Wednesday, February 1, 2017

WELCOME TO MY BLOG! (CATATAN SEORANG SYED)

blog seorang syed

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, izinkan aku merasmikan blog baru aku ni dengan beberapa catatan yang tak berapa penting pun untuk semua tahu (tapi aku nak bagitahu juga). Aku tak tahu la aku bosan ke apa kan sampai tiba-tiba buat blog and nak jadi blogger ni dengan harapan dapatlah mengisi kekosongan masa. dan kekosongan dihati lol.

Untuk blog ni aku bagi nama "Catatan Seorang Syed". Jujur aku cakap aku tak tahu nak letak nama blog ni apa. Ingatkan nak letak "William Syedspeare or Charyed Puth" tapi takut orang meluat so maybe dengan penggunaan catatan seorang Syed ni nampak lebih mesra lah kot. Lagi satu, since aku bakal menjadi seorang guru dalam masa terdekat, mungkin blog aku ni lebih kepada kehidupan aku sebagai seorang guru? (macam lame je kan). Aku berpendapat untuk mewujudkan nilai-nilai keguruan tu dalam blog aku. Tapi don't worry aku cuba untuk tidak menjadikan blog aku sebagai satu perpustakaan bergerak hahaha.
TEMPLATE BLOG
Untuk template blog aku, aku telah memilih untuk menggunakan warna biru. Dari segi psychology Syed, warna biru menggambarkan ketenangan dan "kesejukan". Kiranya kalau orang buka blog aku ni terasa sejuk ja mata memandang and mungkin depa akan rasa macam dekat antartika macam tu ha over kan. Aku percaya template aku guna ni tak berat mana and boleh diakses oleh semua golongan masyarakat tak kira tua dan muda. Aku bukan seorang yang pandai coding-coding ni, jadi, mungkin blog aku simple nak mampus sebab tak reti nak tambah button itu ini masuk dalam blog. Lepasni kena refer banyak tutorial lah nampaknya.

Suka untuk aku ingatkan bahawa aku tak berapa pandai juga penggunaan bahasa formal dalam penulisan. Bukan tak pandai ke apa, tapi rasa confused nak tulis formal dalam blog. Bagi aku blog ni macam another me yang bercakap. Aku nak bila orang baca blog aku, terus terbayang aku cakap macam mana hahaha. Jadi harap maaf jika terdapat sebarang penggunaan kata yang tak berapa depat and kadang-kadang tercampur bahasa English and Bahasa Malaysia because I've so much of mix

Akhir kata, doakan seorang Syed semoga konsisten untuk menulis blog. Banyak benda yang aku nak kongsi ni. Sabar jap, tunggu mood untuk menulis tu merasuk aku nanti aku tulis banyak-banyak okay? Thanks for spending your time to read this (kalau ada orang baca la).
FOLLOW LA BLOG AKU WEH. AKU FOLLOW DIRI AKU SENDIRI JE TU HAHAHA

12 comments :

  1. sy follow sini dan salam kenal.. slamat dtg ke dunia blogger dan teruskan berblogging. :)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan daripada blog celoteh adkdayah =) semoga success selalu yer done follow sini

    ReplyDelete
  3. Okay.. salam perkenalan sekali lagi..
    just be yourself.. itu lebih bagus..
    selamat berceloteh.. Kalau jadi perpustakaan bergerak pun okay apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul ke ok kak? taknak la jadi perpustakaan haha nak merepek tak boleh nanti.

      Delete
  4. Wowww... 1 feb start tapi dah beratus followers kat blog, beribu kt fb page & twitter dan view dah berpuluh ribu. Anda mmg hebat. Sy respek. Terbaik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdalah, kat fb page tu guna page lama ja tukar nama hahaha. twitter tu memang twitter sendiri bukan buat baru pun hehe.

      Delete
  5. tabik spring lah dekat kau.. sanggup bermula dari bawah balek... kalau aku, memang aku guna blog yang lama tu... mana2 entry 18sx tu kasih buang lerrrr. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masalahnya blog aku yang dulu tu time form 5 lagi mer. kau faham2 la bahasa dia macam mana. punyalah rempitz. tak boleh la nak buang, sayang pulak haha.

      Delete