Tak, ini bukan novel keluaran FIXI yang terbaru. Mampu pulak aku nak menulis sebuah novel kan. Tulis blog pun bahasa tunggang langgang, jalan cerita tak menarik, ending pula tergantung haha. Harini aku nak tulis pasal berubah atau perubahan. Berubah ni banyak maksud dia, either kau berubah dari yang baik kepada yang buruk atau dari yang buruk kepada yang baik. Terpulang kepada kau untuk mencorak perubahan diri kau sendiri. Aku percaya ramai diantara kita yang mahu berubah. Tetapi berapa ramai diantara kita yang mampu berubah dan juga terus istiqamah dengan perubahan yang dilakukan? Bukan senang untuk kita laksanakan.
Aku juga seorang manusia, pendosa yang banyak cacat cela. Kalau nak tulis balik satu-satu dosa aku it'll be a long list to be written. Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang, selalu tertanya sampai bila aku nak jadi macamni? sampai bila aku nak buat dosa macamni? Manusia, mana boleh lari daripada dosa. Setiap orang tu cara dia buat dosa lain-lain. Ada yang pakai tudung tapi mengumpat, jaja cerita sana sini. Ada yang tak pakai tudung tapi baik, jaga hubungan dengan masyarakat semua. Nampak tak perbezaan dia? Kita bukan tuhan. Tak layak pun nak judge dosa, pahala orang lain. Jangan rasa diri tu mulia sangat hanya kerana kau tak buat perkara yang dia buat. Tapi sedar tak kau juga buat dosa yang dia tak pernah buat? Kita ni nampak mulia sebab Allah tutup kita punya aib.
Manusia, suka ganti kerja tuhan. Kadang-kadang naik jelik juga tengok di media sosial. Duk mengata orang sana sini, tapi tak pernah cermin diri sendiri? Aku pun bukannya baik mana sangat pun. Tengah cuba nak perbaiki diri. Bila nak berubah tu, banyak sangat halangan yang kau kena lalui.
Ini antara sebab kenapa orang susah nak berubah. Sebab manusia suka sangat menghukum. Nak berubah ni bukannya kau boleh buka dan pejam mata macam tu and you're a new person. Tak, it doesn't work like that. Orang yang nak berubah ni dia perlukan banyak sokongan orang sekeliling. Kalau orang sekeliling dia pun duk mengata dia and perli dia setiap hari, kau rasa boleh atau tidak untuk dia berubah 100%?. Boleh, tapi kalau dia punyai semangat yang kuat. Kalau dia istqimah dan memang berazam untuk berubah.
Sesungguhnya kita ni hanya musafir di dunia ni. Bukannya kita selama-lamanya duduk dekat dunia. Apa salahnya menyokong antara satu sama lain. Kalau dia terlajak sikit buat benda tak elok, tegur sahaja dalam cara yang baik bukannya dengan cara perli sana sini. Kita ni tak tahu pengakhiran kita macam mana. Mana boleh kita nak tentukan syurga neraka hidup orang lain sedangkan kita sendiri pun tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana kan?. Saling ingat mengingati antara satu sama lain tu kan lagi bagus.
Ini antara sebab kenapa orang susah nak berubah. Sebab manusia suka sangat menghukum. Nak berubah ni bukannya kau boleh buka dan pejam mata macam tu and you're a new person. Tak, it doesn't work like that. Orang yang nak berubah ni dia perlukan banyak sokongan orang sekeliling. Kalau orang sekeliling dia pun duk mengata dia and perli dia setiap hari, kau rasa boleh atau tidak untuk dia berubah 100%?. Boleh, tapi kalau dia punyai semangat yang kuat. Kalau dia istqimah dan memang berazam untuk berubah.
Sesungguhnya kita ni hanya musafir di dunia ni. Bukannya kita selama-lamanya duduk dekat dunia. Apa salahnya menyokong antara satu sama lain. Kalau dia terlajak sikit buat benda tak elok, tegur sahaja dalam cara yang baik bukannya dengan cara perli sana sini. Kita ni tak tahu pengakhiran kita macam mana. Mana boleh kita nak tentukan syurga neraka hidup orang lain sedangkan kita sendiri pun tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana kan?. Saling ingat mengingati antara satu sama lain tu kan lagi bagus.
Sekadar muhasabah diri. Betulkan jika salah.
Nak berubah tu semudah ABC. Nak istiqamah dalam berubah tu yang sukar.
ReplyDeleteBetul tu kak. kena ada kesungguhan yang kuat.
DeleteSuka akak baca entry ni Syed. Kita punya 'gelombang' pemikiran yang sama. Wah..gituh! hahaha...apa yang Syed tulis tuh memang betul. Hidup kat dunia ni sebenarnya sat aja...nanti ada panjang lagi perjalanan yang kita akan tempuh selepas mati. Huhuhu..thanks for the reminder.
ReplyDeletehahahahah 'gelombang' pemikiran tu. gramatis sangat ayat kak. Terima kasih kak, mari berusaha untuk perjalanan selepas mati nanti :)
Deletesama sama lah kita muhasabah diri. memang betul apa yang kau cakap. Nak istiqamah tuh bukan benda senang nak buat.
ReplyDeleteSama2 muhasabah dan analisa apa yang perlu diperbaiki :)
Deletesetuju.. hidup ni sementara jaa.. :)
ReplyDeleteThanks ubai sudi singgah, betul tu :)
DeleteKalau nak berubah, tekadkan hati, bukan hanya berbicara di mulut. Apa pun tak jadi.
ReplyDeleteBetul tu, kalau dah bertekad akan dipermudahkan InshaAllah.
DeletePaling stress bila kita dah berubah, orang masih ungkit dosa kita. Dia tak tahu ke proses berubah tu suffer, cukuplah ingat dosa lalu tu pun seram sejuk je.
ReplyDeleteKan Maim benda dah berlalu biarkan berlalu. bukannya nak duduk dekat masa lampau lagi.
DeleteNak berubah ke arah yang baik memang tak mudah, sebab syaitan tak pernah berhenti untuk ajak kita ke arah yang buruk. Di situlah perlunya mujahadah, untuk kita terus kuat melawan nafsu dan istiqamah.
ReplyDeleteMoga Allah redha. :)
Terima kasih fatihah. Satu komen yang bermakna :)
Deleteindividu yg suka menghukum ni fikir mereka ni lebih sempurna dan lebih baik daripada orang lain sedangkan diri sendiri masih punya banyak kelemahan. jadi, untuk tutup kelemahan sendiri, inilah yg selalu dibuat...
ReplyDeleteSetuju dengan mai. selalu rasa diri mereka lebih sempurna walhal banyak juga kelemahannya.
DeleteDunia hanya singgahan sementara. Semua orang tak sempurna☺
ReplyDeleteSemoga apa pun perubahan kita buat hanyalah kerana Allah semata 💪
Betul tu husniey. Apa-apa pun semua buat kerana Allah dan untuk mencapai keredhaanNya. terima kasih :)
DeleteHrp2 seluruh umat islam dpt berubah ke arah kebaikan dan penghujungnya juga dapat menghadap ilahi dgn cara yg baik. Aamiin.
ReplyDeleteInsyaAllah, Aminnnn.
DeleteDunia ni lain. Orang berbeza2, luaran dan dalaman berbeza2, pemikiran pun berbeza2. Dunia ni selalu penuh kejutan sebab apa yang kita fikir pasal orang tu, tapi jadi sebaliknya. Ada baiknya kalau mahu berubah, cuba jangan terlalu bergantung pd sokongan orang sebab orang yang kita sangka baik, bgi sokongan tapi dialah dalang tikam belakang. (hanya pandangan saya ) Yang kuat judge ni, peduli la mereka. yang penting kita buat apa yang kita rasa bagus kehidupan sendiri..
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan rocky. Tapi sesetengah orang memang dia perlukan sokongan orang lain sebab depends pada cara dia dibesarkan dan environment dia etc. Betul tu, yang penting kita tahu apa yg kita buat.
DeleteIngin menjadi yg terbaik walaupun selalu melakukan kesilapan.kesilapan mengajar diri untuk terus berusaha berubah menjadi yg terbaik .
ReplyDeleteInsyaAllah rabiahtul, semoga menjadi yang terbaik satu hari nanti.
Deletewalaupun comment2 dekat atas tu belum di reply. aku rajinkan diri untuk comment... first. aku ingat tu keta hang.. lawa doo.. tapi, mcm pernah tengok je kereta tu dekat facebook..
ReplyDelete2nd. nak berubah tu agak senang lah. tapi nak istiqamah tu alahai susahh nyaa... tapi berubah ni tak perlu menunjuk2. ubah dari dalam dulu. Kita nak Allah yang notice perubahan kita, bukan manusia yang nampak. Insya Allah moga istiqamah tuan Syed Hakim
hahahaha memang tak lah kereta aku wei. Betul tu amer, berubah slow-slow asalkan kita nampak perubahan kita tu. Terima kasih amer. :)
Deletememang susah berubah, diri dalam kita sendiri dan juga nak hadap orang lain. kena ada komitmen dan kukuhkan diri supaya boleh berhadapan dengan ujian
ReplyDeleteBetul tu raihanah :)
Deletekalu berubak kerana Dia, kita x perlu takut / bimbang dgn manusia
ReplyDeleteBetul anies, saya setuju :)
Deletehidup ni kejap je. berubah la ke arah yang lebih baik. biarlah awalnya nampak kekok, nampak fake di depan orang, tapi lama2 dah ok. its gonna be ok
ReplyDeleteYeahhh slowly but surely kan? lama-lama dah biasa nanti okay lah :)
DeleteKite pernah tulis pasal istiqamah sebelum ni. Seriously, bukan senang. Lagi lagi bila pengaruh sekeliling ni tak berapa nak supportive. Senang sangat tergelincir kalau tak kuat. Tepiskan aje aura-aura negatif tu semua. Teruskan positif! InsyaAllah, kalau niat kita tu kena gaya dengan caranya. Mesti Allah pimpin. :')
ReplyDeleteOhhhh pernah ke? okay nanti i nak godek-godek entry hehehe. InshaAllah fairuz, terima kasih :)
DeleteWahhh betul juga tu kan. At least perubahan dari jahat keapda yang baik. Daripada dah baik tapi still buat dosa sikit-sikit.
ReplyDeleteBila nak berubah, sokongan dari orang sekeliling pun penting jugak sebab sokongan tu lah yang akan menguatkan seseorang untuk istiqomah dengan apa yang dia pilih. Tapi tu lah mentaliti masyarakat kita ni, bila orang tu dah buat salah selamanya dipandang serong. Apa pun kalau nak berubah jalan je terus ke depan. Hehe 😊
ReplyDeleteBetul tu, kadang-kadang satu kesalahan yang dibuat, seribu kebaikan yang lain orang tak nampak. Yang nampak semua yang buruk je kan? Tapi walau apa pun, jangan dengar cakap orang. fokus kepada perubahan kita sendiri sahaja.
Deletewahhh suka entry ni.. Moga kita semua berubah kpd yg lebih baik.. :)
ReplyDeleteInshaAllah, Aminnnn. Terima kasih :)
DeleteSetuju sangat dengan perkongsian Syed nie.. Sepatutnya kita bagi kata semangat pada mereka yang nak berubah.. bukannya menghukum dan mengata.. tapi manusia zaman sekarang lebih suka memerli, menghukum dan menghina mereka yang mahu berubah.. Sebab tu ada yang berubah separuh jalan je.. sebab tak mampu menghadapi cercaan manusia.. tak kuat..
ReplyDeleteBetul tu kak. itu yang saya cuba sampaikan tu. Sedih sangat kalau kita hanya mampu berubah separuh jalan sahaja.
DeleteLagi susah nak berubah kalau dah berada di zon selesa.
ReplyDeleteBetul tu WP :(
Deletesetuju. kalo someone nak berubah help dan support dia. kalo ada yang jenis tak nak berubah tu berdoa selalu for that person ja..
ReplyDeletekan? baru la orang senang mau berubah.
DeleteIndeed =') jalan menuju perubahan yg baik bgitu byk dugaan nya, tp menuju keburukan begitu mudah. choose wisely, biar hina di mata sesama manusia, kita xkan perna dapat puaskan org lain tapi jika kita pilih utk keredhaan Allah swt, hati pasti lebih tenang kerana DIA lebih mgenali diri kita =)
ReplyDeleteBetul tu, satu nasihat dan peringatan yang baik. Terima kasih :')
DeleteNak berubah ni tak semudah bercakap sebenarnya..yang nak kena laksanakan tu yang susah sikit nak2 kalau kiri kanan asyik tau bercakap juga haha
ReplyDeletehaihhh betul tu cik tie saya setuju sangat. nak terus istiqamah tu lagi susah.
Deletenak berubah, senang ja. yg penting, terus istiqamah ke arah perubahan positif. tapi, akan ada juga mulut jahat yg akan pertikaikan istiqamah seseorang seolah2 hatinya suci bersih 😒
ReplyDeleteHaaa itulah yg saya cakap. suka sangat ganti kerja tuhan. seolah2 dia yang lebih mulia.
Deletebila hati telah hitam... eh eh, dah macam tajuk citer kat tv oasis 😂
Delete