Jangan minum kopi ataupun nescafe! dua-dua ni sangat bahaya untuk diri aku. Aku sebenarnya tak tahu apa beza kopi dan nescafe ni hahaha. Sebenarnya, hasil daripada menuntut ilmu di Google, Kopi ini ialah hasil daripada tuaian biji kopi yang diekstrak menjadi serbuk. Lepas tu, serbuk tu pula kita kacau dengan air panas dan terhasil lah air kopi. Nescafe ni pulak sama sahaja dengan kopi. Benda yang sama, cuma Nescafe ni merupakan brand keluaran syarikat Nestle yang merujuk kepada kopi segera atau instant coffee. Sebab itulah nama produk tu Nescafe (Nestle + Caffeine). Sumpah aku rasa aku bijak bila dapat merungkai misteri perbezaan antara kopi dengan nescafe ni ahahhaha! lama juga aku fikir beza dua minuman ni. Akhirnya terungkai juga. Disebabkan brand tu famous, semua instant coffee dipanggil nescafe.
Bahaya atau tidak pengambilan kopi dan nescafe ni tadi? Pada pandangan aku sendiri, bahaya atau tidak itu bergantung kepada diri sendiri. Kalau macam aku, aku tak tahu apa masalah aku sampai aku tak boleh minum nescafe. Kalau minum sahaja mesti perut aku akan menggelegak dan kentut tak berhenti sampai beberapa waktu yang tertentu. Masalahnya kalau kentut tu wangi takpa, ni kentut bau kopi + apa benda aku tak tahu lah. Hasil dia sampai sekarang memang aku tak berani nak ambil nescafe. Kalau aku ambil juga minuman ni waktu perut aku kosong, aku akan sakit perut yang teramat sangat sampai satu tahap tu dalam masa 3 hari dia sakit.
Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah atau universiti suka ambil nescafe ni terutama waktu assignment menimbun hasil dari buat kerja last minute. Last-last semua benda kau kena siapkan dalam satu malam. So, nak tak nak terpaksa juga stay up burning the midnight oil. Aku dulu pernah juga ambil nescafe ni konon nak stay up, lepas tu bila aku discover penyakit sakit perut dan masuk angin yang teruk, aku stop dari ambil benda ni. Mungkin perut aku tak boleh terima caffeine yang tinggi sangat kandungan dia kot?
Daripada pengalaman aku, walaupun aku ambil nescafe, kadang-kadang tu bukannya tak mengantuk. Semacam juga mengantuk. Kalau tak mengantuk pun, otak aku tak boleh berfikir. Kiranya, even kau tak mengantuk tapi penjanaan idea kau takdak juga. Still takda guna nak stay up sampai lewat malam kalau kau akan end up scroll facebook dan twitter. Tapi memang kalau terpaksa ambil nescafe tu aku akan menderita dengan perut aku menggelegak dengan kentut non stop. Lepastu bila buang air tu bau dia MasyaAllah tak menyenangkan!
Disebabkan kau tak minum coffee, kau akan hadapi kesukaran bila member kau nak belanja minum kopi hahaha. Lepastu haritu dekat sekolah ada budak bagi nescafe dekat aku. Tak nak ambil macam tak elok pula kan sebab dia bagi dengan penuh keikhlasan terpancar dari mata dia. So, aku terpaksa ambil dan balik tu bagi dekat orang. Lagi satu masalah, bila kawan kau ajak pergi kedai kopi macam Starbucks dengan San Francisco coffee.
Nasib baik San Francisco coffee ni ada coklat punya! Not bad juga rasa dia weh! sedap kot. Dekat SFC ni kau boleh dapat buy one free one kot. Tapi dengan satu syarat, dua-dua coffee tu mesti flavour yang sama. So, kalau aku beli yang chocolate punya flavour, kawan aku pun kena ambil chocolate juga. Aku tak ingat how much untuk 2 cup ni. Aku rasa dalam RM10 for two kot? ataupun lebih sikit. Tapi serius ah sedap juga rasa dia.
Disebabkan aku tak boleh minum coffee, kalau pergi Starbucks, aku punya favorite frap would be green tea frappucino. Dulu aku tak berkenan juga dengan rasa green tea ni. Lama-lama aku macam suka sangat dengan green tea! tapi kalau beli dekat Starbucks kena minta less sweet sebab dia punya manis tu tahap kau boleh potong kaki kau terus. Lagi satu, kalau kau pergi Nu Sentral ada satu kedai ni nama dia Chill Chill. Sedap juga dia punya air green tea. Tapi banyak sangat ais. Aku sedut 4 5 kali macamtu dah sampai dasar dah. Rasa macam tak puas lagi menyedut tapi ais ada separuh lagi haih.
Tempat-tempat macam Starbucks ni aku akan pergi kalau ada promotion sahaja. Kalau takda promotion memang tidak la aku nak beli satu cup tu RM18! baik lah aku buat air sirap atau air tembikai ke kat rumah. Harga tembikai baru berapa kan? So lagi kenyang and menguntungkan hahaha. Cuma kalau kau nak rasa jadi orang lain, boleh la pergi Starbucks. Aku dulu bagi nama aku John sebab aku tahu kalau nama aku Syed, nanti orang susah nak sebut. Why not kita jadi mat salleh kejap kan? hehe.
Disebabkan aku tak boleh minum coffee, kalau pergi Starbucks, aku punya favorite frap would be green tea frappucino. Dulu aku tak berkenan juga dengan rasa green tea ni. Lama-lama aku macam suka sangat dengan green tea! tapi kalau beli dekat Starbucks kena minta less sweet sebab dia punya manis tu tahap kau boleh potong kaki kau terus. Lagi satu, kalau kau pergi Nu Sentral ada satu kedai ni nama dia Chill Chill. Sedap juga dia punya air green tea. Tapi banyak sangat ais. Aku sedut 4 5 kali macamtu dah sampai dasar dah. Rasa macam tak puas lagi menyedut tapi ais ada separuh lagi haih.
Tempat-tempat macam Starbucks ni aku akan pergi kalau ada promotion sahaja. Kalau takda promotion memang tidak la aku nak beli satu cup tu RM18! baik lah aku buat air sirap atau air tembikai ke kat rumah. Harga tembikai baru berapa kan? So lagi kenyang and menguntungkan hahaha. Cuma kalau kau nak rasa jadi orang lain, boleh la pergi Starbucks. Aku dulu bagi nama aku John sebab aku tahu kalau nama aku Syed, nanti orang susah nak sebut. Why not kita jadi mat salleh kejap kan? hehe.
So, konklusinya aku tak tahu minum kopi ni betul-betul bahaya ataupun tidak. Sebab aku tahu ramai yang ketagih sangat minum kopi dekat luar sana. Mungkin bagi aku seorang sahaja kot yang bahaya. Tapi yang aku perasan, kalau aku minum kopi Starbucks, takda rasa sakit perut pun macam aku minum Nescafe 3 in 1 tu. Kalau minum yang Nescafe confirm memang akan masuk angin teruk.
Ada tak yang ada pengalaman sama macam aku? Ataupun aku sorang sahaja yang macamni?
dak dak hispter ni pi stabakkkk.. hahaha. Aku selalu pi starbuck sebab member kepada member aku ada berkawan dengan staff starbuck. Ikutlah ada hari dia baik hati bagi free, ada hari dia baik hati bagi staff promotion price je 30%.
ReplyDeleteLepas tu, kopi yang hitam tu xde susu kan. and nescafe ialah brand untuk air kopi yang ada susu tu. eh? aku pun confuse jugak.
Kebaikkan? Bukankah minum kopi itu sunnah nabi? Erk? Jadi? Boleh minum tapi jangan berlebihan. Orang kata kopi boleh menguruskan badan. Ada juga kata kopi boleh menghitamkan kulit dan menguningkan gigi. Disebabkan 2 hal ini hitamkan kulit dan kuningkan gigi, aku terus tak minum kopi. haha.
aku nak citation benda lawak dalam post kau ini.
Masalahnya kalau kentut tu wangi takpa, ni kentut bau kopi + apa benda aku tak tahu lah. Hasil dia sampai sekarang memang aku tak berani nak ambil nescafe.
Yang ni lawak. macam tipu je kan kentut boleh berbau kopi. dulu aku kentut bau durian. Macam tak make sense kot.
Waktu pagi aku memang suka minum nescafe atau indocafe susu tu, aku minum sambil letak oat 4 5 sudu (untuk kurus). Memang selepas je aku minum air tu, terus rasa melabur. Jadi baguslah kan untuk kita kalau dapat melabur tiap-2 hari. Bagus untuk perut.
Panjang gila aku komen. nak update entry tapi xde idea. Apa kata aku copy paste je comment aku ni letak dlm post haha.
hahaha banyaklah kau punya hipster. Aku hipster time ada promotion je bolehlah. Wahhh kalau macamtu aku nak pinjam member kepada member ko tu. dapat free air setabak hihi. Entahla amer aku rasa Kopi yang hitam tu panggil Kopi O. Kalau yang ada susu tu panggil Nescafe hahha.
DeleteAku masalahnya nak minum sikit pun tak boleh mer. Apalah nasib aku ni. Aku memang hitam mer tapi takda pun sebab aku minum lebih kopi kahkah.
Mudah terhibur sangat kau ni mer. Memang betul weh kentut aku bau kopi kalau minum banyak hahahah tak best la bau dia.
Untuk sesetengah orang mungkin sesuai lah minum kopi kot tapi mungkin bukan untuk aku sobs. Bagus kau buat entry baru je macamni mer hahahha.
Amboi Amer komen lagi panjang dari entry join giveaway, kekekeke.
DeleteTahu takpa, dia ingat syed buat GA nak bagi nescafe agaknya haha.
DeleteMemang tak boleh minum nescaffe r kopi sbb akan siksa dirusuh angin dlm perut
ReplyDeleteyeahhh samalah dengan saya kak :(
DeleteSaya sendiri pun ada problem dengan any caffeinated drinks. Walaupun mocha. Nanti perut akan terus jadi lawas. Depends kat orang jugak, ada yang minum kopi lebih pada sembelit, ada yang terus lawas.
ReplyDeleteKalau pergi cafe dan taknak beli coffee, boleh je order hot chocolate :D
hanisamanina.com
Saya minum kopi masuk angin even yang mocha pun. Lepastu perut akan berbunyi macam memulas macamtu haha. Yeahhh hot chocolate pun selalu order juga sebab that's the only choice other than coffee.
Deletecaffeine is lifee.actually, caffeine dia ada effect at usus. it promotes usus ounya movement thats why org minum coffee ni jd windy and some mmg prefer minum pagi sbb senang membuanggg. Caffeine also makes your mind kinda sharp? something like that, sort of more alert and kinda high spirit but if you r truly penat pon x jadi apa. caffeine xbahaya pon unless took in high dose. ada kawan ckp like per day those instant tu boleh ambik dlm tiga sachets kot (he's a dean list in pharmacy okayyy. the bahaya is the creamer and sugar. high calories.
ReplyDeleteOhhhh tapi kalau saya memang every morning dah membuang without having coffee so tak jadi masalah la haha. Caffeine makes our mind sharp? wow that's interesting. Good information from you afifah. Thanks for throwing some of your thoughts here :')
DeleteKak ana time dip waktu exam boleh di katakan hari2 minum nescafe tapi yang mild lah. Lepas masuk degree tak boleh minum dan bau. Sakit kepala bukan main sampai skrg. Kalau teringin sangat minum sesudu je tu pun terus tangkap dekat kepala. Maybe dah tak boleh terima dah Nescafe dalam badan. Huhu. Tanda2 dah tua. Haha.
ReplyDeleteP/s: selamat kak ana tak terkentut2. 😝
Ohhh saya takda sampai kepala la. just sakit perut memulas ja tapi sakit la haha dan tak pernah teringin sangat nak minum coffee. Kadang2 minum satu sip pun dah rasa angin tu.
DeleteP/s: kentut bukan bagus untuk kesihatan ke kak? hahaha
Bagus memang bagus tapi yang tak bagus kalau yang ada bau tu. Boleh jadi pencemaran udara. Hahaha
Deletedoktor tak sarankan sy minum kopi sbb sy ada gastrik. sy suka bau kopi dan terliur sangat kalau tengok orang minum nescafe haha
ReplyDeleteKalau ada gastrik tak boleh minum coffee ya? saya takda gastrik tapi still cannot la haha. Takpalah, banyak lagi minuman lain kan?
Deletehahaha win betul entry ni.. Jauhi nescafe ye kalau dah cenggitu gaya.. Bahaya untuk persekitaran... Hahaha tapi nescafe n kopi memang tak elok pown.. Bagus la kalau dah tak boleh minum..
ReplyDeletehahahah win la sangat kak. memang kena jauhi sebab haritu kesian roomate merana kena bau kentut hahahaha.
DeleteCoffee lover .. shari xminum memang rasanya lain sgt .. tpi sekarang sh ajr diri utk kurangkan minum kaffeein
ReplyDeletebaguslah dah kurang sebab banyak baca yang 3 in 1 tak bagus. tapi tak tahu betul atau tak
DeleteBahaya atau tak, terpulang pada cara pengambilan.. Macam akak, kalau nak lena memang minum nescafe nie membantu.. dia punya mengantuk tu sampai tak boleh minum lah kalau nak memandu.. tapi sekarang macam dah kurang sikit ngantuk nya.. hehehe.. sebab dah kurang minum..
ReplyDeleteDari segi kesuburan (kalau nak dapat Baby) memang tak boleh minum caffein.. mengganggu kesuburan.. doktor la kata..
aikkkk biasanya orang minum nescafe tak mengantuk tapi terbalik pula kan dekat akak? hehehe. Pelik juga ni. tapi memang saya banyak terbaca yang tak elok untuk ibu mengandung minum caffein.
Deleteterkejut baca tajuk entry ni. saya peminat tegar nescafe dan coffee. mmg favourite saya. pagi petang siang malam minum nescafe or kopi. minum tak kira masa sebnarnya even saya tau tak baik utk kesihatan sbb caffein kan. setiap hari la minum kiranya sampai saya rasa mcm ketagih pun ada gak. even dlm minuman tin cthnya wonda coffee tu
ReplyDeleteKawan saya pun ada juga ketagih macam awak. Kalau memang tak elok untuk kesihatan mungkin boleh slow slow ambik dalam kuantiti yang sedikit kot?
DeleteSaya pon sama gak pagi petang siang malam ambil nescafe...tak tahu pulak bahaya untuk kesihatan...
DeleteHmm.. Setakat ni, macam kajian perlukan nescafe untuk stay up tu macam salah je sebab in my case, tak perlukan nescafe pun.. hahaa.. My housemates pun sama.. My mom dulu peminat nescafe tegar but then, she stopped when I was around 7, so anak dia tak obses dengan sebarang coffee.. haha.. But minum je kalau ada.. Kalau pergi starbucks, beli chocolate cream chip je.. hehe..
ReplyDeleteItulah tapi ramai yang ambil nescafe kalau tak nak tidur. So, idk whether it works or not. Syed pernah try menjadi je tapi still otak rasa tak fresh hahaha. Ohhh, kalau macam syed memang mak tak pernah buat coffee kat rumah so tak kisah langsung. Syed pun akan order yang sama kalau pergi starbucks kadang2! hehehe.
Deletekalau den minum kopi biasanya akan jadi mengantuk yang MashaAllah, lena nyenyak! Taktahulah reverse effect ke apa.
ReplyDeletePernah tengok dekat Youtube kenapa orang minum kopi cepat sangat lawas nakpi tandas ._. ada orang suka minum kopi sebab aroma dia, menusuk kalbu, calming effect gitu.
hahahaha memang reversed effect tu, biasanya orang minum tak mengantuk tapi awk minum nak tidur pula kah2. Mungkin bergantung pada individu agaknya kesan minum kopi ni.
Deletekalau nk stay up minum kopi dengan garam..confirm tak mengantuk tu yg selalu dibuat oleh driver lori utk hilang mengantuk...kata sahabat travel agent kat Balikpapan...Umi tak pernah cuba pun..
ReplyDeleteMinum kopi bancuh dengan garam ke? rasa apa kak? Sedap ke? ni buat saya rasa curious and nak try ja ni hahaha.
Deleteelsa jarang minum nescafe dan tak pernah minum kopi. kadang2 sampai tersilap sangkakan kopi tu nescafe *faktor mamai hahahaha. kalau elsa nak minum nescafe memang elsa akan amek yang blended ke ataupun milkshake ke. sebab itu lebih sedap dari minum yang biasa. aduh pelik pelik saja hahaha
ReplyDeleteelsa singgah isi tabung :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/10-tips-penjagaan-bateri-iphone.html
hahahah tapi meamng kalau yang milkshake dia punya rasa sedap sikit. Contohnya kalau beli kat starbucks keh3.
DeleteAk pulak akan sakit kepala klau terlebih caffein ni. Selain dia akan melajukan degupan jantung. Jadi mmg xminum waktu mlm dan jarang2 dh minum.
ReplyDeleteitulah, daripada komen-komen di atas ni lain orang lain dia punya kesan daripada pengambilan caffeine.
Deletewoww huhu Yaya Yuki seorang Coffee Lovers langsung tak leh tinggalkan Nescafe :)
ReplyDeletemelawat kembali sambil follow.
btw, nice entry..
http://aleiyamustaffa.blogspot.my/
hehe kalau tak boleh tinggal nak buat macam mana kan, terpaksa minum jelah tiap hari hehe. Thanks yaya sudi singgah blog syed :)
DeleteBoleh ambil, tapi mungkin sedikit kot? saya pun tak tahu sangat hehe
ReplyDeleteSyed, akak addicted caffeine to the max! Kena minum setiap hari terutama waktu pagi kalau tak akak x boleh berfikir dgn rational or teruk diserang migraine.. Nature of work akak melibatkan membaca dan berfikir acah2 CSI.. Jadi sangat memerlukan caffeine..
ReplyDeleteSo far xde mslh perut meragam atau berangin.. alhamdulillah.. 😄
Ohhhh macamtu ke akak? ataupun dia punya effect ni berlainan sebab akak dah ambil setiap hari. Dia dah jadi macam rutin dah, bila tak dapat minum, tu yang jadi migraine tu. betul ke eh? Tapi Alhamdulillah kalau akak takda masalah apa-apa.
DeleteTepat sekali, org kata sudah immune..
DeleteJadi tindakbalas dia upside down gitu.. hehehe
tapi bila baca semua komen2 ni ada juga la yang experience benda sama macam akak. kiranya tak rare sangat lah hehehe.
DeleteBetul, kalau dah biasa ambil...bila stop akan sakit, tension, Lehman dan sebagainya...macam drugs pulak effect dia...dulu memang saya pun kuat dan affect macam tu...sekarang dah pandai kawal...tapi still ambil...heheheh
DeleteSis memang hantu kopi... tambah2 yang berkrim macam latte. Memang langkah tak jalan kalau jumpa... huhu... kat rumah suami jadi makin malas nak beli nescafe sebab sis akan bancuh tak benti2x... hahaha
ReplyDeletehahaha hantu kopi ye kak. saya pulak memang tak boleh pergi langsung dengan kopi ni. cuma kadang2 balik kampung ada la rasa sikit2. tapi yang dalam tin tu memang tak boleh.
DeleteFuh kalau orang tanya tea or coffee, mesti pilih coffee la. Pagi2 bangun je sarapan kopi O panas, haa mcm org tua taste tu. Hahahaha.
ReplyDeleteKalau nak stay up pun konon je minum kopi, tapi kalau dah menghadap buku tu tak leh lawan gak mata ni, last2 terbongkang jugak.
Mai tak sedap lah coffee hahaha. kalau syed orang tanya teh atau kopi mesti jawab teh. semalam pergi rumah sedara pun dia buat nescafe lepastu dia offer nak buatkan milo terus hihihi.
Deletee'in suke kopi and nescaffe.. jangan suh e'in stop minum ea.. tumbuk kang! haha..
ReplyDeletekalau starbucks tu ajak minum hari-hari pun boleh.. :p
hahahaha kalau takda kesan apa-apa dekat e'in okay lah. teruskan minum hehehe. siapa je tak suka starbucks tapi harga dia mengucap tengok kah2.
DeleteHahahahaha, terkentut kentut tu yang tak boleh blah. Kite follow back blog awak ye Syed :D Thanks ya :)
ReplyDeleteheheheh betul lah dia punya effect memang macamtu. Thanks sudi singgah blog Syed :)
DeleteNani setakat ni ok aje minum nescafe tapi kalau sehari tu minum dua kali ke mula lah jadi macam pening pening. Hahah! Sedapnyaa green tea Starbucks. Selalu beli time ada promotion buy 1 free 1. Kalau takdek promotion memang bye bye lah.
ReplyDeleteOhhh kalau Nani dia jadi pening-pening pula eh. Memang sedap punnn! hehe kita sama lah beli time ada promotion sahaja. betul2 manfaatkan promotion yang ada.
Deletedulu time final exam confirm minum nescafe sbb nak tahan mata hahaha sedapnya chill chill tu dh lama tak pegi
ReplyDeletetapi berhasil tak? hahaha. memang sedap pun tapi ais dia banyak sangat tak puas minum hihi.
Deletekita suke kopi. tapi suami kite ckp, tak elok minum neskopi selalu, nanti muka berjerawat...tapi kite degil, minum gak..hahhaha. sejauh mana kebenaran, hanya Allah yang tahu..kihkihkih...
ReplyDeletehaaaa nanti naik jerawat tu siapa nak tanggung haha. kan, tak tahu sejauh mana kebenaran bahaya minum kopi ni haa.
Deletesis memang seorang yang tak minum segala jenis kopi. sakit kepala lahh. migraine maybe ? tapi kalau green tea yang Chill Chill dari Boat Noodle tu memang suke sangat !!
ReplyDeletesedap gila kan nisa kalau chill-chill tu! memang chill sungguh la haha. eh lupa nisa kan memang hantu green tea hehe.
Deletetak elok minum nescafe or kopi selalu sebab kafein akan menghakis nutrient dalam badan :)
ReplyDeleteoh yeke kak? terima kasih di atas info :)
Deleteemmm tulahh im not a coffee person tapi bau biji kopi sedapp heheh :D follow here #191
ReplyDeletehmmmm sedap ke? hahaha bau dia strong la bagi saya. thanks singgah and follow saya hehe :)
Deleteaku dah tak boleh minum nescafe. konfirm nervous kalau minum. :(
ReplyDeleteohhhh macamtu eh. kenapa ya jadi macamtu? takpa, banyak lagi air lain boleh minum hihi.
DeleteMemang dulu pun confuse jugak nescafe dgn coffee nih. And, samala kita akan sakit perut kalau minum kopi. Tapi, tak pernahlah sampai tiga hari kan. Biasanyaa kejap2 je.
ReplyDeleteFor me, kalau order big cup selalu order vanilla. Pastu, ramai kawan yang akan cakap perisa apa tu? Best ke? Hahah. taktau pasaipa, best kot vanilla. :P
yeahhhh ada geng hehehe. Vanilla rasa dia macam biasa ja la haha. suka lagi green tea. Mungkin fatihah suka bau dia kot? kalau ikutkan rasa macam biasa ja syed rasa hehe.
DeletePerna x refer pakar atau swaktu dgn nya napa perut cerewet bila minum nescafe atau kopi ? ju pun ikut ttnya2 juga. Btw, ju xminum 2 jenis minuman ni, dah lama tgglkn. =)
ReplyDeletetak pernah pula saya refer pakar. sebab dah tahu perut tak boleh terima so better tak ambil saja. Mungkin kandungan caffeine yg tinggi tu saya tak tahan kot?
Deletedulu unni tegar minum nescafe tp slepas jatuh sakit, memang jarang da sentuh.. minuman ni like dadah..buat ketagih
ReplyDeletejatuh sakit macam mana tu kak? bahaya juga kan minuman ni. seram pulak saya.
DeleteMasa belajar dulu macam2 jenis nescafe minum tapi sekarang ni langsung tak boleh minum. Tapi sesekali teringin belasah jugak hikhik
ReplyDeleteonce in a while mungkin takpa la kalau nak minum kan hehe.
Deletesy minum 'kopi kampung' yg org dulu2 minum tu. hanya kopi+gula. tngklah org dulu2 sihat, jarang dpt penyakit terutama penyakit 3 serangkai. tapi, sy x minum selalu. kalau nescafe atau tea, kena campur susu baru boleh minum. tapi 3 minuman ni mmg sy jrg minum. susu tepung everyday tetap no 1 di perut 😍
ReplyDeleteohhhhh, saya rasa kalau kopi kampung tu memang bagus kot. saya pernah juga minum takda la sakit perut pun kalau kopi kampung tu. Saya pula susu tepung memang tak pernah nak buat kat rumah ni. beli pun tak haha.
Deleteskrg, susu tepung dah mahal. minum susu tin, abislah naik kolestrol 😭 gigi pun rapuh
Delete10 thn lps, msk starbucks nli ais blanded apa tah kena RM12!!! pastu, sy x leh tido sepanjang mlm grrrrrr... la ni da x leh minum kopi dan seangkatannya sbb sy mkn ubat homeopathy...
ReplyDeletehahahaha, 10 tahun lepas? lama betul tu. tapi memang kalau ambil ubat homeopathy tak boleh minum kopi pun kan. pernah juga ambil sebelum ni.
DeleteSy mmg x minum lgsung kopi or nescaffe..or ank beranak dia cam cuppcino ke..latte ke..smua x minum.. Kdg bau pom xleh.. Jd sakit kpala n sesak nafas..
ReplyDeleteSamalah kita. tapi takda la sampai sakit kepala pulak.
DeleteWoah! Eyja minum nescafe macam minum ayo kosong! Kahkahkah Tapi sekarang ni dah berhenti ah... Minum green tea. hhuu
ReplyDeleteeh, jemput join sekali :) http://www.blogeyja.com/2017/03/giveaway-by-lyana-ishak-eyja-masliza.html
Topik menarik ni..ekekek Akak x leh berpisah dengan kopi & neskepe. Rasa x leh x minum kopi @ nes dlm satu hari. Tapi terbalik plak dengan akak..akak teh x leh minum sangat. Perut meragam / angin jugak..hahaha...
ReplyDeleteTp since lepas operation bln 11 aritu, sampai skrg sepatutnya kene pantang kopi doc pakar suruh tp minum jugak sikit2 buat lepas gian.. hehehe
-Akak Kupilady
ade beza kopi dengan nescafe. orang yang rajin buat kopi jer tahu ape bezanyer. rasa pon mmg jauh beza...
ReplyDeleteSaya suka minum kopi dan jarang2 minum nescaffe sbb kdg2 sakit kepala.la ni dah jarang2 minum kopi sbb bljr tak ambil gula.Kopi mmg cpt melawas dan bdn cpt rasa panas.klu minum kopi pastu mkn buah tembikai jd sakit kepals dekat separuh hari.saya mmg hati2 bila ambil kopi.
ReplyDeleteSaya suka minum kopi dan jarang2 minum nescaffe sbb kdg2 sakit kepala.la ni dah jarang2 minum kopi sbb bljr tak ambil gula.Kopi mmg cpt melawas dan bdn cpt rasa panas.klu minum kopi pastu mkn buah tembikai jd sakit kepala dekat separuh hari.saya mmg hati2 bila ambil kopi.
ReplyDeleteKita mengalami nasib yang sama. Tiap kali saya minum neskafe ais ke neskafe suam apa je brand neskafe mesti masuk angin. Sakit perut. Tapi itu jugak yang saya suka minum hahahahhaaba
ReplyDeleteSaya juga peminat NESCAFE.Breakfast roti canai mesti nak pekena Nescafe Panas. Makan tgah hari pula, layan Nescafe Ais. Pendek kata air nescafe sahaja lah yang boleh masuk dan layan.
ReplyDeleteTapi memang betul, lepas minum dan kenyang. Memang akan ke tandas.
Baru baru ni saya buat bekam. Itupun sebab badan le guh lengub dan berat semacam. Lepas darah keluar, agak pekat dan menakutkan juga lah.
Kata perawat yang merawat saya.Kalau tak nak ubat minum dan jaga makan. Jantung, strok dan buah pinggang any time aje boleh sampai. Hanya sebab dari darah yang pekat. Mana datang darah pekat? Simple, sebab daei apa yang kita amal makan dan minum jadi darah daging.
Wallahualam.
Masalah histamine tinggi tu..
ReplyDeleteSaya pun tak boleh minum nescafe.Kopi pun tak boleh.Bila minum even sikit je,mesti kepala jadi sakit sangat pastu loya rasa nak muntah rasa tak okay sangat.Mungkin saya ni allergic kafein.Angin pun jadi banyak.Sampai nak bernafas pun tak berapa nak okay.Air nescafe susu memang sedap.Tapi lepas minum menyesal sebab allergic
ReplyDeleteGoogle td, 'kesan minum coffee dan masuk angin' trus kluar blog syed ni...sbb terfikir2 kenape asyik kentut2 je dr td, then tpkir apa yg sy mkn arini, n just guess maybe coffee?? Then google...kta samalah simptom yg sama, sakit prut sket n kentut2..so confirmla penyebabnya caffeine...tq for info..ade gak org yg sma dgnku..kena kurangkn pengambilan caffeine lps ni la gamaknye
ReplyDelete