on hahahaha.
Deletecomee onnnn... comee onnn hahahahaha. tau2 je kau ... tapi memang mcm tu lah. sekali dah terjah . malas nak buka lagik.
Deletetah, kau je rajin terjah banyak kali ni hahaha
DeleteHahaha . Rajinkan. Entahlah aku x berapa minat nk terjah banyak sangat blog. Mana blog yang senang terjah tu aku terjah lah. Mcm blog hang ngan blog mai missobsesi tu. Lagi2 ada dlm bloglist aku.
DeleteThat awkward moment bila kau tahu orang tu sekali terjah je tapi masih ada effort reply satu2. Haha baguslah. Ada blog aku tengok comment tak direply. 😅.
Deletehahahahah masalahnya ada orang yang akan datang juga jenguk reply kadang2 tu. aku pun kadang2 buat mcmtu juga kah2. dah jadi macam shoutbox dah ruangan komen aku ni
DeleteMai bukan baca pun amer, come on hahahaha<<< Ni nak kena tibai ni. Hahahahaha. Mana nak ingat ke sini dah semalam datang komen emosi sikit kat topik 'Berubah' tu. Hahahaha
DeleteAmer. Memang jadi bibik pun, bibik ni special sikit, kalau dia penat dia jadi naga, Hahaha, dengan anak buah sendiri takpelah.
Mai terjah banyak kali la, kalau tahu orang tu jenis reply. Ada yang tak suka reply, tanya soalan pun dia biar krik krik, hahahaha.
Tapi dalam banyak2 blog ni, blog syed paling meriah bahagian komen, kan Amer, tips please!
Eh lagi satu soalan, hahahahaha, korang ni kawan kat luar ke?
hahahahah.... ok nampak nya encik hakim sudah speechless mendapat kunjungan balas dr Miss Obesi haha.
DeleteNampak mcm member dekat luaq ka? Haha.
Walaupun kamek tauk serba sedikit tips nya.. tapii bagi abang syed ni idea nak update apa. Akim, hang boleh lah wat tips dapat komen banyak. Kalah blog cikepal06. perghh
hahahahaha wei speechless aku wei amer hahaha. komen banyak sebab aku reply satu satu kot. Kalau cik epal tak reply. tu pasal jadi banyak hahaha. macam tak layak je lagi nak buat tips dapat komen banyak kah2.
DeleteSamalah kita mai, kadang-kadang duk terjah dua tiga kali saja nak baca replies. Takda lah meriah sangat pun biasa-biasa jelah. Entah lah tips apa, rasanya takda tips pun, blogwalking ja hahaha. Serius la, nampak macam kawan dekat luar ke apa?
Dari pandangan mata ni ya la macam kawan dekat luar. nak kata kawan satu U, tak sama U kan? Hahah.
DeleteHahaha, itulah mai pun jenis syok2 reply komen kat blog sendiri barulah nampak meriah gituee...
Taklah, kawan dekat blog je mai. tak ingat macam mana boleh jumpa blog si amer ni hahaha.
DeleteMeriah kan, nampak la komunikasi dua hala macamtu hehe.
lepasni boleh tambah skil belajar memasak pulak, lagi power hidup seorang penganggur gitu :') Tapi kalau ikut, masa yang ada ni lah nak spend masa dengan keluarga, once dah berkerja mungkin akan payah sikit nakcari masa tu semula XD
ReplyDeleteSetuju, bila fikir balik, time dah kerja nanti mesti teringin nak duduk rumah. I'll appreciate and cherish this moment! haha.
Deletehaiiii. tak berkesempatan lagi nak baca post2 sebelum ni :D will do it soon, insyAllah
ReplyDeleteanyway, i love milk a lot, cuma kat Malaysia terasa harga nya tak termampu nak borong banyak sbb mungkin susu bukan minuman rutin orang kita kot T_T
hanisamanina.com
Haiiii hanis thanks for dropping by. Takda yang menarik pun dekat blog ni haha. Dekat negara lain harga susu jauh lebih murah ka? ok tak pernah pergi tengok negara luar so idk hehe.
DeleteHehe nampak menarik je, nanti saya spend masa untuk baca yaa.
DeleteKalau kat Czech ni, harga susu di Tesco dalam 12kc (RM2) untuk 1 liter. Murah kan? hehe
hanisamanina.com
Ya Allah murahnya! kalau macamtu tiap hari kot saya akan minum susu. Yogurt drink pun murah juga tak?
DeleteAnak yang berwawasan...bantu ibu berniaga...syed bukan penganggur namanya...anda sedang belajar jd usahawan bersama ibu...semoga ibu syed dipermudahkan urusan. Bagus share diblog adq juga info leh kongsi sebagai iktibar...kak julia x pandai tweet sgt just share tweet pun dari blogpost je hehe
ReplyDeletehehehe thanks kak julia. tweet tu lebih kurang sama saja dengan blog. cuma ada limit aksara sahaja.
DeleteKadang2 apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Untung kita yang masih berpeluang duduk dengan family dan berbakti kepada mereka. :) apapun teruskan usaha :)
ReplyDeleteBetul tu kan hehehe terima kasih ya for the kind words :')
DeleteSamalaa kita penganggur yg takde life masa sebelum sambung master haritu. Bangun pagi, lekat je kat rumah. Pastu, kalau shopping (I mean teman mak shopping) hanya mampu jeling je sebab takdak duit. (yang ni sampai sekarang. sobs)
ReplyDeleteTapi takpe, manfaatkan masa menganggur untuk khidmat dekat orang tua. InshaAllah, murah rezeki hidup berkat. (Y)
Betul tu fatihah sekarang ni memang tengah spend masa habis habisan dgn keluarga hehe terima kasih.
DeleteNi da xmacam penganggur dah sebab ade je kejenya nak wat. Hehe. Sementara ada masa free ni gunakan masa utk fmly. Nanti dah kerja kita da mula busy.
ReplyDeletePart sticker tu try print ngan pixajoy. Kadang2 dieorg wat diskaun. Murah2 je. ☺
hehehe tapi kerja yang tak bergaji la. InshaAllah, terima kasih banyak2 nanti saya cuba usha dekat situ.
DeleteBukan penganggur makan tido makan tido kn ..at least syed tlong jgk fmily bniaga..try la buat food delivery ..mna thu rezeki kn ..
ReplyDeletehehehe kalau buat food delivery tak terkejar agaknya sebab yang hantar dekat kedai ni pun dah seratus lebih sehari.
DeleteSaya pun menganggur takde life. Hahaha. Aktiviti paling productive sepanjang menganggur ni is doing house chores. Itupun kalau ada. kalau tak, saya hadap laptop je
ReplyDeleteOkay kita geng lah macamtu! hehehe.
Deleteada cerita kat blog, kira ada life la tu ;)
ReplyDeletehahaha tapi life dari sudut yang lain lah.
DeleteKeep it up Syed! anak yang soleh dan baik selalu tolong mak. Akak ni boleh faham perasaan seorang mak. Happy sangat kalau anak dapat tolong ringankan kerja kita. InshALLAH..niatkan segalanya semua kerana ALLAH S.W.T . Selagi ada masa dan tenaga tolongla orang tua kita. RAsa tak terbalas jasa derang. Akak baru ade acc tweet. Tapi jarang sangat guna. HAHAH! tak larat nak bersosial sangat. Cukuplah dengan IG, blog dan FB. Tak best gak kalau anak-anak tengok mak die ni keje pegang telepon ajer. Huhuhuhu
ReplyDeleteAllah kak, terima kasih sangat2. doakan saya jadi anak yang soleh hehe. hahahaha ok setuju tu kak. Tak boleh nak bersosial sangat nanti terabai pulak anak-anak asyik dengan henfon je. Tapi dekat twitter ramai juga mak2 yang main kah2.
Deleteselagi boleh berbakti kpd org tua, teruskan. itu lbh mulia dr buang ms dan x buat apa2 yg boleh meringankan beban mereka
ReplyDeleteTerima kasih anies, InshaAllah.
DeleteLipat kain seraga tu, Syed. Lipat kain! 😂😂😂
ReplyDeletehahaha paling malas nak lipat kain sebab nanti bila tengah cari baju dia terbuka balik semula.
DeleteTeruk betul! 😂😂😂
DeleteIt's not boring though. If you're working, you'll probably end up with the same cycle daily as well. For me, lets just enjoy the time you got to spend with your mom like me, trying to enjoy my life with my siblings. Being gir nanti i kawen what not lagi susah nak soend time dgn diorang. truly, blogging is a great way to spend time.
ReplyDeleteRight? I will still end up with doing the same thing even though I'm working. I do agree with you that I should cherish every moment here with my family instead of complaining about how boring my life is haha. thanks atifah for the reality slap. So, let's enjoy writing stories in our blogs.
DeleteInshaAllah azlan, terima kasih. Aminnnnn.
ReplyDeletetak pe dik, masa yang ada ni bantu mak, bagus je anak macam kamu ni. nanti dah posting, entah jauh entah dekat, sure mak awa rindu time awak dok tolong dia skrg kan :D
ReplyDeleteOkay kak, thanks for the advice. Saya akan manfaatkan masa ini hehe.
Deletewhen exactly kana antar bertugas?
ReplyDeletenot sure la fae. takda exact date. maybe around April kot?
DeleteJu lebih prefer ni mganggur ada life sb rutin awk tlg ibu, ada life tu awak.. =) sejuk hati seorang ibu ada anak yg ringan tulang mbantu. Bila ada blog ni, dpt juga tlg promo, alhamdulillah kawan2 lain pun ble tau & tentu tgerak hati nak try
ReplyDeleteInshaAllah kak, terima kasih :)
Deletesy pun sorg penganggur duk kat rumah duaplohpatjam. sy macam penganggur yg takda life, buat benda yg sama. bangun, solat, mkn, mandi, pi tandas, pastu fon kat tangan selagi mata terbuka. fon abis bateri, buka laptop pula. asyik ulang benda yg sama tiap hari. tapi, buka fon & laptop adalah utk mencari pelanggan, layan pelanggan @jubahplain. alhamdulillah, masyukkk walaupun x bnyk. dlm menganggur ni pon dpt juga hulur duit kpd parents 😄
ReplyDeleteBagus la tu. at least awak menghadap phone bukan untuk tujuan saja-saja. buat bisnes pun boleh dapat income banyak kalau kena caranya hehe. Alhamdulillah tahniah buat awak.
Deleteterima kasih 😄
Delete