Bagi siswa-siswa pendidik Institut Pendidikan Guru, menjalani latihan praktikum adalah antara satu benda yang amat mendebarkan. Terutama sekali praktikum fasa 1. Latihan praktikal di IPG terbahagi kepada 3 fasa, iaitu fasa pertama selama 1 bulan, fasa kedua selama 2 bulan dan fasa ketiga selama 3 bulan. Praktikum ini juga penting bagi menentukan sama ada seseorang siswa pendidik tersebut mampu menjadi guru yang baik dan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari di kampus ke dalam kelas.
Saya telah menjalani latihan praktikum di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy. Sekolah ini terletak berhampiran Jalan Istana dan juga kem tentera. Bilangan murid disekolah ini terdapat lebih kurang 400 - 500 orang (pada waktu itu) dan hanya ada satu sesi sahaja. Apa yang menarik bagi saya, lokasi sekolah ini terletak berdekatan dengan gerai Rojak Bellamy dan juga Medan Ikan Bakar Bellamy. Saya menjalani praktikum di sekolah ini pada tahun 2015. It's two years back.
Berikut merupakan kisah saya sepanjang berada di sekolah tersebut.
It's not really a great journey to start with. Saya bukan seorang yang ada skill yang natural untuk mengajar. Hari sebelum mula praktikal, dah mula nervous dah fikir nak kena mengajar anak-anak orang dekat sekolah. Dah la tak pandai layan budak, duk fikir macam mana nak bagi budak minat kita etc. Nak bercakap kuat pun tak berapa confident plus tak reti nak marah macam mana. Seriously sebelum ni memang tak pernah langsung terlintas nak mengajar and berdiri kat depan budak-budak seramai 40 orang (paling ramai dalam kelas biasanya). Tapi dekat sekolah ni saya cuma dapat kelas yang memuatkan seramai 23 orang kalau tak silap (dah lama dah so nyanyuk sikit haha). Saya diberi kelas untuk mengajar tahun 3, kelas akhir (3 Kreatif)
Okay benda pertama yang saya buat pada hari minggu pertama praktikum bermula ialah "Classroom Rules". Menurut apa yang dah dipelajari dalam kelas, pentingnya undang-undang ini untuk ada di dalam setiap kelas adalah untuk menghindari dari sebarang salah laku ketika guru mengajar. Sebagai seorang guru, kita juga tidak mahu penyampaian ilmu itu tergendala oleh kerana pengawalan kelas yang tidak baik. Benda ni penting untuk kita kawal kelas kita dengan baik. Namun begitu, berkesan atau tidak undang-undang yang telah ditetapkan ini, bergantung kepada guru itu sendiri.
Aku bersengkang mata juga buat benda ni. Walaupun aku tak kreatif mana tapi sumpah buat-buat kreatif semata-mata nak buat benda ni haha. Bila dah ada benda ni, esoknya aku pun masuk kelas dan cuba "memperkenalkan" undang-undang ni dalam kelas. Tapi masuk je kelas, aku kecewa tahap tak tahu nak cakap apa. First, the kids bising gila. Second, the moment I explained about the rules, they did not understand it AT ALL (I had to explain in Bahasa Malaysia). Rupanya dalam kelas tu kebanyakannya kurang tentang penguasaan English. Aku pun fikir macam mana aku nak survive dalam masa sebulan and nak kena observe dengan lecturer. Dah la dia suruh guna full English.
Minggu pertama dan kedua aku mengajar kelas tu, memang teruk gila pengawalan kelas aku. Aku tak reti nak handle perangai diorang. Ada yang main-main kerusi time duduk, ada yang kacau member nak belajar and ada juga yang attention seeker macamtu. Walaupun kelas time tu ada 20 orang sahaja tapi rasanya macam kena handle 40 orang murid. Benda yang selalu aku alami dalam masa sebulan praktikum tu ialah nervous sebelum masuk kelas. Dia punya nervous tu betul-betul punya weh. Sampai tahap kau melangkah masuk ke dalam kelas pun kau dapat rasa kaki and tangan kau semua ketar-ketar for the first 5 minutes tu. Nak kawal diri supaya tak nervous tu susah gila. Kadang-kadang rasa macam tak nak masuk kelas sebab nervous and budak nakal tak dapat nak handle :(
One of the teaching aids to teach, topic "From the Sea". It's actually a menu of a restaurant |
Benda ni akan aku ingat sampai bila-bila haha. Ada satu hari ni aku nak mengajar topic "From The Sea". Gigih la aku download semua gambar tampal atas kertas mahjung buat ala-ala menu restoran. Aku tulis kat atas tu nama restoran ialah "Restoran Selera Syed". The moment aku tampal sahaja menu ni dekat whiteboard, semua budak-budak jerit excited (which i don't know what the reasons are). Lepastu aku nak explain satu-satu menu apa yang ada kat gambar tu. Tapi dengan tiba-tiba ada 5 6 orang budak berlari kat depan kelas sambil pilih makanan yang diorang nak. Aku speechless time tu tak tau nak buat apa, suruh duduk, duduk kejap lepastu buat perangai balik.
Budak-budak tu memang menguji kesabaran aku betul time tu sampai satu tahap aku dah bengang. Aku jerit sekali, semua duduk tempat dan diam. Aku bawa keluar semua barang-barang aku dari kelas and turun tangga (sebab kelas dah nak habis time tu) and tiba-tiba juga time tu barang-barang yang aku bawa semua jatuh dekat tangga! hahahahaha dah la tengah marah lepastu barang jatuh kat tangga. Aku pun kutip la and aku nampak budak-budak intai dekat pintu kelas. Spoil betul mood nak marah time tu. Itulah pertama kali aku marah masuk dalam kelas. Tak seronok langsung perasaan dia bila masuk kelas and marah macamtu :( . The blame is on me sebab aku yang tak boleh nak kawal diorang. Bukan salah diorang pun.
Itu belum cerita lagi bab kena observe dengan pensyarah. Time ni aku rasa paling down. Bila kau rasa kau dah buat yang terbaik tapi sebenarnya tak. Time observation tu ada aku ajar murid-murid nyanyi lagu spongebob. Aku ingat dah cukup baik dah buat aktiviti fun, menyanyi semua macamtu. Rupanya, budak-budak tak boleh menyanyi pun sebab lirik lagu spongebob tu kan laju? dengan proficiency diorang ni memang tak boleh nyanyi la lagu tu. Sepatutnya aku kena tukar lirik and slow kan rentak lagu tu. Lepastu dengan kelas bising sebab diorang menyanyi kan? lepastu cikgu kelas sebelah datang tengok kenapa bising hmm. Time ni komen dari pensyarah aku betul-betul buat aku tertunduk rasa. Dengan markah yang dia bagi rendah time tu rasa macam tak layak terus aku nak jadi cikgu. Tapi aku cuba ambil komen yang diberi time tu dengan positive.
Part yang paling buat aku terharu, bila observation kali terakhir bersama pensyarah dan guru pembimbing. Masa tu dah nak habis praktikum dah, so bila aku masuk kelas macam biasa satu hari ni. Budak-budak tanya "Cikgu, cikgu nak habis praktikal dah kan? tak nak buat jamuan ke?". Aku tanya balik diorang, nak buat jamuan atau tak? lepastu semua cakap nak. Aku pun bagi satu syarat dekat semua murid-murid kelas 3 Kreatif. Aku cakap, "kalau betul-betul awak nak jamuan, saya nak bila lecturer saya datang esok, semua bagi kerjasama. Masa belajar saya tak nak dengar satu suara pun kecuali bila saya tanya soalan. Kalau awak bising dan tak dengar arahan saya, saya terpaksa batalkan jamuan".
Bila tiba hari terakhir observation, aku pun berdebar bukan main lagi. Aku mula ajar macam biasa and kali ni aku ajar murid-murid cerita "The hare and the tortoise". Aku ambil cerita tu sebab cerita tu mudah and diorang dah biasa dengar dalam bahasa melayu. So indirectly, diorang boleh predict jalan cerita dia macam mana even aku guna bahasa inggeris time tu hahaha. Lagi satu, sebelum kena observe tu aku dah masuk kelas diorang terlebih dahulu untuk bagi nasihat lol. Aku buat lebih kurang story telling activity time tu. Aku terharu sangat sangat sangat time tu sebab semua murid-murid dalam kelas tu diam! Tak macam biasa, kali ni diorang sangat dengar kata and tanya soalan pun semua jawab even dalam bahasa melayu. Kalau diorang nampak ada kawan-kawan yang main-main, time tu juga diorang cuit kawan diorang tu suruh bagi tumpuan haha.
So, sebab diorang dah menepati janji untuk berkelakuan baik, aku pun buat la jamuan untuk diorang. Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat mengajar diorang ni semua. Antara benda yang paling seronok jadi cikgu ialah bila budak-budak kau buat sesuatu yang kau tak expect. Terharuuuuuuu and diorang banyak kali cakap nak pergi "Restoran Selera Syed" (padahal imaginary restaurant ja yang aku cakap wujud dekat KLCC). Thanks kamu semua yang banyak mengajar cikgu erti menjadi seorang cikgu. Cikgu tak pernah tahu susah macam ni nak jadi cikgu. Banyak yang cikgu belajar dari kamu semua. Harap kamu semua cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin.
I love each and everyone of youuuuuu :')
Pengalaman pertama mengajar yang sangat berharga buat aku sebagai seorang guru. Sekaligus mengubah persepsi aku terhadap profesion keguruan. Banyak yang perlu belajar dan diperbaiki pada masa akan datang. Aku ingatkan aku dah gagal praktikum ke apa. Rupanya, Alhamdulillah aku dapat A untuk praktikum aku time tu haha. Terima kasih semua yang banyak membantu :')
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog nie. :)
ReplyDeletethanks :)
DeleteCool one! Adore your spirit in educating our young generation. Keep it up! :)
ReplyDeletethanks pojie. I hope that I would be a great teacher one day hehe :)
Deleteahahaha seronoknya jadi cikgu ;)
ReplyDeleteseronokkkk, mai la jadi cikgu hehe.
Deletejenuh juga tu nak handle budak2..letih tapi seronok sebab mengajar adalah satu kepuasan hati..=)
ReplyDeletebetul tu. lagi puas kalau diorang faham apa yg kita ajar.
DeleteTerharunya baca..
ReplyDeleteYou did a good work..
Keep it up..
Thanks, hope that I would be the best one day :)
DeleteKunjungan balas. Alololo sweetnya dapat note dari murid-murid. Teringat pulak pengalaman jadi pendidik (cikgu ganti) di sekolah menengah & lecturer di kolej zaman muda remaja dulu. Pengalaman yang amat berharga dan takkan sis lupa sampai bila-bila. Semoga menjadi cikgu yang tabah dan sabar dalam mendidik anak bangsa!
ReplyDeletebetul tu sis, selalu kalau tiap kali praktikal mesti akan dapat notes dari budak2 haha. seronok juga kan jadi pendidik ni? terima kasih, Aminnn.
DeleteAssalamualaikum.. maaf menganggu.. boleh saya dapatkan contact no?? or boleh wassap saya dekat nom ni.. 0134158904
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian pengalaman, sangat2 membantu 😁 sbb saya sgt nervous untuk praktikum bulan 6 fasa 1 nanti plus praktikum online allahu. Thankyou again !
ReplyDelete